You are on page 1of 51

Mohd Kamal Mohd Ali

Norasmah Mohd Noor


Rashidah Elias
Rosliza A Aziz

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DATO RAZALI
ISMAIL
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
Mohd Kamal Mohd Ali
Norasmah Mohd Noor
Rashidah Elias
Rosliza A Aziz
INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK
Panduan Kepada Pendidik Awal Kanak-kanak

Diterbitkan oleh
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Mohd Kamal Mohd Ali, Norasmah Mohd Noor,


Rashidah Elias & Rosliza A Aziz, 2013

Semua hakcipta terpelihara.


Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini
boleh diterbitkan semula atau disimpan
dalam bentuk yang boleh diperoleh semula
atau disiarkan dalam sebarang bentuk
dengan apa cara sekalipun
termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman atau lain-lain tanpa
mendapat izin daripada Penerbit

Dicetak oleh:
Pejabat Karang Mengarang, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kandungan

Senarai Jadual ii
Senarai Rajah iii
Prakata iv
Penghargaan v
PENGENALAN 1
Apa Itu lukisan? 1
Apa Itu lukisan kanak-kanak? 1
Tahukah anda peringkat lukisan kanak-kanak? 2
Apa itu terapi? 7
Apa itu Terapi Seni Melukis? 7
Kenapa terapi seni penting kepada kanak-kanak? 8
Penerapan unsur terapi seni dalam aktiviti melukis untuk kanak- 8
kanak
Prinsip dalam memahami lukisan 8
PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI MELUKIS UNTUK KANAK- 10
KANAK
PANDUAN INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK 11
Sesi 1 : Lukisan Diri Saya 13
Sesi 2 : Lukisan Keluarga Saya 19
Sesi 3 : Aktiviti Bersama Keluarga 20
Sesi 4 : Cita-cita Saya 27
ELEMEN-ELEMEN DALAM INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK 30
PENUTUP 36
BIBLIOGRAFI 37
Lampiran 38

i
Senarai Jadual
Tajuk Jadual Mukasurat

Jadual 1 : Peringkat Perkembangan Artistik Al-Hurwitz dan Day 2


(2001)

Jadual 2 : Peringkat Perkembangan Artistik Lowenfeld dan Brittain 4


(1987)

Jadual 3 : Peringkat Perkembangan Artistik Luquet (2001) 6

Jadual 4 : Interpretasi Warna (adaptasi dari Gage, 1999 dan Furth, 34


1988)

ii
Senarai Rajah

Tajuk Rajah Mukasurat

Rajah 1 : Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak 1

Rajah 2 : Aktiviti bersama keluarga 11

Rajah 3 : Keluarga saya 11

iii
Prakata
________________________________________________________________

Lukisan merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk melihat
perlakuan kanak-kanak. Seringkali lukisan kanak-kanak hanya dianggap sebagai
satu penghasilan kreatif tanpa melihat makna yang tersirat di sebalik lukisan
tersebut. Kanak-kanak sewajarnya diberikan ruang dan peluang dalam
meningkatkan keyakinan diri dan pembangunan konsep kendiri yang positif dengan
cara yang bersistem. Penghasilan karya kanak-kanak memerlukan satu interpretasi
khusus kerana hasilan karya kanak-kanak mempunyai makna yang berbeza
daripada perspektif orang dewasa. Seterusnya hasil interpretasi lukisan dapat
membantu pendidik awal kanak-kanak dalam merancang dan merangka aktiviti bagi
meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak, yang membawa kepada konsep terapi
melalui lukisan kanak-kanak.

Penghasilan buku Interpretasi Lukisan Kanak-kanak ini bertujuan membantu


pendidik awal kanak-kanak khususnya pendidik Pusat Anak PERMATA Negara
(PAPN) dalam usaha mentafsir lukisan kanak-kanak, seterusnya membantu kanak-
kanak yang berumur tiga hingga empat tahun meningkatkan konsep kendiri mereka
melalui aktiviti melukis. Buku panduan ini juga mengandungi beberapa cadangan
aktiviti yang boleh dikendalikan oleh pendidik PAPN untuk membantu meningkatkan
konsep kendiri kanak-kanak.

Buku ini mengandungi maklumat berkaitan konsep lukisan kanak-kanak dan


terapi seni melukis bagi memberi pemahaman kepada pendidik akan kepentingan
menerapkan unsur terapi dalam mengendalikan aktiviti melukis untuk kanak-kanak.
Langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam mengendalikan aktiviti melukis,
panduan interpretasi bersama elemen-elemen yang penting bagi proses interpretasi
lukisan beserta contoh-contoh dan gambar-gambar akan memudahkan pemahaman
pendidik bagi mengaplikasi unsur terapi dalam aktiviti lukisan kanak-kanak.

Di bahagian belakang buku ini juga disertakan kit lukisan kanak-kanak.


Sebahagian kertas lukisan dalam kit tersebut disertakan dengan bingkai yang
menarik sementara sebahagian lagi dibiarkan kosong untuk memberi pilihan kepada
kanak-kanak. Kit lukisan tersebut boleh diperbanyakkan untuk kegunaan kanak-
kanak melukis berdasarkan pilihan mereka. Kami percaya buku ini mampu menjadi
panduan yang berguna bagi pendidik menerapkan unsur terapi seni melukis sebagai
satu alternatif untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak, khususnya kanak-
kanak di Pusat Anak PERMATA Negara Malaysia.

iv
Penghargaan
___________________________________________________________________

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Majlis Penyelarasan Dasar


PERMATA Negara yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Jawatankuasa Kerja Dasar
PERMATA Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka
Seri Rosmah Mansor di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam
menghasilkan buku ini.

Ucapan terima kasih yang khusus ditujukan kepada Yang Berbahagia Datuk
Siti Azizah Sheikh Abod, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Projek Rintis PERMATA
Negara di atas dana yang diberikan bagi penyelidikan yang berkaitan aplikasi terapi
seni melukis untuk kanak-kanak PERMATA Negara, yang membantu penghasilan
buku ini. Sekalung penghargaan juga untuk Yang Berbahagia Profesor Dr. Noraini
Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Pendidikan
Sultan Idris dan Profesor Madya Dr. Sopia Md. Yasin, Pengarah NCDRC yang
banyak membimbing kami dalam penghasilan buku ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada panel penilai dalam membantu membuat


penilaian ke atas kandungan buku ini. Tidak lupa ucapan terima kasih atas
sokongan daripada pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali
Ismail Kuala Terengganu, semua pendidik PERMATA, kakitangan NCDRC, para
jurulatih utama PERMATA dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menghasilkan buku ini.

Semoga kalian diberkati sepanjang perjalanan hidup ini.

v
PENGENALAN

Apa itu lukisan?

Lukisan merupakan satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni. Ia


merupakan landasan untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan
bidang. Lukisan akan menghasilkan imej atau bentuk. Bentuk dan imej ini
mewakili luahan emosi, intelektual dan spiritual kanak-kanak. Oleh itu
lukisan dihasilkan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan
pemikiran manusia.

Apa itu lukisan kanak-kanak?

Lukisan merupakan luahan jiwa seseorang kanak-kanak sama ada yang boleh melukis
ataupun hanya di peringkat contengan. Hasil lukisan kanak-kanak biasanya
menggambarkan apa yang berlaku terhadap dirinya atau apa yang diinginkannya.

Rajah 1: Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak

1
Tahukah anda peringkat lukisan kanak-kanak?

Terdapat beberapa pandangan tokoh terhadap lukisan kanak-kanak yang berusia 2


hingga 4 tahun. Antaranya ialah:

(a) Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Day (2001)

Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2 4 tahun)

Pada peringkat ini lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak adalah tidak terkawal
dan lebih merupakan contengan. Lukisan ini lebih bergantung pada keupayaan otot
dan keselarasan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Walaupun berupa
contengan, namun mereka mengenal dan dapat menyebut rupa yang dihasilkan.
Inilah yang menjadi kekaguman kepada orang dewasa. Peringkat ini berkembang
secara progresif dalam lingkungan umur 2 4 tahun seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 1.

Jadual 1 : Peringkat Lukisan Kanak-kanak Dua Hingga Empat Tahun


(Al Hurwitz & Day, 2001)

Peringkat Lukisan Ciri-ciri

1. Garisan tidak terkawal Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak


dan tidak terkawal. Contengan begini biasanya tidak
menggambarkan imej. Koordinasi tangan kanak-
kanak pada masa ini juga tidak cekap.

