You are on page 1of 16

BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017

Terbitan: Unit Integriti


2

SIDANG PENASIHAT
REDAKSI Nazli Rasyid bin Haji Sulong

PENYELARAS / PENGARANG

Datin Zakiah Syerina Balqis binti Taha


Abdul Majid bin Abdul Rahim
Mohd Rafee bin Mohamad
Wan Muhamad bin Wan Junoh
Nor Azimah binti Nun
Nursyarinatul Shima binti Safiai
Shawalrizal bin Ahmad Zailan

TERBITAN

Unit Integriti 03 - 8884 7999


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2 dan 4, Blok E12 03 - 8884 7922
Kompleks Kerajaan Parcel E wmuhamad.wjunoh@moe.gov.my
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya http://www.moe.gov.my

SUMBANGAN KARYA
Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti (rencana, artikel, berita, cerpen,
sajak dan lain-lain) untuk dikongsi bersama pembaca Buletin Integriti.

Hantarkan karya anda ke kpm.ui@moe.gov.my.

Karya yang terpilih akan menerima sumbangan cenderahati daripada penganjur.


3
Tahun 2017 merupakan tahun
penyampaian perkhidmatan kepada
rakyat oleh kerajaan. Saya yakin dan
percaya betapa sesungguhnya warga
KPM pasti memasang azam dan janji
Alhamdulillah , bersyukur sama ada secara khusus mahu pun
ke hadrat Illahi kerana dengan limpah secara umum untuk berusaha dengan
kurniaNya, saya diberikan ruang dan lebih gigih serta sentiasa
peluang untuk menyampaikan sedikit meningkatkan tahap profesionalisme
amanat dalam penerbitan Buletin dalam perkhidmatan dengan lebih
Integriti Siri 1 Tahun 2017 bertemakan efisien.
Pendidikan Asas Integriti.
Integriti perlu dilihat dan dihayati
Objektif penerbitan buletin ini adalah
dalam konteks yang lebih luas. Integriti
untuk melestarikan perkhidmatan awam
bukan sahaja bermakna kita perlu
yang berintegriti selaras dengan hasrat
menjauhkan diri dari amalan-amalan
murni Kementerian untuk melahirkan
rasuah, penyelewengan dan salah guna
warga kerja KPM yang berintegriti dan
kuasa tetapi konsep integriti juga
berkeperibadian unggul.
membawa maksud nilai-nilai amanah,
boleh dipercayai, jujur, taat dan
mempunyai sifat-sifat keperibadian
yang teguh. Integriti juga bererti
sentiasa menghargai serta memelihara
kepentingan organisasi dan hak orang
awam. Malahan, kepentingan
organisasi, perkhidmatan serta negara
hendaklah mengatasi kepentingan diri
sendiri.

Warga berintegriti adalah


aspirasi negara. Oleh itu, saya
menyeru kepada seluruh warga
KPM agar bersama-sama
membu dayakan
integriti dalam
kehidupan
s e h a r i a n demi kejayaan
di dunia dan akhirat kelak.

Saya mengucapkan
syabas dan tahniah kepada
sidang redaksi dan semua
yang terlibat secara langsung
mahupun secara tidak
langsung dalam menjayakan
penerbitan buletin ini.
Semoga segala usaha murni
ini mendapat keberkatan
daripada Allah SWT.
Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekian, terima kasih.
4

Oleh: Mohd Rafee bin Mohamad

Menerusi Haluan Kerja Pendidikan Persoalannya, bagaimanakah yang dikatakan


Merealisasikan Agenda Transformasi Negara pendidik berintegriti mampu menjadi pemacu
nukilan Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, transformasi negara?
Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Pendidik Berintegriti merujuk kepada Pendidik Menghayati dan
pasukan pendidik yang mempunyai
nilai-nilai keutuhan dalam diri yang
Mempamerkan Watak Profesional
tinggi bagi mencapai hasrat sistem Pemacu Transformasi Negara.
pendidikan kebangsaan. Transformasi
Demi menjayakan hasrat pembentukan masyarakat
Negara pula merujuk kepada aspirasi
1Malaysia dalam sistem pendidikan negara, penerapan
Rakyat Didahulukan, Pencapaian
asas jiwa murni, akhlak terpuji dan budi pekerti menjadi
Diutamakan, dan merealisasikan kunci melahirkan pendidik berintegriti. Kod Etika
Program Transformasi Kerajaan Keguruan menjadi amalan, Standard Guru Malaysia
(GTP) merangkumi komponen yang pengukur pencapaian, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dinyatakan dalam Bidang menjadi panduan, prestasi dan kualiti murid terus diberi
Keberhasilan Utama Negara keutamaan. Kini, perlaksanaan NKRA menuntut
(NKRA) dan Bidang Ekonomi kecemerlangan dalam perkhidmatan, sikap kebertanggung
Negara (NKEA). jawaban dan semangat mujahadah demi nusa dan bangsa.

