You are on page 1of 16

1

1 Pernyataan yang berikut menerangkan pelbagai bentuk tenaga.


Abjad Pernyataan
A Tenaga yang digunakan untuk mengeringkan pakaian basah.
B Tenaga yang diperoleh daripada makanan.
C Tenaga yang dihasilkan daripada getaran.
D Tenaga yang dimiliki oleh objek yang bergerak.

Padankan abjad A, B, C dan D dengan bentuk tenaga yang betul.


Bentuk tenaga Tenaga kinetik Tenaga kimia Tenaga bunyi Tenaga haba
Abjad D B C A
[4 markah]

2 Tumbuhan dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan
tidak berbunga. Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis tumbuhan berbunga. Dalam jadual
di bawah, tandakan (), sama ada tumbuhan tersebut adalah monokotiledon atau dikotiledon.
Tumbuhan Monokotiledon Dikotiledon
(a)


(b)

(c)

(d)

[4 markah]

2
3 Rajah 1 menunjukkan sistem pencernaan manusia.

Rajah 1
(a) Berdasarkan Rajah 1, susun huruf mengikut urutan yang betul untuk menunjukkan
pergerakan makanan melalui sistem pencernaan.

Q U V T
[2 markah]

(b) Padankan kelas makanan dengan sampel makanan yang betul.

(i) Lemak, protein, mineral Epal

Roti
(ii) Vitamin, serat
Susu
[2 markah]

4 (a) Gariskan jawapan yang betul tentang penyulingan berperingkat petroleum.

(i) Penyulingan berperingkat dapat dijalankan kerana hidrokarbon dalam petroleum


mempunyai takat didih yang (sama / berbeza).

(ii) Hidrokarbon dengan takat didih yang (terendah / tertinggi) akan disuling terlebih dahulu.
[2 markah]

(b) Tandakan () pada ciri-ciri yang betul bagi pecahan pertama yang diperoleh daripada
penyulingan berperingkat petroleum di dalam makmal.
Pecahan Ciri-ciri Tandakan ()
Terbakar dengan nyalaan biru
Pecahan pertama Terbakar dengan nyalaan kuning
Cecair tidak berwarna
Takat didih: 90oC 120oC
Cecair kuning
[2 markah]

3
5 (a) Isikan tempat kosong dengan perkataan yang betul.
penyingkiran
Perkumuhan adalah proses ................................... badan
bahan buangan daripada ..........................
[2 markah]

(b) (i) Rajah 2 menunjukkan dua organ yang terlibat dalam proses perkumuhan.

Rajah 2
Tuliskan nama organ P dan Q.
P kulit Q peparu
[2 markah]

(ii) Banding dan bezakan hasil perkumuhan bagi organ P dan Q.

- Kedua-duanya adalah bahan yang tidak diperlukan oleh badan.

- Hasil perkumuhan P ialah garam mineral dan urea manakala hasil perkumuhan
Q ialah karbon dioksida dan air.

[2 markah]

6 (a) Rajah 3.1 menunjukkan segelas minuman berkarbonat.

pepejal

gas

Rajah 3.1
(i) Namakan keadaan jirim yang diwakili oleh P dan Q dalam ruang jawapan yang
disediakan dalam Rajah 3.1.
[2 markah]

4
(ii) Rajah 3.2 menunjukkan suatu aktiviti yang dijalankan oleh Razin untuk mengkaji sifat
jirim minuman itu. Dia memindahkan minuman berkarbonat dari gelas ke dalam botol.

Rajah 3.2

Nyatakan dua sifat minuman itu berdasarkan aktiviti yang dijalankan.


- Mengikut bentuk bekas

- Mempunyai isipadu tetap.

[2 markah]

(b)

Rajah 3.3

Mimi meniup sebiji belon dan ikat belon seperti dalam Rajah 3.3. Belon yang diisi dengan
udara dibiarkan untuk beberapa hari. Belon itu menjadi semakin kecil dari masa ke masa.
Apakah yang dapat anda simpulkan daripada aktiviti itu?
- Gas terdiri daripada zarah-zarah

- Sebahagian zarah-zarah terlepas melalui liang-liang seni pada dinding


belon secara resapan.

[2 markah]

5
7 (a) Komponen-komponen elektrik diwakili oleh simbol-simbol yang tertentu untuk menjadikannya
mudah untuk melukis rajah litar elektrik. Rajah 4.1 menunjukkan dua simbol komponen
elektrik.

