You are on page 1of 13

SEMINAR

P'ERSURATAN PAHANG

:M_enjejaWarisan (Jlafiang
, ,

Raja Sore: Satu Analisis Strukturalisme


Dan Tipainduk

Oleh:

Drs Harun Jaafar

27 -
28 Oktober 2001
)

empat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan

)f. njuran (/Jersama:


labatan Kebudayaan It Kesenian Pahang (lKKP)
Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Dewan Persratan Melayu Pahang (DPMP)

(j)enoan 1(erjasama
Yayasan Pahang
Dewan Bahasa dan Pustaka (DSP)
Kerajaan Negeri Pahang
2

ASPEK-ASPEK PENTEORlAN

Teori Struktur

Teori Struktur terhasil daripada penelitian terhadap konsep-konsep dalam kebidupan

manusia. Konsep teknikal kesusasteraan mengatakan bahawa karya sastera

merupakan satu bentuk kemahiran sama seperti pertukangan kayu, hanya sanya

sastera menggunakan bahasa dan bukannya bahan-bahan fizikal sebagai mediumnya

(James LY. Liu 1995:120). Oleh sebab itu, karya sastera juga mempunyai elemen

elemen dalaman yang tersendiri seperti plot, perwatakan, latar, sudut pandangan, gaya,

gaya bahasa, nilai, dan lain-lain. Teori tersebut telah melahirkan pendekatan struktur

atau formalistik yang digunakan untuk menilai sesebuah karya kesusasteraan. Bagi

penelaah-penelaah New Criticism yang berpegang kepada pendekatan itu, karya sastera

dianggap tidak ada kaitan dengan hal-hal lain dan keadaan itu menyebabkan aspek-aspek

dalaman teks dikaji secara berasingan. Walau bagaimanapun, dalam perkembangan

seterusnya, pegangan kritikawan memasuki era struktural.

Pendekatan ini berprinsip bahawa karya sastera dibina daripada unsur-unsur yang

tidak boleh berdiri sendiri tetapi saling berkaitan antara satu sama lain dalam satu

kesatuan yang kukuh. Teeuw (1983: 3 dan 104) berpendapat teks merupakan kesatuan

yang bulat yang mempunyai koherensi batiniah. Dalam keseluruhannya itu, tiap-tiap

bahagian memberi sumbangan yang bererti untuk pokok dan maksud utama

pengarangnya. Stanton (1965: 11-36) berpendapat bahawa unsur-unsur yang membentuk


2

ASPEK-ASPEK PENTEORlAN

Teori Struktur

Teori Struktur terhasil daripada penelitian terhadap konsep-konsep dalam kebidupan

manusia. Konsep teknikal kesusasteraan mengatakan bahawa karya sastera

merupakan satu bentuk kemahiran sama seperti pertukangan kayu, hanya sanya

sastera menggunakan bahasa dan bukannya bahan-bahan fizikal sebagai mediumnya

(James LY. Liu 1995:120). Oleh sebab itu, karya sastera juga mempunyai elemen

elemen dalaman yang tersendiri seperti plot, perwatakan, latar, sudut pandangan, gaya,

gaya bahasa, nilai, dan lain-lain. Teori tersebut telah melahirkan pendekatan struktur

atau formalistik yang digunakan untuk menilai sesebuah karya kesusasteraan. Bagi

penelaah-penelaah New Criticism yang berpegang kepada pendekatan itu, karya sastera

dianggap tidak ada kaitan dengan hal-hal lain dan keadaan itu menyebabkan aspek-aspek

dalaman teks dikaji secara berasingan. Walau bagaimanapun, dalam perkembangan

seterusnya, pegangan kritikawan memasuki era struktural.

Pendekatan ini berprinsip bahawa karya sastera dibina daripada unsur-unsur yang

tidak boleh berdiri sendiri tetapi saling berkaitan antara satu sama lain dalam satu

kesatuan yang kukuh. Teeuw (1983: 3 dan 104) berpendapat teks merupakan kesatuan

yang bulat yang mempunyai koherensi batiniah. Dalam keseluruhannya itu, tiap-tiap

bahagian memberi sumbangan yang bererti untuk pokok dan maksud utama

pengarangnya. Stanton (1965: 11-36) berpendapat bahawa unsur-unsur yang membentuk


3

cerita ialah tema dan fakta cerita. Fakta meliputi plot, setting, watak, serta alat-alat

penceritaan (antaranya ialah sudut pandangan, konflik, simbol, ironi, gaya, dan nada).

