You are on page 1of 3

MENGHASILKAN KARYA ASLI PENULISAN ILMIAH/ KREATIF MENGIKUT

TAHAP YANG BERSESUAIAN DENGAN GRED SEMASA

* KATEGORI :I

* GRED SEMASA : DH44

Bilangan dokumen
:1
yang wajib dihantar

Tajuk : KEPUASAN PENGUNAAN BILIK MESYUARAT DI JABATAN


KEJURUTERAAN MEKANIKAL PMM

NAMA : MUHAMMAD ZAHRIN BIN TOKIJAN

GELARAN JAWATAN : PENSYARAH DH44

JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

INSTITUSI : POLITEKNIK MERLIMAU


RINGKASAN EKSEKUTIF

TAJUK : KEPUASAN PENGUNAAN BILIK MESYUARAT DI JABATAN KEJURUTERAAN


MEKANIKAL PMM
Latarbelakang:
Kepuasan pengguna dengan pesekitaraan tempat kerja semasa melaksanakan pekerjaan adalah
tindak balas yang mempengaruhi seseorang terhadap pekerjaan (Fleishmen & Bas,1974). Selain
itu, pengguna yang mengunakan kemudahan yang selesa akan memberi hasil kerja yang baik
dan berkesan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kepuasan penggunaan bilik
mesyuarat JKM,PMM dalam lima factor. Factor-faktor berikut ialah kemudahan multimedia yang
disediakan, ruang bilik , pencahayaan , keselesaan kerusi dan keberkesanaan mesyuarat.

3.0 Objektif Kajian

Melalui kajian ini, objektif yang telah ditetapkan iaitu:.

i.Mengenal pasti tahap kepuasan terhadap kemudahan yang disediakan di Bilik Mesyuarat JKM,
PMM..
Rasional :
Kajian ini merupakan kajian jenis kuantitatif deskriptif. Data kuantitatif adalah hasil daripada teknik
soal selidik melalui kaedah tinjauan ( Mohd Najib, 1999). Kajian ini dijalankan terhadap pensyarah
JKM, PMM. Sampel kajian melibatkan 40 orang pensyarah. Menurut Black (1993) menyatakan
bahawa 30 adalah jumlah sampel yang paling minima dalam sesuatu kajian.

Instrument kajian ini menggunakan boring soal selidik yang diedarkan kepada responden. Boring
soal selidik ini menggunakan kaedah skala Liket. Semua item-item dalam boring soal selidik
kajian ini telah diubahsuai dan direka bentuk dari yang lepas Woo (2007). Pengubahsuaian dan
rekabentuk instrument dilakukan supaya item-item yang terkandung dalam borang soal selidik
bersesuaian dan selari dengan objektif kajian. Bahagian A adalah berkaitan profil dan demografi
responden. Manakala Bahagian B berkaitan dengan objektif kajian.

Kajian rintis dijalankan sebelum kajian sebenar dijalankan. Instrumen yang digunakan dalam
kajian ini dibina oleh penyelidik sendiri dengan merujuk kepada instrument kajian-kajian yang
lepas. Kajian rintis dijalankan untuk menetukan kesahan dan keblehpercayaan soal selidik. (
Mohd Najib , 1999). Selain itu, kajian rintis ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana
kefahaman reponden terhadap item yang diberi. Seramai 10 orang pensyarah JKM, PMM telah
dipilih untuk menguji instrumen. Berdasakan kajian rintis, nilai alpha bagi reliability ialah 0.747,
manakala nilai pos uji yang dilakukan terhadap 40 orang responden ialah 0.754.
Peranan :
merangka kerangka kajian.
mengedarkan soalselidik
menyediakan laporan kajian
Impak :
. Menurut Ostorf (1992), kepuasan bekerja mempunyai kaitan yang signifikan dan positif dengan
pencapaian akademik pelajar dan pentadbiran. Dengan mencapai kepuasan penggunaan bilik
mesyuarat tersebut dapat meningkatkan produktivi dan komitmen kerja yang tinggi kepada
pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Merliamu Melaka

You might also like