You are on page 1of 3

MRSM JELI, KELANTAN

KERTAS CADANGAN
PERLAWANAN PERSAHABATAN RAGBI BAWAH 16 SEPULUH SEBELAH
BERSAMA SEKOLAH MENENGAH SAIN MACHANG
17 APRIL 2017
___________________________________________________________________________
1.0 TUJUAN
1.1 Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Pengetua MRSM
Jeli menyertai perlawanan persahabatan ragbi bawah 16 sepuluh sebelah
bersama Sekolah Menengah Sains Machang (SMS Machang).

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Merujuk kepada surat jemputan dari SMS Machang yang bertarikh 13 April
2017 (Lampiran 1), SMS Machang menjemput pasukan ragbi maktab MRSM
jeli (Hydra Jeli) untuk menyertai perlawanan persahabatan bersama dengan
pihak beliau di padang SMS Machang, pada tarikh 17 April 2017 (isnin),
pada pukul 5.00 ptg. Bagi menghargai jemputan ini dan membina hubungan
kontruktif yang sihat dengan pihak SMS Machang, kelab ragbi amat berharap
untuk menyertai perlawanan persahabatan ini.

3.0 CADANGAN PERLAKSANAAN


3.1 Objektif :

Memberi pengalaman akan situasi perlawanan yang sebenar kepada


pasukan ragbi sepuluh sepasukan bawah 16 MRSM Jeli (Hydra Jeli).

Memberi pendedahan kepada ahli Kelab Ragbi MRSM Jeli (Hydrian)


akan perjalanan pertandingan dan pengurusan pasukan ketika
perlawanan.

3.2 Tarikh Program


17 April 2017 (Isnin) , pukul 5.00 ptg

1
3.3 Sasaran
Pemain Ragbi Maktab (Hydra Jeli) fokus, pasukan bawah 16 thn
Ahli kelab Ragbi MRSM Jeli (Hydrian)
Jumlah pelajar = 30 org pelajar lelaki shj.

3.4 Tempat Program


SMS Machang.

4.0 JADUAL PROGRAM


JAM AKTIVITI
3.00 ptg Pelajar bertolak ke SMS Machang
4.30 ptg Pelajar tiba di SMS Machang
Pelajar solat asar di surau SMS
Machang
5.00 ptg perlawanan bermula
6.00 ptg pelajar makan malam
6.20 ptg bertolak pulang ke MRSM Jeli
7.50 ptg Pelajar dijangka tiba di MRSM jeli

2
5.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Pengangkutan : memerlukan Bas Maktab.
Makan dan minum pelajar :
- Pelajar akan makan tengahari di maktab
- Makan malam pelajar pula : memohon dewan selera untuk
membungkus makan malam pelajar (menu makan tengahari)
bersama air mineral, sebelum bertolak ke SMS Machang.
-
6.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP
Melalui perlawanan ini, pemain maktab dapat menambahkan pengalaman mereka
bagi menghadapi kejohanan ragbi premier 2018, manakala ahli kelab maktab dapat
menyaksikan secara langsung perlawanan ragbi 10s dan memperoleh pengalaman
permainan ragbi secara visual, dan pengalaman mengurus pasukan secara terus.
Dengan ini, saya memohon agar kelulusan pengangkutan bas dan makan
malam pelajar dari pihak pengetua.

Disediakan Oleh : _____________________________________ .


AZAIZUL BIN AHMAD
Penasihat dan jurulatih
Kelab ragbi (Hydra Jeli)
MRSM Jeli, Kelantan.

Disokong Oleh : ___________________


EN. MOHD NADZRUL BIN ABDUL HAMID
Timbalan Pengetua HEK
MRSM Jeli, Kelantan

Diluluskan Oleh : ________________________________


NIK ZAINUN BT. NIK ABU BAKAR
Pengetua
MRSM Jeli, Kelantan

You might also like