You are on page 1of 15

PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP)

ANJURAN BERSAMA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

1.0. PENDAHULUAN.

Pelan integriti Nasional ini telah lama diperkenal dan diperluas kepada semua sektor
perkhidmatan awam. Pelan integriti Nasional ini menggariskan prinsip,falsafah,pencapaian
dan hala tuju yang harus dipenuhi oleh setiap warga perkhidmatan awam ,maka
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia telah
mengambil inisiatif menganjurkan seminar integriti dalam kalangan warga pendidikan.

2.0. OBJEKTIF.

2.1. Meningkatkan kefahaman warga pendidik mengenai PIN.


2.2. Meningkatkan tahap kesedaran warga pendidik mengenai PIN.
2.3. Memupuk amalan membudayakan integriti dalam pekerjaan dan hidup seharian.
2.4. Meningkatkan komitmen/peranan warga pendidik bagi mengukuh dan
menyebarluaskan integriti dalam kalangan:
2.4.1. Warga Pendidik
2.4.2. Pelajar
2.4.3. Masyarakat.

3.0. ATURCARA SEMINAR

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP) PPD KUBANG PASU 2013.

Tarikh : 13 April 2013.


Hari : Sabtu
Tempat: Dewan Besar SBPI Kubang Pasu.

ATURCARA:-

0800- Pendaftaran peserta.


0830- Minum pagi.

1
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

0900-Nyanyian lagu
-Negaraku
-Guru Malaysia
-Bacaan doa
-Ikrar Integriti

0915- Slot 1
Ceramah : Falsafah dan Prinsip Pelan Integriti Nasional.

1115-Slot 2
Ceramah :Integriti Dalam Pendidikan.

1215- Jamuan
1245- Majlis tamat.

4.0. JAWATANKUASA PELAKSANA (PERINGKAT PPD)

Penasihat : Tn Hj.Halim Bin Mansor.

Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu.

Pengerusi : Tn.Hj.Mohd.Faudzi Bin Abd.Hamid.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah.

Timbalan Pengerusi : Encik Wan Khalim Bin Ahmad

Penolong PPD Pengurusan Sekolah(Menengah)

Setiausaha : Puan Roziah Bt.Ahmad.

Penolong PPD ( Latihan)

Bendahari : Puan Norshakirah Bt.Salleh

Penolong Akauntan ( PPDKP)

Ahli Jawatankuasa.

Urus Setia : Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu

Pendaftaran : SBP Integrasi Kubang Pasu

Jamuan : SBP Integrasi Kubang Pasu

2
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

Sambutan & Protokol : SBP Integrasi Kubang Pasu

Persiapan dewan : SMK.Bandar Bukit Kayu Hitam.

Penyediaan Bahan : SMK.Bandar Bukit Kayu Hitam.

Teknikal dan Siaraya :SMK.Bandar Bukit Kayu Hitam

Publisiti dan Rakaman : SK .Bandar Bukit Kayu Hitam

Dokumentasi/pencatat : SK .Bandar Bukit Kayu Hitam

Buku Program/Cenderahati : SK .Bandar Bukit Kayu Hitam

Pembaca doa : SK .Bandar Bukit Kayu Hitam

Juruacara : SK Laka Selatan

Pembaca Ikrar : SK Laka Selatan

5.0. KANDUNGAN SEMINAR.

TAJUK :PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) DAN PEMBUDAYAAN INTEGRITI


DALAM PENDIDIKAN.( SLOT 1 )

PENCERAMAH : HJ MOHD KAMAL BIN HASHIM

A) SKOP

1. Objektif

2. Takrif

3. Senario Integriti

4. Kajian Persepsi

5. Pelan Integriti Nasional (PIN)

6. Tekad Integriti

7. Integriti Dalam Pendidikan

8. Peranan Guru

B) OBJEKTIF SEMINAR.
Meningkatkan kefahaman warga pendidik mengenai PIN

3
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

Meningkatkan komitmen/peranan warga pendidik bagi mengukuh dan


menyebarluaskan integriti dalam kalangan warga Pendidik ,pelajar dan
masyarakat.

