You are on page 1of 34

UWS 10202 HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN 7

DARI SEGREGASI KE INTEGRASI

PENSYARAH : SHAHIDAH BINTI HAMZAH

NAMA PELAJAR NO.MATRIK

GRACE JANIE ANAK ROGERS CD150033

SURAJ CHAKRAVERTY CE130003

PENTECOST PAUL ANAK ALPHONSUS CD150162

BRIGGAL ANAK MICHAEL KOS CF160001

CHONG YONG KHONG AI140218

NG CHEE YUNG AD140228

MUHAMMAD AL SIDDEQ BIN ZULKILFLEE DB150057

MOHD FARUQ BIN KARIM CD160042

MAHESHWAR A/L THANAGOPAL AD150287


Biodata

NAMA PENUH : GRACE JANIE ANAK ROGERS

NO.MATRIK : CD150033

NO.TELEFON : 013-8357001

NO.TELEFON SAHABAT KARIB : 012-7663923

FAKULITI : FKMP

NAMA PENASIHAT AKADEMIK : DR. NORASIKIN BINTI MAT ISA

NO.TELEFON PA : 0197521275

i
NAMA PENUH : SURAJ CHAKRAVERTY

NO.MATRIK : CE130003

NO.TELEFON : 010-9681160

NO.TELEFON SAHABAT KARIB : 010-2483218

FAKULITI : FKEE

NAMA PENASIHAT AKADEMIK : PUAN ROHAIZA BINTI HAMDAN

NO.TELEFON PA : 013-7093914

ii
NAMA PENUH : PENTECOST PAUL ANAK ALPHONSUS

NO.MATRIK : CD15016

NO.TELEFON : 01140576718

NO.TELEFON SAHABAT KARIB : 014-5973779

FAKULITI : FKMP

NAMA PENASIHAT AKADEMIK : ERWEEN BIN ABD RAHIM

NO.TELEFON PA : 016-4433009

iii
NAMA PENUH : BRIGGAL ANAK MICHAEL KOS

NO.MATRIK : CF160001

NO.TELEFON : 014-6945814

NO.TELEFON SAHABAT KARIB : 012-7663923

FAKULITI : FKAAS

NAMA PENASIHAT AKADEMIK : PUAN HASNIZA BINTI ABU BAKAR

NO.TELEFON PA : 019-7276878

iv
NAMA PENUH : CHONG YONG KHONG

NO.MATRIK : AI140218

NO.TELEFON : 010-836501

NO.TELEFON SAHABAT KARIB : 016-9503523

FAKULITI : FSKTM

NAMA PENASIHAT AKADEMIK : DR. MOHD FARHAN BIN MD. FUDZEE

NO.TELEFON PA : 013-7735205

v
NAMA PENUH : NG CHEE YUNG

NO.MATRIK : AD140228

NO.TELEFON : 011-10509204

NO.TELEFON SAHABAT KARIB : 012-7285568

FAKULITI : FKMP

NAMA PENASIHAT AKADEMIK : DR.SHARIFAH ADZILA BINTI SYED ABU


BAKAR

NO.TELEFON PA : 012-3971448

vi
NAMA PENUH : MAHESHWAR A/L THANAGOPAL

NO.MATRIK : AD150287

NO.TELEFON : 011-11355835

NO.TELEFON SAHABAT KARIB : 010-9681160

FAKULITI : FKMP

NAMA PENASIHAT AKADEMIK : ENCIK SUZAIRIN

NO.TELEFON PA : 019-7592005

i.

