You are on page 1of 12

KAJIAN KES

SPM 2004

1
2
SPM 2005

3
SPM 2006

4
5
SPM 2007

2008

6 Encik Haikal memulakan perniagaan dalam industri pembuatan pakaian kanak-


kanak dengan menggunakan modal sendiri. Apabila perniagaannya berkembang,

6
dia memerlukan lebih banyak modal. Saudara mara mengesyorkan pelbagai
sumber pinjaman kepadanya. Keadaan ini menyebabkan Encik Haikal berasa
keliru dan tidak dapat menentukan sumber pinjaman yang terbaik kepada syarikat.
Setelah empat tahun beroperasi, Encik Haikal membuat keputusan untuk
mempelbagaikan jenis pakaian kepada pakaian lelaki dan wanita. Oleh itu, beliau
telah memohon dana daripada Kementerian Pembangunan Usahawan sebanyak
RM800 ribu tetapi RM650 ribu sahaja yang diluluskan tanpa dikenakan kadar
faedah. Bagi menampung kekurangan RM150 ribu, beliau mendapatkan pinjaman
daripada institusi kewangan dan dikenakan kadar faedah sebanyak 7 peratus.
Encik Haikal berpendapat tindakan institusi kewangan tersebut tidak sepatutnya
berlaku kerana syarikat telah menyokong dasar kerajaan untuk meningkatkan
potensi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebagai pemangkin pertumbuhan
ekonomi negara.
Bagi memastikan pengeluaran berjalan dengan lancar, Encik Haikal telah
menaikkan upah pekerja sebanyak 25 peratus di samping menyediakan suasana
tempat kerja yang lebih selesa. Tindakan ini menyebabkan para pekerja bekerja
lebih bersungguh-sungguh. Kesannya jumlah keuntungan syarikat meningkat
sebanyak 60 peratus dalam tempoh setahun. Perkembangan ini mendorong beliau
untuk memasarkan produknya ke pasaran antarabangsa. Terdapat dua buah
syarikat pengimport yang berminat dengan keluaran perusahaan Encik Haikal.
Maklumat berikut menunjukkan jenis pakaian, harga, kuantiti dan kadar
pertukaran asing bagi dua buah negara.

Harga Pakaian Kuantiti


Pengimport Jenis Pakaian
(RM) (`000 helai)
OldMill Sdn. Bhd., Kanak-kanak 40.00 200
Amerika Syarikat Lelaki 50.00 300
Franzye Colours
Wanita 55.00 500
Sdn. Bhd., Britain

Kadar Pertukaran Asing

RM3.80 = USD1.00

RM7.20 = 1.00

Pada masa yang sama, Encik Haikal sebagai Pengerusi Persatuan Pengeluar
Pakaian Kebangsaan mendesak kerajaan agar menaikkan cukai import pakaian
dan berharap mendapat pertimbangan yang sewajarnya bagi mengukuhkan
industri pakaian negara.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

a) Terangkan dua sumber pinjaman yang boleh diperoleh Encik Haikal bagi
menampung modal yang tidak mencukupi. [4 markah]

7
b) Adakah anda bersetuju dengan pendapat Encik Haikal tentang kadar faedah yang
tidak sepatutnya dikenakan kepada peniaga Perusahan Kecil dan Sederhana
(PKS)?

Berikan tiga alasan [4 markah]

c) Jelaskan kesan perubahan upah terhadap pasaran pakaian. [4 markah]

(i) Hitungkan nilai eksport pakaian ke Amerika Syarikat dalam sebutan dolar
Amerika (USD) dan Britain dalam sebutan pound (). [6 markah]

(ii) Negara manakah memberi pulangan keuntungan yang tinggi kepada syarikat
Haikal?
Beri alasan anda. [2 markah]

d) Jelaskan kesan kepada pihak berikut sekiranya kerajaan melaksanakan desakan


Persatuan Pengeluar Pakaian Kebangsaan.

i) Pengguna [1 markah]

ii) Pengeluar [2 markah]

iii) Kerajaan [2 markah]

SPM 2009

. Angin monsoon yang melanda pantai timur Malaysia dan bencana alam yang berlaku
secara berterusan menyebabkan para nelayan tidak dapat turun ke laut. Kesannya stok
bekalan ikan negara terjejas menyebabkan pengguna yang panic telah membeli ikan
secara berlebihan. Segelintir pemborong pula menyorok bekalan ikan dengan tujuan
meningkatkan keuntungan. Tindakan tersebut memburukkan lagi keadaan pasaran ikan
dalam negara.

Sehubungan itu, persatuan pengguna menjalankan kempen menasihati pengguna


menggantikan pengambilan ikan laut dengan ikan air tawar tetapi kempen tersebut tidak
berjaya. Oleh itu, pihak persatuan mendesak kerajaan meningkatkan import ikan
daripada Thailand untuk mengawal kenaikan harga ikan secara berterusan dan
melampau.

