You are on page 1of 3

TAJUK : PENINGKATAN KES JENAYAH JUVANA DARI TAHUN 2017 – 2019

Objektif :

1) Ingin mengkaji kes jenayah yang di lakukan oleh golongan juvana


2) Sebab sebab remaja terlibat dalam kes juvana
3) Langkah 2 untuk menggelakan remaja terlibat dalam jenayah juvana

List To Do :
Tajuk
Abstract -Asvini
Pengenalan - Syahiir
Latar belakang- Kogi
Masalah/persoalan - Syahiir
Tujuan kajian- Asvini
Skop dan Batasan - Naantini
Metedologi- Kogi
Kajian lepas
Dapatan kajian- Asvini
Penemuan dan kesimpulan- Kogi
Bibliography
Lampiran
PENGENALAN

Era remaja atau peringkat umur juvana merupakan zaman yang penuh dengan pelbagai
dilemma dan konflik kehidupan. Situasi begin wujud akibat perubahan-perubahan dalam diri
juvana itu sendiri. Antara perubahan-perubahan dalam diri juvana yang dikenal pasti pada
tahap ini ialah kematangan jantina dari aspek biologinya yang membawa kepada perubahan
ßzikal, emosi, dan sosial (Strang, 1957: 209). Perkembangan yang pesat daripada pelbagai segi
ini mengakibatkan kecemasan kepada remaja sehingga tercetusnya kegoncangan emosi,
pencarian identiti, kenakalan dan sikap protes atau memberontak terhadap insan lain mahupun
masyarakat di persekitaran. Kematangan psikologi yang berlaku dengan pesatnya pada
peringkat menjelang remaja, dan berakhir dengau membawa implikasi terhadap emosi,
personality dan tingkahlaku mereka (Buck, 1976: 18). Bagi Eric Erikson pula juvana pada
peringkat umur ini mengahadapi krisis identiti
Daripada segi perundangan Seksyen 2, tertakluk dengan seksyen 4, Akta Umur Dewasa 1971,
mendefinisikan mereka yang belum berumur 18 tahun sebagai belum dewasa. Oleh kerana Akta
Kanak-Kanak 2001 terpakai kepada semua kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun,
selain daripada dalam sesuatu prosiding jenayah, maka ini selaras dengan Akta Umur Dewasa
1971 yang menetapkan umur dewasa sebagai 18 tahun.

Akta Kanak-Kanak 2001 mendefinisikan kanak-kanak dalam seksyen 2 sebagai: (a) seseorang
yang di bawah umur lapan belas tahun; dan (b) berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya
seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang
ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan.

Suatu bentuk pengecualian mutlak kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada sepuluh
tahun yang melakukan apa-apa jenayah telah diperuntukkan di bawah seksyen 82 Kanun
Keseksaan di mana: “Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak
yang berumur kurang daripada sepuluh tahun.”

Membaca seksyen ini secara literal, boleh dimaksudkan kanak-kanak yang telah mencapai umur
10 tahun sudah boleh dipertanggungjawabkan dengan kesalahan jenayah yang dilakukannya.

Walau bagaimanapun, status kanak-kanak yang berumur melebihi sepuluh tahun, tetapi kurang
daripada 12 tahun, masih lagi diberi perlindungan atau pengecualian undang-undang bersyarat.

Syaratnya ialah pada masa jenayah dilakukan, mereka yang dalam lingkungan umur sedemikian
masih belum cukup akal untuk menimbangkan sifat dan kesan perbuatan mereka.

Ini diperuntukkan dalam seksyen 83 Kanun Keseksaan sebagai: “Tidaklah menjadi kesalahan
apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur lebih daripada sepuluh tahun
tetapi kurang daripada dua belas tahun yang belum cukup akal untuk menimbangkan keadaan
dan akibat perbuatannya pada masa itu.”
MASALAH KAJIAN/ PERSOALAN KAJIAN.

Kajian ini berkaitan peningkatan kes jenayah juvana dari tahun 2017 – 2019.

Tajuk kajian yang telah kami pilih adalah ‘PENINGKATAN KES JENAYAH JUVANA DARI TAHUN
2017 – 2019’. Kami memilih untuk menjalankan kajian bagi topik ini kerana terdapat beberapa
penyataan masalah berkaitan dengan kes jenyah juvana di Malaysia.
SENARIO lepas yang membimbangkan ialah peningkatan kes kesalahan jenayah yang dilakukan
oleh mereka yang masih di bawah umur, seperti membunuh dan mengedar dadah.
Seorang penagih berumur 13 tahun ditahan dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH)
Siri 38 pada September 2017. Penahanan remaja berkenaan sekali gus menjadikan rekod
penagih paling muda ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Menerusi Operasi Perdana (Op Perdana) yang turut disertai oleh Kementerian Wilayah
Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja
Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan
(NGO).
Mengikut statistik penglibatan & tangkapan juvana mengikut kategori umur kita dapat lihat
jumlah keseluruhan kes juvana bagi tahun 2016 adalah sebanyak 1,988 kes sahaja manakala
bagi tahun 2017 adalah sebanyak 8,560 kes yang telah dicatatkan. Ini bermakna pengingkatan
sebanyak + ………… dan ini amat membimbangkan.
Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang akan digunakan bagi menjawab objektif kajian adalah :
Apakah peranan ibu bapa dalam membentuk jati diri dan kesedaran sivik dalam diri anak-anak?
➢ (langkah-langkah untuk mengelakkan remaja terlibat dalam kes juvana)
Adakah perkhidmatan Kaunselor di peringkat sekolah perlu ditambah baik kepada seluruh
murid tanpa mengira samaada apabila ada masalah sahaja bertemu Kaunselor?
➢ (langkah-langkah untuk mengelakkan remaja terlibat dalam kes juvana)
Adakah dengan menghadkan sosial remaja seperti tinggal di asrama sekolah dapat mencegah
dari berlakunya jenayah dan secara tidak langsung dapat menyumbang kepada penurunkan
kadar jenayah bagi golongan ini?
➢ (langkah-langkah untuk mengelakkan remaja terlibat dalam kes juvana)
Adakah pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan remaja ini terlibat di dalam jenayah juvana?
➢ Sebab-sebab remaja terlibat dalam kes juvana

Adakah kurang didikan agama ataupun kesedaran sivik juga menyebabkan remaja melakukan
jenayah?
➢ Sebab-sebab remaja terlibat dalam kes juvana

You might also like