You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN

KELAB GURU DAN STAF SOKONGAN


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BELAH, KLANG

1.0 NAMA
Kelab ini dinamakan KELAB GURU DAN STAF SOKONGAN, SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BELAH (KGSS
SKBB).

2.0 TUJUAN PENUBUHAN


2.1 Mewujudkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan warga SKBB (kecuali murid ).
2.2 Mewujudkan kerjasama dan sifat tolong menolong dalam bidang sosial dan kemasyarakatan.

3.0 KEAHLIAN
3.1 Warga sekolah (kecuali murid) adalah automatik menjadi ahli badan ini.
3.2 Warga SKBB (selain daripada guru dan staf sokongan) layak menyertai kelab ini.
3.3 Keahlian akan luput sekiranya seseorang itu berpindah, menamatkan perkhidmatan atau
melanjutkan pelajaran.
3.4 Setiap ahli mesti mengisi borang maklumat peribadi untuk simpanan fail bagi mengesahkan
keahlian.

4.0 SASARAN
4.1 Memberi bantuan sekiranya berlaku kemalangan, kematian, sakit atau lain-lain kepada ahli
atau keluarga.
4.2 Memberi hadiah/cenderahati kepada keluarga yang anaknya berjaya dalam peperiksaan
penting :
UPSR - 5A (RM40)
PMR - 7A (RM60)
SPM - 8A (RM80)
STPM - 4A Prinsipal (RM100)
4.3 Mengedarkan borang-borang dan rayuan derma dari mana-mana badan yang sampai ke
sekolah.
4.4 Bertanggungjawab ke atas kegiatan-kegiatan kebajikan yang berlaku di sekeliling di sekitar
sekolah.
4.5 Mengadakan majlis keraian untuk ahli yang bertukar/bersara atau berhenti kerja.
4.6 Mengadakan hadiah hari lahir kepada setiap yang telah berkhidmat melebihi 6 bulan di
SKBB.
4.7 Menjalinkan hubungan kekeluargaan di antara guru-guru, pentadbir, staf sokongan serta
warga SKBB (kecuali murid).

5.0 YURAN DAN KEWANGAN

1
5.1 Setiap ahli dikehendaki membayar yuran sebanyak RM10.00 sebulan.
5.2 Semua hendaklah dijelaskan sebelum 5 haribulan setiap bulan atau semasa borang kutipan
diedarkan oleh bendahari atau naib bendahari.
5.3 Semua warga yang masuk atau keluar mempunyai keterangan yang sah daripada Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari.
5.4 Semua wang yang disimpan di dalam bank, bukan di atas nama bendahari KGSS.
5.5 Sebarang perbelanjaan atau pengeluaran mesti ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 2
daripada 3 AJK berikut : (Pengerusi/Bendahari/Setiausaha).
5.6 Sebarang pengeluaran melebihi RM10,000 mesti diperakui oleh ketiga-tiganya.
5.7 Bendahari dibenarkan memegang wang sejumlah RM200.
5.8 Kelab ini juga boleh mencari sumber kewangan atau lain-lain sumber yang sah.
5.9 Penyata kewangan bermula 1 Januari sehingga 31 Disember dan mesti dibentangkan di
Mesyuarat Agung KGSS.

6.0 MESYUARAT AGUNG


6.1 Mesyuarat Agung adalah kuasa yang tertinggi Kelab ini sama ada untuk meminda
perlembagaan atau membubarkannya.
6.2 Mesyuarat Agung boleh dijalankan jika mencukupi ahli 2/3 daripada ahli yang didaftar.
6.3 Mesyuarat Agung mesti dijalankan 2 tahun sekali.
6.4 Semua penyata kewangan dan perjalanannya hendaklah disampaikan kepada ahli semasa
mesyuarat diadakan.
6.5 Setiap ahli berhak untuk mencadangkan, memilih dan mengundi dalam mesyuarat.
6.6 Mesyuarat Agung hendaklah :
6.6.1 Membentangkan minit Mesyuarat Agung yang lalu.
6.6.2 Membentangkan Penyata Kewangan dan aktiviti yang telah dijalankan.
6.6.3 Membubarkan jawatankuasa yang dipilih dalam Mesyuarat Agung yang lalu.
6.6.4 Memilih jawatankuasa baru bagi mengendalikan kelab yang terdiri daripada:
- Seorang Penasihat
- Seorang Pengerusi
- Seorang Naib Pengerusi
- Seorang Setiausaha
- Seorang Bendahari
- Seorang Naib Bendahari
- Tujuh orang ahli jawatankuasa
- Dua orang Pemeriksa Kira-kira

7.0 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA


7.1 Pengerusi :
7.1.1 Sebagai ketua dalam kelab ini dan mempengerusikan segala bentuk mesyuarat
yang diadakan.
7.1.2 Memimpin perjalanan kelab ini dan menyelesaikan segala permasalahan yang
berlaku.