X: mentol Y: suis

Rajah 4.1
(i) Namakan simbol X dan Y dalam Rajah 4.1
[2 markah]

(ii) Nyatakan fungsi Y dalam suatu litar elektrik.


Untuk menyambungkan dan memutuskan litar
[1 markah]

(b) Ahmad menyambungkan tiga biji mentol yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
4.2.

Rajah 4.2

Selepas menyambungkan kesemua mentol dalam litar itu, satu mentol telah terbakar.
Apakah yang akan berlaku kepada mentol-mentol yang lain? Terangkan jawapan anda.
- Jika satu mentol terbakar, mentol-mentol yang lain tidak akan menyala.

- Kerana arus elektrik tidak dapat mengalir melalui litar yang tidak lengkap.

[2 markah]

(c) Ramalkan kesan ke atas suatu litar jika lebih banyak bateri disambungkan secara bersiri.
Arus dalam litar itu meningkat.
[1 markah]

6
8 (a) Penjanaan elektrik ialah proses menukarkan beberapa bentuk tenaga kepada elektrik. Rajah
5 menunjukkan penjana hidroelektrik.

Rajah 5

(i) Tuliskan perubahan tenaga yang berlaku dalam sistem jana kuasa hidroelektrik itu.
Tenaga keupayaan Tenaga kinetik Tenaga elektrik
[2 markah]

(ii) Nyatakan dua kelebihan menggunakan penjana hidroelektrik.


- Sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

- Tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar.

[2 markah]

(b) Cadangkan satu jenis penjana kuasa elektrik lain yang sesuai dan dapat digunakan untuk
membekalkan tenaga elektrik ke pekan-pekan kecil dan kampung-kampung yang sangat
jauh dari stesen jana kuasa hidroelektrik.
Penjana elektrik diesel
[1 markah]

(c) Nyatakan satu sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui serta digunakan untuk
menjana tenaga elektrik di Malaysia.
Matahari // Air // Angin
[1 markah]

9 (a) Syafiq dan Khairil membawa pasukan mereka untuk bertanding dalam acara tarik tali di
padang sekolah mereka. Kedua-dua pasukan mengenakan jumlah daya yang sama apabila
pusingan pertama bermula seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1

7
Ramalkan arah pergerakan reben yang akan bergerak apabila pertandingan bermula.
Terangkan jawapan anda.
- Reben kekal pada X.

- Daya yang dikenakan oleh kedua-dua pasukan adalah sama.

[2 markah]

(b) Dalam pusingan kedua, pasukan yang menang berjaya menarik pasukan lawan mereka
sejauh 0.75 meter seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2
(i) Pasukan yang manakah menang?
Pasukan Khairil
[1 markah]

(ii) Kirakan kerja yang dilakukan oleh pasukan yang menang.

Kerja = daya X jarak

= 1200 X 0.75

= 900 Nm

[2 markah]

(iii) Jika acara sukan ini diadakan di pantai yang berpasir, adakah kerja yang dilakukan
berbeza, sekiranya jumlah daya yang sama dikenakan oleh pasukan yang menang?
Terangkan jawapan anda.
- Jarak akan berbeza.

- Pasukan yang kalah bergerak pada jarak yang lebih pendek.

- Daya geseran yang dialami oleh pasukan yang kalah adalah lebih besar di
pantai yang berpasir.

[3 markah]

8
10 Rajah 7 menunjukkan sikat plastik yang digosok dengan kain bulu beberapa ketika.

Rajah 7
(a) (i) Apakah yang akan berlaku apabila sikat plastik itu diletakkan berhampiran dengan
rambut yang kering?
Rambut akan tertarik kea rah sikat itu.

[1 markah]

(ii) Berikan inferens bagi jawapan anda di 10(a)(i).


- Sikat plastic itu telah dicas melalui geseran.

- Sikat yang bercas mampu untuk menarik rambut yang tidak bercas.

[2 markah]

(b) Jika kain bulu bercas positif selepas digosokkannya dengan sikat plastik, apakah cas yang
dihasilkan pada sikat itu?
Cas negatif
[1 markah]

(c) (i) Namakan alatan yang boleh digunakan untuk mengesan cas pada sikat plastik selepas
digosok.
Elektroskop
[1 markah]
(ii) Terangkan bagaimanakah alatan yang dinyatakan di 10(c)(i) berfungsi.

Kerajang emas mencapah apabila sikat plastic yang bercas dibawa dekat
dengan kepingan logamnya.

