You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN TIPUS, 72400 SIMPANG DURIAN


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Email :skdt@yahoo.com.my Tel : 06-4914814


Faks : 06-4914814

Tarikh : 2 MEI 2017

.
TUAN,

MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN DAN JERSI PASUKAN SK DURIAN TIPUS

Merujuk kepada perkara diatas, kami dari pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan
rasa rendah diri ingin memohon sedikit sumbangan tajaan peralatan dan jersi bagi
program pembangunan Sukan Ragbi SK Durian Tipus bagi sesi 2017/2018.

2. Untuk pengetahuan pihak Tuan, pasukan ragbi bawah 12 di SK Durian Tipus


sentiasa berusaha untuk menambahkan kemahiran dan pengalaman pemain - pemain
pasukan ragbi SK Durian Tipus untuk melahirkan murid yang cemerlang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. Namun terdapat beberapa perkara yang amat diperlukan seperti peralatan dan
jersi untuk ke kejohanan di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan mahupun
Antarabangsa yang sentiasa disertai oleh pasukan ragbi sekolah ini untuk memberi
pendedahan dalam program pembangunan yang dijalankan.

4. Berikut adalah senarai peralatan, anggaran kos dan syarikat yang


bertanggungjawab bagi setiap peralatan yang diperlukan :

1. Tackle Rugby Sdn Bhd (Set Jersi)


2. Kuckrejas Sdn Bhd (Set Peralatan Ragbi)
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN TIPUS, 72400 SIMPANG DURIAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Email :skdt@yahoo.com.my Tel : 06-4914814


Faks : 06-4914814

Bil Alatan Harga seunit Kuantiti Jumlah Harga


(RM) (RM)
1 Bola Ragbi Saiz 3 dan 5 80 10 800.00
2 Set Jersi, Seluar Pendek , 190 15 2850.00
Stokin (Tackle Rugby)
3 Forearm Protector- Gilbert 130 5 650
4 Gilbert Junior Tackle Wedge 400 3 1200
JUMLAH RM 5500.00

5. Sebarang urusan dan pertanyaan bolehlah menghubungi Encik Alwi Safuan Bin
Ahmad Aziz, Pengurus Pasukan Ragbi SK Durian Tipus di talian 012-4154451 atau
emel skdt@yahoo.com.my

7. Pihak kami amat berharap agar dengan sumbangan yang bermakna ini akan
menjadikan pasukan ragbi yang dikategorikan sebagai pinggir bandar ini dapat
mengecapi kejayaan setaraf dan seiring dengan pasukan di kawasan bandar
khususnya.

Kerjasama pihak Tuan kami rakamkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Majulah Sukan Untuk Negara

Saya yang menurut perintah,

( MOHD RAHALIM BIN SULAIMAN )


Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Durian Tipus

You might also like