You are on page 1of 6

PUSAT KECEMERLANGAN SENI MUZIK DAN BUDAYA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN


AFZAN

BORANG MAKLUMAT ITEM


Dikir Barat

1. PENGENALAN

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang


paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan.
Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung
kampung dan pinggir bandar.

Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu


kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan
Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas -
balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara
latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini
boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun
dipertandingkan.

Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di


musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan.
Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-
persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan
ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang.

Dikir Barat adalah permainan yang baru jika


dibandingkan dengan teater tradisional yang lain.
Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering
menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari
masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu


Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut"
itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun
atau syair.

Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair
adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan
ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan
Thai dengan Dikir Karut.

2. SEJARAH Sejarah awal penubuhan kumpulan dikir Sri Pawana ini


PENUBUHAN bermula pada tahun 2008 yang mana menyaksikan
sekumpulan guru pelatih yang mempunyai minat yang
mendalam dalam kesenian ini menubuhkan sebuah
kumpulan dikir barat yang disertai oleh guru-guru pelatih
daripada pelbagai negeri.

Kemudian pada tahun 2011, penjenamaan semula


kumpulan dikir Sri Pawana telah dibuat dan usaha ini
digerakkan oleh seorang guru pelatih yang bernama
Hasnun Amar Hassan daripada unit Pendidikan Jasmani.
Di atas usaha beliau, kumpulan dikir ini dibawa
bertanding ke IPG Kampus Sultan Mizan di Besut,
Terengganu untuk menyertai sebuah pertandingan dikir
barat bagi institut-institut pengajian tinggi bagi zon timur.
Dalam pertandingan tersebut kumpulan Sri Pawana telah
berjaya merangkul tempat ketiga.

Setelah itu, pada tahun 2012, kumpulan Sri Pawana juga


telah dijemput untuk memenuhi slot persembahan
kesenian di acara perhimpunan sejuta belia yang diketuai
oleh saudara Nasrul Asraf bin Md Nasir daripada unit
pengajian Bahasa Melayu 2 bertempat di Putrajaya. Ini
merupakan salah satu pencapaian terbesar bagi pasukan
dikir ini kerana acara ini bertaraf kebangsaan di bawah
kelolaan Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, pasukan ini juga sering membuat


persembahan-persembahan di dalam kampus seperti
persembahan pada sambutan hari guru, sambutan jubli
perak persembahan selingan pada pertandingan pidato
dan banyak lagi. Persembahan-persembahan ini turut
mendapat sentuhan kreatif dan berinovasi daripada pihak
pensyarah pembimbing.

Kemudian, pada tahun 2012 juga, pasukan dikir Sri


Pawana telah bertandang ke IPG Kampus Dato Razali di
Terengganu untuk menyertai pertandingan yang
dianjurkan dan turut mendapat tempat ketiga.
Pertandingan ini juga disertai oleh institut-institut
pengajian tinggi bagi zon timur.

3. LOGO
KUMPULAN

4. NAMA Sri Pawana


KUMPULAN

5. MISI DAN VISI Misi

Menerapkan elemen muzik berbudaya timur ke


dalam bakal-bakal guru

Memastikan bakal-bakal guru peka akan budaya-


budaya timur khususnya

Memartabatkan item dikir barat dalam persekitaran


seni di IPG

Visi

Melahirkan guru yang peka dan mempunyai


kemahiran dalam unsur kesenian

Memartabatkan item dikir barat dalam kalangan


guru.

6. FUNGSI 1. Menyampaikan nilai-nilai keindahan dalam lagu


dikir barat.

2. Mempersembahkan keindahan pantun Melayu

3. Memperkasa muzik tradisional

7. PELAN Tahun 1
STRATEGI 5
TAHUN 1. Membuka keahlian kepada guru-guru pelatih
IPGKTAA

2. Memantapkan organisasi pasukan dikir Sri


Pawana

Tahun 2

1. Memantapkan pasukan agar setanding dengan


kualiti pasukan-pasukan dikir di luar IPG

2. Mengadakan latihan bersama tenaga pengajar


professional yang dijemput daripada luar IPG.

Tahun 3

1. Memperkemaskan gerak kerja dalam kumpulan ini


dengan lebih sistematik dan teratur.

2. Memenuhi setiap undangan persembahan yang


ada sama ada di dalam IPG ataupun di luar IPG.

Tahun 4

1. Mewujudkan hubungan diplomasi dengan


pasukan-pasukan dari luar untuk berkongsi
kemahiran dan informasi mengenai dikir barat.

Tahun 5

1. Mengetengahkan dikir barat(Pahang),


kontemporari ke peringkat
kebangsaan/antarabangsa.

8. SENARAI BIL NAMA NO. IC JAWATAN


NAMA AJK/
AHLI 1. OOI JIEIN 931126- PENGERUSI
KUMPULAN 02-5410

2. NIK MOHD 921021- NAIB PENGERUSI


SABRI BIN 11-5373
ABDUL
RAHMAN

3. HASNUN 900409- SETIAUSAHA


AMAR BIN 03-6441
HASSAN

4. MOHD 920923- BENDAHARI


KAMIRUL 01-5043
BIN MAD
DAUD
5. MUHAMMAD 920222- AJK
FATHI BIN 03-5391
ABD GHANI

6. MOHAMAD 920701- AJK


KHALIL BIN 03-5567
AWANG

7. MOHAMAD 900311- AJK


ZULKFLIE 03-5977
BIN ZAKARIA

8. DANIAL BIN 920327- AJK


MOHD 03-6083
RIDZUAN

9. NIK 910324- AJK


MUHAMMAD 03-5297
MUIZZUDDIN
BIN ROZIK

9. PROGRAM
PERSEDIAAN/
LATIHAN

10. PENCAPAIAN 1. Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan dikir


barat di IPG Kampus Sultan Mizan pada 2012.

2. Menyertai pertandingan dikir barat di IPG Kampus


Dato Razali pada tahun 2012.

3. Membuat persembahan di perhimpunan sejuta


belia bertempat di Putrajaya pada tahun 2012

4. Membuat persembahan di IPG kampus Tengku


Ampuan Afzan bersempena program sambutan
Jubli Perak.

5. Memenuhi undangan-undangan untuk membuat


persembahan bersempena program-program
dalaman IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

You might also like