2
7.2 Naib Pengerusi :
7.2.1 Sebagai wakil atau pengganti semasa pengerusi tidak dapat menjalankan tugas.
7.2.2 Mengambil alih tugas dan jawatan pengerusi sekiranya beliau tiada.
7.3 Setiausaha dan Naib Setiausaha
7.3.1 Menjalankan segala urusan pekerjaan mengikut peraturan dan keputusan
mesyuarat.
7.3.2 Menyimpan dan bertanggungjawab dalam segala rekod harta dan siaran-siaran
kelab.
7.3.3 Memangggil dan mengadakan mesyuarat dengan persetujuan pengerusi.
7.4 Bendahari dan Naib Bendahari
7.4.1 Bertanggungjawab di atas segala rekod kewangan kelab.
7.4.2 Menjalankan pungutan yuran pada setiap bulan.
7.4.3 Membentangkan penyata kewangan badan dalam mesyuarat atau sebagainya
dari semasa ke semasa.
7.5 Jawatankuasa
7.5.1 Menghadiri semua mesyuarat yang diadakan
7.5.2 Membantu semua kerja setiausaha dan bendahari.
7.5.3 Bertanggungjawab di atas perjalanan dan aktiviti kelab.
7.6 Pemeriksa kira-kira.
7.6.1 Berkuasa memeriksa kira-kira dan perjalanan kewangan pada bila-bila masa
tanpa notis terlebih dahulu.

8.0 BANTUAN/DERMA/GANJARAN KEBAJIKAN SOSIAL


8.1 Perkahwinan
8.1.1 Wang tunai sebanyak RM50 / cenderahati yang senilai dengannya akan
diberikan.
8.1.2 Bagi ahli yang berkahwin dan berkhidmat kurang daripada 6 bulan di sekolah ini,
cenderahati sebanyak RM20 akan diberikan.
8.1.3 Wang tunai sebanyak RM30 / cenderahati yang senilai dengannya akan diberi
untuk perkahwinan anak ahli.
8.2 Kematian
8.2.1 Wang tunai RM100 dan edaran serta merta akan dijalankan untuk sumbangan di
atas kematian ahli.
8.2.2 Wang tunai sebanyak RM70 dan edaran akan dijalankan untuk sumbangan di
atas kematian suami/isteri ahli, anak, ibu/bapa kandung ahli atau ibu bapa
mertua ahli.
8.3 Kelahiran anak / bersalin kali pertama
8.3.1 Wang tunai RM50 / cenderahati yang senilai akan diberikan kepada ahli / isteri
ahli yang melahirkan anak kali pertama dalam tempoh bertugas di sekolah ini.

3
8.3.2 Wang tunai sebanyak RM100 / cenderahati yang senilai dengannya akan
diberikan kepada ahli dan isteri/suami ahli yang sama-sama bertugas di sekolah
ini.
8.4 Hari Lahir
8.4.1 Kad berserta cenderahati bernilai RM5 kepada semua ahli yang telah berkhidmat
melebihi 6 bulan di SKBB.
8.5 Bersara / Bertukar selepas 6 bulan berkhidmat di SKBB
8.5.1 Ahli yang bersara / bertukar kurang daripada 6 bulan berkhidmat di sekolah ini,
akan menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM20 atau cenderahati yang
senilai dengannya.
8.5.2 Ahli yang bersara atau bertukar akan menerima wang tunai / cenderahati yang
senilai RM40.00 + bilangan tahun berkhidmat di SKBB. Setiap tahun
perkhidmatan ditambah RM10.00.
8.6 Jamuan Perpisahan (bertukar / bersara)
8.6.1 Bagi ahli yang bertukar / bersara mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan
masa, tarikh dan tempat yang sesuai untuk meraikannya.
8.7 Jamuan Akhir Tahun
8.7.1 Jamuan akhir tahun akan diadakan mengikut keputusan mesyuarat AJK.

9.0 KECEMASAN / KEMALANGAN


9.1 Wang tunai sebanyak RM30.00 bersama edaran list (jika perlu) akan diberikan kepada ahli
yang ditimpa kemalangan / kecederaan / sakit yang menyebabkan ahli terpaksa dirawat dan
tinggal / tidak tinggal di hospital.
9.2 Bantuan di atas hal-hal kemalangan / kecemasan akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK.
9.3 Kepada yang bukan ahli, edaran list akan dijalankan jika perlu.

10.0 HAK AHLI


10.1 Semua ahli mempunyai hak yang sama untuk menerima derma / bantuan diperuntukkan
selagi menjadi ahli.
10.2 Setiap ahli dikehendaki membayar yuran serta segala tunggakan hendaklah dijelaskan
sebelum akhir tahun.

11.0 HAK AHLI JAWATANKUASA


11.1 Berhak menimbangkan segala reka bentuk tindakan kepada ahli yang ingkar.
11.2 AJK berhak memilih AJK baru jika ada AJK yang bersara/meninggal dunia / bertukar dengan
mengadakan mesyuarat yang tidak kurang 2/3 daripada AJK yang hadir.
11.3 AJK berhak membatalkan aktiviti yang dirancang bergantung kepada keadaan.

You might also like