You are on page 1of 1

Peralatan Pertolongan Cemas & Fungsi

Kain Anduh Larutan Antiseptik


Membalut luka atau menetapkan bahagian Membunuh kuman pada bahagian luka.
yang cedera.
Larutan Akriflavin (Losyen Kuning)
Pita Pelekat Membunuh kuman pada bahagian luka.
Menetapkan kain kasa.
Pengepit
Kain Kasa Mengepit kapas dan kain kasa atau benda asing
Menutup luka. pada bahagian luka.

Kapas Minyak Angin


Membersihkan luka dan menyapu ubat. Meringankan rasa sakit kepala atau pening kepala.

Plaster Berubat
Menutup luka yang kecil.

Gunting
Gunting kain kasa, pita pelekat atau pembalut.

Pin Keselamatan / Pin Baju


Menetapkan kain anduh atau pembalut.

Termometer Klinikal
Mengukur suhu badan.

Sarung Tangan Lateks


Melindungi penyelamat daripada terkena jangkitan.

Topeng Muka
Melindungi penyelamat daripada terkena jangkitan.

Krim Antiseptik
Membasmi kuman serta merawat luka, calar,
lepuh kecil serta gigitan atau sengatan haiwan.

Buku Panduan Pertolongan Cemas


Rujukan untuk maklumat yang tepat mengenai
aplikasi pertolongan cemas.

Pek Ais
Menuam pada bahagian lebam, terseliuh atau
kecederaan otot.

Putik Kapas
Membersihkan luka kecil atau menyapu ubat.

Topeng CPR
Mengelakkan jangkitan semasa resusitasi mulut ke mulut.

Pembalut
Membalut luka atau bahagian yang terseliuh.

Larutan Bergaram
Membersihkan luka.

You might also like