You are on page 1of 6

From Wikipedia, the free encyclopedia

Yang Berhormat Datuk Seri


Ronald Kiandee
MP

Ronald Kiandee in the Polish Senate (2013)

Deputy Speaker of the Malaysian House of Representatives

Incumbent

Assumed office
28 April 2008

Serving with Ismail Mohamed Said and previously Wan Junaidi


Tuanku Jaafar

Preceded by Lim Si Cheng

Yusof Yacob

Member of the Malaysian Parliament

for Beluran, Sabah

Incumbent

Assumed office
1999

Preceded by Asmat Nungka

Personal details

Born 10 January 1961 (age 56)

Beluran, Crown Colony of North Borneo

Political party UMNOBarisan Nasional

Occupation Politician

Religion Christianity

Datuk Ronald Kiandee (born 10 January 1961) is a Malaysian politician. He is the Member of
the Parliament of Malaysia for the Beluran constituency in Sabah, representing the United Malays
National Organisation (UMNO) party in the governing Barisan Nasional coalition. He is a Deputy
Speaker of Parliament.[1]
Kiandee was elected to Dewan Rakyat in the 1999 election.[2][3]
Datuk Reezal Merican Bin Naina Merican merupakan ahli politik Barisan
Nasional/UMNO dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau dilantik sebagai pengerusi Amanah Raya
Berhad mulai 1 Januari 2015.
Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia. [1] Sebelum ini beliau adalah
Setiausaha Politik Menteri Kewangan Malaysia. Beliau juga merupakan bekas Presiden Gabungan
Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sesi 2006-2009.

Program umno

Pemuda UMNO akan menganjurkan Program Pendidikan Politik untuk ahli-ahlinya bertujuan memantap dan
mengukuh pergerakan tersebut.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pengisian utama program itu sedang dirangka yang akan mengikut keperluan
dan kesesuaian di sesebuah negeri.
''Program ini menjurus kepada pendidikan dan latihan kepimpinan, kita sedang dalam proses menggubal satu model
baru untuk latihan ahli-ahli dan kepimpinan Pemuda UMNO.
''Penekanan kita bukan hanya sejarah parti, tetapi cabaran masa depan, contohnya memanfaatkan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) untuk dijadikan alat politik dalam menyebar maklumat,'' katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO Sabah yang pertama di
Bangunan UMNO negeri di sini hari ini.
Selepas mesyuarat itu, Khairy menyaksikan penyerahan jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri daripada pemangku,
Nizam Abu Bakar Titingan kepada Azman Ruslan yang juga Ketua Pemuda UMNO Keningau.
Khairy berkata, bagi negeri itu, Azman akan ditugaskan meneliti perkara-perkara yang sesuai diisi dalam program
berkenaan.
Selain program itu, katanya, Pemuda UMNO negeri akan melakukan satu lagi program iaitu aktiviti masuk kampung
di pedalaman yang bertujuan mendekati rakyat.
Sementara itu, beliau mengumumkan senarai kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO negeri bagi sesi 2008 hingga
2011.
Menurutnya, Awang Kadin Tang yang juga Ketua Pemuda Sandakan dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO
Sabah, manakala Shahelmey Yahya (Putatan) sebagai Penolong Setiausaha dan Yamani Hafez Musa (Sipitang) pula
Penolong Bendahari.
Katanya, Baharaul Sawi (Kota Belud) pula dilantik Ketua Penerangan, manakala di peringkat bahagian, Mohd. Gasing
Saling menerajui Pemuda UMNO Kalabakan, Jamawi Jaafar (Tenom), Sahar Asing (Kudat) dan Jameso Majalin
(Kota Marudu).
Tambahnya, Abdul Kassim Jali (Tuaran), Mohd. Joh Wid (Sepanggar), Bahrul Razha Chuprat (Kota Kinabalu),
Mohd. Haffiz Sua Abdullah (Penampang), Armizan Mohd. Ali (Papar) dan Mohamad Alamin (Kimanis).
Katanya lagi, turut dilantik Faez Ainstein Nordin (Ranau), Ishak Ibrahim (Beaufort), Mohd. Shafiq Joseph
(Pensiangan), Salim Saliun (Beluran), Suhaimi Nasir (Libaran) dan Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi).
Selain itu, Matmin Etin (Kinabatangan), Halim Sidik Gulam Hassan (Silam), Mohd. Azis Jamman (Semporna) dan
Ariffin Kassim (Tawau).