2
Peringkat Lukisan Ciri-ciri

2. Garisan terkawal Contengan kanak-kanak mula memperlihatkan


koordinasi mata dan tangan yang lebih baik. Garisan
dihasilkan berulang-ulang. Mula berbentuk mudah
seperti bulat, garisan menegak dan melintang.

3. Rupa tidak terkawal Kanak-kanak mula menyedari hubungan contengan


dengan sesuatu objek. Mereka boleh menamakan
bahagian pada lukisan walaupun imej tidak jelas.

perahu

4. Rupa terkawal Lukisan sudah mula menggambarkan perasaan. Imej


yang dihasilkan menampakkan imaginasi. Objek mula
berbentuk dan menggambarkan apa yang mereka
tahu.

3
(b) Teori Perkembangan Artistik Lowenfeld dan Brittain (1988)

Peringkat Contengan (2-4 tahun)

Peringkat contengan ini merupakan peringkat penghasilan contengan secara rawak


dan tidak terkawal. Kanak-kanak berlatih melakukan pergerakan tangan secara
bebas dengan melukis garisan menegak, melintang dan bulatan setelah dapat
menguasai koordinasi otot tangan. Perkembangan peringkat contengan ini
digambarkan seperti dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2 : Lukisan Pada Peringkat Contengan (Lowenfeld & Brittain, 1988)

Peringkat Lukisan Ciri-ciri

1. Contengan tanpa kawalan atau Contengan garisan bersifat panjang, pendek secara
contengan tidak menentu berulang-ulang dan tidak menggambarkan apa-apa
imej.

Contengan bukan bertujuan untuk menggambar malah


lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana dapat
menggunakan alat dan diberi kebebasan berkarya.

4
Peringkat Lukisan Ciri-ciri

2. Contengan terkawal atau Pada peringkat ini kanak-kanak suka menconteng


contengan kawalan garisan sehingga memenuhi ruang permukaan lukisan.
Garisan yang dihasilkan merupakan garisan berulang
dengan pelbagai nilai garisan.

Contengan mula berbentuk rupa mudah seperti bulat,


garisan menegak dan melintang. Imej terhasil mula
menampakkan sesuatu perwakilan kerana kanak-
kanak mula menyedari hubungan di antara contengan
dengan objek sebenar.

3. Contengan bermakna Kanak-kanak cuba menamakan bahagian pada lukisan


atau menceritakan tentang lukisan mereka walaupun
imej sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidak
jelas. Di sini kanak-kanak cuba menggambarkan
perasaan mereka.

Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat


bagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki
dan tangan). Pada peringkat ini kanak-kanak suka
mencuba dan membuat pernyataan sendiri walaupun
imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa.

5
(c) Teori Perkembangan Artistik Luquet (2001)

Melibatkan tiga peringkat lukisan awal kanak-kanak iaitu peringkat Fortuitous


Realism, Failed Realism dan Intelectual Realism.

Jadual 3 : Peringkat Lukisan Kanak-kanak Berdasarkan Teori Perkembangan Artisitk


(Luquet, 2001)

Peringkat Lukisan Ciri-ciri

1. Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan


kanak-kanak di mana imej yang cuba
dihasilkan pada peringkat contengan telah
membentuk imej dan objek yang hampir
sama dengan objek sebenar.

2. Peringkat Failed Realism Imej yang diperoleh secara tidak sengaja


diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan
imej sebenar. Lukisan yang hampir sama
dihasilkan berulang kali.

6
Peringkat Lukisan Ciri-ciri

3. Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula


melukis mengikut apa yang mereka tahu dan
apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan masih
ringkas namun dilukis dengan agak baik.

Apa itu terapi?

Terapi merupakan satu usaha untuk membantu seseorang bagi menyelesaikan


sesuatu masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai jenis terapi yang biasa dilakukan
seperti terapi muzik, lukisan, pergerakan, permainan, pasir, dan air. American Art
Theraphy Association (AATA) dalam Silverstone (1997) mendefinisikan terapi
sebagai khidmat profesional yang menggunakan media seni, gambar, proses seni
kreatif dan maklum balas klien terhadap hasil seninya sendiri. Ini merupakan
gambaran terhadap perkembangan individu, keupayaan, personaliti, minat atau
konflik dalam dirinya.

Apa itu Terapi Seni Melukis?

Terapi seni melukis merupakan satu bentuk terapi yang menggunakan lukisan
kanak-kanak bersama-sama maklum balas kanak-kanak sendiri untuk tujuan
mencungkil emosi kanak-kanak. Lukisan akan menceritakan seribu makna. Melalui
terapi seni melukis kanak-kanak dapat dibantu untuk meluahkan cerita tersirat dalam
kehidupan mereka.

7
Kenapa terapi seni melukis penting kepada kanak-kanak?

Terapi seni melukis penting untuk kanak-kanak atas sebab-sebab berikut :

(i) Sebagai alat komunikasi lukisan merupakan bentuk komunikasi awal


sebelum kanak-kanak berupaya untuk bertutur. Ia merupakan cara berkesan
untuk berkomunikasi.

(ii) Cara mencapai kepuasan diri kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan
emosi. Dengan melukis juga kanak-kanak mampu membina kekuatan otot serta
koordinasi tangan dan mata mereka. Lukisan juga dapat membantu
menajamkan daya fikir kanak-kanak.

(iii) Meningkatkan daya penguasaan kendiri (self esteem) - kanak-kanak dapat


memperoleh kepuasan dengan meluahkan apa yang dilihat menerusi lukisan.
Dengan melukis mereka dapat meningkatkan daya sensitiviti dan kreativiti.

Penerapan unsur terapi seni dalam aktiviti melukis untuk


kanak-kanak

Proses terapi sepatutnya dilaksanakan oleh orang yang mempunyai tauliah atau sijil
yang diperaku oleh badan profesional. Mereka ini dipanggil ahli terapi. Para
pendidik bukanlah ahli terapi seni melukis. Namun demikian, pendidik masih boleh
menerapkan unsur terapi dalam aktiviti melukis kanak-kanak untuk membantu
mereka meluahkan emosi.

Konsep pelaksanaan terapi merujuk kepada latihan yang berulang-ulang.


Dengan menerapkan unsur terapi dalam aktiviti melukis kanak-kanak, pendidik boleh
menggalakkan kanak-kanak melukis secara berulang kali mengikut keselesaan
mereka dan cuba mencungkil emosi kanak-kanak melalui perbualan tentang lukisan
tersebut. Melalui aktiviti susulan yang dicadangkan dalam buku ini atau aktiviti lain

8
yang sesuai, pendidik dapat membantu kanak-kanak meningkatkan konsep kendiri
mereka. Buku ini akan membantu pendidik untuk memahami unsur terapi seni
melukis dan elemen-elemen yang perlu dalam interpretasi lukisan kanak-kanak.

Prinsip dalam memahami lukisan

Terdapat tiga prinsip utama dalam proses memahami lukisan yang perlu diambil
perhatian oleh pendidik awal kanak-kanak iaitu :

(i) Prinsip pertama pendidik sepatutnya tidak hanya menginterpretasi lukisan


semata-mata tetapi perlu memberi lebih perhatian kepada perasaan dalaman
kanak-kanak.

(ii) Prinsip kedua pendidik perlu bertindak sebagai pengkaji dengan


menggunakan pendekatan sistematik dalam memahami lukisan kanak-kanak.
Sebagai contoh proses yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan
selepas kanak-kanak melukis, memberi perhatian terhadap saiz kertas
lukisan dan memberi perhatian terhadap warna, bentuk, objek serta item yang
tertinggal daripada lukisan tersebut.

(iii) Prinsip ketiga pendidik menganalisis maklumat yang diperoleh daripada


lukisan dan luahan kanak-kanak, merekod serta mengumpulkan kesemua
maklumat tersebut untuk membuat rumusan keseluruhan.

9
PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI MELUKIS UNTUK
KANAK-KANAK

Mari kita lihat bagaimana kita boleh mengendalikan aktiviti


melukis untuk kanak-kanak dan menerapkan unsur terapi
dengan menggunakan buku ini

Pelaksanaan aktiviti melukis terbahagi kepada tiga langkah.

