You are on page 1of 14

Nota Pengurusan pengeluaran- skop dan proses pengeluaran

Definisi
- Penghasilan barang dan perkhidmatan melalui proses transformasi input kepada output yang
lebih bernilai.

Peranan dan kepentingan


-merupakan satu daripada tiga fungsi utama bagi sebarang bentuk perniagaan selain pemasaran
dan kewangan
- Perlu memahami proses pengeluaran atau penghasilan sesuatu barangan bagi tujuan untuk
penambahbaikkan.
-Pengeluaran melibatkan kos yang tinggi, jadi ia perlu diurus dengan bijak dan berhati-
hati untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan pembaziran serta memaksimumkan
keuntungan.

Tanggungjawab pengurus pengeluaran ialah:


a. memastikan produk yang dikeluarkan dapat memenuhi spesifikasi pengguna
b. produk yang dikeluarkan mematuhi standard atau kualiti yang telah ditetapkan
c. bertanggungjawab terhadap masa pengeluaran, iaitu barangan hendaklah
dikeluarkan mengikut tempoh yang dikehendaki oleh pelanggan.

Evolusi

Revolusi Industri
- Bermula sekitar tahun 1700-an, selepas Revolusi Perindustrian di Eropah.
- Revolusi Perindustrian ini telah mengubah cara bekerja di Eropah.
- Sebelumnya, buruh dan pekerja mahir menghasilkan produk dari mula sampai akhir di rumah.
- Selepas revolusi, mereka bekerja secara berkumpulan di kilang-kilang dengan menggunakan
mesin.
- Adam Smith (1776) memperkenalkan konsep pengkhususan dan pembahagian kerja.
- Proses pengeluaran dibahagikan kepada unit-unit kecil dan diagihkan kepada pekerja.
- Pengkhususan kerja melahirkan pekerja mahir dan kemajuan mesin di dalam menjalankan kerja-
kerja tertentu.

Pengurusan saintifik
- Kemudian Frederick W. Taylor memperkenalkan pengurusan secara saintifik.
- Falsafah pengurusan secara saintifik berdasarkan kepada pemerhatian dalam melakukan setiap
kerja.
- Standard atau piawaian telah ditetapkan untuk semua pekerja.
- Pemilihan pekerja berdasarkan kemahiran
- Pengkhususan kerja
- Hubungan antara ganjaran dengan prestasi kerja

Hubungan manusia
- Kajian Elton mayo dikenali sebagai kajian hawthorne
- Pengurus perlu beri tekanan kepada keperluan pekerja, kepuasan pekerja meningkat melalui
bekerja secara kumpulan

Globalisasi
- Dunia sebagai satu unit tanpa sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara.
- Penyebaran maklumat dengan pantas antara negara.
- Wujud cara pemikiran, gaya bertindak yang berbeza.

Revolusi ICT
- Penggunaan CAD dan CAM, JIT, TQM
- Proses pengeluaran lebih mudah, cepat, murah dan fleksibel

Aktiviti kumpulan
1. Bincangkan kesan ICT dan globalisasi kepada pengeluaran buku
2. Pada pendapat anda, adakah cadangan Frederick Taylor penting dalam pengurusan
pengeluaran?

Cabaran Pengeluaran

a) Globalisasi
- Persaingan yang hebat disebabkan globalisasi
- Kemajuan organisasi dipengaruhi amalan pengurusan pengeluaran
- Sesetengah organisasi hanya bertahan di pasaran domestik bukan luar negara
- Ketahanan dan kemandiran bergantung kepada kekukuhan dan kemantapan sumber kewangan
dan modal

b) Keperluan untuk memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai


- Kejayaan sesuatu produk bergantung kepada keupayaannya untuk memenuhi citarasa
pengguna.
- Kitaran hayat produk dalam pasaran semakin pendek
- Pihak pengurusan perlu mengambil beberapa langkah tertentu misalnya mengeluarkan pelbagai
jenis produk bagi memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai.

c) Menekankan peningkatan kualiti secara berterusan


- Jangkaan pengguna terhadap kualiti semakin meningkat
- Pengurus pengeluaran perlu memastikan kualiti barang dan perkhidmmatan sentiasa ditambah
baik
untuk memenuhi jangkaan pengguna.

d) Keflesibelan sistem pengeluaran


- Dipengaruhi oleh corak permintaan dalam pasaran
- Selain itu keupayaan sesebuah organisasi untuk menyesuaikan kaedah pengeluarannya
dengan
perubahan dari aspek reka bentuk, campuran produk dan tingkat teknologi.