C) TAKRIF

INTEGRITAS

tidak terjejas (unaffected), kukuh (intact), benar (upright), boleh diharapkan (reliable)

D) INTEGRITI

..kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu. Ia berlandaskan etika dan
pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

(Pelan Integriti Nasional, m.s.18)

E) INTEGRITI INDIVIDU

keselarasan antara apa yang dikata dan dikota, antara tindakan dengan prinsip moral,
etika dan undang-undang, kepentingan diri dengan kepentingan umum.

(Pelan Integriti Nasional, m.s.18)

F) INTEGRITI ORGANISASI

tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan, sistem dan
proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan
dihayati oleh anggota organisasi sehingga menjadi kebiasaan dan budaya

(Pelan Integriti Nasional, m.s 18)

G) INTEGRITI PENJAWAT AWAM

melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi untuk kepentingan umum. Tidak salah
guna untuk kepentingan diri. Beri keutamaan kepada kepentingan awam bila berlaku
konflik.

(Pelan Integriti Nasional, m.s 18)

H) AMANAH .. Perkhidmatan Awam

Rasulullah saw pernah bersabda:

Barang siapa yang kami angkat di antara kamu memangku sesuatu jawatan, lalu
disembunyikannya terhadap sebuah jarum atau lebih kecil dari itu, maka perbuatannya itu
4
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

adalah pengelapan. Dia akan datang pada hari Kiamat membawa barang yang digelapkan
itu

I) AMANAH

...Sesungguhnya Kami telah bentangkan tanggungjawab amanah Kami kepada langit dan
bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan
bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan
untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya)
sanggup memikulnya: (ingatlah!) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka
melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan...
Al-Ahzab: 72
J) NILAI

Satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Set
pegangan ini menentukan kriteria perlakuan yang baik atau sebaliknya, yang diingini atau
tidak dan positif atau negatif.

K) DEFINISI NILAI
Kepercayaan yang mendorong seseorang untuk bertindak mengikut pemilihan yang
berasaskan nilai-nilai
utama masyarakat
(INTAN, 1991)
L) KEPENTINGAN NILAI DAN ETIKA KERJA BAGI PENJAWAT AWAM
Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan memerlukan orang/kakitangan yang cekap,
jujur, amanah dan bertanggungjawab.
Mencapai tahap yang tinggi dan mempunyai imej yang bersih supaya dapat
mendukung pembangunan negara ke arah peningkatan kualiti penghidupan
rakyat.

Nilai Teras
(Perlu Ada Dalam Diri Setiap Penjawat Awam)
Benar
Amanah
Telus
Bijaksana
Bersyukur
Adil
o Nilai Kembangan
(Nilai Yang Perlu Ada Dalam Organisasi)

Berdisiplin
Kemesraan

5
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

Bekerjasama
Taat setia
Komitmen
Ikhlas/Jujur
Bertoleransi
Bertanggungjawab

N) Nilai-nilai 1Malaysia.(Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan)

1. Budaya Kecemerlangan

2. Ketabahan

3. Rendah Hati

4. Penerimaan

5. Kesetiaan

6. Meritokrasi

7. Pendidikan

8. Integriti

O) SENARIO INTEGRITI

Berdasarkan keratan akhbar-akhbar yang berkaitan dengan manusia yang tidak berintegriti
dalam kehidupan seharian.Contohnya:-

P) PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

..... suatu Pelan tindakan bersifat holistik untuk menangani isu negatif dalam masyarakat.

