You are on page 1of 11

RMTSB004

PENGURUSAN SNEK BIJIRIN DALAM PROGRAM


RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
MURID SEKOLAH RENDAH TAHUN 2016

1. Pengenalan
Snek Bijirin akan diberikan sebagai makanan tambahan kepada murid penerima
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun 2016. Snek Bijirin akan diberikan
sekali seminggu sepanjang tempoh pelaksanaan RMT pada tahun 2016

2. OBJEKTIF
Memberi makanan berkhasiat dalam kalangan murid yang menerima
RMT.
Menambahkan kepelbagaian jenis makanan kepada murid RMT.
Membudayakan pemakanan berkhasiat kepada murid RMT.

3. SKOP
Snek Bijirin dibekalkan kepada murid penerima RMT tahun 2016.
Program Snek Bijirin akan dilaksanakan pada bulan September 2016.
Setiap murid penerima akan menerima sebanyak 10 bar.
Snek Bijirin dicadangkan untuk dimakan pada hari yang melibatkan aktiviti
kokurikulum atau lain-lain aktiviti sekolah yang bersesuaian

4. DEFINISI
Snek Bijirin adalah sebagai makanan tambahan untuk murid RMT

5. JAMINAN PRODUK
Bagi memastikan bekalan Snek Bijirin kepada sekolah-sekolah adalah selamat,
syarikat pembekal Snek Bijirin hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

a) Mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.


b) Mematuhi segala peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan
Makanan 2009:
i. Melaksanakan program jaminan keselamatan makanan Hazard Analysis
and Critical Control Point (HACCP)
ii. Melaksanakan sistem kebolehkesanan (traceability system) makanan iaitu
sistem yang boleh menjejaki dari mana sumber makanan diperolehi dan
ke mana sumber makanan yang telah diproses dihantar di sepanjang
rantaian termasuk pengedaran hingga ke peringkat penyimpanan di
sekolah; dan
iii. Memastikan bahan mentah bebas dari sebarang pencemaran.

c) Menyimpan holding sample (2 sampel) bagi setiap kelompok (batch) yang


dikeluarkan.
d) Mendapat pengesahan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).

6. PENGANGKUTAN
Snek Bijirin hendaklah dilindungi daripada pencemaran ataupun kerosakan semasa
pengangkutan dan pengedaran. Jenis kenderaan yang digunakan hendaklah
mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Menyediakan perlindungan yang berkesan daripada pencemaran dan suhu


melampau serta hujan.
b) Semua kelengkapan dalam kenderaan pengangkutan hendaklah bersih,
berkeadaan baik, boleh dibersihkan dan sekiranya perlu, disanitasi dan ditutup
untuk menghalang kemasukan makhluk perosak dan sebarang sumber
pencemaran.
c) Mempunyai pengudaraan secukupnya

7. PENYIMPANAN DI GUDANG
a) Keperluan Gudang
Stor atau gudang yang digunakan bagi menyimpan bekalan Snek Bijirin
hendaklah mempunyai reka bentuk stor yang dapat mengawal risiko
pencemaran serta mempunyai ciri-ciri berikut:-

i. Stor mestilah bertutup dan dilindungi daripada makhluk perosak dan


haiwan peliharaan;
ii. Tidak menyimpan produk lain yang boleh mencemarkan Snek Bijirin;
iii. Dinding, lantai dan rak diperbuat daripada bahan yang mudah dicuci dan
dinyahjangkit, rata, tidak menyerap kotoran dan tahan hakisan;
iv. Keluasan bilik penyimpanan hendaklah sesuai dengan kuantiti stok yang
disimpan bagi memastikan penyimpanan yang baik;
v. Pencahayaan semulajadi atau buatan yang sesuai adalah diperlukan
supaya dapat beroperasi dalam keadaan yang baik;
vi. Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkan
bahang yang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap; dan
vii. Perlu ada sistem kawalan makhluk perosak yang meliputi perkara berikut :
Mencegah (Prevent)
Menghapus (Eliminate)
Pemantauan (Surveillance)
Rawatan (Treatment)
Syarikat pembekal hendaklah menyediakan stor atau gudang penyimpanan Snek
Bijirin disetiap negeri atau mengikut zon untuk memudahkan proses pembekalan
dan penghantaran ke sekolah.

