You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH

2017

PUSAT SUMBER SEKOLAH KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

KERTAS KERJA MENAIKTARAF PUSAT SUMBER 2017


1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan gedung ilmu bagi melahirkan masyarakat


Malaysia yang berilmu, beretika, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, membuat
keputusan berasaskan ilmu pengetahuan serta menyumbang kearah pembangunan
Negara. Selain itu, Pusat Sumber Sekolah juga turut menyediakan maklumat bagi
membolehkan warga sekolah berfungsi secara berkesan dalam kalangan masyarakat maju
yang berasaskan maklumat dan berpengetahuan. Pusat Sumber Sekolah juga berfungsi
untuk melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat untuk
menjadikan seorang warganegara yang bertanggungjawab. Keadaan fizikal bilik pusat
sumber menuntut suasana yang kondusif dan selesa bagi menggalakkan proses
pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru itu, program menaiktaraf pusat sumber
sekolah perlu dipertingkatkan selaras dalam menjayakan visi dan misi sekolah.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menggalakkan murid dan guru menjadi pengguna Pusat Sumber Sekolah yang
efektif dan kreatif dalam mendapatkan maklumat.
2.2 Menggalakkan sekolah meningkatkan proses pengajaran dan permudahcara yang
berasaskan PSS / sumber pendidikan
2.3 Menggalakkan warga sekolah mengamalkan budaya ilmu yang berkualiti dan
berfungsi selaras dengan konsep pendidikan bestari serta pebudayaan media dan
teknologi pendidikan masa kini.
2.4 Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.5 Aktivti-aktivti perpustakaan dapata di jalankan dengan lebih baik.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memasang pembahagi ruang (partition wall) di antara ruang membaca dan sudut
tayangan.
3.2 Membeli televisyen
3.3 Menambah buku bacaan dan buku rujukan Bahasa Antarabangsa.
3.4 Membeli rak buku

4.0 NAMA PROGRAM

Progran Menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah

5.0 VISI
Pusat Sumber Menerajui Pembangunan Dan Perkhidmatan Di Bagi Melahirkan Insan
Berjasa Serta Menjadi Pemimpin Bertaraf Dunia.
6.0 MISI
Memperkasakan Penyampian Sumber Maklumat Berkualiti Melalui Perkhidmatan
Perpustakaan Bagi Membentuk Warga Berilmu Pengetahuan.

7.0 JAWATANKUASA INDUK PSS SEMSAS

Pengerusi : Cik (Pengetua)


Timb. Pengerusi : En. ( GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : En. (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Pn. (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. (GPM)
AJK : Cik (GKMP Bahasa)
: Pn. (GKMP Kemanusiaan)
: Pn. (GKMP Teknik Dan Vokasional)
: Pn. (GKMP Sains dan Matematik)
: Cik (Guru Perpustakaan)
: Pn. (Guru NILAM)

8.0 HURAIAN PROJEK

BIL PERKARA CADANGAN / MASALAH ANGGARAN


KOS
(RM)
1. Memasang pembahagi 1) Keadaan perpustakaan yang 6500
ruang (partition wall) di terbuka, menghadkan fungsi
antara ruang membaca dan penggunaan perpustakaan..
dan sudut tayangan. 2) Ruangan bacaan dan sudut
tayangan yang tiada
partition menghadkan
penggunaan dan menganggu
sesi pengajaran dan
pemudahcara di sudut
tayangan.
Cadangan : Meletakkan partition di
antara ruangan bacaan dan sudut
tayangan.

2. Membeli Televisyen 1) Ketiadaan televisyen di dalam


perpustakaan menyebabkan 1000
penggunaan CD dan DVD
yang dibekalkan oleh BTPN
tidak dapat digunakan secara
maksimum oleh guru-guru.
2) Perpustakaan mempunyai set
pemain CD dan DVD, namun
ketiadaan Televisyen
menyebabkan set ini tidak
dapat digunakan.
Cadangan : Pembelian Televisyen

3. Menambah Bahan 1) Pertambahan pelajar yang 500


Bacaan dan Rujukan mengambil matapelajaran
Bahasa Antarabngsa Bahasa Antarabangsa
menyebabkan pusat sumber
sekolah kekurangan bahan-
bahan rujukan yang berkaitan
Bahasa Antarabangsa.
2) Bahasa antarabangsa yang
ditawarkan ialah Bahasa Arab,
Bahasa Jepun dan Bahasa
Jermen. Kamus dan bahan
rujukan yang terhad di pasaran
menyebabkan buku-buku ini
lebih mahal berbanding dengan
buku rujukan yang lain.
Cadangan : Menambah Buku rujukan
Bahasa Antarabangsa dan kamus
Bahasa Antarabangsa
4. Membeli Rak Buku 1) Rak buku kayu yang sedia ada 2000
berada dalam keadaan uzur.
Menyebabkan rak tersebut
tidak mampu menampung
buku-buku.
Cadangan : Pembelian rak buku yang
lebih kukuh dan berkauliti

JUMLAH RM10 000

9.0 SUMBER PENDAPATAN

9.1 Memohon sumbangan derma daripada YB. Dato

10.0 PENUTUP

Akhir kalam, dengan sumbangan yang telah diberikan akan dapat menyediakan
suasana yang kondusif dan memberangsangkan serta meningkatkan penggunaan Pusat
Sumber Sekolah di kalangan warga sekolah selaras dengan hasrat Kementerian bagi
mewujudkan modal insan yang berdaya saing dan berilmu pengetahuan tinggi.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

..
() (CIK)
Guru Perpustakaan dan Media Pengetua,

You might also like