e) Kepekaan terhadap isu alam sekitar


- Mengambil kira kebersihan dan keindahan alam sekitar supaya kualiti alam sekitar tidak
tercemar
kesan aktiviti pengeluaran yang dijalankan bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-
undang.

f) Perubahan teknologi yang berterusan


- Penggunaan teknologi terkini mempercepat proses pengeluaran
- Pengeluar harus bersedia untuk menerima sebarang perubahan teknologi yang drastic dan
mengatur strategi pengeluaran yang efisien
- Penggunaan komputer, jentera dan robot dalam aktiviti pengeluaran

g) Keanjalan buruh/modal
Memilih samada orentasikan buruh/modal yang mana lebih menjimatkan kos
Susun atur proses pengeluaran 1. Susun atur tetap (1m) Proses pengeluaran kekal di satu lokasi di
mana semua input pengeluaranseperti bahan mentah/tenaga kerja/mesin/peralatan, dibawa ke lokasi
tersebut. Proses pengeluaran kekal/tetap di satu lokasi sehingga produk tersebut siap. Susun atur seperti ini
lazimnya bagi pengeluaran produk yang mempunyai ciri-ciri berikut: produk yang berat, besar, mudah pecah,
digunakan di lokasi berkenaan Contoh: Pembinaan-pembinaan rumah, kapal laut, lebuh raya, jambatan,
empangan, kapal terbang. 2. Susun atur proses Penyusunan semua input pengeluaran seperti mesin,
tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan, disusun mengikut fungsi kerja. Penghasilan produk tidak
seragam/berbeza mengikut kuantiti keluaran. Pengeluaran dalam kumpulan kecil. Pelanggan yang berbeza
mengikut keperluan perkhidmatan yang diingini. Sumber-sumber digunakan secara bersama oleh pekerja
yang berbeza iaitu melibatkan perkongsian sumber/ Contoh: Bengkel membaiki kereta, perkhidmatan bank,
bengkel perkayuan, kek tempahan, perkhidmatan hospital. 3. Susun atur produk Semua input
pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah, dan peralatan, disusun khusus mengikut urutan
penghasilan sesuatu produk. Penghasilan produk yang seragam. Pengeluaran dalam kuantiti yang banyak
(pengeluaran massa). Lini/barisan pemasangan (assembly line) Contoh: Pengeluaran-pengeluaran
automobil, kasut, komputer, barangan elektrik, pemperosesan makanan, atau pakaian. 1. Susun atur
selular Susun atur selular adalah satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk dengan
hanya menggunakan bahan dan alatan yang sedikit. Peralatan dan stesen kerja ini disusun dalam urutan
yang melalui sesuatu proses yang menyokong aliran/susunan bahan mentah dan komponen secara lancar,
tanpa berlaku kelewatan. Proses aliran yang menggabungkan operasi mesin dan secara manual yang
sangat efisien untuk menghasilkan bahan/produk yang mempunyai nilai tambah yang tinggi tetapi
mengurangkan kadar pembaziran. Menjimatkan ruang kerja, meningkatkan produktiviti, meningkatkan
kecekapan pekerja dan menjimatka masa.

BAB 2 PENGELUARAN
2.3 KAWALAN KUALITI
design by Dri Sirly for Prezi
Kawalan kualiti ialah proses pemeriksaan terhadap produk yang dikeluarkan bagi memastikan
produk tersebut
menepati piawai dan standard yang telah ditetapkan.
Mengurangkan kos pengeluaran akibat kerosakan produk semasa proses pengeluaran
Memastikan setiap pelanggan mendapat kepuasan di atas kualiti produk
Memastikan imej syarikat tidak terjejas akibat kegagalan menjaga kualiti produk.
MAKSUD KAWALAN KUALITI
PENAMBAHBAIKAN DAN PENYELESAIAN MASALAH BERPANDUKAN TEKNIK
PROSES PDCA
KEPENTINGAN KAWALAN KUALITI
Di lakukan sepanjang proses pengeluaran, iaitu aktiviti kawalan awalan (kawalan input), kawalan
semasa (kawalan proses transformasi) dan kawalan selepas (kawalan output)
PROSES KAWALAN KUALITI
Satu proses kualiti berkesan yang menggunakan empat langkah, iaitu rancang, buat, semak, dan
tindakan untuk memastikan
outputnya sentiasa menepati piawaian kualiti yang ditetapkan.
PROSES RANCANG - BUAT - SEMAK - TINDAKAN (PDCA)
1. Rancang (Plan) -
Aktiviti mengkaji proses pengeluaran, mengenal pasti masalah, penentuan matlamat dan
membangunkan perancangan untuk penambahbaikan.

