You are on page 1of 7

SMK SYED HASSAN SEKOLAH SUKAN NEGERI

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA MAJLIS HEM

JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN

1. Meningkatkan tahap disiplin sekolah dengan memberi idea dan pandangan melalui
perbincangan dalam menggubal Peraturan Sekolah.
2. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
3. Membincangkan kes-kes disiplin yang berat sebelum keputusan muktamad diambil ke
atas pelajar yang terbabit.
4. Menjalankan mesyuarat berhubung kes salahlaku pelajar yang boleh membawa
hukuman rotan, gantung sekolah dan diberhentikan sekolah.
5. Menjalankan mesyuarat ke atas pengawas yang terlibat dengan kes salahlaku yang
boleh membawa kepada pemecatan pengawas.
6. Guru Kanan Disiplin/Ketua Guru Disiplin akan bertindak sebagai pendakwa.
7. Membincangkan masalah kebajikan pelajar terbabit bertujuan mencari jalan memperbaiki
kelakuan negatif pelajar berkenaan.
8. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari guru, ibu bapa serta pelajar
mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
9. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
10. Semua kes pengantungan sekolah dan pemberhentian sekolah mesti mendapat
pengesahan Pengetua.
11. Menjalankan tugas lain yang diarah oleh Pengetua dari masa ke semasa.

JAWATANKUASA DISIPLIN

1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni di kalangan pelajar.


2. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
3. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan-
peraturan dan tatatertib dan salahlaku.
4. Menyelaras dan menyediakan rekod displin dan laporan pelajar.
5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

JAWATANKUASA PENGAWAS

1. Membentuk Badan Pengawas Sekolah dan menjalankan perlantikan rasmi terhadap


mereka.
2. Merancang dan mengagih tugasan kepada Pengawas sekolah untuk mengurus kawalan
disiplin dalam semua majlis sekolah.
3. Merancang program dan kerja-kerja pengawas sepanjang tahun.
4. Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pengawas dari masa ke semasa.
5. Mengawasi badan pengawas melaksanakan perhimpunan, upacara dan majlis diadakan
di sekolah.
6. Mengawasi kewibawaan pengawas-pengawas pada pandangan pelajar-pelajar.

Powered by azlee@ymail.com
SMK SYED HASSAN SEKOLAH SUKAN NEGERI

Kepentingan akademik mereka harus juga diberi perhatian.


Memastikan bahawa pengawas mempunyai kelab mereka sendiri dengan membentuk
jawatankuasa dan mereka patut mengadakan majlis-majlis tertentu.
7. Badan Pengawas dengan kerjasama guru disiplin dan semua guru boleh mengambil
tindakan untuk mempastikan bahawa peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar.
8. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
9. Menyediakan Iaporan tahunan.
10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Pengetua dari masa ke semasa.

JAWATANKUASA PENCEGAHAN JENAYAH

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan penyalahgunaan dadah.


2. Bekerjasama dengan badan disiplin dan unit kaunseling dalam menyediakan senarai
Pelajar Berisiko Tinggi untuk:
2.1 menjalani pemeriksaan air kencing
2.2 menyertai kursus / program pencegahan penyalahgunaan dadah.
3. Mengurus pelajar untuk menyertai SLAD.
4. Mengadakan mesyuarat berkaitan dan menyediakan laporan.
5. Menjalankan tugas lain yang diarah oleh Pengetua dari masa ke semasa

JAWATANKUASA SPBT

1. Mengedar dan memungut balik borang-borafng SPBT(1) dan SPBT(1A).


2. Memesan buku-buku teks melalui Borang SPBT 4R, SPBT 3/SR dan SPBT 2/4R.
3. Menerima buku-buku daripada pembekal, menyemak dan merekod ke dalam buku stok.
4. Mengemaskini stok.
5. Memproses buku yang diterima.
6. Memberi pinjam buku-buku kepada para pelajar yang layak melalui guru kelas.
7. Memungut kembali buku-buku tersebut daripada pelajar melalui guru kelas.
8. Menyemak penyata bekalan bagi tahun berikutnya agar mencukupi, jika tidak cukup buat
pesanan.
9. Menyediakan tempat untuk menyimpan buku diakhir tahun persekolahan.
10. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan.
11. Menjalankan tugas lain yang diarah oleh Pengetua dari masa ke semasa