Q) TEKAD INTEGRITI

o TEKAD INTEGRITI

6
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

o Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah


guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan;

o Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian


khidmat awam dan mengatasi karenah birokrasi;

o Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan


dan tanggungjawab sosial korporat;

o Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan

o Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan


masyarakat.

o UKURAN TEKAD 1.

o Meningkatkan Skor CPI dari 5.2 ke 6.5 (Tekad 2008)


o Kejayaan BPR menyelesaikan kes
o Ukuran lain yang dibina dari semasa ke semasa

o UKURAN TEKAD 2

o Menurunkan Indeks persepsi awam bagi sektor kerajaan


di bawah 2.5 (1 terbaik 5 buruk).
o Bilangan aduan ke BPR, BPA, Audit dan maklum balas
pelanggan.
o Tanda aras lain oleh Agensi A/bangsa dan tempatan
untuk ukur kecekapan pentadbiran.

o UKURAN TEKAD 3

o Bilangan Syarikat yang patuh syarat


penyenaraian.

o Kurang kes penipuan korporat.

o Tingkat tender secara telus.

o Menerima Rukun Niaga Malaysia.

o Kurang pelanggaran Akta Pelindungan Pengguna.

o Tanda aras lain oleh antarabangsa dan tempatan.

7
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

o UKURAN TEKAD 4

o Pengurangan kadar perceraian.


o Pengurangan konflik keluarga

(rebut harta/anak).

o Pengurangan kadar keganasan rumah tangga.

o Pengurangan kadar penderaan

dan pengabaian kanak-kanak.

o Meningkatkan bantuan kepada keluarga/ibu/bapa


tunggal.

o Pengurangan pengabaian warga tua.

o UKURAN TEKAD 5

o Kadar jenayah dalam masyarakat.

o Kadar gejala sosial seperti dadah.

o Kadar kemalangan jalan raya.

o Kadar salah laku dalam kalangan pelajar.

o Kadar kerosakan dan pencemaran alam sekitar.

TAJUK : INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN.( SLOT 2 )

A) INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN

8
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

Mengamalkan sifat dan nilai positif yang wujud dalam hati, minda dan diri warga
pendidik dan menjalankan tugas dengan penuh amanah, betul dan ikhlas, tidak terjejas
sebarang ancaman negatif ke arah kebahagiaan dan kecemerlangan diri dan organisasi

B) KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN


Mencapai kualiti khidmat lebih tinggi.
Mengurangkan kesilapan.
Mengurangkan masalah pelajar.
Mencapai kesetiaan lebih tinggi.
Mencapai fokus yang sama.
Mencapai kepuasan pelanggan/pekerja.
Membendung gejala negatif/menipu.
Menjaga imej profesion keguruan.
Meningkatkan keimanan.
Mengawal tingkah laku warga pendidikan

C) KAJIAN INTEGRITI
Integriti mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan kesejahteraan
individu (Widang & Fridlund, 2003), kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan
organisasi (Ones et. Al., 2003).
Antara tingkah laku negatif adalah mencuri, vandalisme, memanjangkan waktu
rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja (Mikulay & George, 2001).
Kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan
kerosakan sesuatu profesion pekerjaan (Hardingham, 2004).

D) CONTOH TINGKAH LAKU GURU TIDAK BERINTEGRITI


Tidak menanda buku latihan murid.
Keluar untuk urusan peribadi.
Berniaga/buat kerja luar tanpa kebenaran.
Keterhutangan yang serius.
Mengambil cuti tanpa izin.
Menipu sijil cuti sakit.

E) NIKMAT INTEGRITI
Ajar Kita Erti Kesyukuran
Ajar Kita Erti Kebahagiaan
Ajar Kita Erti Pengorbanan
Ajar Kita Erti Keikhlasan
Ajar Kita Erti Dosa Dan Pahala
Ajar Kita Erti Kedamaian
9
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

Ajar Kita Erti Kepercayaan


Ajar Kita Erti Ketenangan
Ajar Kita Erti Kenikmatan
Ajar Kita Erti Kesejahteraan

F) PERANAN GURU
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

G) SIFAT GURU
Passion Minat mendalam.
Bersungguh-Sanggup gigih dan berkorban.
Minat- Suka ,ingin.

