You are on page 1of 2

...

... ...

...
...

...
... ...

Ya Allah bersempena dengan Mesyuarat Agung PIBG kali KE-44 pada tahun 2017
ini,
di atas keizinan-MU jua kami berada di sini,
untuk menzahirkan rasa kesyukuran kami yang tidak berbelah bagi,
di atas segala limpah kurnia yang Engkau beri,
dengan jayanya mesyuarat ini kami hadiri

Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi
sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .

Ya Allah , Ya Munzilal Barakah ,


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah
ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan
dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia
mahupun di akhirat.

Ya rabbul izzah
dengan kerjasama serta mahabbah,
Semua staf, guru-guru, dan ibubapa yang izzah,
Limpahilah mesyuarat kami ini dengan rahmah,
penuhi majlis ini dengan barakah,
agar majlis ini sampai ke noktah,
untuk mencari kesatuan fikrah,
menghurai segala masalah,
memperkasa tindakan dan langkah
demi satu tujuan dan maslahah.

Ya rabbul-alami
kurniakan kepada kami
anak-anak penyejuk di mata penawar di hati
sihat jasmani dan rohani,
subur ruhi dan aqli,
tinggi akhlak dan budi,
mengambil berat perkara dini,
ajaran nabi diikuti,
perintah allah dipatuhi,
ibu bapa disayangi,
guru-guru dihormati,
rakan-rakan dikasihi,
mempunyai cita-cita tinggi,
menuntut ilmu keutamaan diri,
demi berjaya duniawi dan ukhrawi.

Ya Allah
Engkau tampunglah segala kekurangan,
Engkau tutuplah segala keaiban
Engkau satukan semangat dan tindakan
Engkau perbaiki segala kelemahan
Engkau maafkan segala kealpaan
Engkau rungkaikan segala permasalahan
Engkau berkati mesyuarah dan perbincangan,
Engkau iringi segala usaha kami dengan keberkatan,
Agar mesyuarat hari ini lancar berjalan
Demi anak-anak SK Tanah Liat generasi harapan.

You might also like