Oleh hal demikian, kaedah ini melihat hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam

sesebuah cereka.

Unsur terpenting dalam karya ialah tema cerita. Unsur itu merupakan dasar bagi

sesebuah cerita. Dengan itu unsur-unsur lain harus mampu mendukungnya untuk

membentuk cerita, Dasar cerita yang merupakan idea pengarang itu kemudiannya

dikembangkan oleh tokobitokoh-tokoh dalam cerita tersebut. Penampilan tokoh-tokoh

cerita dalam watak-watak yang berbeza-beza akan menimbulkan konflik yang mampu

menggerakkan peristiwa-peristiwa yang membentuk cerita itu. Semua peristiwa itu

terjalin dalam satu ruang dengan segala peralatan dan situasi yang mewarnainya. Ruang

merupakan wadah atau tempat kewujudan cerita. Di dalam plot cerita dimasukkan pula

motif atau motif-motif yang merupakan bahagian daripada struktur. Motif adalah unsur

terkecil dalam plot yang sering diulang-ulang dan berfungsi sebagai penggerak cerita.

Motif mendokong tokoh dan tema sesebuah cereka. Hal ini akan dibicarakan kemudian.

Tipainduk

Pendekatan ini muncul dalam kritikan kesusasteraan daripada analisis psikologi yang

dilakuk:an oleh Carl Jung. Beliau berpendapat bahawa pada satu golongan atau ras
4

manusia terdapat pengalarnan bawah sedar bersama yang dilanjutkan dati zaman ke

zaman. Hal ini berlaku berulangan dari nenek moyang kepada eueu dan perulangan

perulangan ini muncul sebagai imej-imej utama (primordial images). Imej-imej utama

inilah yang disebut tipainduk. Tipa induk dinyatakan oleh sesuatu ras dalam bentuk

mitos, mimpi, khayalan, dan juga dalam kesusasteraan.

Dalam kritikan sastera istilah ini diterapkan kepada sesuatu imej, perincian yang

deskriptif, bentuk plot, atau pada satu watak tipa yang selalunya terdapat dalam

kesusasteraan, mitos, agama, atau budaya rakyat (folklore) dan dengan itu dipereayai

telah membangkitkan perasaan/emosi yang mendalam dalam diri pembaea kerana aspek

itu membangunkan suatu imej utama (primordial image) dalam ingatan bawah sedarnya

dan dengan itu juga menimbulkan beberapa tindak balas yang tidak logis tetapi yang

mendesak. Pengkritik mengkaji sajak, lakonan, atau novel untuk melihat tipainduk iaitu

dari segi imej-imej atau bentuk-bentuk yang mempunyai persamaan dengan sajak-sajak,

lakonan, atau novel lain, dan dengan itu melihat keseluruhannya sebagai sebahagian

daripada pengalaman manusia. Dalam hubungan ini, tipainduk sebagaimana yang

dijelaskan oleh Northrop Frye merupakan "suatu lambang (simbol), biasanya suatu imej,

yang selalunya muncul berulang-ulang dalam kesusasteraan dan ini dikenali sebagai satu

ciri dalam pengalaman seseorang pada keseluruhannya", Frye merumuskan bahawa

secara keseluruhan, kesusasteraan merupakan rekod pengalaman manusia seeara subjektif

(Hashim Awang 1988: 160-161).


5

Istilah khas yang diberikan kepada unsur-unsur yang diulang-ulang dalam

karya/karya kesusasteraan ialah motif. Rene Wellek (1956: 182-183) berpendapat

bahawa motif ialah bahagian terkecil daripada plot cerita. Maatje mengatakan

bahawa motif ialah kesatuan struktur yang paling keeil dengan fungsinya

menghubungkan, yakni menghubungkan unsur-unsur yang mendukung cerita

tersebut (Sulastin Sutrisno 1979: 109). Menurut A.N. Veselovkij pula, motif ialah unit

terkecil dalam pembentukan plot yang sering diulang-ulang (Jurij Lotman 1977: 232).

