You are on page 1of 5

Tajuk : Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Malayan Union,factor-faktor kebangitan masyarakat

tempatan menentangnya . Di samping itu,memberikan sebab-sebab penerimaan pentadbiran


baru,iaitu Persekutuan Tanah Melayu .

1) Pendahuluan : Jelaskan sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union .


Sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union ialah sebagai persediaan kepada
Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahn sendiri.

British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos. Sebelum Perang
Dunia Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-
Negeri Selat(NNS),Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu(NNMTB) .Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyenbabkan
pembangunanekonomi di setiap negeri tidak seimbang.
Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan
pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan
Union . Justeru , British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan
ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut .Di samping itu, British dapat menjamin penguasaan
yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu selain mengurangkan kuasa politik
orang Melayu.

2. Jelaskan Ciri-ciri MU dan Sebab-sebab masyarakat tempatan menentang.

Perjanjian MU 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit
pentadbiran . Antara syarat utama Perjanjian MU ialah semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu serta dua daripada negeri Selat disatukan . seterusnya , Baginda Ratu
England akan melantik seorang Gabenor British untuk mengetuai MU . Singapura diasingkan
kerana mempunyai kepentingan sebagai pelabuhan bebas . Asas kerakyatan MU ialah
kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli . Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-
raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat orang melayu .
Seorang pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir . Majlis
Eksekutif dan Majlis Undangan MU dibentuk .

Penubuhan MU adalah sebagai suatu usaha untuk mewujudkan sebuah kesatuan yang
dikuasai oleh sebuah pemerintah yang kuat . Pentadbiran MU adalah terus kepada Parlimen
British di London san tidak tertakluk kepada Singapura lagu seperti sebelumnya . Konsep
penatdbiran baru in9i telah menolak tradisi dan sistem politik orang melayu . Akhirnya , kerajaan
MU telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di Kings House
( Carcosa Sri Negera ) , KL . Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor pertam kerajaan
MU . Dengan pengisytiharan tersebut , secara rasminya MU telah menggantikan Pentadbiran
Tentera British BMA yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September 1945.

Orang melayu telah menunjukkan pelbagai reaksi terhadap penentangan MU . Selepas Perang
Dunia Kedua , orang Melyu menganggap tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan
politik di Tanah Melayu . Orang Melayu pada prinsipnya menentang penghakisan kuasa
Raja-raja Melayu dalam MU , iaitu Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu
tanpa sebarang kuasa . Raja-raja juga kehilangan takhta dan kredibiliti mereka sebagai
kuasa orangMelayu walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam , tetapi zakat
fitrah sipungut di bawah nama Gabenor MU . Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan
sultan .
Oleh yang demikian , orang Melayu bimbang agama islam akan tercabar .
Orang melayu juga menentang pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang
atau orang luar . Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang melayu
sebagai penduduk peribumi . Jumlah orang Melayu juga akan menjadi kecil dengan kemasukan
orang dagang ini . orang melyu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah
dibina oleh kerjaaan melayu
sperti zaman Kesultanan Melayu Melaka . Mereka beranggapan bahawa pengenalan MU akan
menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut . lantaran itu , kebanyakn orang
Melayu telah keluar menentang MU .

3) Huraikan pembentukan PTM 1948.