Langkah pertama: -
Melibatkan empat sesi melukis oleh kanak-kanak.
1. Diri Saya
2. Keluarga Saya
3. Aktiviti Bersama Keluarga, dan
4. Cita-cita Saya

Pendidik perlu memastikan kanak-kanak telah mempunyai kesediaan untuk melukis


di mana kanak-kanak sepatutnya telah mempunyai kemahiran bagi membentuk
objek asas sebelum sesi melukis dimulakan. Arahan kepada kanak-kanak perlu
diberi secara santai dan tidak memberi tekanan untuk kanak-kanak melukis.

Langkah kedua:-
Setiap sesi akan disusuli dengan interpretasi lukisan oleh pendidik mengikut
panduan interpretasi yang dicadangkan. Semasa menginterpretasi, pendidik
hendaklah berbual dan bertanyakan soalan bagi mencungkil cerita di sebalik lukisan

10
tersebut. Sebaik-baiknya pendidik merakamkan perbualan semasa sesi ini
berlangsung.

Langkah ketiga:-
Jika terdapat kanak-kanak yang perlu dibimbing, laksanakan beberapa aktiviti yang
dicadangkan bagi meningkatkan emosi dan tahap konsep kendiri kanak-kanak.
Pendidik bebas menggunakan kreativiti masing-masing untuk melaksanakan aktiviti
susulan berdasarkan keperluan kanak-kanak atau boleh merujuk kepada cadangan
aktiviti susulan yang disertakan (rujuk Lampiran).

Contoh Lukisan Kanak-kanak

Rajah 2: Aktiviti bersama keluarga

Rajah 3: Keluarga saya

11
PANDUAN INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK

sedia?
Mari kita mulakan aktiviti melukis. Anda sudah bersedia?

Kunci kepada interpretasi lukisan kanak-kanak adalah bertanya dan berbual,


jadi jangan tinggalkan kanak-kanak begitu sahaja selepas mereka selesai melukis.
Sebagai pendidik, kita harus menemani mereka sambil bertanya untuk
menggalakkan peluahan emosi mereka. Tidak semestinya semua elemen yang
dilukis oleh kanak-kanak adalah sama. Jangan lupa catatkan segala maklum balas
kanak-kanak terhadap pertanyaan kita. Alangkah baiknya jika semua perbualan kita
bersama kanak-kanak itu dapat dirakamkan!

Teacher, jangan kacau saya!

Kita akan mula bertanya dan berbual dengan kanak-kanak selepas mereka
selesai melukis. Ingat, jangan terlalu mengganggu semasa mereka melukis! Jika
tiada masalah pemahaman, biarkan mereka melukis sendiri. Kita boleh beredar,
membantu kanak-kanak lain yang mungkin bermasalah semasa melukis.

Semasa perbualan, kita sebagai pendidik haruslah menggunakan laras


bahasa perbualan dengan kanak-kanak. Jangan gunakan bahasa yang terlalu tinggi
atau perkataan yang sukar difahami kanak-kanak. Bila bertanya, sebaik-baiknya
gunakan soalan terbuka seperti ...mengapa? atau ...cuba beritahu cikgu mengapa
jadi begini? Jika kita perlu gunakan soalan tertutup (jawapan ya/tidak atau satu
jawapan sahaja), tanyakan lagi soalan lanjut yang meminta penerangan mereka
seperti Kenapa Yaya kata Yaya bersedih tadi? Galakkan kanak-kanak berbual
untuk mendapat maklum balas mereka. Contoh-contoh soalan pendidik dalam setiap

12
sesi melukis ditunjukkan dalam bahagian selepas ini. Namun demikian, bukanlah
soalan-soalan tersebut sahaja yang boleh ditanya. Pendidik bebas bertanya soalan-
soalan lain yang sesuai kepada kanak-kanak. Pendidik adalah orang yang paling
mengenali kanak-kanak! Semasa berbual dengan kanak-kanak tentang lukisan
mereka, pendidik boleh merujuk kepada bahagian ELEMEN-ELEMEN DALAM
INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK dalam buku ini untuk membantu
pendidik membuat interpretasi. Sebaik-baiknya pendidik memahami dahulu
kesemua elemen dalam bahagian tersebut sebelum memulakan aktiviti sesi melukis
untuk kanak-kanak.

Sesi 1: Lukisan Diri Saya

Untuk sesi pertama ini kanak-kanak diminta melukis diri mereka. Jika
pendidik merasakan kanak-kanak masih belum menguasai konsep elemen pada diri
seorang manusia, pendidik boleh membimbing kanak-kanak terlebih dahulu tentang
elemen pada wajah dan diri manusia seperti mempunyai rambut, dua mata, hidung,
mulut dan telinga pada muka, diikuti dengan elemen badan, tangan dan kaki.
Pendidik juga boleh membimbing kanak-kanak tentang rupa wajah masing-masing
seperti rambut lurus atau kerinting, mata bulat atau sepet, memakai tudung atau
tidak. Seterusnya pendidik boleh membimbing kanak-kanak untuk menggambarkan
emosi yang ingin ditunjukkan pada wajah seperti cara melukis senyuman, muka
masam atau muka sedang marah. Berikut merupakan contoh-contoh hasil lukisan
kanak-kanak dan soalan oleh pendidik bagi Sesi 1. Panduan interpretasi lukisan
disertakan untuk membantu para pendidik mencungkil emosi kanak-kanak.

13
Lukisan Diri Saya 1 Contoh Soalan Oleh Pendidik

1. Cantiknya lukisan Ita, yang bulat besar ni


apa?

2. Mengapa telinga ini lukis tidak sama?

3. Masa ini, Ita rasa gembira atau sedih?


Mengapa? (setelah kanak-kanak menjawab
ya/tidak)

4. Cantiknya kalau pakai baju. Mengapa Ita


tidak lukis baju?

Panduan Interpretasi

Tumpukan pada jawapan kanak-kanak. Cuba hampiri pertanyaan kepada elemen dalam
panduan interpretasi. Kemungkinan bulat besar yang dilukis bukan rambut, sebaliknya
adalah bebanan fikirannya (elemen unsur terkurung yang menunjukkan konflik rujuk
elemen 8). Berkaitan saiz telinga pula, jangan risau jika kanak-kanak tiada alasan terhadap
saiz telinga. Kawalan tangan kanak-kanak 3 hingga 4 tahun sememangnya belum
sempurna!

Sekarang mari kita lihat maklum balas terhadap elemen perasaan rujuk elemen 1.
Ada kemungkinan jawapan kanak-kanak adalah sedih tetapi tidak mustahil juga mereka
akan menjawab gembira! Tugas kita adalah bertanya sedalam yang mungkin mengapa
jawapan mereka begitu. Tentang baju pula, kemungkinan jawapan kanak-kanak adalah tak
tau nak lukis baju. Namun demikian, tumpuan harus kita berikan jika jawapan kanak-kanak
menunjukkan ada sesuatu rahsia di sebalik tidak berbaju itu.

14
Lukisan Diri Saya 2 Contoh Soalan Oleh Pendidik

1. Umairah buat apa ni? Siapa ada bersama


Umairah?

2. Mengapa Umairah lukis bulat pada mama dan


abah?

3. Nenek Umairah main sama? Kenapa cikgu


lihat nenek macam terbaring?

4. Cikgu lihat Umairah lukis Umairah main dekat


dengan mama. Selalu tak Umairah main
dengan mama? Selalu tak Umairah main
dengan abah? Mengapa? (jika kanak-kanak
menjawab selalu bermain dengan salah
seorang sahaja).
(nama dilabel oleh pendidik setelah
pertanyaan) 5. Semasa bermain, ada tidak siapa-siapa yang
sedih? Mengapa?

Panduan Interpretasi

Jika ada objek lain yang dilukis selain daripada kanak-kanak tersebut, kita boleh bertanya
dan melabelkan objek tersebut. Jangan lupa tanya juga situasi ketika itu sama ada bermain,
bersantai atau sedang melakukan aktiviti lain. Sekali lagi kita jumpa elemen Unsur
terkurung (rujuk elemen 8) dan kita harus buka kuncinya tanya kanak-kanak itu sebabnya!

Masukkan diri kita dalam lukisan. Jika ada elemen yang pelik (rujuk elemen 2 dan 7),
tanyakan sebab bagi keadaan yang pelik itu. Sebagai contoh, dalam lukisan di atas, suasana
bermain sepatutnya gembira dan aktif tetapi nenek Umairah terbaring.

Perhatikan juga jarak antara kanak-kanak dengan objek lain dalam lukisan mereka.
Adakah mereka dekat atau jauh dengan objek tersebut? Namun demikian kita harus elakkan
bertanya soalan bias (berat sebelah) seperti Umairah lebih sayang ibu atau lebih sayang
ayah?. Sebaliknya kita boleh tanyakan Siapa agaknya yang Umairah paling sayang?
Mengapa?. Kita boleh juga bertanya soalan tentang perasaan kanak-kanak (rujuk elemen 1).