2. Buat (Do) -
Melaksanakan proses kawalan kualiti mengikut kaedah yang dirancang dan mengukur pencapaian

3. Semak (Check) -
Membuat pemantauan ke atas setiap proses kawalan yang dilaksanakan dan mengenal pasti segala
kecacatan atau pelanggaran piawaian yang telah ditetapkan untuk tindakan seterusnya.

4. Tindakan (Act) -
Proses terakhir ialah proses mengambil segala tindakan penambahbaikan atau pembetulan di
atas semua kecacatan dan kesilapan yang dilaporkan. STANDARD PENGELUARAN Maksud
International Organisation for Standardisation (ISO) Standard bertulis yang menetap dan
menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti sesebuah organisasi. Siri ISO 9000
terdiri daripada: 1. ISO 9000 garis panduan yang m'p'kenalkan standard2 yang lain dalam siri ISO
9000. juga memberikan definisi istilah dan konsep berkaitan dengan kualiti. 2. ISO 9001 model
kepastian kualiti reka bentuk, pembangunan, pengeluaran, pemasangan dan perkhidmatan. 3. ISO 9002
model kepastian kualiti untuk pengeluaran, instalasi dan perkhidmatan. 4. ISO 9003 model kepastian
kualiti untuk pemeriksaan akhir dan pengujian. 5. ISO 9004 garis panduan bagi melaksanakan elemen
sistem pengurusan kualiti. Prinsip prinsip ISO 9000 : 1. Standard kpada sistem kualiti
2. Dokumentasi proses kerja yang kritikal 3. Pencegahan masalah 4. Tumpuan pada pelanggan
5. Standard umum untuk semua jenis organisasi Siri baru ISO 9000 ISO 9000:2000 mempunyai 1
standard dan 2 dokumen sokongan penting : 1. ISO 9000 dokumen sokongan yang menyediakan
terminologi dan definisi yang dierima pakai 2. ISO 9001 model pengurusan kualiti yang menyediakan
keperluan-keperluan minimum bg suatu sistem kualiti 3. ISO 9004 dokumen sokongan yang
menyediakan garis panduan organisasi bagi melebihi keperluan minimum menerusi proses
penambahabaikan berterusan. Cara-cara untuk mendapat ISO 9000 1. Membina komitmen pengurusan
atasan. 2. Mengenalpasti proses utama yang terlibat dalam pelaksanaan ISO 9000. 3. Memberi
latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana. 4. Melakukan analisis varians. 5. Menyediakan
dokumen. 6. Melatih pegawai dan staf untuk melaksanakan prosedur yang telah didokumentasikan.
7. Melaksanakan ISO 9000. 8. Pengiktirafan dan pensijilan. PENGURUSAN KUALITI
MENYELURUH ( TOTAL QUALITY MANAGEMENT TQM ) Definisi TQM Proses pengurusan
kualiti yang berasaskan falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, penambahabaikan secara
berterusan, penglibatan semua org, setiap bahagian dan proses dalam organisasi, serta penyelesaian
masalah secara berpasukan. Objektif TQM Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem
operasi Meningkatkan kepuasan dan kehendak pelanggan Latar belakang TQM Bermula di
Amerika Syarikat pada 1920-an Bertujuan uk mengawal item2 cacat dalam proses pengeluaran di
kilang 1924, W.A. Shewhart ( Bell Telephone Laboratories ) menbina carta kawalan statistik
pertama. Antara 1940-an dan awal 1980-an, dua konsep dibangunkan iaitu Konsep Kepastian Kualiti
( Quality Assurance ) dan Konsep Kawalan Kualiti Menyeluruh (Total Qualiti Control ). Akhir 1980-an,
konsep TQM diperkenalkan di AS. Prinsip prinsip TQM 1. Tumpuan pada produk, proses dan aspek
manusia 2. satu proses berterusan 3. Penglibatan seluruh organisasi 4. Tumpuan pada
pelanggan 5. Pendekatan kerja berpasukan 6. Pencegahan dan penambahbaikan berterusan
Kebaikan TQM 1. dapat menikmati byk kebaikan 2. dapat meningkatkan kecekapan operasi seluruh
organisasi Keburukan TQM 1. kos yang tinggi 2. kekurangan pekerja yang berkemahiran

KULIAH 1 Mata Pelajaran : PENGAJIAN PERNIAGAAN [PERNIAGAAN] Tajuk : 1. Perniagaan dan


