You are on page 1of 11

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

JALAN SULTAN TENGAH SANTUBONG KUCHING


LOG KEPIMPINAN NPQEL AMBILAN 2/2017 / ( SWI )

Tarikh 03.08.2017
Masa 09:30 -10:00
Aktiviti Penyerahan Surat Lantikan Sebagai Pembimbing
Peserta Program Penandaarasan Kursus Kelayakan
Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)
Ambilan 2/2017
Organisasi SMK St Elizabeth, Sibu
Lokasi Km 3 Jalan Ulu Oya, Peti Surat 69, 96007 Sibu.
Catatan 1. Surat diserahkan kepada En Clement Chieng Sui
Kepimpinan Ung pengetua SMK St Elizabeth, Sibu
2. Pengetua memaklumkan akan mengambil
tindakan terhadap taklimat Pembimbing yang
akan diadakan di Sarikei pada 07.08.17.
3. Pengetua mengalukan kehadiran dan
menyatakan kesudian beliau menjadi
pembimbing kepada saya.
4. Pengetua menyatakan juga bahawa kekuatan
matapelajaran Kimia dan mencadangkan cikgu
Anna dapat mempelajari sesuatu dari Panitia
Kimia.
Refleksi/Rujukan Sesi berjumpa pengetua telah membolehkan saya
melihat kualiti Kepimpinan yang ada pada encik Clement
Chieng Sui Ung. Kualiti kepimpinan yang ada pada beliau
ialah seperti berikut :
1. Keterbukaan dalam menerima pandangan dari
pihak luar mentadbir SMK St Elizabeth. Beliau
sangat berharap dengan kehadiran saya sebagai
pemerhati akan dapat mengesan kekurangan

1
yang mungkin tidak dikesan oleh pihak sekolah.
Dengan maklum balas yang saya berikan kelak,
ianya akan membantu beliau mengambil langkah
yang patut untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kepimpinan beliau.
2. Beliau juga mempunyai pemikiran yang positif
dalam menerima kunjungan pihak luar. Beliau
tidak merasakan pihak yang berkunjung
kesekolahnya mempunyai niat yang ingin mencari
kelemahan dan kekurangan beliau. Beliau sangat
mengetahui objektif Program Penandaarasan oleh
yang demikian lantikan sekolah sebagai Sekolah
Penandaarasan telah diterima pihak SMK St
Elizabeth. Saya merasakan kualiti seorang
pemimpin yang berfikiran positif justeru
mempunyai sikap keterbukaan yang tinggi ada
pada encik Clement Chieng Sui Ung.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(ANNA SU SIEW LING ) (CLEMENT CHIENG SUI UNG )


Peserta NPQEL SW1 Pengetua,
SMK St Elizabeth, Sibu.

2
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
JALAN SULTAN TENGAH SANTUBONG KUCHING
LOG KEPIMPINAN NPQEL AMBILAN 2/2017 / ( SWI )

Tarikh 04.08.2017
Masa 06:30 -13:30
Aktiviti Dialog Prestasi Kima dan Biologi
Organisasi SMK St Elizabeth, Sibu
Lokasi Km 3 Jalan Ulu Oya, Peti Surat 69, 96007 Sibu.
Catatan Dialog Pretasi Tuan Pengetua bersama Ketua
Kepimpinan Panitia Kimia dan Biologi yang turut mengajar kelas 5A
dan 5B walaupun hanya memakan masa 20 minit tetapi
semasa mengendalikan dialog, beliau bertindak sebagai
penetap sasaran. Beliau jelas dengan sasaran yang perlu
dicapai dan yakin kemampuan setiap murid mencapai
tahap yang ditetapkan. Fokus utama beliau ialah
memastikan guru mempunyai ekspektasi dan berusaha
mencapai sasaran yang beliau tetapkan.
Beliau juga menumpukan perhatian kepada
kemajuan dan menambah baik proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah yang melibatkan guru dan murid
khasnya.
Tuan Pengetua juga mendengar harapan dan
sasaran kedua orang guru terhadap setiap murid kelas
5A dan 5B. Pengetua menyatakan pendirian tegas beliau
memastikan setiap murid serius dalam meningkatkan
prestasi akademik. Murid yang belum menunjukkan
kesungguhan diminta untuk dihantar berjumpa dengan
Pengetua sebaik sahaja selesai dialog.
Refleksi/Rujukan Pengetua telah mempamerkan gaya kepimpinan
instruksional. Beliau mendengar dengan teliti sasaran
kedua-dua guru sebelum menambahbaik apa yang telah