Powered by azlee@ymail.com
SMK SYED HASSAN SEKOLAH SUKAN NEGERI

JAWATANKUASA BIASISWA/E-KASIH/ KWAPM

1. Pengurusan Biasiswa
2. Pretasi Pemegang Biasiswa
3. Menentukan semua pemegang biasiswa mernpunyai Akaun Simpanan di Bank
Simpanan Nasional.
4. Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di sekolah.
5. Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat.
6. Mendapatkan senarai nama pelajar miskin yang layak mendapat bantuan berdasarkan
keutamaan dan keperluan.
7. Mengurus dan memastikan borang KWAPM diberikan kepada pelajar miskin yang layak
8. Mengadakan mesyuarat pemilihan untuk menentukan pelajar yang layak mendapat
bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
9. Menentukan jenis-jenis bantuan.
10. Mengenalpasti kaedah terbaik untuk mengagihkan bantuan.
11. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
12. Menyediakan laporan tahunan.
13. Menjalankan tugas lain yang diarah oleh Pengetua dari masa ke semasa

JAWATANKUASA KEBAJIKAN

1. Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti:
1.1 pelajar miskin
1.2 kemalangan
1.3 rawatan berterusan (penyakit kronik)
1.4 kematian
1.5 kecemasan / bencana
2. Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan
dan keperluan.
3. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keperihatinan
pelajar terhadap kebajikan.
4 Mengurus hal ehwal derma dari luar.
5 Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerimaan yang kemaskini dan disahkan oleh
Pengetua.
6 Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.
7 Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
8 Menguruskan hal-hal berkaitan kesihatan pelajar.
9 Menjalankan tugas lain yang diarah oleh Pengetua dari masa ke semasa.

Powered by azlee@ymail.com
SMK SYED HASSAN SEKOLAH SUKAN NEGERI

JAWATANKUASA KANTIN

1. Mempastikan kebersihan kantin sentiasa terjaga dan dipertingkatkan dari masa ke


semasa.
2. Laporan yang dibuat oleh Guru Bertugas Mingguan mengenai kantin perlu dibacakaji terutama:
2.1 Kebersihan tempat makan pelajar dan guru.
2.2 Kebersihan tempat menyediakan makanan.
2.3 Kebesihan makanan dan minurnan.
2.4 Kebersihan kawasan sekeliling kantin termasuk Iongkang, sinki dsb.
3. Mengadakan peraturan bagi perjalanan kantin dan pastikan pelajar mematuhi peraturan
tersebut sepanjang masa.
4. Mempastikan kantin ceria dan dihiasi dengan poster-poster yang berkait dengan
kesihatan, pemakanan dan adab makan minum.
5. Melengkap dan mengemaskini meja maklumat di kantin.
6. Mengawal harga dan mutu makanan sesuai dengan kontrak.
7. Memastikan pekerja kantin sihat dan disahkan oleh Jabatan Kesihatan
8. Memaklumkan kepada pihak kantin mengenai hari persekolahan, hari cuti dan lain-lain.
9. Menerima laporan/ aduan/ pandangan dari guru dan pelajar tentang masalah kantin.
10. Mengambil tindakan semerta untuk mengatasi kelemahan yang dapat dikesan.
11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

JAWATANKUASA KESELAMATAN

1. Membaca, memahami, dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian
dan JPN
2. Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti: -
a. keselamatan lalu lintas
b. keselamatan bangunan dan perabot
3 Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis, bomba, JKR (Air) dan JKR (Elektrik).
4 Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar.
5 Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi.
6 Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat.
7 Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi
sekolah.
8 Merancang dan menjalankan latihan kecemasan kebakaran (mengosongkan bangunan)
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
9 Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal.
10 Meletakkan tanda amaran BAHAYA di tempat-tempat berbahaya.
11 Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan.
12 Menentukan dan menanda zon / kawasan larangan bagi laluan pelajar.
Keselamatan di makmal / bengkel / bilik ERT dan bilik-bilik khas yang lain

Powered by azlee@ymail.com
SMK SYED HASSAN SEKOLAH SUKAN NEGERI

JAWATANKUASA KESIHATAN
1 Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan.
2 Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan / penyelia
tingkatan.
3 Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan.
4 Menyediakan jadual tugas bilik rawatan.
5 Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, tayangan dan lain-
lain.
6 Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.
7 Bertanggungjawab dalam kempen-kempen kesihatan seperti Anti-Aedes/Denggi.

JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN JADUAL KEDATANGAN ( PENYELARAS


TINGKATAN

1. Mengurus minggu orientasi pelajar-pelajar Tingkatan 4


&Tingkatan1 bersama guru bimbingan dan kaunseling dan guru-guru mata pelajaran
2 Menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru
3. Merekod dalam buku kemasukan pelajar dan memberi nombor pendaftaran pelajar baru.
4 Mencatat BERPINDAH SEKOLAH KE... / BERHENTI SEKOLAH dalam buku kemasukan
pelajar jika ada pelajar yang berpindah atau berhenti sekolah.
5 Membuat analisis mingguan dan bulanan tentang PONTENG atau ketidakhadiran pelajar.

JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1 Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling meliputi semua aspek bimbingan dan kaunseling iaitu :
a. Bimbingan Pelajar
b. Bimbingan Kerjaya
c. Bimbingan Sosial
d. Bimbingan Sahsiah
e. Bimbingan Psikologi
2 Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.
3 Mengelolakan program orientasi :
a. Penerapan budaya sekolah bagi tingkatan satu dan empat.
b. Penerangan tentang sukatan dan pemilihan mata pelajaran di peringkat sekolah
(KBSM)

Powered by azlee@ymail.com
SMK SYED HASSAN SEKOLAH SUKAN NEGERI

c. Pemilihan mata pelajaran pilihan di peringkat menengah atas.


d. Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
4 Mengelola dan mengurus bilik Bimbingan dan Kaunseling secara berkesan.

5 Memastikan semua fail yang berkaitan dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling disediakan
dan dikemas kini.

JAWATANKUASA SMM

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid (SMM)


2. Menyelaras tugas mengumpul data dan maklumat murid.
3. Mengemaskini maklumat murid bersama-sama guru tingkatan dan guru data dari semasa ke
semasa ke dalam SMM.
4. Menyediakan maklumat murid yang lengkap dan kemaskini.
5. Menghantar disket SMM ke JPN mengikut tarikh yang ditentukan.
6. Menjalankan tugas yang arahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

JAWATANKUASA SSDM

1. Merekodkan salah laku pelajar dalam sistem on-line


2. Mencetak rekod salah laku pelajar dan disimpan dalam fail
3. Menyediakan laporan salah laku pelajar sekira diperlukan
4. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

JAWATANKUASA PPDa

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).


2. Merancang dan melaksanakan program mencegah dan membasmi dadah melalui ceramah,
poster, risalah, pameran dan sebagainya.
3. Mematuhi dasar dan panduan mengendalikan kes penyalahgunaan dadah dan seumpamakan
yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Antidadah Negara.
4. Menghantar Borang ADIUB 1 ( Analisis Pelajar/ Guru/ Pekerja yang terlibat dengan dadah/
inhalan/ ubat batuk) ke PPD pada setiap bulan ( sebelum 5 haribulan).
5. Bekerjasama dengan jabatan kerajaan dan NGO dalam usaha mencegah dan membasmi
penyalahgunaan dadah.
6. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

Powered by azlee@ymail.com
SMK SYED HASSAN SEKOLAH SUKAN NEGERI

JAWATANKUASA KECERIAAN KELAS

1. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Keceriaan Kelas


2. Mengadakan program pertandingan kelas

JAWATANKUASA SLAD

1. Memberi bantuan / kerjasama kepada pihak sekolah atau Agensi Dadah Kebangsaan untuk
membuat kajian rambang menerusi ujian air kencing.
2. Mengawal dan menghapuskan penyalahgunaan najis dadah di kalangan pelajar atau anggota
keluarga SMK SYED HASSAN
3. Membuat kajian dan merekod maklumat semasa kes-kes berkaitan dadah, hidu gam/petrol dan
lain-lain yang berkaitan.
4. Mengelola aktiviti/program untuk pelajar yang berkaitan dengan Slad, Prostar dan Kempen Anti
Dadah.
5. Menggalak dan membimbing pelajar dalam penyertaan mereka bagi program-program di atas.
6. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

JAWATANKUASA PROSTAR

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Program Sihat Tanpa Aids Remaja (PROSTAR).


2. Merancang dan melaksanakan program mencegah dan membasmi Aids melalui ceramah,
poster, risalah, pameran dan sebagainya.
3. Bekerjasama dengan jabatan kerajaan dan NGO dalam usaha mencegah dan membasmi
Remaja dari terjebak dengan aktiviti sosial yang tidak sihat.
6. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

Powered by azlee@ymail.com

You might also like