You are on page 1of 1

RINGKASAN JENAYAH SEKSUAL

DEFINISI
- Merupakan salah laku seksual terhadap kanak-kanak / orang dewasa yang melibatkan pelanggaran
peraturan dan undang-undang negeri dan negara.
- Kanak-kanak berdasarkan Akta Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 adalah yang berumur
bawah 18 tahun.

JENIS JENAYAH SEKSUAL


- Pedofilia
- Keganasan seksual terhadap kanak-kanak / dewasa
- Gangguan seksual terhadap kanak-kanak / dewasa

AKTA PERUNDANGAN TERLIBAT

Mangsa Umur Akta Terpakai Mahkamah terlibat


Kanak- Akta Jenayah Seksual Terhadap Mahkamah Jenayah Seksual
< 18 tahun Kanak-Kanak 2017
kanak Terhadap Kanak-Kanak
Dewasa > 19 tahun Kanun Keseksaan Lain-lain mahkamah

JENAYAH SEKSUAL DI SEKOLAH


Menurut Lt.Kol.(Dr) Lofti Anuar, Pakar Perunding Psikiatri Am dan Aviasi di Hospital Angkatan Tentera
Tuanku Mizan, Kuala Lumpur menyatakan jenis-jenis jenayah atau gangguan seksual yang berlaku di
sekolah adalah seperti berikut:
1. Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah
2. Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah
3. Membuat perlakuan atau isyarat lucah
4. Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah
5. Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan lucah.
6. Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan lucah.
7. Melakukan sentuhan yang berunsur seksual
8. Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar
9. Menyebar khabar angin berunsur seksual.

PUNCA BERLAKU JENAYAH SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR


1. Kurang didikan agama
2. Keluarga yang tidak harmoni
3. Pengaruh persekitaran modenisasi dan globalisasi
4. Kurang menjalani aktiviti yang berfaedah program / aktiviti / riadah

KESAN JENAYAH SEKSUAL


1. Kesan terhadap pelaku dipenjara dan disebat
2. Kesan terhadap mangsa gangguan psikologi (murung)
3. Kesan terhadap keluarga
4. Kesan terhadap agama
5. Kesan terhadap bangsa
6. Kesan terhadap negara

You might also like