Pendidik Berintegriti, Murid


Berinovasi, Negara Ditransformasi.

Demi merapatkan jurang pendidikan ke arah


transformasi negara yang kita jayakan, kawasan
pedalaman mendapat imbuhan, guru baru akan
ditugaskan, mengajar si asli dan si penan, yang dahagakan
ilmu pengetahuan. Ilmu perlu di ajar tanpa memilih watak,
walau siapa mereka, itu bukan persoalannya. Hakikatnya,
17 februari 2011 menjadi saksi, SK Ulu Lubai pedalaman
Limbang Sarawak menjadi bukti, hasil sentuhan pendidik
berintegriti, sekolah berprestasi tinggi kini dikecapi.
Semua ini memerlukan keutuhan akhlak dan nilai murni
yang terpasak kukuh dalam sanubari setiap insani
bergelar pendidik berintegriti. Pendidik menghayati dan
mempamerkan watak professional pemacu transformasi
negara.
5
Alaf baru menyaksikan gelombang perubahan hasil
daripada kemajuan sains, kecanggihan teknologi dan
ledakan ilmu demi melonjakkan kecemerlangan Pendidik cemerlang
pendidikan. Sebagai pendidik dan bakal pendidik, adakah
kita sedari kehadiran murid natif digital pada hari ini? pemacu transformasi.
Menyedari kehadiran murid natif digital inilah, simposium
guru Malaysia dan Amerika Syarikat telah dilaksana,
khusus ke arah murid belajar dengan mengajar. Apabila membincangkan
Hakikatnya, pendidik berintegriti pasti berusaha agar kecemerlangan guru dan profession
murid natif digital yang ingin dilahirkan bukan sahaja keguruan perlu menfokuskan 5 tunjang
mampu memahami ilmu, malah mereka bentuk utama yang menjadi tonggak kejayaan.
pengetahuan baharu dan memodifikasi tingkah laku. Kekuatan intelek, kepimpinan
Menerusi program transformasi, kurikulum standard berwibawa, kemurnian akhlak,
sekolah rendah mula dihayati, program I-think kini kesediaan untuk berubah serta
dilestari, memberi peluang murid melakukan eksplorasi,
minat dan cinta terhadap
dengan bimbingan pendidik berintegriti. Harus kita yakin
dan percaya, tanpa pendidik berintegriti, masyarakat profession keguruan. Fenomena global
berinovasi hanya mimpi. Hakikatnya, pendidik berintegriti kini melanda, dunia yang dahulunya hanya
terus bersemi, murid berinovasi, negara di transformasi. dianggap biasa, kini menuntut produktiviti
yang bernatijah. Inovasi memerlukan
kehadiran tenaga otak, ketajaman daya fikir,
kekuatan daya imaginasi dan kreativiti.
Lantas, berlaku pertembungan dengan
pendidikan, pembelajaran, sekolah dan bilik
Pendidik berintegriti belajar darjah. Pendidik cemerlang pasti
mengadaptasi dan mencerna teknologi
sepanjang hayat pemacu membuktikan pendidikan terus kita dorong
agar kita melihat pada mata burung bukan
transformasi negara. duduk di bawah tempurung. Hakikatnya,
sebagai pemacu transformasi, sekolah bestari
terus dilestari, anugerah inovasi kini
terpateri, penggunaan ICT berada dihujung
jari. Ke arah wawasan 2020, ayuh pendidik
Tiada institusi perguruan, betapapun gemilang
berintegriti pemacu transformasi, bersatu
namanya dan betapapun tinggi kualiti pendidikan
hati meningkatkan kecemerlangan diri.
keguruannya, mampu membekalkan pengetahuan dan
kemahiran untuk digunakan oleh para pendidik sepanjang
kariernya. Justeru tertuntut di atas pundak pendidik dan
ketua pendidik untuk mengambil inisiatif mendalami
pengetahuan dan kemahiran baharu serta
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran tersebut
sepanjang hayat profesion mereka. Profesionalisme guru
tanggungjawab sepanjang hayat. Institusi pendidikan guru
institusi pendidikan sepanjang hayat. Kini, pendidik
memerlukan transformasi untuk meningkatkan kualiti
diri, bahasa asing dikuasai, mahir dengan ICT, peka dengan
segala situasi bukti pendidik berintegriti. Bahagian Secara tuntasnya, tugas besar menanti
Pendidikan Guru, Institut Aminudin Baki, dan Institut warga pendidik berintegriti untuk memacu
Pendidikan Guru Malaysia duduk semeja menyusun transformasi. Ayuh memasak tekad, menjadi
latihan dan aktiviti demi pendidik berintegriti. Maka, pendidik berintegriti, watak professional
sahutlah seruan, tingkatkan ilmu pengetahuan, sepanjang dipateri, melahirkan murid berinovasi,
hayat yang dihasratkan. Pendidik berpengetahuan pendidikan sepanjang hayat dihayati, pendidik
berminda kelas pertama pemacu transformasi negara. cemerlang terus dilestari.
6

