You are on page 1of 3

LAPORAN KESAN PENEROKAAN SUMBER

HUTAN DI CAMERON HIGHLAND.

Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan


meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan
ekonomi dan kegiatan penebangan pokok
sesebuah negara tidak dapat dielakkan, manusia
sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar
yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi
dan kegiatan penebangan hutan. Kegiatan-
kegiatan ini menyebabkan kepupusan flora dan
fauna, ketandusan tanih, kejadian banjir,
pencemaran udara dan peningkatan suhu.

Penerokaan sumber hutan akan menyebabkan flor


a dan fauna terancam kerana kehilangan habitat
untuk membiak dan kekurangan sumber makanan.
Lambat-laun beberapa spesies tumbuh-tumbuhan
dan haiwan akan pupus. Antara beberapa spesies
mamalia di Malaysia yang diancam kepupusan
ialah badak sumatera, gajah, harimau, dan orang
utan.

Penebangan hutan juga akan menyebabkan


peningkatan suhu. Pokok-pokok memang akan
membantu kita untuk mengurangkan peningkatan
suhu alam sekitar. Penebangan hutan
menyebabkan berlakunya peningkatan suhu
kawasan setempat kerana tiada lapisan kanopi
yang menghalang pancaran matahari daripada
sampai ke tanah.

Apabila pokok mati, ranting, daun dan dahan


akan reput.
Keadaan cuaca panas dan lembab akan
mempercepat proses pereputan.bahan yang ini
berbentuk humus. Humus mempunyai nutrien yang
dapat menyuburkan tanih. Bakteria, kulat dan
serangga akan menguraikan tumbuh-tumbuhan
dan haiwan yang mati. Bahan kimia daripada
tumbuhan dan haiwan ini akan dibebaskan. Bahan
ini akan terserap ke dalam tanih menjadi nutrien.
Penebangan hutan menyebabkan proses
pembentukan humus dan penguraian terhenti.

Pendek kata, penebangan hutan akan


mendatangkan pelbagai kesan-kesan negatif
kepada kita.

Disediakan oleh
Aqmar
(NUR AQMAR HUSNA BINTI HISSMUDDIN)

MAKTAB RENDAH SAINS MARA ALOR GAJAH.

NAMA AHLI KUMPULAN:


o NIESHA
o NAYLI
o AQMAR
o AQIS

You might also like