Kaedah penyimpanan
Snek Bijirin hendaklah disusun pada ketinggian 20sm dari atas lantai atau jika
menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya
15sm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak melebihi keluasan pallet;
Snek Bijirin hendaklah berada sekurang-kurangnya 15sm daripada dinding;
Snek Bijirin boleh disimpan pada suhu bilik;
Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor batch
bagi memudahkan amalan FIFO (masuk dulu keluar dulu) dilaksanakan;
Mengeluarkan kotak Snek Bijirin yang telah rosak atau tercemar daripada stor
penyimpanan;
Penyimpanan Snek Bijirin ke dalam stor penyimpanan hendaklah dijalankan
dengan cermat;
Mengamalkan sistem penggiliran stok FIFO (masuk dulu, keluar dulu) dalam
pengurusan stok; dan
Menyediakan sistem rekod penyimpanan yang mempunyai maklumat seperti
tarikh, nombor batch, tarikh luput, masa terima, masa keluar, dan rekod keadaan
fizikal semasa penerimaan

8. PENYIMPANAN DI SEKOLAH
a) Keperluan ruang penyimpanan
Ruang penyimpanan yang digunakan bagi menyimpan bekalan Snek Bijirin
hendaklah dapat mengawal risiko pencemaran serta mempunyai ciri-ciri berikut :-

i. Ruang penyimpanan mestilah bertutup dan dilindungi dari makhluk


perosak dan haiwan peliharaan;
ii. Hendaklah digunakan hanya untuk menyimpan makanan/minuman dan
bahan lain yang tidak mencemarkan;
iii. Dinding, lantai dan rak diperbuat daripada bahan yang mudah dicuci dan
dinyahjangkit, rata, tidak menyerap kotoran serta tahan hakisan;
iv. Pencahayaan semulajadi atau buatan yang sesuai adalah diperlukan bagi
beroperasi dalam keadaan yang baik; dan
v. Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkan
bahang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap.

Kaedah penyimpanan
Snek Bijirin hendaklah disimpan dan disusun di dalam kotak penyimpanan
(storage box) atau jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian
sekurang-kurangnya 15sm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak
melebihi keluasan pallet;
Snek Bijirin hendaklah berada sekurang-kurangnya 15sm jarak daripada
dinding;
Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor batch
bagi memudahkan amalan penggiliran stok FIFO (masuk dulu, keluar dulu)
dilaksanakan;
Mengeluarkan kotak Snek Bijirin yang telah rosak atau tercemar daripada
ruang penyimpanan;
Penyimpanan Snek Bijirin ke dalam ruang penyimpanan hendaklah
dijalankan dengan cermat;
Mengamalkan sistem FIFO (masuk dulu, keluar dulu) dalam pengurusan stok;
Snek Bijirin boleh disimpan pada suhu bilik; dan
Stor Ruang penyimpanan hendaklah sentiasa berkunci.

9. SENARAI SEMAK PENERIMA SNEK BIJIRIN OLEH GURU


Penerima snek bijirin adalah berdasarkan kepada penerima RMT sedia ada

10. PENGAGIHAN DI SEKOLAH


a) Guru RMT hendaklah mengambil bekalan Snek Bijirin yang disimpan di ruang
penyimpanan sekolah.
b) Guru RMT hendaklah memastikan dan merekod perkara-perkara berikut
sebelum membuat pengagihan Snek Bijirin kepada murid :-

i. No. batch/ Tarikh luput Snek Bijirin;


ii. Tarikh dan masa pengagihan; dan
iii. Nama kelas/bilangan murid.

c) Mempastikan tiada tanda-tanda berikut pada bungkusan Snek Bijirin :-


Kecacatan pada bungkusan seperti terkoyak atau berlubang
Kesan- kesan kehadiran makhluk perosak (kesan najis tikus,
telur lipas, gigitan pada kotak/bungkusan dan lain-lain)

d) Selepas pengagihan, sekiranya Guru RMT menerima apa-apa aduan berkaitan


keselamatan makanan mengenai Snek Bijirin, Guru RMT perlu mengambil
tindakan berikut dengan serta merta :-

i. Memberhentikan agihan Snek Bijirin berkenaan;


ii. Siasat aduan berkenaan;
iii. Memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM);
iv. Menyimpan baki Snek Bijirin yang telah terbuka tadi dan menunggu wakil
dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD); dan
v. Memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan JPN untuk
tindakan susulan.

11. REKOD DAN PENGESANAN


Adalah disyaratkan bagi pihak pembekal untuk menyatakan dengan jelas atau
deskriptif semua tindakan dan mendokumentasikannya. Antara lain, pihak
pembekal perlu menyatakan kaedah kawalan, bagaimana, siapa, berapa kerap,
tindakan pembetulan dan kaedah verifikasi yang diambil bagi mencapai apa
yang perlu dipatuhi. Semua rekod hendaklah dijaga dan disimpan untuk jangka
masa yang lebih daripada jangka hayat produk.