15
Lukisan Diri Saya 3 Contoh Soalan Oleh Pendidik

1. Pandainya Iffah lukis! Rambut Iffah kan panjang,


mengapa Iffah lukis rambut pendek?

2. Mengapa tangan Iffah ada tiga?

3. Cikgu tidak nampaklah kaki Iffah yang satu lagi.


Mengapa Iffah tidak lukis kaki yang satu lagi?

4. Iffah seronok atau sedih masa ini? Mengapa?

5. Iffah selalu main dengan siapa?

6. Ada tak sesiapa kawan Iffah atau orang lain yang


pernah buat Iffah rasa marah? Mengapa Iffah
marah? (jika jawapan ya)

Panduan Interpretasi

Lukisan di atas menunjukkan beberapa perkara pelik yang kita perlu beri perhatian atau
tanyakan kepada kanak-kanak seperti keadaan rambutnya, bilangan tangan yang dilukis dan
bilangan kakinya (rujuk elemen 2 dan 3). Namun demikian, jika kanak-kanak tidak merasa
keadaan itu pelik atau tiada maklum balas yang diharapkan, janganlah berasa tertekan!
Pemikiran kanak-kanak sememangnya unik. Mungkin keadaan pelik itu hanya disebabkan
oleh imaginasi kanak-kanak terhadap cerita yang ditontonnya atau jawapan mereka saja je,
nak lukis macam tu.... Mungkin juga kanak-kanak belum bersedia meluahkan emosi
mereka. Kita tidak boleh memaksa kanak-kanak untuk bercerita jika mereka tidak mahu.
Kuncinya mungkin pada ibu bapa kanak-kanak tersebut! Adalah sangat bermanfaat jika kita
juga dapat berbincang dengan ibu bapa kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jika lukisan itu tidak jelas menunjukkan perasaan gembira, tiada halangan untuk kita
tanyakan mereka sebabnya. Jika kanak-kanak tidak mahu memberi jawapan pada kali
pertama, janganlah paksa mereka dan cuba lagi berbual. Fitrah emosi kanak-kanak adalah
riang dan suka bermain. Jika perwatakan biasa kanak-kanak tersebut tidak riang, cuba cari
peluang mencungkil lagi emosi mereka dalam Sesi 2: Keluarga Saya. Ada kemungkinan
kita bertemu jawapan tersebut di sana.

Kita juga mendapati ada kekosongan ruang dalam lukisan di atas. Cuba tanya soalan
yang menjurus kepada kemungkinan rasa kekosongan dalam diri kanak-kanak (rujuk elemen
11). Mungkin ini ada kaitan dengan semua perkara di atas.

16
Lukisan Diri Saya 4 Contoh Soalan Oleh Pendidik

1. Sarah lukis Sarah masa kecil (sekarang) dan


masa dah besar. Cantiknya mata Sarah masa
dah besar. Mengapa masa kecil Sarah tidak
lukis mata macam ini?

2. Sarah suka masa sekarang atau masa Sarah


dah besar? Mengapa?

3. Cikgu tidak nampak Sarah lukis kaki.


Mengapa tidak lukis?

4. Mengapa telinga Sarah bila dah besar tinggal


satu?

Panduan Interpretasi

Sarah di dalam lukisan di atas cuba menggambarkan dirinya semasa kecil (sekarang) dan
semasa dia sudah dewasa. Lukisan Sarah tidak memperlihatkan objek yang lengkap. Cuba
amati lukisan yang dihasilkan oleh Sarah. Mungkin ada sesuatu yang ingin dinyatakan oleh
Sarah di dalam lukisannya.

Kadangkala terdapat elemen yang ketara dalam lukisan kanak-kanak yang kita boleh
tanyakan. Sebagai contohnya dalam lukisan di atas, kanak-kanak membezakan lukisan
matanya semasa kecil dan semasa sudah besar. Sekali lagi, kita boleh bertanya perasaan
kanak-kanak dalam lukisan dirinya (rujuk elemen 1).

Objek yang hilang atau objek yang pelik mungkin disebabkan kurang kemahiran kanak-
kanak untuk melukis. Namun demikian kita tidak boleh abaikan perkara tersebut (rujuk
elemen 2 dan 3). Kita perlukan memastikannya dengan cara bertanya kepada kanak-kanak
tentang perkara tersebut.

17
Lukisan Diri Saya 5 Contoh Soalan Oleh Pendidik

1. Aisyah lukis Aisyah sedang main kan? Ini


siapa?

2. Mata Aisyah macam jeling pada Ayu (ke arah


objek yang dijeling). Mengapa?

3. Aisyah seronok masa ini? Mengapa?

4. Mengapa Aisyah tidak lukis rambut, hidung


dan tangan Aisyah?

5. Apa yang Aisyah lukis bulat-bulat ini?


Mengapa Aisyah lukis banyak?

Panduan Interpretasi

Jika ada objek lain bersama kanak-kanak, kita perlu tanyakan siapa/apa. Terutama jika
terdapat objek yang berulang (rujuk elemen 6). Mungkin objek tersebut penting dalam
hidupnya.

Jika terdapat perlakuan yang ketara dalam lukisan tersebut juga boleh kita tanyakan
seperti perlakuan menjeling dalam lukisan di atas.

Begitu juga perasaan kanak-kanak semasa melukis seperti yang kita tanyakan dalam
contoh lukisan-lukisan lain sebelum ini (rujuk elemen 1).

Sekali lagi, kita berjumpa objek yang hilang dalam lukisan Aisyah. Walaupun mungkin
belum mahir, kita masih boleh bertanya tentang objek yang hilang itu (rujuk elemen 3).

Selain daripada itu tanyakan tentang objek berulang dalam lukisan (rujuk elemen 6).
Kemungkinan objek itu penting bagi kanak-kanak tersebut.

18
Sesi 2 : Lukisan Keluarga Saya

Berikut merupakan contoh-contoh hasil lukisan kanak-kanak bagi Sesi 2 : Keluarga


Saya. Kanak-kanak banyak menghabiskan masa mereka bersama keluarga.
Terdapat pelbagai emosi yang dapat digambarkan apabila bersama keluarga
mereka. Oleh itu penting untuk menggalakkan kanak-kanak bercerita mengenai
keluarga mereka berdasarkan lukisan yang dihasilkan.

Lukisan Keluarga Saya 1 Contoh Soalan Oleh Pendidik

1. Boleh ceritakan pada cikgu, siapa


dalam lukisan ini?

2. Kenapa Iwan lukis mama ada


banyak kaki ya? Yang lain dua
kaki sahaja.

3. Iwan ada baby Aira. Boleh tak


cikgu ambil baby Aira? Mengapa?

4. Iwan suka main dengan siapa?


Mengapa?

Panduan Interpretasi

Untuk tema keluarga, tumpukan soalan berkisar kepada hubungan kanak-kanak dengan
keluarganya. Tanyakan kanak-kanak tentang perasaan mereka terhadap kesemua ahli
keluarganya. Ini akan menggalakkan kanak-kanak bercerita tentang keluarga mereka. Jika
terdapat kanak-kanak yang tidak suka bercerita tentang keluarga mereka, tentu ada sebab
tertentu yang menjadikan mereka begitu. Dengan ini pendidik bolehlah menanamkan sikap
cinta dan sayangkan keluarga dalam diri kanak-kanak tersebut.

Lukisan di atas menggambarkan keluarga Iwan yang terdiri daripada ibu, ayah, adik
barunya dan dirinya sendiri. Iwan menggambarkan kegembiraan di dalam lukisannya dan
sentiasa bercerita tentang keluarganya terutama ayahnya.

Cuba tanyakan kanak-kanak lebih lanjut tentang ahli keluarga lain atau objek lain yang
digambarkan di dalam lukisan mereka. Menerusi lukisan mereka kemungkinan terdapat
cerita di sebalik kedudukan ahli keluarga dan jarak kanak-kanak dengan ahli keluarganya
dalam lukisan tersebut (elemen 10). Tanyakan juga jika terdapat halangan yang berupa
objek di dalam lukisan tersebut. Menarikkan jika kita mengerti rahsia lukisan kanak-kanak!

19
Lukisan Keluarga Saya 2 Contoh Soalan Oleh Pendidik

1. Ada lima orang dalam gambar ni.


Yang mana satu ayah/ ibu/ adik
beradik/ kamu?

