You are on page 1of 17

Jadual Kerja

Bil Tarikh Aktiviti / Perkara Catatan


1. 19/6/2016 1) Menerima taklimat daripada guru( Di bilik
Hari 1 ) berkaitan penulisan tugasan seminar
2) Tajuk: bangunan bersejarah di Johor bersama
Bahru Puan
3) Berbincang dengan guru bentuk _________
pelaksanaan yang hendak dilakukan

2. 20/6/2016 1) Membuat rujukan awal ke laman web


Hari 2 yang berkaitan dengan tajuk yang diberi
sebagai persediaan awal
2) menentukan tajuk penulisan
3) mengenalpasti objektif dan kaedah
kajian penulisan tugasan

3. 21/6/2016 1) Membuat rujukan lanjut berkaitan


Hari 3 dengan tajuk menerusi internet / buku /
akhbar / jurnal untuk bahan penulisan
2) **()membuat lawatan ke
_____________bagi mendapatkan
maklumat tentang bangunan bersejarah

4. 22/6/2016 1) Membuat kerangka kasar tentang


Hari 4 tugasan
2) **( OK)menulis draf awal
tugasan dengan bimbingan guru

5. 23/6/2016 1) Membuat pengenalan


Hari 5 2) menulis latar belakang bangunan
bersejarah

6. 26/6/2016 1) Menulis struktur bangunan bersejarah


Hari 6 2) Menulis sebab bangunan bersejarah

7. 27/6/2016 1) menuliskan fungsi dan keadaan bimbingan


Hari 7 ______________pada masa kini guru
8. 28/6/2016 1) Mencadangkan langkah-langkah bimbingan
Hari 8 memelihara dan memulihara bangunan rakan dan
bersejarah guru

2) Mendapatkan maklumat daripada


internet

9. 29/6/2016 1) rumusan pengetahuan yang dipelajari, di hadapan


Hari 9 nilai dan iktibar diketahui serta harapan guru dan
terhadap bangunan bersejarah rakan

2) Mengemas kini tugasan

10. 30/6/2016 1) Semak dan hantar tugasan kepada guru di hadapan


Hari 10 mata pelajaran sejarah guru dan
rakan
Objektif Kajian
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang bangunan bersejarah di Johor Bahru.
Kajian saya mengandungi beberapa objektif kajian berikut :
1) Saya dapat menghuraikan definisi tentang latar belakang bangunan.
2) Saya juga dapat menjelaskan struktur bangunan.
3) Saya dapat mengenalpasti sebab bangunan tersebut dibina.
4) Saya dapat menerangkan fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini.
5) Saya juga dapat mencadangkan langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara
bangunan
6) Saya dapat memberi pengalaman yang bernilai semasa menjalani kajian tersebut.
7) Memberi pemahaman yang luas dan menyeluruh terhadap fakta sejarah.
Kaedah Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh
maklumat iaitu:

1) Kaedah analisis buku


Saya telah merujuk buku rujukan untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini,
penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

2) Muat turut sumber dari internet


Saya telah menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di dalam negara kita dengan
melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat
sebagai rujukan

3) Membuat temubual
Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya ialah dengan
menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya yang
sememangnya pakar tentang Dataran Johor ini. Beliau banyak memberi maklumat tentang
Dataran Johor.
Proses Awal
Saya telah mengumpul maklumat yang sangat lengkap, tepat dan sangat sesuai dengan
tugasan daripada pelbagai sumber. Terdapat rujukan di bawah yang berikut:

a) Internet
Bangunan Dataran Bandaraya Johor Bahru
http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2016/06/contoh-jawapan-tugasan-sejarah-
pt3-2016.html
Bangunan Bersejarah
http://mypt3.com/bangunan-bersejarah-di-johor
Bangunan yang Menarik
http://www.percutianbajet.com/johor/tempat-menarik-di-johor-bahru
Sejarah Malaysia
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0225&pub=Utusan_Mala
ysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm

b) Orang Sumber
Nama:
Umur:
Alamat:

c) Lawatan
Bangunan: Dataran Bandaraya Johor Bahru
Alamat: Dataran Bandaraya Johor Bahru, Jalan Datuk, 80100 Johor Bahru, Johor.
Laporan Temu Bual Bersama Orang Sumber

Saya telah menemubual seorang responden di kampung saya, beliau agak berpengalaman
dalam bidang ini. Namun beliau ialah ___________. Beliau tinggal di __________.

Beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai Bangunan Dataran Johor kepada saya.
Bangunan ini dibina pada tahun 1993 dan merupakan bangunan termahal pada suatu ketika
dahulu. Selain itu, bangunan ini juga merupakan bangunan tercantik pada suatu ketika
dahulu. Nama bangunan ini diambil sempena nama Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Bangunan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Di hadapan bangunan ini ada
satu air pancut. Di samping itu, Bangunan ini membuktikan Johor Bahru sebagai bandaraya
pada tahun 1994 Januari.

