You are on page 1of 4

ciri empati dan kepentingan ciri tersebut untuk diamalkan oleh pemimpin di sekolah.

Pengenalan
Greenleaf (1977) merupakan orang yang telah memperkenalkan konsep kepimpinan
berkhidmat di dalam penulisan kaitan kepimpinan. Menurut beliau, konsep kepimpinan
berkhidmat bermula daripada perasaan semula jadi pemimpin untuk memberi khidmat
terlebih dahulu kepada kakitangan. Spears (2002) mendefinisikan kepimpinan
berkhidmat sebagai gaya kepimpinan yang berasaskan kerja berpasukan, perasaan
kemasyarakatan, membuat keputusan bersama, tingkah laku yang beretika mulia,
penyayang dan memberi perhatian terhadap pembangunan manusia. Menurut Spears
(2004), kekuatan kepimpinan berkhidmat adalah kerana ianya menggalakkan setiap
orang untuk mencari secara aktif peluang-peluang untuk berkhidmat dan memimpin
orang lain, seterusnya menyediakan potensi untuk meninggikan kualiti kehidupan
melalui masyarakat. Daripada penelitian yang dibuat ke atas penulisan asal Robert K.
Greenleaf, Spear (1998) telah mengemukakan 10 ciri-ciri yang penting bagi
pembangunan pemimpin berkhidmat iaitu: mendengar, berempati, merawat atau
mengubati, memujuk, berkonsepsi, berpandangan jauh, amanah, komited terhadap
membangunkan manusia dan membina komuniti.
Definisi
Empati merupakan suatu kebolehan untuk merasai dan mengaitkan terhadap
pemikiran, emosi ataupun pengalaman orang lain. Empati adalah melebihi simpati, di
mana ianya merupakan kebolehan untuk memahami dan menyokong orang lain dengan
perasaan belas kasihan dan sensitiviti. Menyampaikan emosi secara empati ditakrifkan
sebagai untuk memahami apa yang sedang dirasai oleh orang lain (Duan, 2000; Duan
& Hill, 1996; Goleman, 2006), kebolehan untuk berkongsi emosi secara aktif dengan
orang lain dan mengalami perasaan orang lain secara pasif supaya menjadi lebih efektif
(Kellett, Humphrey, & Sleeth, 2006).
Empati merupakan kebolehan seseorang untuk menghargai apa yang dihadapi oleh
orang lain ( Barbuto & Wheeler, 2006). Pemimpin berkhidmat berusaha untuk
memahami dan bersikap empati terhadap orang lain. Mereka menerima dan mengetahui
bahawa setiap individu mempunyai semangat dan keinginan yang berbeza. Setiap
individu mahu kehebatan diri mereka diterima dan dihargai. Oleh itu, pemimpin perlu
memahami kehendak kakitangan yang mahu diri mereka dihargai dan diiktiraf sebagai
manusia yang ada kekuatan dan kelemahan diri.
Empati merupakan suatu ciri penting dalam asas kepimpinan. Banyak teori
kepimpinan mencadangkan bahawa kebolehan untuk mempunyai dan menunjukkan
empati adalah bahagian penting dalam sesuatu kepimpinan. Pemimpin transformasi
memerlukan empati untuk menunjukkan kepada pengikutnya yang mereka dijaga
terhadap keperluan dan pencapaian mereka (Bass, 1985). Pemimpin sejati juga
memerlukan empati untuk mengambil berat terhadap orang lain (Walumbwa, Avolio,
Gardner,Wernsing, & Peterson, 2008). Empati juga merupakan kunci kepada
kebijaksanaan emosi (emotional intelligence) di mana sesetengah pengkaji percaya
ianya merupakan suatu faktor kritikal yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang
berkesan (Bar-On & Parker, 2000; George, 2000; Goleman, 1995; Salovey & Mayer,
1990).
Kepentingan ciri empati terhadap pemimpin di sekolah.
Empati mencakupi banyak aspek terhadap penilaian moral dan tindakan (Goleman,
1995). Ianya wujud secara semula jadi jika kita sedar terhadap persekitaran dan
tekanan yang mempengaruhi antara satu sama lain (Senge, 1990). Kelebihan-kelebihan
daripada sifat empati adalah berefleksi. Apabila kita menunjukkan empati, ia boleh
menghasilkan ketenangan terhadap kita dan juga orang yang menerimanya(Mendes,
2003). Tambahan pula, empati dapat mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk
memaafkan orang lain (Macaskill, Maltby, & Day, 2002). Kajian menunjukkan bahawa
empati diperlukan untuk mengekalkan perhubungan yang efektif dalam institusi sosial
termasuklah keluarga dan tempat kerja.
Pengetua sekolah yang mengamalkan ciri empati akan menjadi lebih rapat dengan
guru-guru dan staf. Jika hubungan yang memberi manfaat terhadap pemimpin dan
subordinat ini diamalkan, suatu iklim kerja yang positif dapat diwujudkan. Ini kerana
wujudnya suasana kerjasama yang sangat erat di antara pemimpin dan subordinat.
Secara tidak langsung, pentadbiran sesebuah sekolah akan berjalan dengan lancar
yang akhirnya memberikan manfaat terhadap kemajuan para pelajar.
Bagi tujuan mempertingkatkan tahap percaya terhadap organisasi, Carnevale &
Wechsler (1992) dalam kajian mereka merumuskan bahawa keyakinan pekerja
terhadap organisasi, keterbukaan dalam komunikasi, peluang untuk melibatkan diri,
layanan yang adil dan amalan sifat empati dan kesanggupan dalam tindakan adalah
faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian yang tinggi. Jika seseorang