2. Yang mana lelaki? Yang mana pula


perempuan?

3. Kenapa ada garisan-garisan tajam


pada kepala yang tiga ni?

4. Dalam gambar ni, ayah buat apa


ya? (tukar pula pertanyaan pada ahli
keluarga yang lain).

5. Jika ayah pergi jauh, dua atau tiga


hari tak balik rasa macamana?
Mengapa rasa begitu? (soalan boleh
ditukar kepada ahli keluarga yang
lain).

Panduan Interpretasi

Intepretasi lukisan di atas bergantung kepada jawapan yang kanak-kanak berikan sepanjang
sesi terapi dijalankan. Dalam lukisan di atas, kanak-kanak tersebut berjaya menggambarkan
perasaan gembira apabila diminta melukis ahli keluarga. Kita dapat lihat yang kanak-kanak
melukis semua ahli keluarga beliau. Ada kemungkinan hubungan kekeluargaan yang rapat
dan penuh kasih sayang berlaku dalam keluarga tersebut ( rujuk elemen 1).

Oleh itu pendidik atau individu yang bertanyakan soalan harus pandai memainkan
emosi kanak-kanak. Tanyakan kepada mereka akan kesemua ahli keluarganya jika kita lihat
kanak-kanak begitu bersungguh-sungguh ingin menerangkan tentang ahli keluarganya. Jika
ada di antara ahli keluarganya yang tidak dizahirkan, cuba cungkil pertanyaan agar kanak-
kanak dapat meluahkan apa yang terpendam di dalam jiwanya.

Di dalam lukisan di atas, apabila diajukan soalan mengenai saiz, kanak-kanak


tersebut dapat membezakan saiz dengan watak lukisan seperti saiz yang besar adalah ayah
manakala saiz yang kecil adalah adik (rujuk elemen 5).

20
Lukisan Keluarga Saya 3 Contoh Soalan Oleh Pendidik

1. Banyaknya Mira lukis bulatan. Boleh


cikgu tau Mira lukis gambar apa ni?

2. Kenapa ada banyak garisan dalam


bulatan?

3. Siapa yang ramai-ramai ni? (setelah


kanak-kanak menyebut bulatan yang
dilukis tersebut adalah keluarganya)

4. Yang ini siapa pula? (sambil menunjuk


satu persatu kepada objek yang dilukis).

5. Kenapa Mira lukis semua orang duduk


dekat-dekat?

6. Mira sayang tak pada ayah? (pendidik


boleh mengulang pertanyaan yang sama
untuk ahli keluarga lain yang disebut ).

7. Bagaimana Mira tau ayah sayang kepada


Mira? (pendidik boleh mengulang
pertanyaan yang sama untuk ahli
keluarga lain yang disebut).

Panduan Intepretasi

Jika kanak-kanak melukis objek secara berulang, ada kemungkinan kanak-kanak tersebut
cuba menunjukkan sesuatu yang penting dalam hidupnya (rujuk elemen 6). Tanyakan kepada
kanak-kanak sebab beliau melukis objek tersebut secara berulang. Mungkin setiap objek yang
digambarkan mewakili setiap ahli keluarganya yang dirasakan penting dalam hidupnya.
Mungkin juga kanak-kanak ingin menggambarkan sesuatu yang benar-benar disukainya.

Sebagai contoh, dalam lukisan keluarga di atas, kanak-kanak melukis objek yang sama
secara berulang (bulatan dan garisan panjang di sekeliling bulatan) yang menggambarkan
semua ahli keluarganya. Pendidik boleh mengambil peluang ini untuk bertanya dan
mendapatkan maklumat berkaitan hubungan kanak-kanak dengan keluarganya.

Beri perhatian juga kepada saiz lukisan. Dalam lukisan ini ada dua objek yang jelas lebih
besar daripada objek yang lain. Cuba tanya kanak-kanak sebabnya. Ada kemungkinan objek
yang besar itu adalah ahli keluarga yang paling disayangi atau sebaliknya (rujuk elemen 5).

21
Sesi 3 : Lukisan Aktiviti Bersama Keluarga

Berikut merupakan contoh-contoh hasil lukisan kanak-kanak bagi Sesi 3: Aktiviti


Bersama Keluarga.

Lukisan Aktiviti Bersama Keluarga dapat memberi gambaran tentang emosi dan
sosial kanak-kanak dengan individu yang berhampiran dengan diri mereka. Dalam
mengenal pasti sosioemosi kanak-kanak ini, pendidik boleh bertanyakan beberapa
soalan semasa melukis, bertujuan membantu mencungkil emosi kanak-kanak
semasa melakukan aktiviti bersama keluarga.

Lukisan Aktiviti Bersama Contoh Soalan Pendidik


Keluarga 1

1. Yang panjang ni gambar apa?

2. Dua bulat-bulat ni gambar apa pula?

3. Tadi Rizuan kata ini gambar ayah sedang cuci


kereta. Mana mama dan kakak? Kenapa
mama dan kakak tidak bersama ayah?

4. Mengapa Rizuan tidak ada dalam lukisan ni?

Panduan Interpretasi

Jika kita perhatikan gambar di atas, beberapa persoalan mungkin akan wujud dalam diri kita.
Kita tidak dapat menjangka apa yang ingin dinyatakan oleh kanak-kanak menerusi
lukisannya sebelum kita berbual dengan kanak-kanak tersebut. Bentuk apakah yang dilukis
oleh kanak-kanak tersebut? Apakah yang ingin dinyatakan oleh kanak-kanak menerusi
gambar di atas? Oleh itu, kita perlu berbual dengan mereka!

Gambar di atas sebenarnya menggambarkan aktiviti Rizuan dengan keluarganya.


Ayah Rizuan sedang mencuci kereta sementara ahli keluarga yang lain berada di dalam
rumah (merujuk kepada objek panjang seperti jari). Berdasarkan elemen 12, cuba dapatkan
jawapan kanak-kanak berkaitan orang yang membuat kerja dalam lukisan tersebut. Jika kita
dapati ada ahli keluarga yang sepatutnya bersama tiada dalam lukisan (seperti Rizuan
sendiri, ibu dan kakaknya), cuba tanyakan sebabnya (rujuk elemen 3).

22
Lukisan Aktiviti Bersama Contoh Soalan Pendidik
Keluarga 2

1. Banyaknya rumah dilukis! Kenapa banyak


sangat rumah ni?

2. Siapa punya rumah ni? (tanya satu persatu)


Kenapa rumah ini tak sama besar?

3. Kenapa kita mesti ada rumah? Boleh tak


ceritakan pada cikgu tentang rumah kamu?

Panduan Interpretasi

Perhatikan gambar di atas. Aiman melukis beberapa buah rumah dan pelbagai saiz. Apa
pula pandangan dewasa terhadap lukisan anak kecil ini. Jika diteliti, terdapat banyak
pengulangan kepada bentuk rumah ini. Pengulangan ini mungkin menggambarkan sesuatu
yang sangat disukai atau sangat penting kepada kanak-kanak tersebut (rujuk elemen 6).

Perhatikan pula elemen 5 iaitu berkaitan saiz lukisan. Tanyakan tentang saiz
gambar yang berbeza itu.

Berdasarkan lukisan di atas, perkara yang diceritakan oleh Aiman adalah beliau
selalu bermain-main dengan keluarganya di dalam rumah. Setiap ahli keluarganya
mempunyai rumah masing-masing. Aiman juga inginkan rumah yang banyak dan cantik.
Bukankah maklumat ini dapat membantu kita membuat interpretasi lukisan Aiman,
membantu memahami elemen yang disebutkan dan membantu kita memahami diri Aiman
sendiri?

Kita juga boleh bertanyakan jarak di antara satu objek ke satu objek. Tentu ada
sesuatu yang ingin diceritakan oleh kanak-kanak menerusi lakaran mereka. Rujuk elemen 6
untuk mengetahu pengulangan dalam lukisan mereka dan elemen 10 tentang jarak di antara
objek-objek yang dihasilkan.

23
Lukisan Aktiviti Bersama Contoh Soalan Pendidik
Keluarga 3

1. Boleh terangkan siapa di dalam gambar ini?

2. Kesemua orang ni sedang buat apa? Di mana


mereka berada?

3. Kenapa gambar ni ada tanda X pada


tangannya? (jawapan kanak-kanak ialah ingin
jadi superman). Kenapa suka jadi superman?