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_14.htm#ixz
z4cFdbNIAh
Utusan Melayu (M) Bhd

Program santai program umno

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Jamal Md Yunos menghadiri Program
Santai Rakyat DUN Sekinchan di Perkarangan Balai Raya Parit 7 Sungai Leman di
Sungai Besar, Selangor.
Penduduk turut disajikan dengan ucapan beberapa pemimpin UMNO bahagian Sungai
Besar.

Sementara itu, Jamal dalam ucapannya pada program itu mengucapkan jutaan terima
kasih kepada kesemua masyarakat di Sungai Besar yang setia menyokong kepimpinan
UMNO/Barisan Nasional.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada pimpinan UMNO Bahagian Sungai Besar
khususnya Biro Penerangan UMNO Bahagian yang bekerja keras dalam menganjurkan
program ini.

Katanya, penganjuran program sebegini sebagai bukti bahawa UMNO/Barisan Nasional


merupakan parti yang sentiasa mementingkan keperluan dan kebajikan rakyat.

Beliau juga menyeru kesemua ahli UMNO bersatu padu dan memupuk semangat
perpaduan demi perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.
Perpaduan ini katanya, akan menjadi benteng kekuatan dalam memastikan UMNO dan
Barisan Nasional dapat bertarung dengan musuh utama parti iaitu DAP merampas
kembali DUN Sekinchan.

Jamal mengingatkan kesemua yang hadir agar tidak percaya dengan drama PAS, DAP,
PKR waimah parti yang baru ditubuhkan iaitu PAN yang sebenarnya bermain wayang
bagi memastikan UMNO terus berpecah.

Parti PAN katanya, hanya ditubuhkan sebagai alat untuk menarik ahli dan pimpinan
UMNO yang kecewa dengan parti.

Beliau turut mempersoalkan ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim yang tidak
pernah membela nasib rakyat di DUN Sekinchan terutamanya masyarakat Melayu di
kawasan ini.

Malah beliau mengingatkan mengenai misi DAP yang akan meneruskan agenda dalam
memastikan kaum Melayu terus dipinggirkan.

Jamal menyeru agar kesemua pengundi di Sungai Besar memilih calon BN sekaligus
menumbangkan calon DAP bagi DUN Sekinchan pada Pilihan Raya Umum akan
datang.

KUALA LUMPUR, 11 Jan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia percaya tiga program besar yang akan
diberi penekanan pada tahun ini bakal membawa game changer kepada golongan muda terutamanya
mereka yang berada di kawasan luar bandar.

Ujarnya ketuanya, Khairy Jamaluddin, tiga program tersebut adalah program Konvensyen Dana
Bumiputera, Program Pemuda Mahir dan Program Jom Belajar Coding selain meneruskan program sedia
ada iaitu pendaftaran keahlian.

Program Konvensyen Dana Bumiputera ini telah dilancarkan semasa Perhimpunan Agung yang lalu di
mana program ini akan merakyatkan institusi-institusi kewangan kerajaan untuk membantu usahawan-
usahawan bumiputera mendapat pinjaman dan pembiayaan daripada agensi-agensi seperti MARA,
PUNB dan Teraju.

Pemuda akan menjadi pemudah cara untuk membantu usahawan-usahawan kecil sederhana muda
yang berada di kawasan-kawasan luar bandar yang mungkin merasa agak sukaruntuk menembusi
birokrasi institusi tersebut supaya dapat memudahkan mereka mendapat pembiayaan.

Manakala program Pemuda Mahir pula diangkat daripada program yang telah dijayakan oleh Pemuda
UMNO Johor. Program ini akan dibuat untuk membantu kerajaan mengarusperdanakan pendidikan
latihan vokasional dan teknikal, ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu buat
pertama kalinya untuk tahun ini.

Tambah Khairy, Pemuda akan membuat roadshow untuk membuka peluang kepada anak-anak muda
supaya mereka boleh melihat peluang yang ada dalam bidang vokasional ini sebagai satu bidang yang
boleh menjamin masa hadapan yang cerah sekaligus mengubah persepsi masyarakat terhadap latihan
dan pendidikan vokasional ini.
Jelas beliau lagi bahawasanya aliran ini bukan pilihan terakhir tetapi adalah aliran alternatif yang begitu
baik terutamanya bagi pelajar-pelajar yang lebih mahir dalam latihan amali hands of training berbanding
dengan latihan akademik.