Persekitarannya Sub Tajuk : 1.1 Pengenalan kepada perniagaan Hasil Pengajaran dan Pembelajaran Calon
seharusnya dapat: (a) mentakrifkan maksud perniagaan; (b) membandingkan organisasi yg bermotifkan
untung dgn organisasi yg tidak bermotifkan untung; (c) menjelaskan kepentingan keuntungan kepada
sesebuah perniagaan; (d) membincangkan peranan perniagaan terhadap pengguna, masyarakat, ekonomi,
dan negara; KONSEP ORGANISASI PERIAGAAN: Perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah
organisasi yang melakukan aktiviti penyediaan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi dan
memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan. KONSEP ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN: Bukan
perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau
ahli mereka. ELEMEN ASAS DALAM PERNIAGAAN: 1. Barangan dan perkhidmatan Barangan adalah
produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaian dan sebagainya. Perkhidmatan merupakan aktiviti
yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan, insurans,
pelancongan dan sebagainya. Barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi
kehendak dan keperluan manusia. 2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan Keperluan
merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat tinggal, makanan,
pakaian dan sebagainya. Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk
keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya. Untuk mencapai keuntungan,
perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan
keperluan dan kehendak pelanggan. 3. Pertukaran nilai Pertukaran nilai merujuk kepada perpindahan
barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan. Barangan dan perkhidmatan akan
dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga biasanya dalam nilai wang. Proses ini melibatkan
persetujuan antara penjual dengan pembeli. 4. Keuntungan perniagaan Keuntungan adalah matlamat
utama semua perniagaan. Keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan
setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat. Keuntungan
adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.
Perbezaan antara Perniagaan dan Bukan Perniagaan Aspek Organisasi Perniagaan Organisasi Bukan
Perniagaan Tujuan dan Matlamat Kewangan Matlamat utama ialah keuntungan maksimum untuk
kepentingan organisasi Matlamat utama ialah meningkatkan kebajikan ahli/sosial/kepentingan bersama
Sumber Kewangan Sumber kewangan dari modal sendiri dan keuntungan perniagaan Sumber kewangan
dari yuran ahli dan sumbangan masyarakat/tajaan/ derma/ swasta Aktiviti Aktiviti utama ialah pengeluaran
dan penjualan barang dan perkhidmatan Aktiviti utama bercorak kemasyarakatan seperti kempen,
kursus/ceramah dan lain lain Akta Penubuhan tertakluk kepada undang-undang perniagaan (Akta syarikat
1965, perkongsian 1974, Akta Koperasi 1948) Penubuhan tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966
Pendaftaran Pendaftar Syarikat, Pendaftar Perniagaan, Jabatan Pembangunan Koperasi. Pendaftar
Pertubuhan Bentuk Syarikat, Perkongsian, Milikan Tunggal, Koperasi. Badan Bukan kerajaan, parti politik,
kelab dan persatuan. KONSEP KEUNTUNGAN: Keuntungan adalah bersamaan dengan Jumlah Hasil (TR)
ditolak dengan Jumlah Kos (TC). Dalam bahagian teori permintaan, telah diterangkan firma dapat
menentukan TR melalui hasil dharab harga (P) dan kuantiti permintaan (Q). Kepentingan Keuntungan
kepada Perniagaan 1. Keuntungan sebagai ganjaran kepada pengusaha dan pemilik perniagaan kerana
sebab sanggup menghadapi risiko dalam perniagaan. 2. Keuntungan sebagai sumber modal kepada
perniagaan untuk pembesaran perniaagan, penerusan perniagaan atau survival dalam perniagaan.
3. Keuntungan juga adalah sebagai lambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah syarikat.
4. Keuntungan sebagai kayu ukur kejayaan dan petunjuk prestasi kejayaan sesebuah syarikat di mana
keuntungan menunjukkan pencapaian matlamat dan hala tuju syarikat. 5. Keuntungan sebagai dorongan
dan keyakinan kepada pelabur untuk mula dan terus melabur ke dalam syarikat. 6. Keuntungan akan
meningkatkan motivasi pekerja dalam syarikat segala pemberian bonus daripada keuntungan akan dapat
meningkatkan semangat pekerja. Peranan Perniagaan Kepada Pengguna SIAPA ITU PENGGUNA?
Individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk
memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing" Antara peranan perniagaan kepada pengguna ialah:
1. Perniagaan perlu menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna. 2. Perniagaan perlu mengagihkan dan mengedarkan barangan dan perkhidmatan
untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan kos berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh
pengguna dan tepat pada masa yang diperlukan. 3. Perniagaan perlu menyediakan barangan yang
berkualiti, bernilai tinggi dan selamat digunakan oleh pengguna. 4. Perniagaan perlu memastikan
barangan dan perkhidmatan yang disediakan adalah sentiasa cukup untuk menampung keperluan
pengguna. 5. Perniagaan perlu memastikan harga yang dikenakan atau dicaj atas barangan dan
perkhidmatan kepada pengguna adalah berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna. 6. Perniagaan
perlu menyediakan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna boleh membuat pilihan yang
bijak. Peranan Perniagaan Kepada Masyarakat SIAPA ITU MASYARAKAT? Kumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-
kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Antara tanggungjawab dan peranan organisasi
perniagaan kepada masyarakat ialah: 1. Kewujudan perniagaan membuka peluang pekerjaan kepada
masyarakat. 2. Perniagaan berperanan untuk memenuhi cita rasa serta kehendak dan keperluan
masyarakat melalui menyediaan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat digunakan.
3. Perniagaan berperanan membiayai projek pembangunan masyarakat seperti penyediaan kemudahan
awam dan lain-lain infrastruktur. 4. Perniagaan berperanan menjalankan tanggungjawab sosial seperti
pemuliharaan alam, jamin persekitaran bersih, derma, tajaan untuk aktiviti kemasyarakatan 5. Perniagaan
berperanan menawarkan produk berkualiti dengan harga berpatutan 6. Perniagaan berperanan
meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan memberi pendapatan yang stabil agar masyarakat dapat
menikmati kehidupan yang selesa. Peranan Perniagaan Kepada Ekonomi APA ITU EKONOMI? Ekonomi
adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat
pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti bahan mentah, modal insan,
modal dan keusahawanan dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Antara peranan dan sumbangan
sesebuah perniagaan kepada ekonomi sesebuah negara ialah: 1. Perniagaan berperanan untuk
meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai perniagaan. 2. Kewujudan perniagaan
mengurangkan kadar pengangguran dengan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk.
3. Perniagaan berperanan mengurangkan inflasi dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang
cukup. 4. Perniagaan berperanan membangunkan industri huluan dan hiliran serta industri sampingan
5. Perniagaan mewujudkan penempatan baru serta bandar-bandar baru di mana aktiviti perniagaan akan
menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat. 6. Perniagaan menstabilkan ekonomi negara
melalui melalui penghasilan barangan yang mencukupi dan dapat memenuhi permintaan terhadap
barangan dalam negara. Peranan Perniagaan Kepada Negara APA ITU NEGARA? Istilah "negara" atau
state selalunya dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, dan kerajaan. Antara peranan perniagaan
kepada negara ialah: 1. Aktiviti perniagaan mampu meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara.
2. Kewujudan perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan. 3. Perniagaan meningkatkan aktiviti
pengeluaran dan eksport. 4. Perniagaan menyumbang kepada pendapatan negara melalui pembayaran
cukai. 5. Perniagaan mewujudkan perniagaan sokongan dalam negara. 6. Perniagaan membantu
negara menyediakan infrastuktur seperti jalan raya dan sebagainya. 7. Perniagaan menyediakan
perkhidmatan sokongan dan pembangunan modal insan.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1