[1 markah]

(d) Mengapakah bilah kipas elektrik kebiasaannya disaluti dengan habuk walaupun kipas itu
berputar dengan cepat?
- Geseran antara bilah kipas dengan udara menghasilkan cas elektrostatik.

- Cas-cas ini menarik habuk dalam udara melekat pada bilah kipas.
[2 markah]

9
11 Jadual 1 menunjukkan perbandingan di antara udara sedutan dan udara hembusan.
Kandungan
Komponen udara
Udara sedutan Udara hembusan
Nitrogen 78.0 % 78.0 %
Oksigen 21.0 % 16.0 %
Karbon dioksida 0.03 % 4.0 %
Gas nadir 0.97 % 0.97 %
Wap air Kurang Lebih banyak
Haba Kurang Lebih banyak
Jadual 1
(a) (i) Berdasarkan Jadual 1, nyatakan dua persamaan di antara udara sedutan dan udara
hembusan.
- Kandungan gas nitrogen adalah sama.

- Kandungan gas nadir adalah sama.

[2 markah]

(ii) Nyatakan satu perbezaan dari segi kandungan karbon dioksida di antara udara
sedutan dan udara hembusan.

Udara hembusan mengandungi lebih banyak karbon dioksida iaitu 4.0%


daripada udara sedutan (0.03%)

[1 markah]

(b) Nyatakan pemerhatian yang diperoleh apabila ujian-ujian berikut diuji dengan
menggunakan gas oksigen.
(i) Kayu uji bernyala
Kayu uji menyala lebih terang.

(ii) Kertas litmus biru lembap


Tiada perubahan pada warna kertas litmus.

(iii) Air kapur


Air kapur kekal jernih.

[3 markah]

(c) Rajah 8 menunjukkan satu aktiviti untuk mengkaji kehadiran mikroorganisma dalam udara.

Rajah 8

10
Berdasarkan Rajah 8, terangkan pemerhatian yang diperoleh ke atas agar nutrien dalam
kedua-dua piring petri selepas tiga hari.
- Tiada koloni mikroorganisma dilihat pada piring petri yang ditutup.

- Tombok-tombok berwarna (koloni mikroorganisma) dijumpai pada agar


nutrien yang tidak ditutup.

[2 markah]

(d) Terangkan tentang proses respirasi sel.


- Sel respirasi adalah pengoksidaan glukosa oleh oksigen dalam sel

- untuk menghasilkan karbon dioksida, tenaga dan wap air.

[2 markah]

12 (a) Rajah 9 menunjukkan dua jenis pendebungaan.

Rajah 9
(i) Berdasarkan Rajah 9, terangkan pendebungaan U dan V.
Pendebungaan U:
- Pendebungaan sendiri

- Pemindahan butir debunga daripada anter ke stigma pada bunga yang


sama atau bunga yang berlainan tetapi daripada pokok yang sama.

[2 markah]
Pendebungaan V:

- Pendebungaan kacuk

- Pemindahan butir debunga daripada anter ke stigma bunga yang


berlainan daripada tumbuhan berlainan dan spesies yang sama.

[2 markah]

11
(ii) Agen pendebungaan termasuklah organisma atau media yang memindahkan butir
debunga daripada anter ke stigma. Bandingkan dua ciri bunga yang didebungakan
oleh serangga dan bunga yang didebungakan oleh angin.
- Serangga
(saiz bunga besar // warna terang // berbau // mempunyai filamen pendek //
mempunyai nektar // butir debunga kurang, besar, kasar, melekit)
- Angin
(saiz bunga kecil // warna pudar @ kusam // tidak berbau // filamen panjang //
tidak mempunyai nektar // butir debunga banyak, kecil, licin, ringan)
[2 markah]

(iii) Pendebungaan kacuk mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Wajarkan kebaikan


pendebungaan kacuk berbanding pendebungaan sendiri.
- Pendebungaan kacuk menghasilkan biji benih dengan berbeza kualiti.

- Kualiti biji benih yang baik boleh dipilih untuk ditanam bagi
mendapatkan hasil yang lebih baik.

[2 markah]

(b) Pendebungaan kacuk digunakan secara meluas dalam bidang pertanian. Pada pendapat
anda, apakah tindakan yang telah diambil oleh penyelidik dalam industri kelapa sawit untuk
meningkatkan kandungan minyak dalam buah kelapa sawit?
- Pokok kelapa sawit Tenera dihasilkan dengan mendebungakan pokok kelapa
sawit Dura dan Pisifera.