8
Bagi tempoh jangka panjang, kerajaan memodenkan industri perikanan dengan
meningkatkan kapasiti melalui penyediaan peralatan dan kemudahan penangkapan ikan
kepada nelayan. Kerajaan turut membina 1 000 bot yang dilengkapi dengan peralatan
moden dan diperbuat daripada bahan komposit untuk penangkapan ikan di laut dalam.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut :

(a) Berdasarkan ilmu ekonomi yang dipelajari, adakah anda bersetuju dengan tindakan
pengguna tersebut? Beri tiga alasan [4 markah]

(b) Jelaskan kesan tindakan segelintir pemborong terhadap :


(i) Pengguna [4 markah]
(ii) Pasaran ikan tempatan [4 markah]

(c) Mengapakah kempen persatuan pengguna tersebut tidak Berjaya? [3 markah]


(d) Wajarkah tindakan persatuan pengguna mendesak kerajaan mengawal kenaikan harga
ikan? Beri tiga alasan. [4 markah]

(e) Jelaskan dua kebaikan kerajaan meningkatkan import ikan [2 markah]

(f) Tentukan jenis perbelanjaan kerajaan dalam memodenkan industri perikanan.


Berikan tiga alasan. [4 markah]

SPM 2010

Cik Maria yang menetap di Klang, Selangor telah ditawarkan dua jawatan berdasarkan
iklan di bawah :
Syarikat Senibong Sdn.Bhd.
Atas dorongan keluarganya, Cik Maria telah
Jawatan: Pegawai Kewangan memilih untuk bekerja sebagai pegawai
Gaji: RM 2 500 sebulan pentadbiran di Melaka. Dia juga meneruskan
Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda kerja sampingan sebagai guru tuisyen seperti
Pengalaman: minimum 3 tahun sebelumnya.
Lokasi: Johor Bahru Selepas lima tahun bekerja, Syarikat Lubuk
Cuti tahunan: 25 hari Emas menawarkan kenaikan pangkat dan
Perubatan percuma bonus lima bulan gaji kepada Cik Maria.
Penginapan disediakan Namun begitu dia membuat keputusan untuk
berhenti kerja bagi mengusahakan pusat
tuisyennya sendiri.

9
Pada peringkat awal, Pusat Tuisyen Maria kurang mendapat sambutan. Oleh itu
dia menjalankan promosi secara besar-besaran dan berjaya meningkatkan jumlah pelajar
di pusat tuisyennya. Sambutan yang menggalakkan ini mendorong beberapa pusat tuisyen
baru dibuka di bandar tersebut. Pusat Tuisyen Maria masih mengekalkan yuran asal
walaupun pusat-pusat tuisyen baru mengenakan yuran yang lebih tinggi.
Cik Maria menguruskan sendiri semua urusan pentadbiran di pusat tuisyennya. Ini
menyebabkan dia kesuntukan masa untuk menjelaskan pembayaran bil air, elektrik dan
sewa bangunan tepat pada masa yang ditetapkan. Dia berasa tertekan setelah menerima
notis pemotongan bagi bil-bil yang tertunggak dan surat amaran daripada pemilik
bangunan.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut

(a) Adakah anda bersetuju dengan keputusan pemilihan pekerjaan Cik Maria? Beri 4
alasan. [5m]

(b) Mengapakah Cik Maria membuat keputusan untuk berhenti kerja?


[5m}

(c) Terangkan 2 faktor yang menyebabkan perubahan permintaan


terhadap perkhidmatan Pusat Tusyen Maria [4m]

(d) Jelaskan kesan pembukaan pusat tuisyen baru terhadap masyarakat


setempat [2m]

(e) Wajarkah strategi Cik Maria mengekalkan yuran pusat tuisyennya.?


Berikan 2 alasan [3m]

(f) Terangkan 3 kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank


perdagangan untuk menyediakan masalah pembayaran bil-bil Cik Maria.
[6m]

SPM 2011

Encik Aliff yang tinggal di Melaka adalah seorang siswazah undang-undang universiti tempatan.
Selepas tamat pengajian, dia mendapat tawaran bekerja di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur
tetapi memutuskan untuk mengambil alih perniagaan inap desa ( homestay ) milik bapanya, iaitu
ERK Homestay di Melaka mulai tahun 2010.

Encik Aliff telah menetapkan sasaran keuntungan sebanyak 30% bagi tahun 2011. Oleh itu,
sebagai langkah permulaan untuk menarik lebih minat pelanggan, Encik Aliff telah melabur
RM 200 ribu bagi menaik taraf homestaynya. Namun begitu, tindakan untuk meningkatkan
permintaan terhadap ERK Homestay tidak berjaya. Walau bagaimanapun Encik Aliff tetap tidak
berputus asa. Dia berusaha memajukan dirinya dengan mengikuti pelbagai kursus keusahawanan
dan mendapat khidmat nasihat daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Tetapi usahanya itu
masih tidak membuahkan hasil untuk meningkatkan permintaan seperti mana yang diharapkan.