Oleh: Taha bin Kadir

Kecantikan itu bukanlah pada memakai bongkah rantai emas


Mekap berjenama atau pakaian berfesyen dari butik dan
Dari luar negeri, yang pasti mahal harganya

Kecantikan juga bukan pada makan pil pelangsing diri


Pembedahan mengubah wajah, organ dan anggota badan
Dan kecantikan juga tak mungkin dimiliki andai tak mampu
Melahirkan jalur-jalur kebenaran dan keikhlasan dalam diri
Sekaligus menghindar hipokrasi

Kecantikan bisa bersemadi di sanubari seandainya diri


Dibaluti tingkah laku terpuji, akhlak yang mulia serta
Mewarnai seluruh aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi

Justeru Kecantikan adalah ilmu pengetahuan, amalan dan cerminan


Wajah kemanusiaan seperti apa yang dilihat pada sisi luaran diri
Penghayatan semua sifat terpuji, keindahan pada diri seseorang insan
Maka barulah bisa dianggap dia memiliki kecantikan.
Sumber:
Dwilogi, Terbitan 2014
7

Oleh: Mohd Fazlan bin Ismail


Guru SK St Joseph JB, Johor
KUNING ,MERAH, HIJAU. Bukan sekadar warna-warna yang ada pada sebatang lampu isyarat. Namun warna-
warna ini pernah menyaksikan jutaan nyawa manusia terkorban dek kegagalan mematuhi peraturan. Menurut Majlis
Keselamatan Jalan Raya, 90% kemalangan berlaku berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang tidak
berhemah iaitu tidak berilmu, berdisiplin dan berakhlak. Sama ada pemandu kereta, bas, lori, penunggang motosikal
mahupun pejalan kaki, perlu sentiasa berintegriti, agar kemalangan dapat dihindari. Persoalannya, apakah medium
terbaik untuk melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah sekaligus menjamin keselamatan bersama?

Kerajaan Prihatin, Memperkasa Disiplin


Tahukah anda, negara-negara Skandinavia seperti Norway dan Sweden merupakan antara negara yang paling
rendah kadar kemalangannya. Sistem pengangkutan awam yang sistematik, jalan raya yang terbaik ditambah dengan
sikap pemandu yang cerdik adalah garapan ideal kepada kejayaan yang epik. Di negara kita, kerajaan mendahulukan
keselamatan jalan raya melalui pelbagai cara. Lebuhraya dibina, pengangkutan awam diperkasa, dan pelbagai kempen
dilaksana. Malah, undang-undang ketat juga dikuatkuasa dengan peranan JPJ dan PDRM yang bertugas pada setiap
masa. Namun, kita masih menghuni kelompok 25 buah negara yang paling berbahaya jalan rayanya di dunia. Setiap
hari, 18 orang maut dek kerana bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Tuntasnya, kerajaan sudah berusaha, memperkasa disiplin paksi utama, pengguna jalan raya masih alpa.
Pendidikan Diutamakan, Kesedaran Dipugarkan
Sikap berhemah pengguna jalan raya perlulah disulami dengan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Di negara
Jerman, mendapatkan lesen memandu bukanlah suatu perkara yang mudah. Ujian yang sangat sukar, praktikal
memandu di laluan mencabar dan penerapan teori secara pintar sehingga pemandu mereka diiktiraf sebagai
pemandu paling berhemah di dunia. Berbeza dengan kita, tahap kesedaran masih membimbangkan. Meskipun
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya telah diterapkan, pelbagai iklan dipaparkan, pelbagai papan tanda dipacakkan.
Pandu Cermat Jiwa Selamat, Ingatlah Orang Yang Tersayang dan Pandu Laju Maut Menunggu. Namun seperti
mencurahkan air ke daun keladi, merempit masih dijadikan tradisi, lumba haram makin menjadi-jadi, telefon bimbit
dijadikan teman sejati, nyawa orang lain menjadi galang ganti. Natijahnya, kerajaan telah berusaha, institusi
pendidikan telah diwahana, sikap pemandu masih di takuk lama.
Keluarga Dominan, Memulih Kebejatan
Syawal saban kali menjelma, hakikat yang amat pedih untuk kita terima, kemalangan maut kian berganda, ada
yang tidak sempat bersalaman di pagi raya, ada yang kempunan memakai baju baru pelbagai warna dan ada yang
meratap tangis pemergian insan tercinta. Justeru, peranan keluarga amat dituntut untuk memulihkan masalah yang
melanda. Amalan nasihat-menasihati perlulah sebati, budaya tegur-menegur perlulah dilentur dan sikap ambil berat
perlulah diperkuat, agar keselamatan bersama terus terpelihara.
8