Shipley (1970: 204) mendefinisikan motif sebagai "a word or pattern of thought that

recurs in a similar situation, or to evoke a similar mood, within a work or in various

works of a genre ...


repeats theme words at regular intervals". Oleh hal demikian,

motif ialah unsur pembentukan cerita; pola pemikiran khusus; dan diulang-ulang dalam

situasi yang sama dalam sesebuah ceritalkumpulan cerita. Motif berfungsi sebagai

pendorong atau penggerak cerita daripada satu peristiwa kepada peristiwa yang lain; juga

digunakan untuk memanjangkan cerita; sebagai pembayang untuk menarik perhatian

pembaca agar ingin mengetahui peristiwa berikutnya; dan juga menjadi tanda

pengenalan tetap dalam konvensi sastera Melayu, khususnya Kesusasteraan Melayu

Klasik.

Kritikan sastera yang meneroka tipainduk dan corak-corak tipainduk dipanggil

'kritikan tipainduk' atau 'kritikan mitos'. Menurut Wilbur Scott (1972: 247) nama-nama

lain yang diberikan kepada tipainduk ialah totemic, mythological, dan ritualistic. Oleh
6

sebab hubungannya yang erat dengan psikologi, tipainduk dikatakan pecahan daripada

kritikan psikologi. Perbezaan hanya terletak kepada tumpuan dan bidang hubungan.

Kritikan psikologi menganalisis bahan dari sudut sains biologi. Kritikan tipainduk

terarah kepada spekulasi dan falsafah, manakala hubungannya ialah agama, antropologi,

dan sejarah budaya. Selain itu, perbezaan terdapat juga dalam bidang perkaedahan.

Kritikan psikologi meneroka keperibadian seseorang individu. Kritikan mitos meneroka

pemikiran dan watak sesuatu kumpulan manusia atau ras.

Sesungguhnya kehadiran tipainduk dalam karya kesusasteraan mempunyai nilai

kerana berupaya menarik perhatian dan mendatangkan kesedaran kepada manusia.

Dalam kehidupan seharian, kita didorong untuk: berbuat sesuatu oleh sesuatu gagasan,

peristiwa, dan orang-orang tertentu. Selain itu, kehadiran lambang-lambang membuka

luas kemungkinan penafsiran yang berbagai-bagai dan serius.

ANALISIS TEKS

Cerita ini bermula dengan pengenalan. Dalam bahagian ini, dikisahkan pernikahan Raja

Besar dari Lubuk Kisar Negeri dengan Tuan Puteri Bongsu serta kelahiran putera-putera

mereka, iaitu Duli Tuan Kecik, Raja Tengah, Raja Muda, dan Raja Sore. Cerita

dikembangkan dengan pengembaraan abang-abang Raja Sore walaupun dihalang ibu


7

mereka. Pada masa itu, Raja Sore masih menyusu. Mereka singgah di rumah Emak

Sebuat sebelum menerbang ke Hujung Negeri. Mereka disambut oleh Puteri Embun,

Puteri Tengah, dan Puteri Bongsu yang sudah bertunang dengan Raja Bintang Bertabur,

Raja Bintang Timur, dan Raja Bongsu, iaitu putera-putera Raja Limpatan Tengah dari

Gunung Tujuh. Pertelagahan berlaku apabila putera-putera dari Gunung Tujuh datang ke

Hujung Negeri. Kedua-dua pihak yang bertelagah pun berperang. Mereka berdarnai

apabila tiada pihak yang kalah. Namun demikian, putera-putera Raja Limpatan Tengah

mengkhianati putera-putera Raja Besar. Mereka mencuri semua pedang anak-anak Raja

Besar dan membakamya. Akibatnya, anak -anak Raja Besar menghidap penyakit demam

panas. Puteri Bongsu berjuata dan menyeru Raja Sore datang membantu. Raja Sore

melayangkan diri ke rumah Emak Sebuat selepas menyusu dan diperkenankan oleh

bondanya. Kemudian melayang ke Hujung Negeri. Setelah mengubati dan memarahi

abang-abangnya yang tidak menurut kata ibu mereka, Raja Sore berjuata dan terjun ke

dalam api lalu mengambil pedang abang-abangnya, menyelam ke dalam sungai, balik ke

rumah Emak Sebuat, dan kembali ke Hujung Negeri. Melayangkan surat ke Gunung

Tujuh mencabar putera-putera Raja Limpatan Tengah bertarung. Mereka datang dengan

dua buah kapal. Pertarungan pun berlaku. Putera-putera Raja Limpatan Tengah dibunuh