Empat tahun selepas itu, perniagaan ERK Homestay semakin maju. Prestasi perniagaannya
bertambah baik sehingga mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM40 ribu sebulan. Ini

10
mendorong Encik Aliff menubuhkan agensi pelancongannya sendiri yang beroperasi di
homestaynya. Tindakan ini menyebabkan keuntungan ERK Homestay bertambah menjadi RM65
ribu sebulan dan seterusnya beliau menyumbangkan kepada sumber hasil kerajaan melalui
peningkatan cukai yang dibayarnya.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:


(a) Adakah anda bersetuju dengan keputusan Encik Aliff untuk mengambil alih perniagaan inap
desa?
Beri enam alasan. [ 7 markah ]

(b) Mengapakah tindakan awal Encik Aliff tidak berjaya untuk meningkatkan permintaan
terhadap ERK Homestay? [ 6 markah ]

(c) Cadangkan dua cara lain untuk membantu Encik Aliff mengatasi masalah yang
dihadapinya. [ 2 markah ]

(d) Jelaskan kesan penubuhan agensi pelancongan kepada:

(i) ERK Homestay [ 3 markah ]

(ii) Penduduk setempat [ 3 markah ]

(e) Terangkan dua jenis cukai yang perlu dibayar oleh ERK Homestay kepada kerajaan
[ 4 markah ]

SPM 2012

Encik Mokhtar adalah seorang usahawan di Kuantan, Pahang. Beliau berhasrat


untuk mengembangkan perniagaan batik sedia ada dan menceburi perusahaan
sarang burung walit yang dicadangkan oleh isterinya. Setelah kajian dibuat, beliau
mendapati kos mengembangkan perniagaan batik adalah sebanyak RM50,000
manakala kos memulakan perusahaan sarang burung walit adalah sebanyak
RM55,000. Dengan berbekalkan modal sebanyak RM60,000, beliau menghadapi
masalah untuk melaksanakan kedua-dua perusahaan tersebut serentak. Beliau
memutuskan untuk memilih perusahaan sarang burung walit.

Selepas tiga bulan beroperasi, Encik Mokhtar telah berjaya mendapat hasil dan
bercadang untuk menjual sarang burung walit yang sudah diproses kepada
pemborong tetapi tidak dipersetujui oleh isterinya, Puan Murni. Puan Murni
mencadangkan agar menjual sarang burung yang belum diproses memandangkan
mereka masih baru dan kurang pengalaman dalam perusahaan ini. Berikut adalah
anggaran pengeluaran sarang burung walit bagi tempoh tersebut.

Sarang Burung Sarang Burung


Belum Diproses Selepas Diproses
Output (kg) 3.5 3.0

11
Kos:
Sewa bangunan RM 3 000 RM 3 000
Bil air, elektrik dan telefon RM 100 RM 160
Upah pengawal RM 800 RM 800
Upah memproses - RM 2 700

Harga jualan / kg RM 4 000 RM 7 000

Potensi cerah dalam industri sarang burung walit ini menyebabkan Encik Mokhtar
menambah rumah burung walit. Pada masa yang sama beliau menyertai Persatuan
Pengusaha Sarang Burung Walit Kebangsaan. Melalui persatuan, Encik Mokhtar
bergabung dengan ahli-ahli persatuan lain untuk mempelbagaikan produk
berasaskan sarang burung walit sebelum di eksport ke Negara China. Pihak
persatuan juga menjalankan promosi secara besar-besaran untuk meningkatkan
permintaan di pasaran tempatan. Namun begitu berlaku kekeliruan orang ramai
berkaitan dakwaan produk sarang burung walit dihasilkan dalam negara tidak
selamat dimakan kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.
Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan berikut:-

(a) Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Encik Mokhtar.


[ 6 markah]

(b) Huraikan sektor ekonomi yang dipilih oleh Encik Mokhtar. [ 4 markah]

(c) Adakah anda bersetuju dengan keputusan Encik Mokhtar untuk menjual
sarang burung walitnya kepada pemborong?
Kemukakan tiga alasan. [ 4 markah]

(d) Jelaskan tiga kebaikan pihak persatuan mengeksport produk berasaskan


sarang burung walit ke pasaran China. [ 3 markah]

(e) Jelaskan kesan tindakan persatuan mempelbagaikan produk terhadap:


(i) pengguna [ 2 markah]
(ii) pengusaha [ 3 markah]

(f) Jelaskan kesan terhadap pasaran sarang burung walit apabila berlaku
dakwaan tersebut. [ 3 markah]

12

You might also like