You are on page 1of 2

Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,

IPTAR

100 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008 Pengajaran Berasaskan


Projek (Project Based Learning/PBL)merupakan suatu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini
menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu
perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran
Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model
aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak
melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai
dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masa kini. Bagaimanapun
sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan
yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai.
Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai perseoalan berkaitan keperluan
serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti
kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada murid serta
sumbangan kepada pembelajaran. Objektif Kajian Secara spesifik kajian ini
cuba untuk melihat keperluan dan keberkesanan pelaksanaan projek dari segi: a.
Mengenalpasti keperluan perancangan, pengurusan dan kesesuaian pelaksanaan
projek. b. Mengenalpasti sumbangan projek kepada kaedah dan proses
pengajaran dan pembelajaran.

Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,

IPTAR

101 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008 c. Mengenalpasti sumbangan


projek dalam meningkatkan keyakinan diri dan motivasi murid. Objektif pertama
kajian ini ialah cuba menyelidiki aspek perancangan dan pengurusan bagi
pelaksanaan kaedah projek dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah
untuk menentukan keperluan perancangan dan pengurusan yang mantap dan
sistematik sebelum dan semasa projek dijalankan. Suatu isu yang tidak kurang
penting juga ialah kesesuaian projek dilaksanakan dalam semua jenis pesekitaran
sekolah. Hal ini merangkumi bukan hanya persekitaran terdekat sesebuah
sekolah malah lokasi atau tempat yang jauh dari sekolah. Maka kajian ini cuba
mendapatkan maklumat berkaitan kesesuaian projek dilakukan di sekolah
dengan mengambil kira pelbagai kekuatan dan kelemahan persekitaran sesebuah
sekolah dari segi keterdapatan bahan, sumber serta keperluan peralatan dalam
pelaksanaan projek. Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengenalpasti
sumbangan projek kepada kaedah dan proses pengajaran dan pembelajaran.
Aspek yang diselidiki termasuk nilai tambah dari segi kepelbagaian cara
pembelajaran dan kaitan pelajaran murid dengan dunia sebenar. Objektif yang
ketiga dalam kajian ini ialah untuk mengenalpasti sumbangan projek dalam
meningkatkan keyakinan diri dan motivasi murid. Ini melibatkan penelitian
tentang minat, penglibatan dan kepuasan murid dalam melaksanakan aktiviti
projek.

You might also like