You are on page 1of 8

SOLAT LELAKI DAN PEREMPUAN TIADA BEZA?

SOALAN
(1) Kawan2 yg lebih arif bab fiqh..
Ada orang bg tau budak2 sekolah, solat semua orang perempuan tidak sah
kerana tak ikut cara solat nabi ketika sujud, iaitu kena mengepak spt org
lelaki.
Cara solat org perempuan kat Malaysia semua x sah sebab masa sujud
rapatkan perut pada paha & lengan PD badan.
(Org yg cakap ni telah mengikuti kuliah solat oleh pakar hadis di UM)
Tolong bg pendapat yg soheh ye.
(2) Semalam di sebuah surau saya ditegur.
Seusai solat
Makcik : makcik nak tegur sikit boleh
Saya : ye boleh, apa makcik
Makcik : kita perempuan tangan bila sujud tak kembang, kena kuncup
macamni letak dalam atas peha (sambil sujud)
Saya : ohhh terima kasih
Makcik : kita perempuan tak leh kembang2
Saya terima je teguran dia sebab ni benda khilaf. Cuma dia mesti jeling kat
saya masa saya solat dan hati dia mesti dah ada rasa nak tegur "kesilapan"
saya.
Bagi saya lelaki dan perempuan tiada perbezaan dalam solat sebab hanya
ada satu je dalil mengatakan Sabdanya:"Solatlah kamu sekalian
sebagaimana kamu melihat aku bersolat.
BOLEH USTAZ BAGI PENCERAHAN.. TERIMA KASIH...
JAWAPAN
1. Sebenarnya asal perbuatan dalam solat adalah sama diantara lelaki dan
perempuan, kerana setiap KHITAB kepada lelaki juga DIKHITABKAN kepada
perempuan, melainkan perkara yang ada dalil dari syara' yang menunjuk
atas adanya perbezaan antara lelaki dan perempuan.
Sabda nabi saw :
.
Sesungguhnya perempuan itu adalah saudara kandung lelaki
[ HR Abu Daud , at-Tirmizi dari hadith Aisyah, ad-Darimiy dari hadith Anas ]
2. Disana ada dalil yang jelas dari hadith nabi saw bahawa ada beberapa
perkara tidak sama diantara lelaki dan perempuan dalam solat , kerana
itulah mengambil satu dalil sahaja iaitu " Solatlah kamu sekalian
sebagaimana kamu melihat aku bersolat " dan terus meletakkan hukum
tidak ada perbezaan antara solat lelaki dan perempuan tanpa memandang
kepada dalil-dalil lain akan MENYEBABKAN TERJADI KEPINCANGAN DIDALAM
MELETAKKAN HUKUM.
Dintara perbezaan antara solat lelaki dan perempuan yang secara jelas
disebut didalam hadith :
[1] lelaki melakukan solat fardhu dimasjid manakala perempuan lebih afdhal
melakukan solat fardhu dirumah.
Sabda nabi saw :






.

Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian pergi ke masjid, akan tetapi
rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka.
[ HR Ahmad no.5468, 5471 Abu Daud no.567 ]
Dalam Hadith Ummu Humaid r.a. katanya .




" :














.
.
Wahai Rasulallah, sesungguhnya aku suka solat bersamamu. Baginda saw
bersabda : " sesungguhnya Aku tahu bahawa engkau suka solat bersamaku.
( Akan tetapi ) solatmu di tempat engkau bermalam itu lebih baik dari
solatmu di dalm bilikmu, dan solatmu di dalm bilikmu lebih baik dari solatmu
didalam kediamanmu, dan solatmu didalam kediamanmu lebih baik dari
solatmu di masjid kampungmu, dan solatmu di masjid kampungmu lebih baik
dari solatmu di masjidku ".
[ HR. Ahmad no.27090 ]
Dalam hadith lain pula nabi saw bersabda :






.
Sebaik-baik tempat sujud bagi para wanita adalah di dalam rumah-rumah
mereka.
[ HR Ahmad no.26542 ]
[2] sebaik-baik saf lelaki adalah saf pertama, sedangkan sebaik-baik saf
perempuan adalah saf belakang.
















Sebaik-baik saf laki-laki adalah yang pertama sedangkan paling buruknya
adalah yang paling belakang, dan sebaik-baik saf wanita adalah yang paling
akhirnya, sedang yang paling buruknya adalah yang pertama.
[ HR Muslim ]
[3] Apabila terjadi sesuatu dalam solat lelaki mengucap tasbih, manakala
perempuan pula menepuk tangan.
Rasulullah saw bersabda :














