You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA DUA

JALAN ASSUNTA, 46050 PETALING JAYA


SELANGOR DARUL EHSAN
BBB8302 TEL: 03-77824543 FAX: 03-77814569
__________________________________________________________________________
Kepada,

Future Kids,
Sk Assunta 2(M),
Jalan Assunta, 4600
Petaling Jaya, Selangor. 22 September 2016

Tuan / Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN MINUMAN AIR KOTAK UNTUK TEMASYA


SUKAN TAHUNAN KALI KE-56 SK ASSUNTA 2(M), PETALING JAYA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah kami ingin memohon sumbangan minuman air
kotak secara percuma daripada pihak tuan sempena Temasya Sukan Tahunan kali ke-56 SK
Assunta 2. Untuk makluman pihak tuan, ekoran fenomena ekuinoks yang melanda negara,
program sukan sekolah kami telah ditunda ke tarikh yang baru seperti ketetapan berikut:

3. Butiran tentang temasya sukan tahunan sekolah kami adalah seperti berikut:

Tarikh : 1 Oktober 2016 (Sabtu)


Masa : 8.00 pg 1.00 ptg
Tempat : Padang sekolah Sk Assunta
Bilangan : 650 orang murid 50 orang guru

4. Oleh yang demikian, kami jawatankuasa Unit Kokurikulum sekolah memohon jasa
baik dan keikhlasan pihak tuan agar dapat menghulurkan sumbangan minuman air kotak
percuma dari syarikat tuan bagi murid-murid sekolah yang bakal menyertai sukan ini.

5. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami
demi menjayakan sambutan sukan sekolah kami. Kerjasama dari pihak tuan, kami dahului
dengan ucapan terima kasih. Sekian.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

( PN. LIEW KIM ENG)


Guru Besar,
SK Assunta Dua, Petaling Jaya.

You might also like