You are on page 1of 1

SKOP KERJA TANAMAN FERTIGASI

1. PENYEDIAAN TAPAK PROJEK


- Penetapan keluasan berdasarkan geran tanah
- Pengiraan jumlah polibag berdasarkan keluasan tapak
- Pembersihan tapak menggunakan jentolak

2. PENYEDIAAN BIJI BENIH


- Penyemaian biji benih dilaksanakan awal iaitu sebelum pembersihan tanah dilakukan
dengan mengambil kira tempoh matang sebelum dipindahkan ke polibag iaitu 21 hari.
Pengiraan tempoh masa haruslah tepat bagi mngelakkan anak benih menjadi tua sebelum
dipindahkan ke polibag.

3. PEMASANGAN SISTEM PENGAIRAN DAN PENYEDIAAN BEG TANAMAN


- Pemasangan meter air oleh pihak Syarikat Air Johor (SAJ)
- Proses pemasangan tangki, pam, polipaip
- Pengisian medium ke dalam polibag. Seorang pekerja mampu mengisi 100 poli bag sehari.
- Pemasangan sistem pengairan boleh dilaksanakan selama empat hari oleh tiga tenaga kerja.

4. PENANAMAN / PEMINDAHAN KE POLI BAG


- Proses penanaman / pemindahan anak benih ke poli bag sebaiknya disiapkan dalam masa
seminggu supaya anak benih mencapai tumbesaran yang seragam.

5. KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK SERTA PEMBAJAAN


- Proses kawalan penyakit dan serangga perosak untuk setiap minggu selama empat hingga
lima bulan.
- SIstem pembajaan secara fertigasi mengikut penjadualan.

6. PENGURUSAN SISTEM PENGAIRAN


- Pengurusan sistem pengairan meliputi kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala
sepanjang tempoh musim penanaman iaitu 5 bulan.

7. MEMBUAT CANTASAN ATAU MEMBUANG TUNAS AIR


- Kerja – kerja membuang tunas air bermula seawal 3 hingga 5 minggu iaitu sejurus selepas
anak benih dipindahkan ke polibeg. Proses ini sangat penting bagi mengelakkan tumbesaran
anak benih terganggu.
8. PENUAIAN
- Kerja-kerja penuaian bergantung pada jenis tenaman. Untuk tanaman cili, proses penuaian
bermula seawal 55 hari selepas pemindahan ke poli bag sehingga hujung musim.

9. PEMASARAN
- Penjualan kepada peruncit dan pembekal mengikut permintaan.

You might also like