You are on page 1of 1

MODUL LDK & AKTIVITI KUMPULAN

1. ICE BREAKING (PEMBENTUKAN KUMPULAN)

OBJEKTIF :1. Mencari dan mengenali ahli kumpulan


2. Membentuk kemahiran berkomunikasi di kalangan para peserta
3. Proses menyatukan hati dan pemikiran peserta

MASA : 30 MINIT

ALATAN : 8 Lirik lagu nasyid yang telah di pecahkan kepada 8-9 bahagian
Para peserta (Peserta lelaki dan perempuan akan diasingkan )

PROSEDUR ;
Setiap peserta diminta untuk mengambil satu bahagian lirik yang telah
dicampurkan.

Kemudian setiap peserta diminta mencari bahagian lirik lagu yang lain
dari peserta-peserta yang lain supaya dapat dicantumkan sehingga
menjadi sebuah lirik lagu nasyid yang sempurna.

Apabila sudah menjadi sebuah lirik lagu nasyid yang sempurna, maka
setiap peserta yang mempunyai bahagian lirik untuk lagu nasyid yang
sama akan menjadi ahli sekumpulan. Nama bagi sebuah kumpulan adalah
tajuk bagi lirik lagu kumpulan tersebut.

Setelah membentuk sebuah kumpulan, semua ahli kumpulan diminta


mencari seorang fesilitator yang memegang keseluruhan lirik lagu nasyid
kumpulan mereka.

Meraka perlu menyayikan lagu nasyid tersebut kepeda setiap fesilitator


sehingga mereka bertemu dengan fesilitator yang memegang keseluruhan
lirik lagu nasyid kumpulan mereka. Ini bertujuan untuk mengesahkan
bahawa mereka telah mencantumkan lirik-lirik lagu yang betul.

RASIONAL : 1.Peserta dapat menjalinkan hubungan yang erat di antara ahli kumpulan.
2.Peserta akan rasa terhibur dengan unsur hiburan islam yang diterapkan.
3.Peserta akan mengambil iktibar bahawa setiap keputusan yang dibuat
perlulah mendapat pengesahan dan sokongan dari pihak yang lain.

You might also like