H) CIRI INTEGRITI SEORANG PENDIDIK


Menggunakan masa sewaktu di pejabat/sekolah dengan sebaik-baiknya.
Membelanjakan harta awam mengikut peraturan-peraturan
Tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah.
Menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan

I) WATAK PENDIDIK BERINTEGRITI


Benar/amanah
Menyampaikan perkara yang betul
Bijaksana dalam tindakan (iq)
Kehalusan perasaan ( eq )
Ketinggian akal budi (sq)
Memuliakan/menghargai sesama nsan(mq)
Dipercayai dan disukai ramai (scq)

J) CIRI PERSONALITI GURU UNGGUL


Semangat Dan Wawasan Jelas
- Kepimpinan Berkualiti
- Berkemahiran & Berpengetahuan Tinggi
- Berdaya Saing/Konstruktif
- Kreatif/Kritis/Analitikal/Progresif
- Berpandangan Jauh/Berkeyakinan
- Patriotik Dan Jati Diri Yang Tinggi
- Beretika Dan Berakhlak Mulia

10
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

K) KUALITI GURU PENENTU UTAMA PRESTASI PELAJAR


Merujuk kaedah guru mengajar dan komitmen guru terhadap pengajaran, kesan
dan hasil pengajaran terhadap pencapaian dan perkembangan murid.
Guru menunjukkan kemahiran dan kecekapan mengajar, gaya dan prestasi
dalam pengajaran, persembahan dan perancangan pelajaran yang dikembangkan
melalui pengajaran guru hingga murid minat, seronok, faham dan berkesan

L) NILAI DAN ETIKA PERGURUAN


TANGGUNGJAWAB KEPADA PELAJAR
Utamakan kebajikan & keselamatan
Adil
Merahsiakan maklumat sulit kecuali kepada yang berhak
Membimbing dengan keikhlasan
Menunjukkan contoh teladan terbaik
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas

TANGGUNGJAWAB KEPADA IBU BAPA


Menghormati tanggungjawab terhadap anak-anak
Menjalin hubungan erat antara institusi pendidikan & rumah tangga
Merahsiakan semua maklumat murid/ keluarga yang diberi oleh ibu bapa
Mengelak dari dipengaruhi kedudukan ekonomi/sosial ibu bapa pelajar
Mengelak dari mengeluarkan kata-kata kesat

TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA


Mengelak dari menyebarkan ajaran/maklumat salah
- Memupuk semangat cintakan negara
- Menghormati adat masyarakat setempat
- Menggalakkan kerjasama antara guru, institusi pendidikan & masyarakat
- Berkelakuan sopan setiap masa

TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKAN SEJAWATAN DAN PROFESION


Mengelak dari membuat kenyataan buruk di hadapan pelajar/ibu bapa
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan haram
- Ikhlas dalam menjalankan tugas
- Sentiasa memberikan pertolongan
- Sentiasa mengawasi diri
- Menjadi ahli pertubuhan guru

11
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

M) PENGHAYATAN ETIKA KERJA


Berkhidmat dengan penuh muhibah/mesra dan kasih sayang
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Bekerja dengan penuh jujur dan komited

N) KESEIMBANGAN KUALITI KERJA


BUDAYA KERJA BERINTEGRITI
Sikap yang positif
Prestasi kerja yang unggul
Hubungan guru yang baik

O) BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA


Mahir tentang kerja & mahu belajar
Mengamalkan akhlak terpuji melebihi biasa
Motivasi dan komitmen tinggi
Menjadi contoh rakan sekerja
Menghargai dan dihargai
Memberi jasa dan diingati
Membiasakan yang betul
Membetulkan yang biasa
Mengutamakan kerja dan pelanggan

P) PRINSIP PERDANA(Budaya Kerja Kelas Pertama)


Pantas dan positif
Empati
Relevan
Daya saing
Amanah dan adil
Nilai tambah
Arif dan berilmu

Q) JADILAH GURU BERINTEGRITI

Tangan yang memberi


Lebih baik dari yang menerima
Menolong orang
Jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas
janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti
TUHAN Maha Mengetahui
Kesucian diri itulah sifat yang paling dipuji

12
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

Senyuman di bibir, keindahan budi bahasa


Keluhuran hati, kita akan berbahagia.