Bangunan Dataran Johor adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi
bandaraya Johor Bahru hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina
yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan
penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini berjaya menjadi ikon kepada Johor
Bahru dan beberapa perayaan penting dan acara-acara yang membabitkan promosi
pelancongan negara telah disambut berhadapan bangunan tersebut.

Setakat ini sahajalah yang saya dapat saya peroleh hasil daripada temubual saya bersama
responden.
Kerangka Kasar
Bil Perkara Huraian
1 Pengenalan Tahun dibina : 1993

Tempat pembinaan : terletak di bandaraya Johor Bahru

Sejarah dibina : bukti Johor Bahru sebagai bandar raya

2 Latar belakang Sejarah dibina : memperingati pengisytiharan Johor Bahru


sebagai sebuah bandar raya pada Januari 1994

Keistimewaan : Menara jam kelihatan lebih berseri

Ciri-ciri : lampu-lampu di sekitar dataran akan mula menyala


pukul 6 petang hingga 6 pagi

3 Struktur bangunan Cara pembinaan : hasil seni bina pula lengkap dengan ciri-ciri
keistimewaan

Bahan binaan : 1 juta batu bata, 1200 ton simen 10000 pikul
kapur, 3000 Ib tembaga, 25 tan besi keluli dan 18000 kaki
padu kayu

Hiasan binaan : Terdapat air pancut di sekeliling bangunan

4 Sebab bangunan i) pada awalnya untuk buktikan Johor Bahru sebagai bandaraya
tersebut dibina
ii) masa kini untuk mengadakan aktiviti bertema

5 Fungsi dan keadaan i) fungsi bangunan pada masa kini


bangunan pada -mengadakan aktiviti
masa kini -contohnya kick scooter

ii) keadaan bangunan pada masa kini


-telah menjalankan pengubahsuaian dan pembaikan

6 Langkah untuk i) melancarkan kempen kesedaran tentang kepentingan warisan


memelihara dan bangunan bersejarah
memulihara
bangunan ii) menggubal dasar kerajaan bagi melindungi bangunan
bersejarah

iii) membina kemudahan bagi memelihara bangunan tersebut

iv) melaburkan kewangan dalam memulihara bangunan


bersejarah yang telah musnah

v) mewartakan kawasan perlindungan bersejarah


vi) melalui pendidikan

7 Rumusan Pengetahuan: melalui kajian ini, saya mendapati banyak cara


yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan
kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat

Nilai: saya sedar bahawa mewujudkan perpaduan bukanlah


sesuatu usaha yang mudah dan perlu dipertahankan bangunan
Dataran Johor.

Harapan: saya berharap supaya bangunan bersejarah dapat


dijaga dan dikekalkan bagi memastikan khazanah negara boleh
diwaris

8 Sumber Gambar, buku rujukan dan internet


3.1 PENGENALAN

(Gambar Bangunan Dataran Bandaraya Johor Bahru)

Dataran Bandaraya ataupun Dataran Bandaraya Johor Bahru (atau City Square) adalah
sebuah dataran yang terletak di bandaraya Johor Bahru, Malaysia. Dataran ini juga dikelilingi
dengan Hotel Thistle di bahagian belakang dataran, Jalan Lingkaran Dalam di bahagian
kanan dataran, Jalan Thompson di bahagian kiri dataran dan Jalan Skudai di bahagian
hadapan dataran. Ia juga terletak berhadapan dan menghadap Selat Tebrau.

Di atas bumi, terdapat sebuah menara jam yang menerima pancaran matahari. Dataran ini
juga lama terkenal untuk mengadakan kegiatan luar. Ia telah dirasmikan pada 31 Disember
1993 sempena Majlis Perasmian Johor Bahru sebagai bandar raya pada hari esok, hari
pertama tahun 1994.
(Pelan Lokasi Dataran Bandaraya Johor Bahru)
? ? kos? ??
3.2 LATAR BELAKANG BANGUNAN
Sejarah Pembinaan
Dataran Bandaraya adalah tempat berlakunya berbagai peristiwa penting di Johor Bahru
sejak 1994. Menara jam yang berdiri megah disini dibina sebagai mercu tanda memperingati
pengisytiharan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya pada Januari 1994.
Keistimewaan Dataran Bandaraya Johor Bahru
Sejak pembukaan rasminya pada tahun 1994, pelbagai-bagai kegiatan negeri telah dibuat
disini, antaranya ialah persembahan kebudayaan, perarakan hari kemerdekaan dan pelbagai
pameran dan jualan dibuat di sini. Menara jam kelihatan lebih berseri dengan adanya air
pancut dan lampu neon yang berwarna warni ketika waktu malam. Ia merupakan sebuah
taman yang terbuka luas, penuh dengan kehijauan dan bunga-bungaan menjadikannya sebuah
taman yang sangat menarik untuk dijadikan tempat untuk membuat persembahan dan acara
tahunan.