12. PENGURUSAN KEWANGAN


Permohonan Snek Bijirin
Unit Hal Ehwal Murid (Kebajikan) JPN menyediakan dan mengemukakan
senarai sekolah, bilangan murid, bilangan peket snek Bijirin dan dokumen
sokongan kepada Unit Kewangan JPN bagi penyediaan Pesanan
Tempatan (LO); dan
Unit Kewangan JPN menyediakan LO kepada syarikat pembekal
berdasarkan peruntukan.
Pembayaran Snek Bijirin menggunakan waran peruntukan Peluasan RMT
2016 yang disalurkan kepada JPN pada 22 Julai 2016.

Penerimaan
Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Guru RMT hendaklah menerima dan
menyemak bekalan Snek Bijirin berdasarkan bilangan kuantiti dalam Nota
Penghantaran (DO), Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dan salinan LO yang
dikemukakan oleh syarikat pembekal dan memastikan bekalan yang
diterima mengikut spesifikasi dan Garis Panduan Aspek Keselamatan
Makanan Bagi Pengendalian Bekalan Snek Bijirin Dalam Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM); dan

Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Guru RMT hendaklah menandatangani


DO dan SAP yang lengkap seperti format di dalam dokumen kontrak
untuk diserahkan kepada syarikat pembekal dan menyimpan salinan DO
dan SAP tersebut untuk tujuan rekod.

Pembayaran
Syarikat pembekal mengemukakan dokumen berikut kepada Unit
Hal Ehwal Murid (Kebajikan) JPN untuk proses pembayaran :-
a) LO asal
b) Invois
c) SAP yang lengkap daripada sekolah
d) DO
e) Salinan kontrak
f) Salinan penyata kewangan

Unit Hal Ehwal Murid (Kebajikan)JPN perlu menyemak dokumen


yang dikemukakan oleh syarikat pembekal untuk dikemukakan
kepada Unit Kewangan JPN bagi urusan pembayaran; dan

Unit Kewangan JPN menyediakan baucar bayaran berdasarkan


dokumen lengkap yang dikemukakan oleh Unit Hal Ehwal Murid
(Kebajikan) JPN dan menjelaskan pembayaran kepada syarikat
pembekal dalam tempoh 14 hari.

13. PEMANTAUAN DAN PELAPORAN


Buku Log Penerimaan
Buku log akan di sediakan oleh FWC yang akan diserah semasa penghantaran
snek yang pertama
Pihak sekolah menerusi JK RMT perlu membuat pelaporan harian bagi tujuan
memantau pelaksanaan pengagihan snek berjalan mengikut peraturan.
14. SENARAI PERANAN JPN/PPD/GURU BESAR/GURU RMT

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


Bahagian Kewangan
Menyalurkan peruntukan kepada JPN; dan
Memantau prestasi perbelanjaan program di peringkat JPN.

Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset


Menyediakan dokumen kontrak pembekalan Snek Bijirin
berdasarkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan antara
syarikat pembekal dengan Kerajaan; dan
Mengedarkan dokumen kontrak perjanjian pembekalan kepada
syarikat pembekal, Bahagian Kewangan, BPSH dan JPN.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Menyediakan dan mengedarkan softcopy dokumen kontrak yang
lengkap dan cabutan dokumen kontrak kepada JPN; dan
Memastikan Snek Bijirin yang diedarkan ke sekolah dalam keadaan
yang baik dan mengurangkan kes disyaki keracunan.

Jabatan Pendidikan Negeri


Mengedarkan surat siaran pelaksanaan Snek Bijirin dan softcopy
dokumen kontrak yang lengkap serta cabutan dokumen kontrak
kepada PPD/sekolah;
Membuat pesanan dan pembayaran Snek Bijirin kepada syarikat
pembekal Snek Bijirin;
Memastikan syarikat pembekal mengemukakan salinan LO kepada
pihak sekolah bagi setiap pesanan semasa penghantaran Snek
Bijirin; dan
Memantau pelaksanaan Snek Bijiran dalam Program Peluasan
RMT diperingkat sekolah.
Softcopy dokumen kontrak yang lengkap dan cabutan dokumen
kontrak diedarkan ke PPD/sekolah.