British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12
orang ahli.Mereka mengadakan mesyuarat di Kings House , Kuala Lumpur. Pada dasarnya,ada
lima tuntutan orang melayu iaitu Raja-Raja Melayu menolak semua prinsip dan struktur
Malayan Union.Selain itu,mereka juga menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Mereka juga menolak kerakyatan terbuka Malyan Union dan
meminta dasr perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang melayu
dipulihkan.Mereka juga menuntu supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri
Melayu diakui semula.
Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu pimpinan
Dr.Burhanuddin al-Helmy .Mereka berpendapat Jawatankuasa eksekutif itu tidak mewakili
semua pihak kerana tidak disertai oleh seorang perwakilan oaring dagang.Mareka menuntut
konsep sebuah republic dan kemerdekaan penuh . Majlis Tindakan Bbersama Seluruh Malaya
atau All Malayan Council of Joint Action(AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA) telah
ditubuhkan pada awal tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO .
Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik , demonstrasi dan
mogok . Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan , iaitu Perlembagaan Rakyat
.Untuk berlaku adil, British telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi
mendapatkan pendapat mereka dalam menyediakan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 .
4. Berdasarkan tindakan pemimpin tempatan menentang MU . Jelaskan langkah yang akan
anda ambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarkat berbilang kaum .
Menyelesaikan masalah ini akan mejadi mudah apabalia masyarakat bersatu padu .
Masyarakat yang berbilang kaum bukanlah menjadi satu bebanan bagi sesebuah negara untuk
menentang MU . Bantahan dapat dilaksanakan secara berterusan melalui akhbar-akhbar di
negara kita . Zaman ini , ramai masyarakat yang membaca surat khabar . Oleh yang demikian ,
lebih mudah untuk mempengaruhi minda mereka dan lebih senag menyampaikan sesuatu
berita . seterusnya ialah , mengadakan demonstrasi secara aman . Demonstrasi dapat
mengeratkan hubungan apabila semua masyarakat berhimpun dan mempunyai satu matlamat
yang sama . Seterusnya , Raja-raja Melayu perlu berkumpul dan menyatakan keperluan
mereka dengan berhati-berhati . Menghidupkan persatuan-persatuan untuk menentang MU .
Apabila wujudnya , persatuan tidak perlulah wujudnya pemberontakan dan pembangkang . ini
akan menyulitkan proses penentangan MU . Ahli dan penyokong mestilah berdiri bersama
untuk menyatukan matlamat .
5) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kerjasama antara kaum kepada
kesejahteraan negara Malaysia.
Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah
dapat melindungi negara daripada ancaman kuasa luar . Negara yang mempunyai masyarakat
yang berkerjasama antara satu sama lain dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin
menakluk negara kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling
berkerjasama dalam menjamin kedaulatan negara.
Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan .
Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan
negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada
masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.
Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing
kerana kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang
berminat untuk menguasai negara akan membatalkan niat mereka kerana takut dengan
semangat rakyatnya dalam mengekalkan keamanan negara.
Di samping itu,ekonomi negara juga akan meningkat . para pelabur asingtidak akan
berasa was-was untuk melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman dan bersih dari
segala masalah . Pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang
aman dan makmur .
Oleh yang demikian , kerjasama antara kaum dapat memudahkan Malaysia menuntut
hak sebagai warganegara . Contohnya , hak keistimewaan dalam memilih calon pemimpin
untuk mentadbir negara dan sebagainya .

6. Bincangkan langkah yang perlu diamalkan untuk membentuk konsep rakyat didahulukan ,
pencapaian diutamakan .
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang
paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia
wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah
perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk
mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri
daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan
saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi
tunjang kekuatan sesebuah negara.Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti
kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku
tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara.
Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu
memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial,
politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu
masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum
terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara.
Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.
Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,
maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan
banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini,
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep 1
Malaysia. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep rakyat didahulukan, pencapaian
diutamakan memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara.
Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-
masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi
saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan
risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri
pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-
sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet.
Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.

Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang
sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa
dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54
tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

7) Apakah nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan
permuafakatan dalam kehidupan.

Antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan
amalan permuafakatan dalam kehidupan ialah keamanan negara dapat dijamin dengan
wujudnya masyarakat yang bersatu padu . Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan
melahirkan negara yang aman,tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan
kesejahteraan negara tergugat.
Selain itu , amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara satu sama lain hasil
daripada kehidupan berteraskan permuafakatan dalam kehidupan . Masyarakat yang
berkerjasama dapat membantu negara mempertingkat mutu perpaduan rakyat yang dapat
mewujudkan negara yang aman dan makmur .
Seterusnya , masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat dilahirkan . Melalui
permuafakatan yang wujud dalam masyarakat , kesedaran tentang semangat cinta akan negara
sedikit demi sedikit akan wujud . Kita perlulah bersemangat patriotik demi menjamin kedaulatan
negara.
Di samping itu , kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar
tiada masalah persilisihan faham . Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan segala
urusan yang dijalankan di dalam negar berjalan lancer.
Justeru , kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan
negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara masyarakat
Malaysia.

8. Pengetahuan yang diperoleh , iktibar kepada diri , bangsa serta harapan untuk masa depan
Malaysia yang lebih cemerlang .
iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah masyarakat Perlu
bertegas dalam menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat
malaysia yang berbilang kaum . Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
. Berhati-hati dengan tindakan orang asing . Pentingnya pemimpin berwibawa untuk
memerintah negara kita .
pengenalanMU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan
penjajahan mutlak terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah
selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang British . Rentetan daripada
penyatuan tersebut , Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk
menentang niat jahat British tersebut . Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO dan
orang melayu pada keseluruhannya telah menyebabkan British mula berle,but dan memulakan
rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian Persekutuan 1948 telah
membolehkan Persekutuan Tanah Melyu dibentuk 1 Febuari 1948 .Perjanjian tersebut telah
memperkenalkan semula dasar kuasa british sebelum tahun 1941 .

You might also like