Ciri-ciri Dataran Bandaraya Johor Bahru


Dataran yang terletak berhadapan pantai Lido itu menjadi tumpuan orang ramai yang ingin
mendapatkan makanan yang pelbagai aneka jenis.

Pada waktu malam, jalan bersebelahan dataran akan dipenuhi van para peniaga yang
menyajikan makanan mereka dengan harga berpatutan.

Penyelia Bahagian Pengurusan Harta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Rashid
Radiman memberitahu, lampu-lampu di sekitar dataran akan mula menyala pukul 6 petang
hingga 6 pagi.

Untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke dataran berkenaan, pihak MBJB
menyediakan tiga buah tandas awam, namun hanya satu dibuka pada waktu malam.

Pengasasan Dataran Bandaraya Johor Bahru


Konsep dan reka bentuk dataran itu dihasilkan oleh arkitek tempatan yang menggabungkan
seni bina Islam serta warisan bangunan bersejarah yang terdapat di bandar raya ini iaitu
Bangunan Sultan Ibrahim dan Majlis Abu Bakar.
? ? ? ? ?

3.3 STRUKTUR BANGUNAN

Cara Pembinaan
Sebagai bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1993. 1994, hasil seni
bina pula lengkap dengan ciri-ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti kubah
potong bawang, 6 tingkat, terdapat 4 jam dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaanya
terdapat pada seni bina Masjid.

Bahan Binaan
Sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran ini
melibatkan membina Dataran Bandaraya Johor Bahru. Terdapat beberapa bahan binaan
seperti 1 juta batu bata, 1200 ton simen 10000 pikul kapur, 3000 Ib tembaga, 25 tan besi
keluli dan 18000 kaki padu kayu.

Hiasan Binaan
Pada rupa Dataran Bandaraya Johor Bahru terdapat 4 jam di atas Menara tersebut, juga
mempunyai kubah Masjid di paling atas. Terdapat air pancut di sekeliling bangunan tersebut
dan padang hijau untuk mengadakan aktiviti.
3.4 Sebab Bangunan

Tujuan Dataran Bandaraya adalah tempat berlakunya berbagai peristiwa penting di Johor
Bahru sejak 1994. Menara jam yang berdiri megah disini dibina sebagai mercu tanda
memperingati pengisytiharan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya pada Januari 1994.

Sejak pembukaan rasminya pada tahun 1994, pelbagai-bagai kegiatan negeri telah dibuat
disini,antaranya ialah persembahan kebudayaan, perarakan hari kemerdekaan dan pelbagai
pameran dan jualan dibuat di sini. Menara jam kelihatan lebih berseri dengan adanya air
pancut dan lampu neon yang berwarna warni ketika waktu malam. Ia merupakan sebuah
taman yang terbuka luas, penuh dengan kehijauan dan bunga-bungaan menjadikannya sebuah
taman yang sangat menarik untuk dijadikan tempat untuk membuat persembahan dan acara
tahunan.

Penyelia Bahagian Pengurusan Harta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Rashid
Radiman memberitahu, lampu-lampu di sekitar dataran akan mula menyala pukul 6 petang
hingga 6 pagi. Untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke dataran berkenaan, pihak
MBJB menyediakan tiga buah tandas awam, namun hanya satu dibuka pada waktu malam.

"Tandas awam akan dibuka kepada orang ramai jika ada sambutan di dataran, pada hari lain
kita tutup. Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah surau untuk kemudahan
pengunjung," katanya.

Selain itu, gabungan pembinaan menara jam, air pancut, hamparan dan padang hijau yang
luas menjadikan Dataran Bandaraya lokasi strategik untuk pelbagai aktiviti seperti
persembahan hiburan, sukan dan permainan serta ekspo.

Konsep dan reka bentuk dataran itu dihasilkan oleh arkitek tempatan yang menggabungkan
seni bina Islam serta warisan bangunan bersejarah yang terdapat di bandar raya ini iaitu
Bangunan Sultan Ibrahim dan Majlis Abu Bakar.
3.5 Fungsi dan Keadaan Bangunan Masa Kini

Fungsi masa kini


Di sekeliling Dataran Bandaraya Johor Bahru terdapat banyak restoran membuka untuk
menjalankan perniagaan. Oleh sebab, terdapat banyak orang menjalankan aktiviti
berhampiran di bangunan tersebut. Oleh itu, banyak restoran ditubuh dekat Dataran Badaraya
Johor Bahru. Contohnya steamboat.