Sekolah
Memastikan penghantaran Snek Bijirin berdasarkan salinan LO. Tanpa
LO, penerimaan bekalan tidak boleh dibuat oleh sekolah;
Memastikan Snek Bijirin yang diserahkan selamat untuk dimakan dan
membuat pengesahan penerimaan bekalan dengan melengkapkan
SAP ; dan
Menyimpan salinan DO dan SAP untuk tujuan rekod.
15. Carta Alir

Pengagihan Di Sekolah

Mula

Guru RMT mengambil dari ruang


penyimpanan snek bijirin
Merekod no. batch/tarikh luput, tarikh,
masa pengagihan dan bilangan murid
dalam buku log
Mengagihkan snek bijirin kepada murid
di bawahpeantauan guru
Ujian Organoleptik (lihat, hidu dan rasa)
oleh guru

Ya
Tidak
Berhenti agihan Murid makan habis di bawah
Siasat aduan pengawasan guru
Maklum kepada GPK HEM
Simpan baki snek Guru melengkapkan buku log
Maklum kepada Pejabat
Kesihatan Daerah, PPD/JPN
Tamat

CARTA ALIRAN KERJA PESANAN, PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN


SNEK BIJIRIN DALAM PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN KPM
TAHUN 2016

Mula

Unit Hal Ehwal Murid (Kebajikan), JPN mengemukakan kepada Unit


Kewangan, JPN dokumen berikut:-
a) Senarai nama sekolah
b) Bilangan Murid
c) Bilangan Snek Bijirin
d) Dokumen sokongan

Unit Kewangan, JPN menyediakan Pesanan Tempatan


(LO) kepada syarikat pembekal berdasarkan
peruntukan
Syarikat pembekal membekalkan Snek Bijirin kepada sekolah
berdasarkan maklumat di dalam LO dan mengemukakan dokumen
berikut untuk perakuan dan pengesahan penerimaan :-
a) Nota Penghantaran (DO)
b) Sijil Akuan Penerimaan (SAP)
c) Salinan LO

Sekolah menerima Snek Bijirin dengan memastikan :-


a) Kuantiti Snek Bijirin seperti dalam DO, SAP dan salinan LO
b) Bekalan Snek Bijirin mengikut spesifikasi dan Garis Panduan
Pengendalian Snek Bijirin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM)
Sekolah menandatangani DO dan SAP yang lengkap seperti format di
dalam dokumen kontrak untuk diserahkan kepada syarikat pembekal
dan menyimpan salinan DO dan SAP

Syarikat pembekal mengemukakan kepada Unit HEM (Kebajikan),


JPN :-
a) LO asal
b) Invois
c) DO
d) SAP yang lengkap daripada sekolah
e) Salinan kontrak
f) Salinan penyata kewangan
Tidak lengkap
Unit HEM (Kebajikan), JPN menyemak dokumen yang dikemukakan
oleh syarikat pembekal dan memastikan maklumat lengkap
Lengkapkan Lengkap
maklumat

Unit HEM (Kebajikan), JPN menyerahkan dokumen yang lengkap


kepada Unit Kewangan, JPN untuk proses pembayaran

Unit Kewangan, JPN menyediakan baucar bayaran dan menjelaskan


bayaran kepada syarikat pembekal Snek Bijirin

Tamat

CARTA ALIRAN
ADUAN KEROSAKAN
RUMUSAN TATACARA PELAKANAAN SNEK BIJIRIN

JPN
Menerima dan mengedarkan surat arahan pelaksanaan dan dokumen
kontrak pelaksanaan
Surat dipanjangkan ke sekolah bersama tatacara pengendalian dan bahan
rujukan berkaitan, RMTSB001, RMTSB002 dan RMTSB003.
Senarai sekolah dan bilangan murid penerima
Penyediaan LO
Dokumen kontrak (SST)
Dokumen syarikat pembekal
Pemantauan
Pembayaran
Dokumen Pembayaran (DO/SAP)

PPD
Memastikan sekolah surat arahan pelaksanaan
Memastikan sekolah menerima bahan-bahan rujukan untuk pelaksanaan
snek bijirin.
Membuat pemantauan

Guru Besar
Mesyuarat jawatankuasa RMT
Membuat pemantauan pelaksanaan pemberian snek bijirin
Menyimpan salinan dokumen penghantaran snek bijirin
Guru RMT
Menyediakan senarai murid
Menyediakan jadual pelaksanaan
Penerimaan, penyimpanan dan pengagihan snek bijirin mematuhi Panduan
Pengurusan Kewangan Snek Bijirin (RMTSB001), Skop dan Spesifiksi
Pembekalan Snek Bijirin Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) Tahun 2016 (RMTSB002) dan Garis Panduan Pengendalian Snek
Bijirin oleh KKM (RMTSB003)

Rujukan:
1. Garis Panduan Kewangan Snek Bijirin (RMTSB001)

2. Skop dan Spesifikasi Pembeklan Snek Bijirin RMT 2016 (RMTSB002)

3. Garis Panduan Pengendalian Snek Bijirin oleh KKM (RMTSB003)

You might also like