You are on page 1of 5

PROJEK PENANAMAN

TAMAN MINI HERBA

KERTAS KERJA TAMAN HERBA SEKOLAH

PENDAHULUAN .

Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang ingin diterapkan kepada
pelajar-pelajar pendidikan khas sebagai proses permulaan pengurusan diri. Oleh itu,
Sekolah Kebangsaan Sungai Layar juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri.
Taman Herba SK Sungai Petani adalah dibawah pengawasan Panitia Kemahiran Hidup
Pendidikan Khas (PPKIBP SKSL) dan kerjasama daripada guru-guru PPKIBP.

1.0 MISI .

Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan


yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan
taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman
herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

2.0 VISI

Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga
SK Sg Layar. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan tanaman
yang mempunyai nilai perubatan .

3.0 OBJEKTIF.

Objektif Kertas Kerja ini ialah :


1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah
tentang cadangan penambahbaikan Taman Herba Sekolah.
2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan
penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Penilaian dan
Pemantauan Program Warisan Taman Herba.
3. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari
segi landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.
4. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah
dan pihak jawatankuasa pelaksana Taman Herba .
5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku
pertindihan tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA

PENASIHAT : TN HJ ABD SAMAD B SALLEH


GURU BESAR

PENGERUSI : PN SHUKIRAH BT ABDULLAH


PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

PENYELARAS : EN ZAMZURI B ZAKARIA


PROGRAM

PENOLONG : EN MOHD ZAMRI B ABD RAZAK


PENYELARAS

SETIAUSAHA I : PN YUSNITA BT YATIM

SETIAUSAHA II : PN NORAIDA BT AHMAD

BENDAHARI : PN INTAN YUSLIZA BT YUSOFF

AJK GURU DAN KAKITANGAN :


1. PN NORAINI BT ISMAIL
2. EN ABD RASHID B ABD LATIF
3. PN SHAMIAH BT ABDULLAH
4. CIK HASLIZAWATI BT RAMLI
5. PN SITI KHADIJAH BT ABDULLAH
6. PN ROHANA BT ISMAIL
7. PN SITI ZALEHA BT MAHMUD
AJK PELAJAR :

1) MUHAMMAD AIMAN BIN ROMLI


2) MUHAMMAD AIDIL BIN BAHARUDIN
3) MUHAMMAD NAZRI BIN MAT AMIN
4) MOHAMMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
5) MUHAMMAD IZZAT BIN HALIM
6) MOHAMAD AZRUL ASHRAF BIN ABD RAHIM
7) NUR QISTIMNA MIRZA BINTI SATHARI
8) SAIDATUS SYUHADA BINTI HJ IBRAHIM
9) NUR FARAH IRDINA BINTI MOHD ROSDI
10) AINUR FATIN LIYANA BINTI BAHAMAN

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Program Taman


Herba beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk menambah
baik program Taman Herba Sekolah.

Kekuatan :
1. Mempunyai potensi untuk mempelbagaikan pelbagai variasi tumbuhan
mengikut kategori herba.
2. Mempunyai sumber/punca air.
3. Kesesuaian tempat/tanah yang sesuai untuk penanaman herba.

Kelemahan :
1. Kurang mempunyai koleksi tanaman herba yang eksotik dan jarang
didapati .
2. Tidak mempunyai unsur air pancuran dalam Taman Herba.
3. Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.
4. Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih belum
lengkap dan sempurna.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .

Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah
mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk
diambil tindakan segera , antaranya ialah :
1. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman
Herba dengan batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan
menarik . Kawasan Taman Herba sekarang ini dilitupi tanah merah yang
menyebabkan tanah lecah apabila hujan dan berdebu apabila cuaca
panas , menyebabkan kawasan taman tidak ceria dan menarik.
2. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.
3. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar
didapati .
4. Memohon kerjasama daripada pihak pertanian.

8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah Kos Sumber


(RM)
1 Menambak Kawasan Taman / 1 lori batu 350.00 SEKOLAH
krikil
2 Lapik batu Pejalan Kaki / 20 unit x 300.00 SEKOLAH
RM15.00
3 Memasang Papan Tanda dan Label 300.00 SEKOLAH
Pokok herba
4 Membeli anak pokok dan benih herba 200.00 MOHON
TAJAAN
5 Kos penyelenggaraan ( Tanah semaian, 300.00 MOHON
racun rumpai, kawalan serangga dan TAJAAN
penyakit tanaman , baja , makan minum,
peralatan )
JUMLAH 1450.00

9.0 PENUTUP :
Program Taman Herba Sekolah PPKIBP SK Sg Layar 2 merupakan projek rintis
bagi tahun 2013. Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai
matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam
kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran
sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang
oleh pihak jawatankuasa Taman Herba PPKIBP SK Sungai Layar . Akhirnya, dengan
kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman Herba PPKIBP SK Sungai Layar akan
mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang
akan datang.

Sekian, terima kasih.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEH :

............................................
(YUSNITA BINTI YATIM)
Setiausaha I
Taman Herba
Sekolah Kebangsaan Sungai Layar
08000 Sungai Petani, Kedah

DISEMAK OLEH :

............................................
(SHUKIRAH BINTII ABDULLAH)
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Sungai Layar
08000 Sungai Petani, Kedah

DISAHKAN OLEH :

............................................
(TN HJ ABD SAMAD BIN SALLEH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Layar
08000 Sungai Petani, Kedah

You might also like