3
ditetapkan. Beliau sangat mengetahui perkembangan
dan prestasi akademik setiap murid 5A dan 5B kerana
beliau mempunyai catatan rekod markah. Rekod markah
setiap pelajar dikemaskini dengan kemas dan teliti oleh
beliau sendiri. Justeru itu, beliau tidak sangat yakin dalam
meletakkan sasaran terhadap setiap murid.
Pengetua juga mendorong dan memotivasikan guru
agar yakin dan percaya kemampuan murid mencapai
sasaran. Pengetua mengatakan beliau yakin kedua guru
mempunyai kepakaran dan kemahiran tinggi mengajar
semua murid dan mendorong guru agar mempercayai
kebolehan yang dimiliki melakukan yang terbaik.
Sebagai pengetua berkepimpinan instruksional
beliau sememangya mengetahui perkembangan dan
kemajuan pembelajaran murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(ANNA SU SIEW LING ) (CLEMENT CHIENG SUI UNG )


Peserta NPQEL SW1 Pengetua,
SMK St Elizabeth, Sibu.

4
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
JALAN SULTAN TENGAH SANTUBONG KUCHING
LOG KEPIMPINAN NPQEL AMBILAN 2/2017 / ( SW1 )

Tarikh 08.08.2017
Masa 06:30 14:30
Aktiviti Taklimat Sesi Petang
Organisasi SMK St Elizabeth, Sibu
Lokasi Km 3 Jalan Ulu Oya, Peti Surat 69, 96007 Sibu.
Catatan Taklimat dimulakan dan ditamatkan dengan masa yang
Kepimpinan tepat, semua guru yang hadir mengambil catatan.
Sepanjang taklimat 20 minit itu, beliau menonjolkan ciri-
ciri luar biasa seorang pemimpin mengikut teori Great
Man Max Weber (1924-1947). Beliau mempunyai
keyakinan tinggi, objektif yang jelas dan mempunyai daya
pengaruh luar biasa. Sebelum memulakan taklimat beliau
amat peka keberadaan semua guru. Kesannya, semua
guru mencatat apa yang disampaikan dan memberi
perhatian apa yang hendak disampaikan.
Pengetua mempunyai tujuan dan maktlamat yang
Refleksi/Rujukan sangat jelas dan tahu apa yang beliau mahu. Sebagai
seorang pemimpin, ciri ini mesti ada untuk membolehkan
orang bawahannya, tidak membuang masa dalam
taklimat beliau amat menepati masa dan bercakap
dengan tegas, menyampaikan matlamat yang penting
dengan jelas, cepat dan padat.

Pengetua menggunakan pendekatan delegating


kerana memberi tugas kepada kepada semua guru
kanan dan Ketua Panitia memastikan semakan buku
latihan dijalankan.

5
Pengetua mempamerkan gaya kepimpinan
instruksional khususnya berkaitan dengan kandungan
Silibus Kelas Peralihan.
Pengetua mempamerkan ciri kepimpinan autokratik
di mana beliau tidak memberi peluang kepada para guru
untuk mempersoalkan arahan beliau mewujudkan satu
set modul untuk tingkatan peralihan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(ANNA SU SIEW LING) (CLEMENT CHIENG SUI UNG)


Peserta NPQEL SW1 Pengetua,
SMK St Elizabeth, Sibu.

6
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
JALAN SULTAN TENGAH SANTUBONG KUCHING
LOG KEPIMPINAN NPQEL AMBILAN 2/2017 / ( SW1 )

Tarikh 11.08.2017
Masa 06:30 14:30
Aktiviti Mesyuarat Pengurusan
Organisasi SMK St Elizabeth, Sibu
Lokasi Km 3 Jalan Ulu Oya, Peti Surat 69, 96007 Sibu.
Catatan Menghadiri Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran bil
Kepimpinan 14/2017. Perkara yang telah diputuskan adalah seperti
berikut :
1. Pengetua mengarahkan semua ketua panitia
memastikan mesyuarat panitia adalah sekurang-
kurangnya 4 kali setahun.
2. Ketua bidang mengambil tindakan kepada
Matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris Tingkatan Peralihan mempunyai Modul
terbaik untuk digunakan dalam masa 2 bulan.
3. Ketua Bidang juga perlu mengambil tindakan
terhadap semakan buku latihan yang. Pengetua
masih belum berpuashati dengan penyemakan
buku latihan.
4. 4 minggu terakhir selepas peperiksaan percubaan
2 PT3 dan SPM sangat kritikal dan pengetua
mengingatkan agar mesyuarat panitia perlu
membincangkan pengisian 4 minggu itu. Soalan
yang dikeluarkan mesti soalan-soalan yang
terbaik.
5. Pihak Old Girls juga telah mencadangkan kepada
pengetua untuk mempromosikan Skills Learning
Programs kepada murid.