- Tenera menghasilkan buah kelapa sawit yang mempunyai mesokap yang


tebal, endokap yang nipis dan kernel yang lebih besar yang kaya dengan
minyak.
[2 markah]

13 (a) Rajah 10 menunjukkan kitar air.

Rajah 10

12
(i) Nyatakan proses yang diwakili oleh X.
Penyejatan
[1 markah]

(ii) Tumbuhan menyerap air dari tanah dan membebaskannya semula ke atmosfera
melalui proses Y. Kehilangan air melalui proses Y adalah lebih perlahan daripada
penyerapan air oleh tumbuhan. Hal ini penting untuk pemuliharaan air ketika cuaca
panas. Terangkan apakah yang akan berlaku pada kitar air sekiranya kesemua pokok
ditebang.
- Kitar air akan terganggu.

- Sedikit air yang akan dibebaskan ke atmosfera.

[2 markah]

(b) Air hujan yang mengalir ke dalam sungai perlu dirawat sebelum dapat dibekalkan kepada
pengguna bagi memastikan selamat untuk digunakan.
(i) Nyatakan dua ciri yang boleh digunakan untuk menguji kesesuaian air untuk diminum.
- Penampilan air

- Rasa

[2 markah]

(ii) Terangkan dua kepentingan rawatan air untuk kegunaan harian kita.
- Untuk mendapatkan air yang jernih.

- Zarah terampai dibuang selepas digumpalkan.

- Bekalan air yang bebas bakteria.

- Pengklorinan membunuh bakteria.


[4 markah]

(c) Air merupakan sumber yang sangat berharga di Bumi. Cadangkan tiga cara menggunakan
air secara lebih berhemah.
- Basuh baju dalam kuantiti yang banyak.

- Tutup air paip apabila tidak digunakan.

- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dalam besen.


[3 markah]

13
14 (a) Seorang murid ingin mencari ketumpatan suatu objek. Dia mengisi dua bola kecil yang
boleh dikembungkan diperbuat daripada plastik dengan isipadu air dan udara yang sama
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.1.

Rajah 11.1

(i) Nyatakan definisi ketumpatan.


Jisim bahan per unit isipadu.
[1 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bola yang manakah akan mempunyai ketumpatan yang lebih
tinggi? Terangkan jawapan anda.
- Bola yang diisi dengan air.

- Kedua-dua bola itu mempunyai isipadu yang sama.

- Jisim bola yang diisi dengan air adalah lebih berat.

[3 markah]

(b) Jelita membeli sebakul buah oren dari bandar dan membawa buah itu pulang ke
kampungnya. Bakul itu terjatuh ke dalam sungai sewaktu Jelita menyeberangi sungai. Dia
mendapati bahawa buah oren terapung manakala bakul itu tenggelam seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 11.2.

Rajah 11.2

Dengan menggunakan konsep ketumpatan, terangkan mengapa buah oren terapung


manakala bakul tenggelam.

14
- Buah oren kurang tumpat daripada air.

- Bakul lebih tumpat daripada air.

[2 markah]

(c) (i) Musim tengkujuh kebiasaannya membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan
banjir. Pasukan penyelamat akan menggunakan bot kecil untuk misi menyelamat
mereka. Rajah 11.3 menunjukkan dua jenis bot yang digunakan oleh pasukan
penyelamat.

Rajah 11.3

Bot yang manakah akan memiliki kelebihan dalam misi menyelamat. Berikan alasan.
- Bot angin.

- Lebih ringan dan lebih mudah untuk pengangkutan.

[2 markah]

(ii) Rumah Afiq dilanda banjir dan keluarganya diarahkan untuk berpindah dengan berjalan
kaki ke pusat pemindahan sebelum banjir menjadi lebih teruk. Afiq ingin membawa
beberapa benda untuk keluarganya tetapi benda itu agak berat dan dia tidak memiliki
bot. Anda dikehendaki untuk mereka bot kecil yang dapat digunakan untuk
memindahkan benda ketika banjir. Gunakan bahan-bahan yang berikut.

15
Lakarkan bot itu di ruang yang disediakan. Terangkan reka bentuk anda.

Catatan:

Label [1m]

Rajah [1m]

Penerangan:
- Botol plastik kosong diikat pada kepingan kayu dan bakul.

- Botol plastik kosong akan menjadikan bakul itu terapung dan tidak
tenggelam.

[4 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:


(HELEN SONG HIE SIENG) (CHAI PIK YEE) (WONG LIN HIE)
Guru Subjek Penolong Ketua Panitia Ketua Bidang Sains & Matematik

16

You might also like