BAB 1 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA


KONSEP ASAS SESUATU PERNIAGAAN

Barang dan perkhidmatan. Barang ialah produk fizikal yang boleh dilihat seperti pakaian dan
makanan. Perkhidmatan ialah produk bukan fizikal yang dapat memberi kepuasan dan nilai
faedah kepada pengguna seperti perbankan dan perhotelan.

Pertukaran nilai. Nilai aktiviti perniagaan dalam bentuk wang yang diterima antara penjual
dengan pembeli.

Keuntungan perniagaan. Manfaat bagi setiap aktiviti perniagaan dan merupakan ganjaran kepada
peniaga kerana sanggup menanggung risiko dalam perniagaan.

Kepuasan atau nilai faedah kepada pengguna. Pengguna akan membeli barang jika barangan
tersebut memberi kepuasan maksimum atau nilai faedah kepadanya.

Penjual dan pembeli. Penjual merupakan individu yang menawarkan produk. Pembeli ialah
individu yang menggunakan produk yang dikeluarkan.

FAKTOR PENGELUARAN

Bahan mentah. Input yang digunakan dalam proses transformasi untuk menghasilkan output.
Contohnya, kayu balak untuk membuat perabot.

Modal insan. Individu yang menyumbangkan masa, tenaga dan kemahiran dalam aktiviti
perniagaan.

Modal. Sebarang bentuk kekayaan yang digunakan untuk menambahkan kekayaan dalam aktiviti
perniagaan. Contoh, wang dan aset.

