You are on page 1of 3

Definisi dan konsep perlembagaan

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan
undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah
negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah
kerajaan dan hak-hak rakyat.

Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara


pemerintahan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota
negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang
memerintah dengan orang yang diperintah.

Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak
keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang
terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan
perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat
ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna.

Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang
ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor, tetapi
merupakan undang-undang agung negara. Jadi, sama juga bagi perlembagaan persatuan.
Perlembagaan persatuan adalah kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara
memimpin sesebuah persatuan. Terdapat beberapa tujuan perlembagaan dalam sesebuah
persatuan.

Tujuan Perlembagaan

Kewujudan sebuah perlembagaan bagi sesebuah persatuan sangat penting. Perlembagaan


akan menentukan perjalanan sesebuah persatuan berjalan dengan lancar atau sebaliknya.
Tujuannya ialah menjamin keutuhan dan kedaulatan persatuan. Perlembagaan boleh menjamin
keutuhan dan kedaulatan sesebuah persatuan. Perlembagaan merupakan undang-undang
tertinggi yang perlu dipatuhi dalam menetuka hala tuju sesebuah persatuan. Tanpa
perlembagaan ahli sesebuah persatuan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan taat
setia mereka dalam mendirikan sebuah persatuan yang makmur dan utuh. Semangat bersatu
padu tidak akan wujud dalam kalangan ahli yang tidak memikirkan dan mencintai sesebuah
persatuan. Apabila sesebuah persatuan tidak mempunyai kekuasaan yang utuh, pemerintahan
yang kuat, persatuan terseebut tidak dapat berdiri kukuh. Jadi dengan adanya perlembagaan
persatuan, ahli-ahli dapat berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan
dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah persatuan yang sempurna.

Seterusnya, perlembagaan sebagai rujukan. Dengan adanya perlembagaan sebagai


undang-undang tertinggi persatuan, pihak-pihak yang bertentangan antara satu sama lain boleh
menjadikan ini sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Keadaan
tegang akibat daripada perasaan tidak puas hati dapat dielakkan jika ahli persatuan diwajibkan
menurut dan menghormati apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Masalah ketidakfahaman
boleh diselesaikan dengan tenang berdasarkan undang-undang yang telah sedia ada di dalam
perlembagaan. Apabila semua pihak yang bertentangan duduk membincangkan masalah
mereka secara bersama, maka masalah yang mungkin timbul tidaklah begitu sukar
diselesaikan. Justeru itu, dengan adanya perlembagaan sebagai sumber rujukan utama dari
segi perundangan ia dapat menyesuaikan konflik yang berlaku di dalam sesebuah persatuan
dengan lebih mudah.

Di samping itu, mewujudkan kestabilan persatuan. Walaupun pada dasarnya


perlembagaan boleh dipinda, namun ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
Sebarang pindaan perlembagaan yang dilakukan dalam mana-mana persatuan, ia mestilah
berdasarkan perlembagaan juga. Jika pindaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut
kehendak penggubal ,maka ini akan menghasilkan satu keadaan kucar-kacir di mana ketuanya
itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan ahli dan rakyat . Oleh itu,
jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah persatuan.

Mengawal perjalanan persatuan juga merupakan antara tujuan perlembagaan. Dengan


adanya perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dan ahli dapat diketahui atau dipastikan.
Hal ini kerana segala tindak-tanduk mereka mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang
telah dicatatkan, bukan bertindak mengikut sesuka hati. Oleh itu, pihak berkuasa tidak dapat
melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Hal ini
bererti perlembagaan dapat menjamin agar pihak berkuasa atau ahli tidak berlaku curang atau
menyalah guna kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.
Akhir sekali, perlembagaan menjamin keamanan sesebuah persatuan. Dengan adanya
perlembagaan ahli persatuan mendapat jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada
unsur-unsur diskriminasi di kalangan mereka. Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas
dalam perlembagaan antara ahli dengan pemimpin serta badan perundangan telah
memisahkan antara satu sama lain daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa.
Tidak ada pihak mendapat keistimewaan dari segi undang-undang, sebaliknya semua orang
harus menghormati dan mematuhi perlembagaan persatuan. Sikap ini boleh membantu
mewujudkan perpaduan dalam kalangan ahli-ahli persatuan sebagai syarat untuk membolehkan
mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

You might also like