R) KESIMPULAN DAN PENUTUP .


KEMEROSOTAN INTEGRITI
INDIVIDU
Kelemahan Individu
kurang pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni
etika kerja lemah
tamak
tidak nampak kelemahan sendiri
Tekanan hidup
KEPIMPINAN
Kepimpinan kurang berteladan, lemah iltizam
Arahan pemimpin yang melanggar prosedur dan peraturan
Cakap tak serupa bikin
SISTEM & PROSEDUR
Kurang ketelusan
Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan
Kurang penguatkuasaan
Penguatkuasaan berpilih
Kurang pemantauan dan penilaian
Keupayaan sumber manusia dan material yang terhad
Kerangka undang-undang lapuk dan percanggahan dalam undang-
undang
STRUKTUR DAN INSTITUSI
o STRUKTUR
Struktur tidak kemas dan kurang fokus
Matlamat tidak jelas dan munasabah
Struktur lapuk, tidak sesuai dengan tuntutan dan cabaran baru
o INSTITUSI
Pertindihan skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi
Kurang koordinasi
Pertentangan matlamat antara institusi menyebabkan penyebaran nilai-
nilai yang bertentangan - krisis nilai
BUDAYA
Budaya masyarakat yang kurang menitiberatkan integriti
Takut membuat laporan kerana bimbang tindakan balas
Sikap tidak ambil peduli
Enggan melaporkan kesalahan yang dilakukan pihak lain
Angguk dan ampu.

FAKTOR PENENTU KEJAYAAN

13
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

Kepimpinan berteladan
Dasar yang jelas dan matlamat yang utuh
Pendidikan berterusan dan berulang
Komunikasi berkesan
Persekitaran budaya yang Kerjasama
jentera politik dan jentera pentadbiran kondusif
Kerangka perundangan berkesan dan kehakiman bebas
Kecukupan dan kecekapan sumber
Kesediaan individu untuk berubah

PERANAN GURU MENGIKUT PIN(INSTITUSI OSIOBUDAYA)


Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang
berintegriti.
Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani
Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti

LIMA STRATEGI

Membina insan yang berpengetahuan, berkemahiran, beretika, berintegriti dan


bertanggungjawab;
Meningkatkan taraf kesihatan, kecergasan, keceriaan dan produktiviti;
Meningkatkan penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni;
Memantapkan perpaduan antara kaum dan membina bangsa Malaysia; dan
Mengembangkan budaya yang kreatif berinovasi dan bertanggungjawab melalui
penyebaran maklumat

Selamat Menjalankan Tugas Sebagai DUTA INTEGRITI


Sebarkan Mesej Integriti Di Setiap Kesempatan;
Tanamkan Nilai-nilai Murni Merentasi Sempadan;
Jadilah Role Model (Suri Teladan); dan
Rancanglah.

6.0. PENUTUP.

Adalah diharapkan semoga segala inti pati yang kita perolehi pada seminar ini akan
direnungi dan dipraktikkan oleh semua warga pendidik kerana nilai etika dan integriti adalah
sangat penting kepada kita iaitu individu yang mana ia untuk membina jati diri dan identiti diri.
Kepada Negara pula ia akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah institusi
pentadbiran.Manakala kepada masyarakat ia menentukan kewujudan sebuah masyarakat
bertatasusila dan akhirnya ia juga amat penting kepada organisasi yang mana ia memastikan
penyampaian dan perkhidmatan terbaik.

14
PELAN INTEGRITI NASIONAL 2013

15

You might also like