Oleh: Muhammad Hanif bin Mohd Saleh


Guru SK Kg. Pasir JB, Johor

Setiap negara mempunyai model pendidikan Buku ini bukan bertujuan memburukkan sistem
mengikut acuan masing-masing. Dunia pendidikan hari pendidikan yang sedang kita diami, tetapi ia lebih
ini telah mengalami banyak perubahan, namun adakah kepada satu pandangan semula ke mana arah
perubahan yang dilakukan itu benar-benar bersesuaian pendidikan kita pada hari ini. Antara topik menarik
dengan keperluan abad ke 21 yang serba mencabar ini? yang dibincangkan dalam naskhah ini adalah seperti,
Sistem pendidikan di negara lain secara tidak langsung tujuan pendidikan di Malaysia, isu-isu pendidikan di
telah menjadi perbandingan di kalangan masyarakat Malaysia, huraian tentang PISA, dan sistem pendidikan
kita, kini sehinggakan ada yang sanggup berpindah ke di Finland secara ringkas.
luar negara semata-mata tidak berpuas hati dengan
sistem sekolah di sini. Di dalam bahagian tujuan sistem pendidikan,
penulis ada membentangkan semula Falsafah
Naskhah Bukan Salah Cikgu cuba Pendidikan Negara dengan memberi beberapa
mengemukakan beberapa bahagian penting dengan isu- pandangan yang kritikal tentang Pelan Pembangunan
isu yang berkaitan dalam sistem pendidikan di dalam Pendidikan 2013-2025. Contohnya berkenaan isu akses
dan luar negara. Buku setebal 160 muka surat ini ditulis peluang dan kesamarataan pendidikan demi
dengan santai oleh Azmira Amran selaku pemegang merapatkan jurang antara murid di pedalaman dan
Ijazah Sarjana Pendidikan & Globalisasi di Universiti bandar. Antara punca utama yang tidak boleh dinafikan
Oulu, Finland. Buku ini juga adalah bedasarkan kajian ialah penggunaan sistem gred dan ranking yang secara
serta pengalaman penulis yang pernah berkhidmat tidak langsung telah menjarakkan lagi jurang akses
menjadi guru di Malaysia dan pelajar di Finland. pendidikan antara murid bandar dan luar bandar.
9

Antara masalah utama yang mengekang kita


untuk menjadi lebih maju ialah kita diikat dengan
gred. Setiap perkara akan digred. Secara tidak Sekolah di Malaysia
langsung ini telah menyebabkan setiap perkara yang
dilaksanakan semata-mata untuk mengejar gred dan seharusnya tidak diranking.
bukan atas dasar ingin menghidupkan suasana Setiap sekolah harus
pembelajaran secara berterusan.
mempunyai standard yang
Isu lain yang dikemukakan dalam buku ini juga
termasuk seperti middle managers yang terlalu
tinggi dan memberi
ramai di dalam sistem pendidikan kita. Middle pendidikan berkualiti
managers yang sepatutnya bertujuan membantu
telah menghantui para guru di sekolah sebagai
kepada setiap murid.
kumpulan atau jemaah yang cuma ingin mencari Bukannya siapa yang kaya
salah. Namun dalam hal ini, disisipkan juga peranan
middle managers yang berperanan sebagai akan mendapat pendidikan
pembimbing dan bukan sekadar mencari salah dan berkualiti dan sesiapa yang
guru juga sepatutnya memberi kerjasama dalam sesi
perbincangan demi memantapkan sesi pembelajaran tidak kaya, harus ke
di dalam kelas. sekolah tidak berkualiti.
Apa yang lebih menarik tentang buku ini ialah
disamping menjadi kritis di dalam sistem pendidikan
sedia ada, penulis juga berkongsi model yang baik
untuk dijadikan panduan seperti model pendidikan
negara Finland. Antara beberapa perkongsian
menarik dalam sistem pendidikan Finland seperti
pembelajaran bukan peperiksaan, dan pendidikan
percuma dimulakan seawal usia sebulan di dalam
kandungan (pada ibu bapa) sehingga bayi tersebut
melanjut pelajaran ke peringkat PhD. Selain itu,
Finland juga mengamalkan sistem pembelajaran
secara menyeluruh dengan mengambil kira pendapat
ibu bapa, komuniti dan pelajar dalam memantapkan
sistem persekolahan mereka.