4. Kalau seronok boleh bermain dengan


keluarga, apa Syahmin buat pada ayah/ mak/
kakak/ adik?

Panduan Interpretasi

Lukisan di atas jelas menunjukkan aktiviti kanak-kanak dengan keluarganya. Semua ahli
keluarga dijelmakan di dalam lukisan. Ini mungkin menunjukkan bahawa kanak-kanak
sangat sayangkan keluarganya. Tetapi anda jangan tertipu! Kadang-kadang terdapat juga
lukisan kanak-kanak yang berbeza dengan apa yang dilaluinya. Mereka menggambarkan
sesuatu yang indah sedangkan mereka tidak pernah mengalaminya. Ini merupakan
impiannya dan dijelmakan menerusi daya imaginasinya.

Oleh itu pertanyaan demi pertanyaan perlu dilakukan semasa menginterpretasi


lukisan kanak-kanak ini. Anda juga harus ingat! Anda harus pandai memainkan kata-kata
agar kanak-kanak tidak tahu bahawa kita ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang
dirinya.

Lukisan di atas merupakan hasil karya Syahmin. Ayah Syahmin selalu membina
layang-layang untuk permainan Syahmin dan ahli keluarganya. Syahmin juga telah
membuat layang-layang untuk dirinya dan juga adiknya. Syahmin berasa seronok apabila
semua ahli keluarganya dapat bermain layang-layang bersama. Perhatikan elemen 6 iaitu
penjelasan berkaitan objek yang berulang.

24
Lukisan Aktiviti Bersama Contoh Soalan Pendidik
Keluarga 4

1. Kenapa semua orang berada di dalam kotak-


kotak ni?

2. Yang bulat-bulat di tangan orang ni apa ya?


Kenapa semuanya ada bulat-bulat.

3. Gambar mula-mula ni kenapa besar? Tak ada


pun bentuk bulat ditangannya.

Panduan Interpretasi

Aktiviti di atas merupakan aktiviti bersama keluarga karya Khairul. Lukisan Khairul tidak
menggambarkan emosinya bersama keluarga. Kesemua gambar memperlihatkan elemen
terkurung. Jangan panik atau membuat interpretasi sendiri!

Tanyakan beberapa soalan bagi mencungkil jawapan berdasarkan lukisan kanak-


kanak. Elakkan daripada mendesak untuk mendapatkan jawapan, jika kanak-kanak enggan
menjawab. Pendidik juga boleh bertanya beberapa soalan lain tetapi masih dalam konteks
yang sama. Kanak-kanak adalah jujur dan mereka ikhlas, jadi kita perlu mencungkil emosi
mereka. Kanak-kanak juga boleh berasa bosan dan tidak mahu menjawab, atau menjawab
sambil lewa jika terlalu didesak. Oleh itu, tanyalah soalan dengan cara yang hikmah dan
tidak mendesak agar kanak-kanak selesa bercerita. Menerusi elemen 5 (saiz), 6 (objek
berulang), 8 (unsur terkurung), 10 (jarak dengan objek) dan 12 (kerja yang digambarkan
dalam lukisan) kita sebagai pendidik boleh melihat bahawa terdapat perkaitan elemen-
elemen tersebut dalam lukisan ini.

Menurut Khairul, gambar di atas menunjukkan emaknya sedang memasak di dapur.


Semua ahli keluarga ingin makan dan menuju ke dapur. Mereka membawa pinggan masing-
masing. Adakah anda telah menemukan jawapannya sekarang? Namun masih banyak
soalan anda boleh utarakan jika ingin mengetahui lebih mendalam tentang emosi kanak-
kanak ini.

25
Lukisan Aktiviti Bersama Contoh Soalan Pendidik
Keluarga 5

1. Boleh tak Aqeel jelaskan, yang ada bentuk


bulat dan garis tegak ni apa ya?

2. Eh, mama dia macam kena kurung saja. Boleh


cikgu tahu kenapa?

3. Aqeel kata, ini Papa. Tapi kenapa Aqeel warna


hitam pada muka Papa?

Panduan Interpretasi

Lihat gambar di atas. Lihat objek yang kecil. Kemudian lihat pula objek yang terkurung (rujuk
elemen 8). Tentu anda merasa aneh dan pelik melihat gambar tersebut. Mungkin ada
sesuatu peristiwa yang berlaku yang cuba ingin disampaikan oleh pelukisnya. Menarik
bukan!

Itu cuma pandangan dan tanggapan anda berdasarkan lukisan yang dijelmakan.
Mungkin juga kanak-kanak maksudkan lain daripada apa yang anda fikirkan.

Tanyakan kanak-kanak beberapa soalan jika anda menjumpai lukisan seperti ini.
Untuk mengetahui emosinya tanyakan perasaan kanak-kanak berkaitan gambar yang
dilukisnya (rujuk elemen 1). Jangan panik jika anda rasa kanak-kanak tidak menjawab
sebagaimana yang anda inginkan. Tanyakan soalan-soalan yang lebih terbuka agar kanak-
kanak mudah bercerita. Sokong pandangan kanak-kanak semasa bercerita. Motivasi yang
diberi oleh pendidik akan membuatkan kanak-kanak semakin suka bercerita dan terus
bercerita!

Gambar di atas menceritakan tentang Aqeel ke Kota Bharu dengan menaiki kereta
ayahnya. Aqeel telah mewarnakan muka bapanya tetapi tidak pada muka ibunya atau
dirinya sendiri. Menurut Aqeel ayahnya sedang memarahinya di atas kesilapan yang
dilakukannya. Apa emosi Aqeel sebelum dan selepas peristiwa? Jawapannya ada pada
perbualan guru dengan Aqeel sendiri!

26
Sesi 4 : Lukisan Cita-cita Saya

Lukisan Cita-cita Saya 1 Contoh Soalan Oleh Pendidik

1. Cantiknya gambar ni. Mimi lukis gambar


siapa ni?

2. Mana tangan dia? Kenapa tangan dia


Mimi lukis begini?

3. Banyaknya garis-garis tepi Mimi. Apa


garis-garis di sekeliling ni?

4. Tak ada mata pun? (jika kanak-kanak


menunjukkan objek yang dimaksudkan)
Hidung? Mulut? Kaki?

5. Sebenarnya besar nanti nak jadi apa?

Panduan Interpretasi

Sebagai pendidik, masukkan diri kita ke dalam suasana lukisan untuk merasai perasaan,
dan emosi kanak-kanak. Dengar penjelasan kanak-kanak terhadap lukisan mereka.
Tunjukkan kesungguhan kita terhadap cerita yang disampaikan kanak-kanak.

Dalam lukisan di atas, Mimi sangat yakin dengan diri beliau untuk menjadi seorang
doktor. Walaupun lukisannya tidak membayangkan apa yang dicita-citakannya, fahami naluri
kanak-kanak dan galakkan ceritanya menerusi pertanyaan-pertanyaan kita seolah-olah kita
juga sangat berminat dengan impiannya (rujuk elemen 7)

Apa yang dilukis mungkin nampak pelik pada mata pendidik tetapi tanyakan pada
kanak-kanak apa yang ingin disampaikannya (rujuk elemen 2).

27
Lukisan Cita-cita Saya 2 Contoh Soalan Oleh Pendidik

1. Besarnya lukisan kamu. Kenapa lukis


besar gambar ni?

2. Ini siapa? Cantiknya! Kenapa bajunya


macam ini?

3. Lukisan ini ada mata, ada hidung tapi


mulutnya mana ya?

4. Kenapa nak jadi doktor? Tahu tak


bagaimana kerja doktor tu?

Panduan Interpretasi

Kanak-kanak juga berkemungkinan untuk menghasilkan lukisan yang pelik atau luar biasa
seperti dalam lukisan di atas. Namun demikian, pendidik perlu mengemukakan soalan
berdasarkan apa yang pelik dalam lukisan tersebut untuk merungkaikan makna lukisan atau
cerita yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, tanya pada kanak-kanak kenapa kepalanya
berbentuk segitiga? Ada kemungkinan kanak-kanak tersebut ingin menggambarkan beliau
memakai tudung seperti ibunya apabila keluar bekerja (rujuk elemen 2).