Teknologi. Kaedah menjalankan aktiviti perniagaan mengikut perkembangan semasa.

Keusahawanan. Individu yang berani mengambil risiko dan berpandangan jauh dalam perniagaan.

PROSES PERNIAGAAN
INPUT. Faktor-faktor pengeluaran yang akan digunakan oleh kilang untuk mengeluarkan
barangan.

PROSES TRANSFORMASI. Proses pertukaran dan tambah nilai input organisasi dengan
menggunakan pengurusan dan teknologi bagi menghasilkan output.

OUTPUT. Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

PERSEKITARAN PERNIGAAN

PERSEKITARAN UMUM

Persekitaran ekonomi. perubahan ekonomi akan mempengaruhi kuasa beli dan corak
perbelanjaan pengguna.

Persekitaran persaingan dan jaringan. Jika ada persaingan, peniaga dapat melakukan inovasi
terhadap barang dan perkhidmatan mereka. jika ada jaringan perniagaan, pakatan strategik boleh
dibuat antara perniagaan dengan pembekal, pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk
atau memasarkannya di pasaran.

Persekitaran sosiobudaya. berkaitan dengan kepercayaan, agama, adat resam, cita rasa, dan gaya
hidup masyarakat yang pelbagai kaum.

Persekitaran politik dan perundangan. Kerajaan mempengaruhi aktiviti perniagaan melalui


penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan perniagaan beroperasi dengan adil serta
menjaga kepentingan pengguna.

Persekitaran teknologi. Penggunaan teknologi dapat meningkatkan kemampuan bersaing


sesebuah perniagaan.

Persekitaran prasarana. Merujuk kepada kemudahan infrastruktur yang sedia ada bagi
memudahkan perasi perniagaan.

Persekitaran antarabangsa. Perniagaan antarabangsa meliputi eksport, import, sdan juga pelaburan
langsung di negara lain.

PERSEKITARAN TUGAS/PIHAK YANG BERKEPENTINGAN

Pelanggan. Merupakan individu yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
firma.

Pembekal. Merupakan pihak yang membekalkan sumber input atau bahan mentah kepada
perniagaan.
Pembiaya. Pihak yang memberi pinjaman kepada perniagaan. Contoh, bank.

Kerajaan. Pihak yang menggubal dasar-dasar dan menguatkuasakan undang-undang agar


perniagaan dapat beroperasi dengan lancar.

Pekerja. Sumber manusia dalam sesebuah perniagaan yang menggerakkan aktiviti perniagaan
agar berjalan dengan lancar.

Pesaing. Merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang sama dan dijual dalam
pasaran yang sama dengan produk usahawan.

Masyarakat. Merupakan pemerhati terhadap barang dan perkhidmatan syarikat. Contoh, sebagai
pengguna, masyarakat membeli barangan dan perkhidmatan.

PERNIAGAAN PERKONGSIAN

KEBAIKAN

Modal yang lebih bayak mudah dikumpulkan melalui sumbangan daripada ahli-ahli perkongsian.
Mudah ditubuhkan kerana tidak terikat dengan akta syarikat 1965.

Kemahiran dan kepakaran yang berlainan dapat dikumpulkan dan digabungkan antara rakan
kongsi.
Rakan kongsi boleh menjalankan pengkhususan kerja.

Tidak perlu membayar cukai syarikat. Hanya cukai pendapatan perseorang sahaja yang dikenakan
atas setiap rakan kongsi.

Risiko dan kerugian ditanggung bersama oleh semua rakan kongsi.

KEBURUKAN

Menanggung liabiliti tidak terhad kecuali bagi pekongsi berhad.

Perniagaan adalah tidak kekal dimana ia terpaksa dibubarkan jika ada ahli yang hilang kelayakan.

Kemungkinan timbulnya konflik dan ketidaksefahaman yang membawa kepada tindakan undang-
undang terhadap perkongsian.

Jumlah modal yang dikumpulkan adalah terhad berbanding dengan syarikat berhad.
Tiada persaiang antara pengurusan dengan pemilik.

BENTUK AKTIVITI PERNIAGAAN(PENGELUARAN&PERHIDMATAN)


PENGELUARAN(aktiviti menhasilkan barang untuk dijual)

Ekstraktif. Mengeluarkan atau mengekstrak bahan mentah daripada perut bumi tanpa mengubah
bentuk asalnya. Contohnya, pembalakan, perlombongan, dan perladangan.

Barang konsumer. Barang yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan sendiri atau
keluarganya. Contoh, beras dibeli untuk dimakan.