Seperti yang telah sedia maklum, Finland pada hari ini merupakan antara negara yang berada pada tahap
terbaik dunia di dalam bidang pendidikan. Namun begitu, kita tidak perlu untuk terburu-buru meniru ataupun
berpindah terlebih dahulu. Demikian apa yang berlaku di Finland juga bukanlah terjadi dalam masa yang singkat.
Telah banyak perkara dikorbankan demi memastikan sistem pendidikan mereka untuk menjadi yang terbaik di
dunia, seperti kadar cukai yang tinggi dan bajet tahunan yang besar diperuntukkan demi memastikan mereka dapat
menawarkan sistem yang baik. Hal ini juga antara faktor utama penyebab Finland dapat menawarkan pendidikan
percuma pada rakyatnya.

Secara kesimpulannya, buku ini wajar dibaca oleh semua golongan untuk memahami dan mendekati sistem
pendidikan. Disamping itu, penting bagi setiap komponen masyarakat untuk mendalami semula peranan masing-
masing selaku ibu bapa, guru, masyarakat dan kementerian. Setiap komponen ini perlu sedar bahawa dengan
memainkan peranan yang baik sistem pendidikan yang ideal dapat dibentuk. Sistem pendidikan yang baik akan
melahirkan generasi yang bijak, sementara generasi yang bijak akan melahirkan pemimpin yang berkualiti.
10

Oleh: (i) Mohd. Farik Madun, Guru SJK (C) Chi Wen, Labuan
(ii) Lucy Gawis, Pensyarah IPGK Gaya, Sabah

JASAMU BAGAI BUIH DI LAUTAN


RENTASI OMBAK PERJALANAN
BERTATIH TEMPUHI LIKU KEHIDUPAN
KAUASUH KAMI PENUH KESABARAN

RESTUMU BAGAI PAYUNG MAHKOTA


NAUNGI LANGKAH SEJAHTERA
BERJUANG MENGEJAR MERCU CITA JAYA
KAUBELAI KAMI HINGGA PINTU SYURGA

KINI ENGKAU DIMAMAH USIA


LAYARI SISA HIDUP SUNYI SENJA
TIADA KHABAR MEMBALUT DERITA
YANG TINGGAL PENANTIAN HAMPA

LEMBUT JEMARIMU MENGHAYUN BUAIAN


MENITI JAMBATAN DUGAAN
NAMUN KERINGATMU KIAN DILUPAKAN
MENJADI SERPIHAN KENANGAN

LINANGAN AIR MATAMU KASIH


MERUNTUN ALPA DIRI INI
KUBERJANJI HINGGA AKHIR HAYAT NANTI
PENGORBANANMU GURINDAM DI HATI
11

Majlis Perutusan Tahun Baharu KPM 2017 dan


ANUGERAH TOKOH TELADAN INTEGRITI KPM 2016

10 Januari 2017
Dewan Plenari, PICC, Putrajaya

Dr. Habibah binti Abdul Rahim


Tokoh Teladan Integriti KPM 2016
Kategori Pengurusan dan Profesional

Zadurah binti Md Zain


Tokoh Teladan Integriti KPM 2016
Kategori Kumpulan Sokongan
12

PROGRAM WACANA INTEGRITI


SIRI 1/2017
7 Februari 2017
Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12,
Kompleks E, Putrajaya

Tuan Wan Jaapar bin Wan Ahmad


Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI
13

Bengkel Penambahbaikan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah


KPM 2.0 Tahun 2017

15 - 17 Februari 2017
PLGDP Zon Timur Seri Tualang,Temerloh Pahang
14

Majlis Perhimpunan Bulanan KPM dan


IKRAR BEBAS RASUAH KPM
15 Mac 2017
Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E, Putrajaya
15
16

You might also like