Pendidik boleh bertanya kerjaya apa yang digambarkan oleh lukisan kanak-kanak
tersebut. Mungkin lukisan kanak-kanak tidak langsung menggambarkan kerjaya yang
mereka impikan. Tidak mengapa, kerana kita perlu ingat kanak-kanak mungkin belum
mencapai peringkat lukisan yang mampu menunjukkan objek dengan jelas (rujuk penjelasan
berkaitan peringkat lukisan kanak-kanak). Tambahan pula lukisan berkaitan cita-cita agak
sukar untuk dilukis oleh kanak-kanak dalam lingkungan umur 3 hingga 4 tahun. Apa yang
penting, kanak-kanak dapat meluahkan impian mereka, kerana ini boleh memotivasikan
mereka dan meningkatkan konsep kendiri mereka. Bagi merangsang pengetahuan mereka,
pendidik boleh membimbing dan menerangkan kepada kanak-kanak dengan lebih lanjut
berkaitan perkara-perkara yang dilakukan oleh orang yang memiliki kerjaya impian yang
dinyatakan oleh kanak-kanak (rujuk cadangan aktiviti susulan dalam Lampiran 1) .

28
Lukisan Cita-cita Saya 3 Contoh Soalan Pendidik

1. Cantiknya lukisan, apa yang kamu lukis?

2. Kenapa lukis satu kaki sahaja?

3. Apa yang bulat-bulat di bahagian badan?

4. Mengapa ada bulatan kecil di atas


kepala?

5. Apa cita-cita kamu? (Jika kanak-kanak


tidak tahu, ganti soalan dengan besar
nanti nak jadi apa?)

Panduan Interpretasi

Kanak-kanak juga berkemungkinan menghasilkan lukisan tidak lengkap atau ada objek
yang tertinggal seperti dalam lukisan di atas. Namun demikian, pendidik perlu
mengemukakan soalan berdasarkan apa yang tidak lengkap dalam lukisan tersebut untuk
merungkaikan makna lukisan atau cerita yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, kenapa
hanya satu sahaja kaki yang dilukis? Ada kemungkinan kakinya teluka atau sering dipukul
oleh bapanya (rujuk elemen 2).

Cuba kaitkan lukisan dengan cita-cita kanak-kanak. Adakah kekurangan dan


kelebihan di dalam lukisan tersebut mempunyai perkaitan dengan cita-citanya. Menarikkan
jika kita mengetahui dunia kanak-kanak yang unik dan penuh misteri ini! (Rujuk elemen 7)

Kita telah selesai membuat interpretasi terhadap lukisan kanak-


kanak berdasarkan empat sesi yang diberikan. Ingat kuncinya
bertanya dan berbual untuk mencungkil emosi!

29
ELEMEN-ELEMEN DALAM INTERPRETASI LUKISAN
KANAK-KANAK

Apa itu elemen?


Elemen merupakan lambang, objek atau ikon yang boleh kita tafsirkan di dalam
lukisan kanak-kanak. Kanak-kanak boleh melukis apa saja. Setiap lakaran mereka
membawa makna yang tersendiri. Oleh itu jangan lupa bertanya kanak-kanak setiap
lakaran yang mereka hasilkan. Ingat! Jangan cuba menginterpretasi sendiri karya
kanak-kanak tanpa bertanyakan hal yang sebenarnya kepada kanak-kanak.
Pemikiran orang dewasa tidak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh kanak-
kanak.

ELEMEN INTERPRETASI

1. Perasaan yang ditunjukkan oleh Lihat dulu gambaran yang ditunjukkan oleh
lukisan lukisan - sedih, gembira, takut, kecewa,
marah.

Tanya kanak-kanak apa perasaannya


semasa melukis.

Cuba tanyakan soalan-soalan yang dapat


mencungkil emosi kanak-kanak tersebut
seperti kenapa?, Bagaimana ini terjadi?,
Apa yang kamu rasa?

2. Apa yang pelik? Cuba lihat apa yang dilukis oleh kanak-
kanak berciri pelik atau luar biasa.

Menurut Furth (1988), Perkara pelik ini


menjurus kepada titik permasalahan yang
pelu dirungkai. Namun hati-hati dengan
kenyataan ini.

Sesuatu yang pelik itu mungkin juga


menunjukkan kreativiti, selari dengan daya
imaginasi kanak-kanak yang tinggi pada usia
begini (Malchiodi, 1998).

30
ELEMEN INTERPRETASI

3. Apa yang tertinggal/hilang? Perhatikan apa objek yang tiada dalam


lukisan. Objek tersebut mungkin sepatutnya
objek yang biasa ada pada seseorang
individu tetapi tidak dizahirkan.

Tentu ada sesuatu yang menyebabkan


kanak-kanak tidak melukis sesuatu bahagian
di dalam lukisannya. Sebagai pendidik kita
harus bertanya untuk mendapatkan jawapan
yang sebenarnya.

4. Apa yang berada di tengah ruang Terdapat kanak-kanak yang tidak


lukisan? menyatakan kehendaknya secara berterus
terang. Menerusi lukisan mereka cuba
menggambarkan kehendak mereka itu.

Objek yang berada di bahagian tengah


lukisan mungkin merupakan perkara yang
sangat penting atau boleh menjadi punca
masalah.

Fokuskan pemerhatian terhadap objek yang


cuba difokuskan oleh kanak-kanak. Mungkin
juga objek ditengan bukan masalah kepada
kanak-kanak tetapi merupakan kesukaannya
ataupun objek pertama yang dilakarkan dan
tidak mempunyai maksud tertentu.

5. Saiz Keseimbangan bahagian pada objek atau


orang dalam lukisan adalah penting (Furth,
1988). Perhatikan gambar di sebelah. Cuba
pastikan bahagian mana yang terlebih
saiznya atau terkecil saiznya.

Saiz tangan yang besar ini mungkin


membawa beberapa maksud tertentu.
Mugkin kanak-kanak ini terkena sengatan
tebuan, tangannya dirotan oleh ayah, atau
inginkan tangan yang besar untuk mudah
mendapatkan sesuatu.

Tanyakan kanak-kanak sebab musabab ia


terjadi untuk mendapatkan kepastian dalam
menginterpretasi lukisan kanak-kanak.

31
ELEMEN INTERPRETASI

6. Objek yang berulang Lihat objek yang dilukis secara berulang.


Cuba kira bilangan objek yang berulang
tersebut. Ini mungkin mewakili bilangan
sesuatu. Mungkin juga kanak-kanak benar-
benar inginkan sesuatu atau bosan kepada
sesuatu yang digambarkan.

Cungkil perkara yang terdapat di dalam


pemikiran kanak-kanak dengan soalan-
soalan yang berkaitan.

7. Masukkan diri anda dalam lukisan Cuba masukkan diri ke dalam suasana
tersebut dalam lukisan untuk merasai perasaan
kanak-kanak. Rasai apa yang kanak-kanak
cuba ceritakan dan memahami watak-watak
yang digambarkan.

Tanyakan semua watak yang terdapat di


dalam lukisan kanak-kanak. Ini akan
menggambarkan keseluruhan cerita yang di
alami oleh kanak-kanak.

8. Unsur terkurung (encapsulation) Menggambarkan sempadan, pada objek


tertentu untuk memisahkannya dengan objek
yang lain. Ini mungkin disebabkan sesuatu
yang tidak disukai, sebab ketakutan atau
kebencian.

Tanyakan kanak-kanak sebab musabab


mereka membuat kurungan atau pemisahan
ini.

Dekat dengan diri kanak-kanak dan berikan


kepercayaan jika kanak-kanak takut untuk
menceritakan sesuatu.

32
ELEMEN INTERPRETASI

9. Sambungan (extension) Sesuatu yang dilukis yang berada dalam


tangan seseorang (seperti rotan, kayu, kayu
golf atau bat besbol). Ini membayangkan
kuasa atau keadaan yang menunjukkan
seseorang dapat mengawal keadaan
sekitarannya.

10. Jarak dengan objek Objek yang berada jauh terpisah di belakang
objek lain mungkin menunjukkan objek
tersebut samar dalam penghidupan pelukis
atau konflik yang berlaku antara objek di
belakang itu dengan objek-objek yang lain.

11. Kekosongan lawan bahagian yang Lukisan yang memenuhi ruang kertas
dipenuhi menggambarkan hidup yang lengkap. Jika
banyak ruang kosong, ia mewakili
kekosongan hidup atau keadaan dalam diri
pelukis yang kekosongan.

Keadaan orang-orang yang membuat kerja


12. Kerja yang digambarkan dalam
dalam lukisan yang digambarkan
lukisan menunjukkan ikatan pertalian keluarga atau
hubungan.

33
13. Warna dalam lukisan

Warna juga memainkan peranan yang menunjukkan peluahan perasaan.