Raja Sore dengan Pedang Sarna Jadi. Puteri Embum meminta Raja Sore menghidupkan

kembali putera-putera itu. Cerita mencapai klimaksnya. Setelah Raja Sore berjuata,

mereka hidup kembali. Cerita dileraikan dengan pernikahan ketiga-tiga puteri dengan

tunangan mereka.
8

Episod kedua dimulai dengan perjalanan balik anak-anak Raja Besar ke Lubuk

Kisar Negeri dengan menaiki Balai Berpusing. Cerita dikembangkan dengan kehendak

Duli Tuan Kecik mahu beristerikan Puteri Kuntum Bunga Delima; Raja Tengah

hendakkan Puteri lntan Pennata; dan Raja Muda mahukan Puteri Segedung Ilmu, Tuan

Puteri Bongsu dan Raja Sore berjaya meminang puteri-puteri itu. Walau bagaimanapun,

ketiga-tiga puteri itu dilarikan oleh anak-anak Raja Dewa Perkasa, Raja Pintu Awan, dan

Raja Gua Batu. Puteri Kuntum Bunga Delima dan Puteri lntan Permata ditukar menjadi

kuntum-kuntum bunga lalu disembunyikan dalam cembul gading. Puteri Segedung

Ilmu dikurung dalarn gedung batu. Pada masa yang sarna, rumah tangga Puteri Bongsu

dan Raja Bongsu hancur kerana Puteri Bongsu terpikat kepada Raja Sore. Cerita

mencapai klimaksnya apabila Raja Sore berjaya menyelarnatkan tunang abang-abangnya.

Cerita dileraikan dengan pernikahan abang-abang Raja Sore dan pernikahan Raja Sore

dengan Puteri Bongsu.

Episod terakhir bennula. Anak-anak Raja Dewa Perkasa, Raja Pintu Awan, dan

Raja Gua Batu datang untuk membalas dendarn. Pertarungan antara Raja Sore dengan

anak-anak raja itu memenuhi bahagian perkembangan cerita. Klimaksnya ialah

pembunuhan ketiga-tiga anak anak raja itu oleh Raja Sore dengan menggunakan Pedang

Sarna Jadi. Cerita dileraikan dengan 'penerbangan' Raja Sore ke Lubuk Kisar Negeri.
9

Plot cerita yang episodik; kejelasan pengkategorian watak kepada wira tulen dan

manusia-manusia lemah; serta pengemblengan motif-motif telah menyerlahkan realiti

pemeringkatan kebidupan manusia di dunia ini. Anak-anak Raja Besar yang tidak

berpengalaman dan mengengkari perintah sudah pastilah keluar 'melihat dunia' tanpa

bekalan yang cukup. Merekalah manusia-manusia lemah yang dianiayai anak-anak Raja

Limpatan Tengah. Walau bagaimanapun, anak-anak Raja Limpatan Tengah yang

kelihatan seperti wira itu jatuh tarafnya menjadi manusia-manusia lemah juga di tangan

Raja Sore. Watak protagonis ini mencapai kejayaan demi kejayaan dalam misinya, iaitu

menewaskan anak-anak Raja Limpatan Tengah dan anak-anak raja yang meneulik tunang

abang-abangnya, Tokoh ini juga diberi dua kelebihan jika dibandingkan dengan abang

abangnya, iaitu kepantasan dan kesaktian. Kelebihan-kelebihan itu dimotifkan oleh

pengarang.

Apabila kita merangkumkan plot, perwatakan, dan motif dalam eerita itu,

ternyatalah bahawa manusia yang dijadikan Allah itu tidak sempurna.

Ketidaksempurnaan itu dilambangkan oleh kekalahan-kekalahan yang dialami oleh

watak-watak tertentu dalam plot cerita. Watak yang tidak pernah kalah ialah Raja Sore.

Namun begitu, dia juga menerima bantuan daripada orang-orang lain. Laku

perbuatannya direstui ibunya. Dia juga mendapat bantuan daripada Mak Sebuat. lni

bermakna, tiada sesiapa pun di kalangan individu itu boleh berdiri sendiri sedari keeil
10

hingga dewasa. Oleh hal demikian, moral cerita ini ialah kejayaan seseorang bergantung

kepada sokongan orang atau sesuatu yang lain.

