Refleksi

You might also like

You are on page 1of 2

REFLEKSI KUIZ (8/3/2017)

Pada 8 Mac 2017 bersamaan Hari Rabu, pensyarah kami telah memberikan kuiz

berdasarkan topik yang kami pelajari iaitu Bab 3 dan Bab 4. Tujuan beliau mengadakan kuiz

ini adalah untuk menguji kefahaman kami berdasarkan tajuk-tajuk tersebut. Kami diberi

masa setengah jam untuk menghabiskan kuiz tersebut. Melalui kuiz ini, beberapa input yang

kami dapat. Antara yang ialah dapat mengetahui sejauhmanakah pengetahuan kami dan

penguasaan kami terhadap topik-topik yang dipelajari. Selain itu, kami juga dapat

memperoleh banyak maklumat dan rujukan daripada pelbagai perbincangan diadakan bagi

mendapat jawapan bagi kedua-dua soalan yang diberi oleh pensyarah kami. Kami saling

bertukar-tukar pendapat dan jawapan untuk setiap soalan supaya kami dapat memberikan

jawapan yang betul dan tepat bagi memperoleh markah yang tinggi. Hal ini demikian juga

dapat membantu kami sebagai persediaan awal dalam menduduki peperiksaan nanti.

Secara keseluruhannya, kuiz ini memberi manfaat yang baik terhadap pembelajaran kami.
REFLEKSI PEMBENTANGAN KUMPULAN EMPAT(6/3/2017)

Pada minggu ke 7 iaitu 6 Mac 2017, Dewi Syahirah dan Khalishah Niirkira telah

menjalankan pembentangan dengan tajuk kesamarataan peluang pendidikan di Malaysia.

Antara isu yang mereka bincangkan dalam pembentangan ini ialah jantina, kelas sosial,

kumpulan minority dan pedalaman. Semasa aktiviti pembentangan, beberapa informasi

yang kami dapat sepanjang aktiviti pembentangan ini dilaksanakan. Antara maklumat yang

pertama ialah pertama kami dapat mengetahui melalui pembentangan ini ialah faktor-faktor

yang menjadi pencetus bagi fenomena kesamarataan peluang pendidikan di Malaysia,

implikasi daripada fenomena kesamarataan peluang pendidikan ini berlaku dan akhir sekali

ialah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menghadapi masalah kesamarataan peluang

pendidikan di Malaysia. Penjelasan dan pengolahan mereka terhadap setiap isi

pembelajaran telah mudah difahami oleh kami. Penjelasan mereka membantu kami untuk

membuat terbaik dalam kuiz yang diberi oleh pensyarah kami. Secara keseluruhannya,

pembentangan ini memang memberikan kami suatu lagi input bagi kami sebagai persediaan

awal bagi menghadapi peperiksaan pada akhir semester nanti.

You might also like