.
Wahai manusia kenapakah kamu ketika mengenai kepada kamu didalam
solat kamu terus menepuk tangan, sesungguhnya menepuk tangan hanya
untuk perempuan.
[ HR Al-bukhari no.1234 ]
[4] perempuan perlu memakai tudung dalam solat, sedangakan lelaki tidak
disyaratkan memakai tudung.
Sabda nabi saw :
.
Allah tidak menerima solat wanita dewasa kecuali dengan tudung.
[ HR Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah ]
[5] wanita perlu tutup kakinya, sedangakn lelaki tidak disyaratkan menutup
kaki dalam solat.
: :
: .
Dari ummi Salamah r.anha katanya : " Adakah seseorang perempuan itu
boleh bersolat dalam keadaan memakai baju dan tudung kepala sahaja,
tetapi tidak memakai kain sarung? baginda saw menjawab " Boleh, jika
bajunya itu labuh sehingga menutup zahir (bahagian atas) kedua kakinya ".
[ HR Abu Daud ]
[6] lelaki boleh menjadi imam kepada lelaki, manakala perempuan tidak
boleh menjadi imam kepada lelaki.
Sabda nabi saw :





.
Tidak akan berjaya suatu kaum yang melantik pemimpin mereka seorang
wanita.
[ HR al-Bukhari ]
3. Berkenaan dengan kedudukan wanita dalam rukuk dan sujud adakah
sama dengan lelaki atau tidak sama, MAKA HAL INI ULAMA BERSELISIH
PANDANGAN
PADA MENETAPKAN HUKUMNYA.
Ada sebahagian ulama berpandangan TIDAK ADA PERBEZAAN antara
kedudukan lelaki dan kedudukan perempuan didalam rukuk dan sujud.
Bahkan sebagaimana disunatkan kepada lelaki merenggangkan anggotanya
begitu juga disunatkan kepada perempuan merenggangkan anggotanya.
Namun ada sebahgian ulama mujtahid yang lain pula bahkan ini adalah
pandangan majoriti, mereka berpandangan bahawa DISUNATKAN KEPADA
PEREMPUAN MERAPATKAN ANGGOTANYA KETIKA RUKUK DAN SUJUD.
Perlu kita tahu bahawa khilaf disini BUKANLAH KHILAF DIANTARA WAJIB
ATAUPUN HARAM , BUKANLAH JUGA KHILAF ANTARA SAH SOLAT ATAU BATAL
SOLAT , bahkan khilaf disini adalah KHILAF ANTARA MANA YANG LEBIH
AFDHAL, hal ini dari kerana samaada perempuan itu merenggangkan atau
merapatkan anggotanya didalam rukuk dan sujud maka kedua-dua keadaan
tersebut masih lagi tidak terkeluar dari panggilan rukuk dan sujud,
maksudnya masih dinamakan ia melakukan rukuk dan sujud, sebab itulah
kedua-dua pandangan tersebut sepakat mengatakan SAH SOLAT
PEREMPUAN YANG MERENGGANGKAN ATAU MERAPATKAN ANGGOTANYA
ketika rukuk dan sujud , walaupun mereka berbeza pandangan pada
manakah yang lebih afdhal.
4. Tidak ada dalil yang SOREH (jelas) lagi SAHIH dari nabi saw yang secara
khusus menuntut supaya perempuan merenggangkan atau merapatkan
anggotanya dalam rukuk dan sujud.
Cuma disana ada hadith yang dinilai dhaif oleh sebahagian ulama hadith,
menuntut supaya perempuan merenggangkan anggotanya ketika rukuk dan
sujud.
Antaranya ialah .
(1) riwayat dari 'Ata' ibn al-'Ajlaan, dari Abu Nadrah al-'Abdi, dari Abu Sa'id
al-Khudri :
.
bahawa Nabi saw memerintahkan kaum lelaki meluaskan lengan tangan
mereka ketika sujud, dan memerintahkan kaum wanita supaya menjaga
(merapatkan) lengan mereka ketika mereka sujud.
[al-Baihaqi mengatakan hadith ini munkar].
(2) riwayat dari Abu Mutee' al-Hakam ibn Abdullah al-Balkhi, dari Umar ibn
Dharr, dari Mujahid, dari Abdullah ibn Umar berkata : Rasulullah saw
bersabda :


.
Apabila seorang wanita duduk, maka dia hendaklah meletakkan pehanya
diantara kedua-duanya, dan apabila sujud dia menekan perutnya pada
pehanya, seperti apa yang lebih tertutup untuk dirinya, dan sesungguhnya
Allah swt melihatnya dan berkata :'Ya Malaikatku, Aku menyaksikan kamu
sesungguhnya aku telah mengampunkan dosanya'.
[ Sunan al-Kubra, lil-Baihaqiy 2/222 ]
(3) Riwayat dari Yazid ibn Abi Habib, berkata bahawa Rasulullah melalui 2
orang wanita yang sedang bersolat, baginda saw bersabda :


Apabila kamu sujud, tekankan sebahagian daging (badan) kebumi, kerana
sesungguhnya wanita tidak sama seperti lelaki didalam hal itu.
[ Abu Daud (al-Maraasiil) dan al-Baihaqi, 2/223 ]
5. Sebahagian ulama feqh melihat kepada asal perempuan adalah "
" BINAANNYA ATAS TERTUTUP, maka apa yang sesuai dengan
perempuan ketika melakukan rukuk dan sujud adalah dengan merapatkan
anggotanya.
Sebab itulah kita dapati Imam as-Syafie rahimahullah di dalam kitab juz.1
hlm.138 menjelaskan :

- -










...