Dua prinsip kritikan tipainduk atau keritikan mitos ialah meneroka pemikiran dan

watak sesuatu kumpulan manusia atau ras serta kehadiran lambang-lambang membuka

luas kemungkinan penafsiran yang berbagai-bagai dan serius. Seperti yang dinyatakan

sebelum ini, terdapat sekurang-kurangnya dua elemen primodial image yang

memerangkap dan menjerumuskan majoriti orang Melayu dalam pemikiran mythic yang

boleh menjejaskan akidah dan melembabkan kemajuan mereka. Hal tersebut demikian

kerana imej-imej utama dalam ingatan bawah sedar itu boleh menimbulkan beberapa

tindak balas yang tidak logis tetapi mendesak. Mitos-mitos dalam cerita Raja Sore yang

meninggalkan kesan mendalam kepada manusia Melayu ialah mati hidup semula dan

kesaktian. ,Kehadiran imej-imej utama ini dalam pengalaman bawah sedar orang-orang

Melayu bermula sejak penganutan faham animisme lagi.

Mereka mempercayai bahawa orang-orang yang mati secara tragis akan muncul

semula ke dunia dalam bentuk lain, iaitu hantu dan segala bentuk makhluk halus. Di

samping itu, mereka juga percaya kepada kewujudan sifat kebal hasil daripada

pemomokan ilmu-ilmu yang diyakini mendatangkan kesaktian. Aspek-aspek ini telah

mencelarukan pemikiran mereka sehingga menimbulkan kesan ketakutan tanpa batas.


11

Hal sedemikian sesungguhnya telah mengehadkan bukan sahaja pergerakan malahan

juga kemampuan mereka berfikir secara rasional. Tanpa disedari mitos-mitos ciptaan

manusia primitif ini telah meletakkan mereka dalam keadaan tidak stabil dan

terkongkong. Kongkongan tersebut menghalang kebebasan dan kemajuan mereka. Jika

kita meneliti satu demi satu ayat suci al-Qur'an, hal-hal yang menjadi masalah dalam

kehidupan kebanyakan orang Melayu itu tidak pun menjadi persoalan.

KESIMPULAN

Bertitik tolak daripada perbincangan di atas, kita hendaklah menerima hakikat bahawa

manusia bersifat tidak sempurna dan sentiasa memerlukan bantuan untuk mencapai

kejayaan. Di samping itu, kita juga periu sedar bahawa karya-karya kesusasteraan itu

mengandungi hal-hal yang positif dan hal-hal yang negatif. Khalayak berbangsa Melayu

hendaklah mampu menyaringnya dengan bijaksana agar tidak terseret ke sudut yang

boleh memesongkan akidah keislaman mereka. Penolakan yang total terhadap khurafat

perlu dilaksanakan supaya setiap orang Melayu menjadi MuslirnlMuslimat yang santri

bukannya sinkritis. Anjakan paradigma dalam hal ini amat penting ke arab. penglahiran

Melayu Baru yang dinamik, berdaya saing, dan sentiasa berada di hadapan (tanpa

melupakan asal usul) dalam era globalisasi yang serba mencabar ini. Biarlah mitos subur

dalam cerita Dragon Ball dan seumpamanya tetapi tumpas dalam jiwa Melayu Baru.
RUJUKAN

SUMBER UTAMA

Harun Jaafar & Ismail Ibrahim (pngr.). 1994. Raja Sore. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

SUMBERKEDUA

Hashim Awang. 1988. Pengenalan kritikan tipainduk. DIm. Hamzah Hamdani (pngr.).
Konsep dan pendekatan sastera: 156-163. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

J. Y. Liu, James. 1995. Teori kesusasteraan Cina. Terj. Lim Kim Hui. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lotman, Jurij. 1977. The structure 0/ the artistic text. Michigan: The University of
Michigan Press.

Scott, Wilbur. 1972. Five approaches a/literary criticism. New York: Collier Books.

Shipley, Joseph T., ed. 1970. Dictionary of world literary terms. London: George
Allen & Unwin.

Stanton, Robert. 1965. An introduction to fiction. New York: Holt, Rinehart &
Winston.

Teeuw, A. 1983. Membaca dan menilai sastera. Jakarta: Penerbit Gramedia.

Sulastin Sutrisno. 1979. Hikayat Hang Tuah: Analisis struktur dan fungsi. Disertasi
Ph.D. Universitas Gadjah Mada.

Wellek, Rene & Warren, Austin. 1956. Theory a/literature. New York: Harcourt,
Brace & World.

You might also like