pemimpin sekolah mengamalkan ciri empati, kepercayaan subordinat (guru-guru dan
staf) terhadap pentadbiran sesebuah sekolah akan meningkat. Pihak guru dan staf akan
mempunyai motivasi yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Ini
kerana pendapat dan sumbangan mereka didengari dan dihargai oleh pihak pentadbir
sekolah. Keadaan ini akan mewujudkan kepuasan kerja di kalangan guru dan staf
sekolah.
Sementara itu, Renihan (1996) menjelaskan terdapat tujuh kemahiran utama pengurus
sekolah yang berkesan iaitu : kemahiran hubungan manusia; kemahiran kepimpinan;
kemahiran komunikasi; kemahiran organisasi; Memahami, empati dan sabar; konsisten
dan jelas matlamat; dan latar belakang akademik. Jelas dilihat bahawa empati
merupakan aspek yang tidak harus dipinggirkan oleh seseorang pengetua untuk
menjadi seorang pemimpin yang berkesan dalam mentadbir organisasi sekolah.
Menurut kajian oleh Leonardo BADEA & Nicolae Alexandru PAN (2010),seorang
pemimpin yang mempunyai aras kebolehan berempati yang tinggi, mereka akan
memperolehi ciri-ciri seperti berikut:
1. Mereka berupaya membina perhubungan interpersonal yang lebih kuat
2. Mereka adalah lebih baik dalam motivasi kendiri
3. Mereka berperanan sebagai pemimpin yang lebih baik
4. Mereka dapat beradaptasi dengan lebih mudah terhadap perubahan
5. Mereka mewujudkan iklim kerjasama
6. Mereka lebih mudah menenangkan diri mereka
7. Mereka lebih dipercayai oleh subordinat
8. Mereka mewujudkan perhubungan antara ahli-ahli dalam organisasi
9. Mereka mewujudkan resonans (kata-kata mereka didengari oleh
subordinat)
Kesimpulan
Empati merupakan suatu kemahiran yang perlu ada dalam kepimpinan sesebuah
organisasi sekolah. Ianya memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan
yang positif di kalangan ahli-ahli organisasi sekolah. Apabila keadaan yang positif
wujud, para guru dan staf akan bekerja dengan motivasi yang tinggi dan memberikan
mereka kepuasan dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Pemimpin sekolah
yang berempati terhadap guru-guru dan staf akan lebih dihormati dan arahan mereka
akan mudah didengari oleh guru-guru dan staf. Sesebuah sekolah yang mempunyai
seseorang pemimpin berkesan yang mengamalkan ciri empati ini akan muncul sebagai
sebuah sekolah yang cemerlang para pelajarnya dari aspek sahsiah dan juga
akademiknya.
Turut disedari, empati merupakan suatu kebolehan yang akan meningkatkan lagi
perhubungan dalam setiap aspek kehidupan. Ianya memberi kebaikan kepada kedua-
dua pemimpin dan subordinat. Tetapi, bersikap terlalu berempati tidak seharusnya
menjadi amalan pemimpin. Di dalam sebuah artikel dikemukakan oleh Mayer's
(2004), terdapat kesan negatif apabila terlalu mementingkan kesedaran kendiri (self
awareness). Begitu juga bagi sesetengah penulis di dalam Harvard Business Review
article (diketuai oleh Feel, 2004), menekankan bahawa empati merupakan kemahiran
EQ yang sangat penting dalam kepimpinan, tetapi seseorang pemimpin perlu menyedari
dan menggunakannya secara berhemat untuk mengelakkan penyalahgunaannya di
kalangan subordinat. Di samping itu, Bartz (2004) menekankan kepentingan untuk
mengimbangkan empati dengan perasaan belas kasihan secara jujurnya. Justeru itu, ciri
empati yang ada pada pemimpin ini seharusnya diamalkan sebaik-baiknya oleh
seseorang pemimpin di sesebuah organisasi sekolah selagi ianya tidak disalahgunakan.
Ianya bermula daripada niat yang ikhlas terbit dari hati seseorang pemimpin untuk
memberi perkhidmatan kepada subordinat supaya suatu suasana kerja yang positif
wujud dalam organisasi yang ditadbirnya. Ini bertepatan juga dengan konsep yang
diamalkan oleh corak kepimpinan Islam yang mementingkan amalan kerja yang dimulai
dengan niat kerana Allah SWT.

En. Rahman bin Ali, seorang guru siswazah sekolah menengah yang telah berkhidmat
selama 15 tahun, merupakan seorang guru yang berpengalaman dan mempunyai
prestasi yang cemerlang dalam tugasnya. Namun begitu, sikapnya mulai berubah
setelah beliau dinaikan pangkat sebagai penolong kanan pentadbiran di sekolah yang
baharu. Beliau tidak menunjukan prestasi kerja seperti dulu, prestasi kerjanya sudah
merosot. Selain itu, beliau kerap kali datang lewat ke sekolah,tidak hadir ke mesyuarat
penting, serta tidak mengemaskinikan rekod tugasan, dan selalu mengelak mengambil
tanggungjawaab yang diberikan kepadanya. Beliau juga bermasalah suka menyendiri
dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti bersama sekolah. Beliau sukar menyesuaikan
diri dengan tugas dan tempat baharu. Baginya tugas yang baru itu asing baginya dan
mengalami suasana yang jauh berbeza dengan keadaannya sebelum ini. Keadaan ini
menyebabkan beliau sangat sukar untuk menyesuaikan diri dengan tugas baharu.

You might also like