Sungguh Allah Taala telah mendidik kepada para wanita dengan bertutup,
begitu juga Rasulullah SAW telah mendidik mereka seperti itu, dan aku suka
bagi wanita di dalam sujudnya bahawa dia merapatkan sebahagian
anggotanya kepada sebahagian yang lain, dan dia melekatkan perutnya
pada kedua pahanya, dan dia bersujud seperti keadaan yang paling
menutupi sesuatu yang ada baginya, dan seperti ini aku suka bagi
perempuan di dalam rukuk, duduk serta di dalam keseluruhan solatnya
bahawa adalah dia didalam solatnya seperti yang paling menutupi sesuatu
yang ada untuknya ...
Begitu juga imam Ahmad bin Hanbal.
Didalam hlm.75 kata beliau :
: :
: .
Aku pernah bertanya imam Ahmad berkenaan perempuan bagaimanakah
cara sujudnya, beliau menjawab : " perempuan perlu merapatkan kedua
pehanya ", aku bertanya lagi kepada imam Ahmad " adakah duduknya sama
seperti duduk lelaki ?", beliau menjawab : " tidak sama ".
Berkata imam Malik seperti apa yang disebut didalam kitab
juz.1 hlm.186 :
.
Perempuan perlu merapatkan sebahagiannya kepada sebahagian yang lain
sekadar mampu, dan tidak boleh ia merenggangkan pada ketika rukuk, sujud
dan duduk. berbeza dengan lelaki.
Ramai sekali ulama dizaman salaf berpandangan seperti diatas, diantaranya
boleh kita lihat dibawah ini :
Berkata imam Abdurrazzak didalam juz.3 hlm.137 :
[ ]
[ Bab takbir perempuan dengan dua tangannya , berdiri , rukuk dan sujudnya
]
: : :
: .
Dari ibni Juraij katanya , aku berkata kepada 'Atho " adakah perempuan
mengisyaratkan dengan dua tangannya seperti lelaki pada takbir ?", beliau
menjawab " perempuan tidak mengangkat dua tanganya pada perbuatan
tersebut seperti lelaki ", beliau menunjuk caranya lalu beliau merendahkan
kedua tangannya dan merapatkan kedua-duanya kepada dirinya, beliau
berkata " sesungguhnya bagi perempuan keadaan tidak seperti lelaki ".
:
.
Dari al-Hasan al-Basriy dan Qatadah keduanya berkata " apabila perempuan
sujud maka perlu ia merapatkan semampu-mampunya, dan tidak
merenggangkan supaya tidak terangkat tinggi punggungnya.
: .
Dari Ibrahim katanya " dan perempuan tidak merenggangkan seperti lelaki
supaya tidak terangkat tinggi punggungnya ".
: .
Dari 'Ali katanya " apabila perempuan sujud maka hendaklah ia merapatkan,
dan hendaklah ia rapatkan dua pehanya pada perutnya ".
Berkata imam Ibnu Abi Syaibah didalam juz.1 hlm.241 :
[]
[ Perempuan bagaimanakah kedudukannya dalam sujud ]
: .
Dari 'Ali katanya " apabila perempuan sujud maka hendaklah ia merapatkan
dua pehanya ".
: .
Dari Ibni Abbas bahawasanya beliau ditanya tentang solat perempuan,
beliau menjawab " perempuan perlu merapatkan ".
: .
Dari Ibrahim katanya " apabila perempuan sujud maka hendaklah ia
merapatkan dua pehanya dan hendaklah dia meletakkan perutnya atas dua
pehanya ".
.
Dari Mujahid bahawasanya beliau tidak suak lelaki meletakkan perut atas
dua pehanya apabila ia sujud seperti apa yang dilakukan oleh perempuan.
: .
Dari al-Hasan al-Basriy katanya " perempuan merapatkan pada ketika sujud
".
6. Oleh kerana masaalah ini masih lagi didalam lingkungan masaalah
khilafiyah diantara ulama muktabar MAKA KITA PERLU BERLAPANG DADA.
Ana sendiri lebih cenderung kepada pendapat imam Syafei dan lain-lain yang
mengatakan perempuan perlu merapatkan anggotanya ketika sujud dan
rukuk,
bukanlah kerana ana menganggap meraka ini adalah maksum, akan tetapi
kerana ana yakin mereka ini adalah AHLI HADITH DAN AHLI FEQH yang
dikitiraf keilmuannya dan diiktiraf mempunyai kemampuan yang tinggi
didalam memahami nas-nas syara'.
dalam masa yang sama kalau ada pihak lain yang ingin mengambil
pandangan yang mengatakan perlu MERENGGANGKAN maka terpulanglah.

.

You might also like