You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, Tel : 07-4323271


KM. 7.75, Jalan Kluang, 07-4323275
83009 BATU PAHAT, Fax : 07-4343687
JOHOR DARUL TAZIM Web : www.iptho.edu.my

Ruj. Kami : IPGKTHO: 800:1/5/4/Jld 2( 23 )


Tarikh : 18 Mei 2017
_____________________________

_____________________________

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KALI KELAPAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Pengarah dan seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus
Tun Hussein Onn mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan/puan yang telah berjaya
menamatkan pengajian dan akan menerima ijazah/diploma pada majlis konvokesyen yang akan
diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27 hingga 30 Ogos 2017


Tempat : Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Serdang, Selangor
(Jadual taklimat, pendaftaran dan sidang konvokesyen sila rujuk portal konvokesyen IPGM).

3. Sehubungan itu, pihak IPG Kampus Tun Hussein Onn dengan berbesar hati menjemput
dan mempersilakan tuan/puan ke majlis konvokesyen tersebut.

4. Tuan/puan diwajibkan membuat daftar kehadiran graduan pada Portal Konvokesyen,


http://konvo.ipg.edu.my/2017 bermula pada 18 Mei hingga 6 Ogos 2017. Sila muat turun
borang-borang yang berkaitan serta semak jadual taklimat, pendaftaran dan sidang masing-
masing.

5. Bayaran Konvokesyen bagi pelajar yang hadir sebanyak Dua Ratus Lima Puluh
Ringgit Malaysia (RM250), manakala bagi yang tidak hadir sebanyak Seratus Ringgit
Malaysia (RM100). Bayaran tersebut hendaklah dibuat melalui kiriman wang (money order)
sahaja atas nama PENGARAH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN. Kiriman wang ini
hendaklah diserahkan/diposkan bersama borang Maklumat Graduan (Lampiran 4) yang
berkaitan ke institut ini (u.p JHEP) sebelum atau pada 6 Ogos 2017. Bayaran secara tunai
adalah tidak dibenarkan.
Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn mengalu-alukan kehadiran tuan/puan
ke majlis Konvokesyen berkenaan.

Sekian, terima kasih.

SEHATI SEJIWA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( HASSAN BIN PARDI )


Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussein Onn.

S.K.: 1. Ketua Jabatan HEP IPG KTHO


2. Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan IPGKTHO
3. Penyelaras Program PISMP/PPG/KDPM IPG KTHO
4. Fail Konvokesyen
LAMPIRAN A

JADUAL BAYARAN KONVOKESYEN BAGI IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

Berikut adalah perincian bayaran yang perlu di buat oleh PELAJAR YANG MENGHADIRI
MAJLIS KONVOKESYEN tersebut.

BIL PROGRAM BAYARAN BAYARAN CATATAN


(HADIR) (TIDAK HADIR)
1 Yuran Konvo KDPM RM250.00 RM100.00
2 Yuran Konvo PISMP RM250.00 RM100.00

* Tertakluk kepada perubahan.

PERINGATAN :

1. Bayaran di atas hendaklah dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang money order
kepada PENGARAH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN.
2. Sila lengkapkan borang MAKLUMAT GRADUAN (Lampiran 4) dan hantarkan bersama
money order ke IPGKTHO sebelum 6 OGOS 2017.
3. Sebarang pertanyaan sila rujuk :
Ustazah Hjh Pauziah binti Omar (SU Konvo) 0127492677,
En. Hisham bin Abd. Wahab (PP JHEP) 019-7449810
4. Contoh Money Order :

Kepada
Kepada: :PENGARAH
PENGARAHIPG
Tuliskan alamat,
IPG KAMPUS TUN tujuan kiriman dan
HUSSEIN ONN no. telefon untuk
rujukan IPG.
LAMPIRAN A

BORANG PENYERTAAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KELAPAN

........................................................................
........................................................................
........................................................................
........................................................................
Tel:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
KM. 7.75, JALAN KLUANG
83009 BATU PAHAT
JOHOR DARUL TAZIM.
(U.P.: JABATAN HAL EHWAL PELAJAR)

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KALI KELAPAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Merujuk kepada perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa saya
akan hadir / tidak hadir * ke majlis tersebut

Nama :
Opsyen : .
Ambilan : .

2. Bersama-sama ini disertakan Kiriman Wang/Money Order berjumlah *RM250.00 bernombor


. untuk bayaran pengurusan Majlis Konvokesyen bagi yang hadir dan
*RM100.00 bernombor bagi yang tidak dapat hadir Majlis Konvokesyen.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( )

PERINGATAN :
*Sila potong yang tidak berkenaan
- Sila kembalikan surat penerimaan jemputan yang lengkap diisi sebelum atau pada 6 Ogos2017
- Pembayaran hendaklah dibuat melalui Kiriman Wang/Money Order atas nama: PENGARAH IPG KAMPUS
TUN HUSSEIN ONN.
-Kiriman Wang/Money order, Borang Penyertaan dan Maklumat Graduan hendaklah dihantar ke JHEP,
IPGKTHO

You might also like