You are on page 1of 1

PUSAT TUISYEN KELAS PROJEK PANDAI IBNU ABBAS

LOT B8-TINGKAT 1,TAMAN PSJ,26100 SUNGAI KARANG,KUANTAN,PAHANG DARUL


MAKMUR
NO TELEFON : 0176750517 E-MEL :ptkppia@gmail.com

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan __________________

Kuantan,Pahang. ______________

Tuan/Puan/Dato/Datin,

Permohonan Izin Bekerjasama Dengan Sekolah

Merujuk perkara di atas,dengan hormat dan rendah hati,kami dari Pusat Tuisyen Kelas Projek
Pandai Ibnu Abbas (CA0241386V) memohon izin bagi mengadakan kerjasama dengan sekolah.

2. Bentuk kerjasama yang ingin dijalinkan adalah untuk membantu mengendalikan program-
program luar sekolah,kem-kem motivasi dan apa sahaja program-program bersifat akademik
serta kokurikulum,mengikut permintaan serta keperluan pihak sekolah.

3.Untuk pengetahuan pihak tuan,Pusat Tuisyen Kelas Projek Pandai Ibnu Abbas sudah
beroperasi sejak 2016 dan menjalankan aktiviti kelas tuisyen dan kelas Al-Quran bagi anak-anak
sekolah rendah dan menengah bagi subjek Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Matematik dan
Sains.Sepanjang tempoh beroperasi,kami telah melaksanakan beberapa siri
seminar,perkhemahan,sesi-sesi kerohanian serta pelbagai program bersifat akademik.

4.Semua program yang dibantu kendaliannya oleh Pusat Tuisyen Kelas Projek Pandai Ibnu
Abbas akan dikenakan yuran per murid serta,mengambilkira kos-kos yang terlibat.Sebahagian
dari yuran murid akan diberi kepada pihak sekolah sebagai sumbangan/fi pengurusan.

5.Kami berbesar hati dan berharap agar permohonan ini dipertimbangkan oleh pihak
sekolah.Wakil kami,Mohammad Zulkiflie bin Mohd Dom boleh dihubungi melalui telefon atau
aplikasi Whatsapp di nombor 0176750517.

Sekian,terima kasih.

Yang benar ,

____________________

Mohammad Zulkiflie bin Mohd Dom,

Wakil,

Pusat Tuisyen Kelas Projek Pandai Ibnu Abbas.

You might also like