7
6. Dialog Prestasi Tingkatan 5 sudah selesai
dijalankan, pengetua menyatakan harapan dan
prospek SPM 2017 bahawa GPS sekolah masih
kekal dibawah 3.00 dan beliau menyatakan juga
agar semua pihak berusaha mengekalkan GPS
2.8.
7. Final Projection sasaran SPM 2017 akan
ditentukan selepas percubaan 2.
8. Pengetua menyatakan dasar beliau terhadap
kekerapan kelas tambahan adalah fleksibel dan
menyerahkan kepada guru untuk menentukan
kekerapan, beliau hanya ingin melihat sasaran
tercapai.
9. Pengetua menyatakan keperluan PK HEM dan PK
Petang memperkemaskan kawalan lalulintas dan
guru bertugas di pagar sekolah.
Ini merupakan mesyuarat kedua yang dipengerusikan
Refleksi/Rujukan oleh Encik Clement telah saya hadiri. Pemerhatian saya
terhadap gaya kepimpinan dalam sebuah mesyuarat
beliau adalah seperti berikut :
1. Pengetua mempamerkan kepimpinan melalui
teladan di mana beliau datang tepat pada
masanya untuk setiap sesi taklimat dan
mesyuarat. Beliau memulakan serta-merta
dengan mengikut protokol mesyuarat yang betul,
ini tidak membazirkan masa semua yang hadir.
2. Beliau mempamerkan gaya kepimpinan situasi di
mana beliau memberikan pandangan peribadinya
tentang gambaran sasaran beliau kepada murid-
murid SPM kohort tahun ini.
3. Beliau juga mempamerkan gaya kepimpinan
demokratik dengan menyatakan beliau fleksibel
dengan kekerapan kelas tambahan setiap guru.

8
Beliau menyerahkan kepada guru sepenuhnya
untuk menentukan kekerapan kelas tambahanan.
4. Pengetua telah mempamerkan ciri kepimpinan
autokratik di mana beliau tidak memberi peluang
kepada guru untuk memberi maklum balas
terhadap ketetapan beliau mengarahkan semua
guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
mewujudkan satu set Modul. Begitu juga dengan
perkara yang berkaitan dengan penyemakan buku
latihan dan kawalan lalulintas, beliau tegas
dengan penetapan arahan ketua bidang agar
menyemak kualiti semakan buku latihan oleh guru.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(ANNA SU SIEW LING) (CLEMENT CHIENG SUI UNG)


Peserta NPQEL SW1 Pengetua,
SMK St Elizabeth, Sibu.

9
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
JALAN SULTAN TENGAH SANTUBONG KUCHING
LOG KEPIMPINAN NPQEL AMBILAN 2/2017 / ( SW1 )

Tarikh 14.08.2017
Masa 06:30 14:30
Aktiviti Taklimat Pagi dan Taklimat Sesi Petang
Organisasi SMK St Elizabeth, Sibu
Lokasi Km 3 Jalan Ulu Oya, Peti Surat 69, 96007 Sibu.
Catatan Semasa mengendalikan kedua-dua taklimat, saya
Kepimpinan mendapati pengetua mempunyai keupayaan seseorang
pemimpin menjangkakan keperluan sekolah dalam
mengekalkan prestasi yang cemerlang. Pengetua juga
telah mempamerkan pemikiran yang melangkaui
pengalaman lepas dan masa kini dengan mengambil kira
pengaruh persekitaran dalam memastikan kualiti
pengajaran guru adalah di tahap yang tinggi. Justeru itu
beliau berkebolehan mengeluarkan arahan dan
ketetapan apa yang perlu dilakukan, apa yang perlu
ditingkatkan dan siapa yang perlu bertindak.

Ini merupakan mesyuarat ketiga yang dipengerusikan


Refleksi/Rujukan oleh Encik Clement telah saya hadiri. Pemerhatian saya
terhadap gaya kepimpinan beliau adalah seperti berikut :
1. Pengetua mempamerkan gaya kepimpinan yang
tegas dan jelas khususnya berkaitan dengan
Modul, penyemakan buku latihan, penulisan esei,
mesyuarat panitia dan program intervensi PT3 dan
SPM.
2. Pengetua juga bertindak sebagai penyeliaan
secara kolaboratif dalam membimbing dan

10
menambahbaikan setiap hasil kerja dengan
memberi komen yang membina..
3. Pengetua juga mengamalkan gaya
kepemimpinan berorientasikan pencapaian
(Achievement Oriented Leadership) iaitu merujuk
kepada tingkah laku pemimpin yang menyediakan
matlamat yang mencari kemajuan pencapaian,
mengutamakan kecemerlangan.
4. Pengetua mengamalkan stail kepemimpinan
mengarah (Directive Leadership) iaitu merujuk
kepada tingkah laku pemimpin yang menjelaskan
kehendak, memberikan arahan, tepat dan
mengarah orang bawahan mengikut peraturan
dan prosedur.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(ANNA SU SIEW LING) (CLEMENT CHIENG SUI UNG)


Peserta NPQEL SW1 Pengetua,
SMK St Elizabeth, Sibu.

11

You might also like