Perhatikan warna yang dipilih oleh kanak-kanak semasa melukis. Jika objek
diwarnakan secara luar biasa seperti matahari hitam, biri-biri merah atau lembu
ungu, maka rujukan untuk interpretasi warna perlu diteliti. Beberapa panduan
mengenai penggunaan warna adalah seperti berikut:

Jadual 4: Interpretasi Warna (adaptasi dari Gage, 1999 dan Furth, 1988)

WARNA INTERPRETASI

Merah Tanda yang ketara menunjukkan bahaya, marah, sakit teruk

Merah jambu Menggambarkan masalah yang baru saja berlalu, jika di muka,
menunjukkan sihat

Ungu Keperluan untuk mengawal atau keperluan untuk orang lain


mengawal atau menyokong

Oren Menggambarkan situasi suspen, contohnya keadaan antara hidup


dan mati, tenaga yang semakin berkurangan atau bantuan
daripada situasi yang sangat mencemaskan.

Kuning Menunjukkan sesuatu yang berharga, semangat yang membara,


keemasan tenaga untuk hidup

Kuning pucat Situasi hidup yang tidak pasti atau tidak selamat

Biru terang Menggambarkan kesihatan atau tenaga yang baik, kedamaian,


ketenangan

Biru pucat Menggambarkan jarak, penarikan diri

Hijau gelap Kesihatan tubuh badan, hidup baru, proses penyembuhan

Kuning kehijauan Lemah fizikal atau psikologi


pucat

34
WARNA INTERPRETASI

Cokelat gelap Kesegaran yang berkaitan alam semulajadi, kesihatan yang baik

Cokelat pucat Lemah, reput, usaha keras untuk mengatasi tekanan untuk
kembali normal/sihat

Hitam Sesuatu yang tidak diketahui, menunjukkan unsur negatif, murung,


tekanan, tidak menghargai diri

Kelabu Pasif, kekosongan, tiada hubungan dengan realiti

Putih Jika tiada warna lain, menggambarkan perasaan yang amat


lemah.Jika semua warna telah digunakan, menggambarkan hidup
yang telah lengkap

Apa jua elemen yang dirujuk, jangan lupa kuncinya, tanya


soalan dan berbual dengan kanak-kanak!

35
PENUTUP

Aktiviti melukis yang disusuli interpretasi lukisan kanak-kanak merupakan medium


alternatif kepada pendidik untuk mencungkil emosi dan cerita dalam diri atau dunia
kanak-kanak. Bagi menjayakan aktiviti ini, pendidik perlu menggunakan buku
Interpretasi Lukisan Kanak-kanak ini secara maksima dan bersabar terhadap
penghasilan tingkah laku baru terutama dalam meningkatkan konsep kendiri kanak-
kanak. Konsep kendiri tidak dapat ditingkatkan dalam masa sehari! Pendidik perlu
memberi fokus terhadap beberapa aktiviti susulan berdasarkan kepada interpretasi
setiap sesi melukis yang dijalankan. Tumpuan perlu diberikan terutama terhadap
konsep kendiri kanak-kanak yang perlu ditingkatkan, sama ada kelebihan yang ada
dalam dirinya, hubungannya dengan keluarga, rakan atau cita-citanya.

Penggunaan maksima buku panduan ini diharapkan akan dapat membantu


pendidik melaksanakan asas terapi seni melukis bagi meningkatkan konsep kendiri
kanak-kanak. Kepentingan peningkatan konsep kendiri pada peringkat awal kanak-
kanak akan membantu mereka melonjakkan kecemerlangan diri dan seterusnya
lebih yakin dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran ini.
Perkembangan yang positif dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani ini akan
membantu kanak-kanak membesar ke tahap yang lebih optimum sehinggalah ke
peringkat dewasa. Kecemerlangan kanak-kanak pada hari ini akan membuahkan
hasil sebagai pemimpin dan penyumbang ke arah kecemerlangan negara Malaysia
pada masa hadapan. Kanak-kanak adalah permata negara!

36
BIBLIOGRAFI

Day, M. & Al Hurwitz, (2001). Children and Their Art:Methods for the Elementary
School. Texas:Harcourt College
Furth, G.M. & Kubler-Ross, E. (1988). The Secret World of Drawings:Healing
through Art. Boston: Sigo Press.
Gage, J. (1999). Color and meaning: Art, science and symbolism. Berkeley and Los
Angeles, CA: University of California Press.
Lowenfeld, V. & Brittain, W. (1988). Creative and mental growth. New York:
MacMillan Publishing Company.
Luquet, G.H. (2001). Childrens Drawing. London:Alan Costal
Silverstone, L. (1997). Art Therapy. The Person-Centred Way. London:Jessica
Kingsley Publishers Ltd.

37
Lampiran

CADANGAN AKTIVITI SUSULAN

SESI 1 : DIRI SAYA

1. Menyanyi
- menyanyi miming
- menyanyi tanpa muzik
- menyanyi dengan gerakan

2. Bercerita tentang diri sendiri


- nama
- makanan kegemaran
- permainan
- kawan baik

3. Bercakap menggunakan pembesar suara.

4. Merakam suara dan diperdengarkan semula.

5. Menari.

6. Bergaya di hadapan cermin.

7. Bergaya dan berfoto.

38
SESI 2 : KELUARGA SAYA

1. Bersalam dengan ibu dan ayah sebelum ke pusat asuhan.

2. Bersalam dengan ibu dan ayah sebelum tidur.

3. Bergambar bersama keluarga.

4. Bercerita kepada ibu dan ayah serta ahli keluarga yang lain.

5. Membuat album keluarga.

6. Membuat dan memberi kad-kad ucapan kepada ahli keluarga.

7. Memberi hadiah kepada ahli keluarga sempena sambutan hari tertentu


seperti Hari Lahir, Hari Ibu dan Hari Bapa.

39
SESI 3 : AKTIVITI BERSAMA KELUARGA

Aktiviti Di Luar Rumah

1. Berkelah.

2. Menyiram bunga.

3. Mencuci kereta.

4. Berkhemah.

5. Makan di restoran.

6. Bermain di taman permainan.

7. Membeli belah.

8. Bermain bersama keluarga


(contoh : badminton, police and thief, galah panjang, main sorok-sorok).

Aktiviti Di Dalam Rumah

9. Menyiang ikan bersama ibu.

10. Membuat kolaj kertas bersama ibu dan ayah.

11. Menghasilkan origami bersama ibu dan ayah.

12. Mencuci pinggan mangkuk.

13. Menolong ibu memasak.

14. Makan bersama keluarga.

15. Beribadat bersama keluarga.

16. Membuat album gambar keluarga.

17. Membuat buku skrap.

18. Bermain bersama keluarga


(contoh : congkak, batu seremban, dam, Sahibba, Scrabble, Saidina)

40
SESI 4 : CITA-CITA SAYA

1. Main peranan / simulasi watak kerjaya dengan prop.

2. Lawatan ke tempat-tempat berkaitan kerjaya berkenaan.

3. Menonton video.

4. Melihat gambar kerjaya.

5. Pertunjukan pakaian beragam.

41
BUKU INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK

Buku Interpretasi Lukisan Kanak-kanak merupakan panduan


kepada para pendidik awal kanak-kanak bagi mengendalikan sesi melukis untuk
kanak-kanak sambil menerapkan unsur terapi yang membolehkan kanak-kanak
meluahkan emosi mereka. Buku ini mengandungi empat bahagian utama iaitu
maklumat berkaitan lukisan kanak-kanak, panduan pelaksanaan aktiviti melukis untuk
kanak-kanak, panduan interpretasi lukisan kanak-kanak dan elemen-elemen dalam
interpretasi lukisan kanak-kanak. Bimbingan kepada pendidik diberikan dalam bentuk
langkah demi langkah dengan bahasa yang santai dan mudah difahami.
Buku ini sangat sesuai digunakan oleh pendidik bagi mengetahui cara
memanipulasi hasil lukisan kanak-kanak dan menerapkan unsur-unsur terapi untuk
mencungkil emosi mereka. Cadangan tindakan susulan yang diberikan dalam buku ini
sangat berguna bagi meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak. Selain daripada
pendidik, buku ini sangat sesuai untuk ibu bapa bagi mengetahui cara membimbing
luahan emosi kanak-kanak di rumah dengan cara yang serupa. Buku ini juga
dicadangkan kepada semua pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang
awal kanak-kanak bagi memperkayakan ilmu dalam bidang ini.

You might also like