Selepas makan steamboat, MrJocko sempat layan my kids bermain di padang Dataran JB.
Oleh kerana kami tak bawa basikal atau skuter sendiri, maka, kami sewa basikal elektrik di
Dataran JB ini dengan kadar sewa RM2 untuk 15 minit. Harga yang berpatutan.

Selain dari basikal elektrik, korang boleh sewa roller blade, skateboard, hoverboard dan
juga beberapa peralatan lain di sini dengan kadar sewa yang agak berpatutan. Kalau nak lebih
menarik, boleh sewa Segway yang lebih hebat dan pusing sekitar Dataran Bandaraya Johor
Bahru.

Keadaan masa kini


Dataran Bandaraya Johor Bahru telah menjalankan pengubahsuaian dan pembaikan pada masa kini.
Perbuatan ini untuk menarik pelancong pergi melancong bangunan tersebut dan meningkatkan meriah
suasan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
3.6 Langkah-langkah Memelihara dan Memulihara Bangunan

Bangunan bersejarah merupakan bangunan masa silam yang sangat berharga dan unil.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengekalkan bangunan dan monument tersebut.
Bangunan bersejarah ini perlu dipulihara supaya tidak mengalami kemusnahan. Oleh itu,
pelbagai usaha perlu diambil untuk memulihara bangunan bersejarah ini.

Kerajaan boleh menjadikan bangunan bersejarah sebagai mahkamah, pejabat atau pusat
pentadbiran sesebuah organisasi. Melalui langkah ini, bangunan bersejarah dapat berfungsi
dan tidak terbiar usang begitu sahaja. Secara tidak langsung, usaha ini dapat mengekalkan
struktur bangunan bersejarah agar tidak dirobohkan. Bangunan bersejarah juga wajar
dijadikan lokasi bagi upacara-upacara tertentu. Selain itu, bangunan besejarah juga dapat
diubah suai menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Pada masa yang
sama, seni bina bangunan dapat dijadikan bahan tontonan generasi masyarakat sekarang.

Kementerian Pelancongan harus memasukkan dalam pakej pelancongan dijadikan sebagai


tempat lawatan wajib bagi pelancong yan mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan.
Kawasan bangunan bersejarah perlu dijadikan sebagai destinasi pelancongan sebagai usaha
memulihara bangunan bersejarah. Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan
bangunan-bangunan bersejarah di negara kita, kerajaan juga turut bertindak untuk
memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada pelancong asing dari seluruh dunia
berkunjung ke Malaysia.

Seterusnya, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang


menyebabkan kerosakkan bangunan bersejarah bagi memastikan warisan ini sentiasa
terpelihara. Pihak kerajaan wajar menjalin kerjasama dengan pihak swasta atau Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi menjaga struktur binaan bangunan bersejarah
dan menjalankan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah.

Tegasnya, semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama bagi memulihara dan
mengekalkan bangunan bersejarah. Pemuliharaan bangunan bersejarah penting untuk tatapan
generasi akan datang selain menjadi warisan negara.
3.7 Rumusan

Saya amay bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tepat pada
masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,
pengajaran, iktibar dan nilai yang telah saya pelajari

Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan
bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia. Semasa menjalankan kajian ini,
saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Dataran Bandaraya Johor Bahru
ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Dataran Bandaraya Johor Bahru adalah
merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Johor Bahru hatta negara
Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut
mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon Johor Bahru.

Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu
tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat
pujian daripada luar negara.

Di sampung itu, kita perlulah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan berusaha
memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan bangsa.
Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunan-bangunan
bersejarah ini.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran , ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara
rakan-rakan semasa menjalankan dan meyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai
kerjasama telah membuat saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari
maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.
3.8 Sumber Rujukan

Internet
1) http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2016/06/contoh-jawapan-tugasan-sejarah-pt3-
2016.html
2) http://www.mrjocko.com/2016/01/menarik-di-dataran-johor-bahru.html

3)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=J
ohor&pg=wj_01.htm

4) http://baike.baidu.com/link?url=GcLeKYZnkbNkNJ6F2deqzsg3uva1JcVlfPWfp-4iF5PlH-
XczhGSqle1hFIBJACNyzkiv7ojDGoKaT3d89znja
5) http://www.percutianbajet.com/johor/tempat-menarik-di-johor-bahru
6) http://mypt3.com/bangunan-bersejarah-di-johor
7) http://www.caridestinasi.com/senarai-tempat-menarik-di-johor/

Orang Sumber
1) Nama:

Lawatan
1) Bangunan: Dataran Bandaraya Johor Bahru

Surat Khabar
1) Berita Harian 21 Ogos 09 , Edisi Johor

You might also like