Barangan industri. Bahan mentah diproses atau tambah nilai menjadi produk separuh siap atau
produk siap. Contoh, padi diproses menjadi beras.

Barang pembuatan. Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau
barang separuh siap. Contoh, getah digunakan untuk menghasilkan tayar dan sarung tangan.

Pemasangan. Aktiviti memasang komponen-komponen untuk menghasilkan barang siap.


Contohnya, pemasangan komponen kereta dan komputer.

PERKHIDMATAN(aktiviti melibatkan penawaran barang tidak nampak)

Perkhidmatan pengeluar. Contoh, perkhidmatan pengankutan, perundangan, perhubungan,


insurans, kewangan, dan hartanah.

Perkhidmatan awam. Contoh, perkhidmatan pendidikan, kesihatan, dan pertahanan.

Perkhidmatan lain. Contoh, perkhidmatan borong, perubatan, peruncitan, pelancongan dan


restoran.

LANGKAH PENUBUHAN KOPERASI

Permohonan dibuat kepada pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Setelah mendapat kelulusan, satu jawatankuasa penaja (terdiri daripada 10 org) dibentuk.

Mesyuarat agung permulaan diadakan untuk memdapatkan ketetapan dari bakal ahli untuk
menubuhkan koperasi serta menerima undang-undang kecil dan memilih anggota lembaga
koperasi.

Dokumen pendaftaran perlu dihantar dalam satu minggu selepas mesyuarat agung penubuhan.

Satu sijil perakuan akan dikeluarkan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai bukti
yang sah. Kopersi hanya boleh beroperasi setelah menerima sijil itu.

CABARAN PERNIAGAAN MASA HADAPAN


Globalisasi. Persaingan sengit dari segi kualiti, harga dan penyampaian produk yang dikeluarkan.
Peningkatan kemajuan teknologi. Merlukan kepakaran dalam IT untuk mengurus perniagaan.
Modal tinggi.

Kewujudan blok-blok perdagangan. Ketepuan pasaran dan persaingan yang sengit.


Kekurangan sumber. Inovasi dan kreativiti yang tinggi diperlukn untuk meningkatkan
produktiviti.

Perubahan struktur demografi. Kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan
dan suasana kerja yang berbeza dari suasana biasa.

KEBURUKAN SYARIKAT BERHAD

Penubuhannya lebih rumit kerana tertakluk kepada syarat-syarat ketat dalam akta syarikat.

Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukan pemilik syarikat.

Laporan kewangan syarikat perlu ditunjukkan kepada pemegang saham dan diaudit. Oleh itu,
tiada kerahsiaan.

Cukai syarikat yang tinggi dikenakan.

PERBEZAAN ANTARA TAHAP PRIMER DAN SEKUNDER

Tahap primer. Aktiviti pengeluaran ekstraktif, iaitu aktiviti mengeluarkan bahan mentah dari
sumber semula jadi di daratan dan lautan. Contoh, aktiviti perlombongan.

Tahap sekunder. Aktiviti memproses bahan mentah yang diasilkan dari tahap primer kepada
barang siap dan separuh siap. Contoh, memproses balak menjadi perabot.

KEBAIKAN PERDAGANGAN DOMESTIK

Mewujudkan peluang pekerjaan agar kadar pengangguran dapat dikurangkan.

Menjimatkan tukatan asing kerana wang kita tidak mengalir ke luar negara.

Menggunakan input dalam negara secara optimum dan mengelakkan pembaziran.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1


BAB 2 PENGELUARAN
PROSES PENGELUARAN

Input. Merujuk kepada faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran.

Proses tranformasi. Merujuk kepada proses menukarkan input kepada output.

Output. Merujuk kepada hasil yang diperoleh daripada proses pengeluaran.

Sistem pengeluaran. Terdiri daripadapelbagai bahagian yang saling berkaitan dalam menjlankan
operasi sesebuah organisasi.

Subsistem pengeluaran. Sistem yang lebih kecil atau khusus dalam sistem yang besar atau luas.

REKA BENTUK PENGELUARAN

Simplification. Berkaitan dengan usaha untuk memudahkan proses pengeluaran denggan


menggabungkan pelbagai langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran.

Standardizition. Merupakan satu proses untuk membentuk standard bagi kuantiti, kualiti, dan
prestasi sesebuak syarikat.

Modular. Teknik yang melibatkan gabungan komponen dalam pelbagai cara untuk menghasilkan
produk yang unik. Bahagian produk atau komponen boleeh ditukarganti dengan mudah.

