You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK RU

JALAN PARIT BARU, 45200 SABAK BERNAM

MINIT CURAI
TAKLIMAT YANG DIHADIRI OLEH PEGAWAI
SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK RU
(Hendaklah diisi dalam 3 salinan, satu salinan dihantar kepada Guru Besar, PK 1 dan
simpanan sendiri)

NAMA PEGAWAI : EN. MOHD SOLEHAN BIN MOHAMMAD


JAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SISWAZAH DG41
KURSUS YANG DIHADIRI : BENGKEL ANIMASI VIDEO SCRIBE
PENGANJUR : PUSAT KEGIATAN GURU SG AYER TAWAR
TARIKH : 11 HINGGA 12 OKTOBER 2016
TEMPAT TAKLIMAT : BILIK ORKID, PKG
DIPENGERUSIKAN OLEH : EN. AZMI

Perkara yang telah dicapai dalam bengkel berkenaan.

1. Setiap guru dialu-alukan datang ke bengkel dan diminta untuk hadir hingga
tamat bengkel iaitu selama 2 hari bengkel.
2. Setiap sekolah perlu menghantar Laporan Kelajuan Internet YES-MOE pada
setiap bulan. Setakat ini laporan dari SKTR sehingga Julai 2016.
3. Hanya empat buah sekolah yang telah menyerahkan borang pemantauan PKG
dan SKTR termasuk dalam senarai tersebut.
4. Pada kali ini, perisian yang digunakan ialah Video Scribe Sparkol. Kaedah
pemasangan ditayangkan secara berpandu melalui projektor di depan.
5. Perisian Video Scribe Spesifikasi yang diperlukan oleh komputer, laptop atau
notebook perlulah sepadan dan tinggi. 1G RAM ke atas digalakkan.
6. Gambar yang dimasukkan ke dalam Garis Masa boleh disusun mengikut garis
cerita pembikin video. Gambar yang banyak memerlukan masa Render yang
lama sehingga berjam-jam.
7. Lagu boleh dimasukkan ke dalam video tersebut. Sekiranya gambar banyak,
lagu boleh dimasukkan secara berasingan melalui perisian editing video pula
seperti Sony Vegas Pro 12, Video Pad atau Windows Movie Maker. Ini untuk
mengurangkan penggunaan RAM yang tinggi (penggunaan RAM tinggi
melambatkan proses kerja).
8. Kaedah lain pula, video scribe yang pendek (siap dirender) boleh digabung
untuk menjadikan kerja mudah dan kurang risiko RAM overheat.
9. Gambar yang dipapar secara melukis, format gambar tersebut perlu ditukar
kepada .SVG. Contohnya dari format JPEG SVG. Converter boleh didapati
dalam Google dan boleh juga convert secara online.
10.Tugasan perlu dihantar pada hari kedua dalam format WMV, resolusi 720 (HD).

Yang menjalankan tugas,


MOHD SOLEHAN BIN MOHAMMAD

You might also like