Program Jom Belajar Coding pula jelasnya, adalah satu program yang dilihat amat penting demi
membangunkan ekonomi yang berasaskan pengetahuan.

Kita akan menganjurkan beberapa sesi untuk mengajar belia di luar bandar di kawasan kampung untuk
mahir dalam bidang coding computer kerana saya percaya hari ini bukan sahaja perlu mengajar asas 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira tetapi kena bagi pendedahan dalam bidang ini.
Kalau tidak mula dari sekarang dan anak muda negara ini merasakan mereka tidak yakin dengan coding
programming dan sebagainya maka kita akan jauh ketinggalan dalam membangunkan ekonomi yang
berasaskan pengetahuan, katanya lagi.
Pemuda tambahnya turut akan memperkenalkan satu program baru iaitu Tilawah Pemuda di mana akan
menjalankan kerjasama dengan mahaad tahfiz dan sekolah pondok yang akan dikenalpasti.

Dalam ucapan saya semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, saya menekankan perkara ini sebab
UMNO perlu adakan kerjasama dengan kumpulan yang lebih luas daripada kebiasaan kita dan salah
satu kumpulan itu adalah mereka yang berada di sekolah agama tradisi.

Program ini amat sesuai dengan seruan saya sendiri agar UMNO ini menjadi satu khemah besar bukan
hanya untuk golongan ahli biasa sahaja tetapi kena perkembangkan lagi pengaruh kepada pihak yang
sebelum ini tidak ada apa-apa sentuhan daripada UMNO ataupun Pemuda sendiri,ulas Khairy.

Bercakap mengenai Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan Mac ini pula, beliau
menjelaskan telah berbincang dengan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak dan akan
pengerusikan mesyuarat Pemuda BN dalam masa terdekat.

Kita akan buka bilik gerakan di Kuching dalam masa terdekat dan saya telah memberi arahan kepada
jentera Pemuda UMNO untuk memainkan peranan sokongan di negeri Sarawak.

Kempen jentera PRN Sarawak akan diterajui oleh Pemuda BN Sarawak dan Pemuda UMNO akan
berperanan sebagai kumpulan sokongan bagi membantu rakan-rakan dan calon untuk berkempen di
sana nanti, katanya lagi. MediaUMNO

KLANG 10 Dis. - Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, sambutan perayaan dan


perjumpaan bulanan antara komuniti dilihat mampu memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari berkata, melalui aktiviti-aktiviti
seperti itu membolehkan penduduk berinteraksi selain turut mengeratkan tali silaturahim.
"Malah melalui aktiviti serta program yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada penduduk
sebagai contoh pengetahuan mengenai aspek keselamatan kejiranan masing-masing melalui
maklumat yang diberikan oleh pihak terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Program Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Telok
Menegon, di sini baru-baru ini, yang menampilkan pelbagai aktiviti antaranya sukan perpaduan
rakyat serta Taklimat Keselamatan Bersama Polis yang disampaikan oleh Sarjan Ahmad Yunus
dari Balai Polis Taman Sri Muda.
Yang turut hadir, Pengerusi KRT Telok Menegon, Tajudin Tanan.
Kamaruzzaman berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan terhadap program seperti itu
untuk memupuk kerjasama antara penduduk, terutamanya dalam mendepani isu-isu keselamatan.
"Kepelbagaian program dan aktiviti yang dijalankan juga mampu memperkukuhkan semangat
kejiranan seterusnya mewujudkan komuniti yang harmoni, sejahtera dan muafakat dalam
kalangan masyarakat," katanya.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20131211/wk_05/Pupuk-perpaduan-melalui-aktiviti-gotong-


royong#ixzz4cJ8BCHUl
Utusan Melayu (M) Bhd

Dasar-dasar umno
Apakah pula dasar dan prinsip UMNO? Jelas sekali, dasar dan prinsip UMNO telah digariskan pada
Fasal 3 Perlembagaan UMNO. Dasar UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung
cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
Dasar itu seterusnya diperkukuhkan dengan pernyataan tujuan UMNO yang utama adalah untuk
mengembangkan Islam, memajukan ekonomi bangsa Melayu dan Bumiputera khasnya, menjamin
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal, mendukung dan mempertahankan Raja
Berpelembagaan dan melahirkan bangsa Malaysia yang kuat berasaskan hak asasi manusia dan
hak keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera.

You might also like