JENIS PENGELUARAN

Pengeluaran mengikut tempahan. Penghasilan produk spesifik yang mengikut tempahan


pengguna dalam kuantiti yang kecil. Contoh, pembinaan jambatan.

Pengeluaran secara massa. Menghasilan seumlah produk yang standard dan mempunyai
permintaan yang stabil secara besar-besaran mengikut kehendak pasaran. Contoh, makanan.

Pengeluaran secara berkelompok. Dalam bntuk kelompok tertentu, iaitu, satu kelompok produk
akan dihasilkan terlebih dahulu dan diikuti oleh kelompok produk yang lain. Contoh, percetakan
buku.

MAKSUD MEREKAYASA

Proses mereka bentuk semula proses-proses kerja yang kritikal dan struktur organisasi secara
radikal bertujuan untuk meningkatkan kecekapan serta mencapai kemajuan yang lebih besar.
KEBAIKAN MEREKAYASA

Dapat menyediakan barang dan perkhidmatan yang berkualiti.

Dapat mengurangkan kos perniagaan.

PRINSIP ISO 9000

Merupakan satu standard bagi sistem kualiti dan bukan bagi produk atau perkhidmatan yang telah
dihasilkan.

Mestilah berasaskan kepada sistem dokumentasi iaitu dengan cara merekodkan semula perkara
yang dibuat dan mengesahkan semua perkara yang dibuat mematuhi dokumen tersebut.

Mementingkan pencegahan masalah bukannya penyelesaian masalah yang telah berlaku.

JENIS SUSUN ATUR KILANG

Susun atur tetap. Kedudukan produk adalah tetap. Input dan proses pengeluaran akan kekal di
satu lokasi sehingga produk tersebut siap. Sesuai untuk produk besar dan berat. Contoh,
pembinaan jambatan.

Susun atur produk. Semua input akan disusun khusus mengikut urutan penhasilan sesuatu produk.
Sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran dan penghasilan produk seragam. Contoh,
pengeluaran kasut.

Susun atur proses. Semua input disusun mengikut fungsi kerja. Sesuai bagi pengeluaran produk
yang tidak seragam, dalam kumpulan kecil. Ini dapat menjimatkan kos.

MAKSUD KAIZEN

Penambahbaikan yang berterusan dan melibatkan keseluruhan organisasi termasuk produk,


operasi, dan aspek tenaga manusia.

KEPENTINGAN KAIZEN

Mengurangkan kos pengendalian mesin, meningkatkan output.

Mencari penyelesaian kepada masalah secara berterusan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN LOKASI KILANG

Penawaran tenaga buruh yang mahir dan berkualiti. Jika sesebuah firma berintensifkan buruh,
firma tersebut akan beroperasi di kawasan dimana kadar upah adalah rendah.
Kos pengankutan. Firma yang menjalankan kegiatan ekonomi eksport sesuai dibuat berdekatan
pelabuhan. hal ini untuk mengurangkan kos pengankutan.

Bahan mentah. Bahan mentah yang murah tapi berkualiti penting. Industri yang banyak
menggunakan bahan mentah sesuai ditempatkan berdekatan dengan pembekal sepaya dapat
mengurangkan kos pengeuaran.

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN PDCA (dr.walter A. shewhart-shewhart cycle/the


daming wheel)

Plan(rancang). Memahami latar belakang masalah dan kedudukan masalah, mengkaji kesan dan
akibat masalah. Menganalisis masalah. Mencadangkan penyelesaian.

Do(laksana). Setelah mendapat kelulusan dan peruntukan, laksanakan cadangan seperti yang
dirangcang.

Check(periksa). Mengukut kejayaan dan membandingkan kedudukan masalah sebelum dan


selepas pelaksanaan cadangan selesai.

Action(tindakan).Mengamil tindakan susulan bagi memastikan kaedah baharu dilaksanakan


dengan berkesan dan memberi hasi yang memuaskan.

KAEDAH PEMERIKSAAN OUTPUT

Pemeriksaan menyeluruh. Untuk mengesan item yang rosak dan cacat dengan segera. Melibatkan
pengambilan setiap sampel output untuk dikaji dan diperiksa satu demi satu. Hanya sesuai untuk
pengeluaran kuantiti yang kecil shaja kerana pemeriksaan setiap sampel mengambl masa yang
lama dan kos pemeriksaan yang tinggi.

Pelan persampelan. Pemeriksaan satu sampel kecil yang akan digunakan untuk membuat
kesimpulan umum tentang lot item yang dikeluarkan. Sampel akan dipilih secara rawak. had
terima kualiti ditentukan.jika bilangan unit rosak melebihi had terima maka keseluruhan lot item
akan ditolak.

You might also like