Professional Documents
Culture Documents
Pengurusan Organisasi Benqkel Dan Keselamatan
Pengurusan Organisasi Benqkel Dan Keselamatan
Organisasi Bengkel
o satu sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara guru dan pelajar.
o penting bagi memastikan bengkel berada dalam keadaan selamat dan terkawal semasa
digunakan.
Tujuan struktur organisasi dan pengurusan bengkel disediakan dan dipraktikkan ialah
o memastikan alatan dan kelengkapan bengkel sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur
o memastikan murid peka kepada peraturan keselamatan bengkel
o memupuk sikap bekerjasama, bertanggungjawab dan menghargai harta benda sekolah
o memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan teratur dan bersistematik
Langkah Keselamatan
o perlu diberi penekanan utama semasa membuat kerja amali sesuatu projek.
o mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan jika dipatuhi pelajar.
o peraturan keselamatan bengkel
pelajar dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel.
pelajar dilarang keluar dan masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru.
pelajar perlu bekerja dengan teratur dan bersistematik di dalam bengkel.
pelajar dilarang bermain dan bergurau ketika berada di dalam bengkel.
memastikan suis elektrik dan alat kawalan ditutup sebelum meninggalkan bengkel.
membersihkan meja kerja dan menyimpan semua alatan di tempat yang telah
dikhaskan.
bengkel mesti dilengkapi dengan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api.
bengkel mesti mempunyai pencahayaan dan peredaran udara yang baik.
tempat kerja perlu sentiasa bersih dan selamat.
pintu dan tingkap hendaklah sentiasa dibuka semasa kerja amali dijalankan.
o peraturan keselamatan diri
memakai pakaian yang kemas dan sesuai di bengkel.
memakai apron dan berkasut getah semasa kerja amali.
pakai alat pelindung diri seperti gogal, mask, dan sarung tangan semasa
menggunakan mesin.
pelajar dilarang bergurau, bermain atau mengganggu rakan yang lain semasa
berada di bengkel.
pelajar perempuan yang berambut panjang dan yang memakai tudung haruslah
mengikat rambut dan tudung dengan kemas.
pelajar lelaki yang memakai tali leher hendaklah menanggalkannya dan lengan baju
yang panjang harus digulung.
pelajar harus mendapatkan kebenaran guru sebelum menggunakan sebarang
peralatan atau mesin.
kasut yang bertutup dan bertapak getah sahaja sesuai dipakai semasa berada di
bengkel.
laporkan kemalangan atau kecederaan yang berlaku kepada guru dengan segera
dan direkodkan dalam buku rekod kemalangan.
o amalan 4M
setiap pelajar mesti mengamalkan amalan 4M dalam setiap aktiviti di bengkel
Kemahiran Hidup.
amalan 4M ialah membersih, menyusun atur, menilai, dan mendisiplin.
(a) Membersih
(i) semasa di bengkel, pelajar mesti sentiasa menjaga kebersihan diri daripada
aspek fizikal dan mental.
(ii) berfikiran positif dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas di bengkel.
(iii) bekerjasama menjaga kebersihan bengkel supaya bengkel kelihatan bersih,
kemas dan selamat digunakan.
(iv) pembersihan bengkel dilakukan mengikut jadual tugasan yang telah disediakan.
(c) Menilai
(i) merujuk kepada penilaian terhadap diri sendiri dan tempat kerja.
(il) amalan menilai diri sendiri dan tempat kerja boleh dilaksanakan dengan
mewujudkan satu standard agar bengkel Kemahiran Hidup sentiasa berada
dalam keadaan bersih, kemas, teratur, dan selamat digunakan.
(ii) cara-cara membuat penilaian terhadap diri dan tempat kerja adalah sentiasa
memeriksa langkah-langkah keselamatan diri, keselamatan alatan dan
keselamatan tempat kerja.
(d) Mendisiplin
(i) bermaksud mengamalkan peraturan dan keselamatan mengikut
arahan guru.
(ii) memastikan amalan disiplin yang tinggi serta nilai-nilai murni sentiasa
dipraktikkan di dalam bengkel.
(iii) amalan mendisiplin dapat melatih pelajar agar sentiasa mengamalkan prinsip
pengurusan organisasi bengkel yang baik.
(iv) sikap berdisiplin semasa menggunakan alatan dan bahan dapat mengurangkan
kemalangan dan pembaziran bahan.