vii
NAMA PENUH : MUHAMMAD AL SIDDEQ BIN ZULKILFLEE

NO.MATRIK : DB150057

NO.TELEFON : 013-7196309

NO.TELEFON SAHABAT KARIB : 014-6945814

FAKULITI : FPTV

NAMA PENASIHAT AKADEMIK : DR. IRWAN MAHAZIR BIN ISMAIL

NO.TELEFON PA : 013-6512111

viii
NAMA PENUH : MOHD FARUQ BIN KARIM

NO.MATRIK : CD16004

NO.TELEFON : 012-8745584

NO.TELEFON SAHABAT KARIB : 012-9033143

FAKULITI : FKMP

NAMA PENASIHAT AKADEMIK : ENCIK AMIR BIN KHALID

NO.TELEFON PA : 019-7347080

ix
Isi Kandungan

No Perkara Muka Surat

1 Biodata i-ix

2 Isi kandungan x

3 Pengenalan 1

4 Dari Pengasingan Ke Penyatuan 2

A. Segregasi 2-5
B. Integrasi 5-9

5 Konsep Perpaduan Dan Integrasi 9-11

6 Integrasi Dalam Perkembangan Masyarakat Majmuk 11-13

7 Usaha-Usaha Kerajaan 14-15

8 Memupuk Integrasi Di Malaysia 16-19

9 Usaha-Usaha NGO memupuk Integrasi 20-21

10 Kesimpulan 22

11 Rujukan 23

x
Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan
agama. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di
Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang
merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan
warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk iaitu
seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta orang yang
mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan
warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu
seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang, manakala
kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang.

Segregasi dan integrasi merupakan dua konsep yang berbeza. Dalam konteks
Malaysia, segregasi perlu dielakkan, sebaliknya kita perlu berusaha untuk memupuk integrasi
dalam kalangan rakyat. Segregasi berlaku adalah implikasi daripada dasar pecah dan perintah
yang diamalkan oleh pihak British berdasarkan kegiatan ekonomi mengikut sesebuah etnik di
Tanah Melayu pada masa dahulu. Sehubungan dengan itu, integrasi antara kaum pula
memerlukan usaha dan sokongan daripada semua pihak sama ada secara top down atau
pun bottom up dalam merealisasikan negara menjelang tahun 2020 yang bakal menjelma
tidak kurang empat tahun dari sekarang. Integrasi hanya terjelma apabila rakyat yang terdiri
daripada pelbagai etnik itu sudah bersiap sedia menerapkan unsur- unsur akomodasi,
akulturasi dan sehingga membawa ke peringkat asimilasi dalam kalangan mereka bagi
mengeratkan silaturahim antara mereka untuk membentuk satu rumpun dan satu bumbung
bagi melahirkan perpaduan tanpa perbezaan. Persoalannya, apakah usaha-usaha penting dapat
dilakukan dalam memupuk integrasi di negara ini serta jelaskan dengan contoh-contoh yang
sesuai?

1
Dari Pengasingan Ke Penyatuan

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Malaysia pernah melalui peristiwa


segregasi sejak zaman penjajahan British dulu. Penjajah British pada zaman tersebut telah
melaksanakan dasar pecah perintah yang bertujuan untuk megukuhkan kuasa politik dan
ekonomi di Tanah Melayu. Dasar pecah perintah yang dilaksanakan oleh Btitish telah
memisahkan kumpulan etnik Malaysia, Cina dan India mengikut bidang pekerjaan masing-
masing. Selain itu, kumpulan etnik pada masa itu juga dipisahkan melalui sitem persekolahan
yang berlainan. Pemisahan kumpulan etnik akibat daripada dasar pecah perintah ini teleh
mengurangkan peluang untuk berinteraksi dan saling memahami antara kumpulan etnik.

A. Segregasi

Segregasi bermaksud pemisahan atau penyasingan antara satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Sebaliknya, segregasi juga merujuk kepada
proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau
diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial lain seterusnya menyebabkan interaksi yang
sedikit atau tiada interaksi antara mereka (Marshall, 1994). Segregasi boleh berlaku dalam
masyarakat melalui: pengasingan tempat tinggal, pengasingan pekerjaan, pengasingan sistem
persekolahan dan pendidikan, perbezaan kepercayaan dan agama, fahaman politik yang
berbeza dan penggunaan akhbar yang berbeza (Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi, 2014:3).
Terdapat dua jenis segregasi antaranya adalah, Segregasi Rela dan Segregasi Tidak Rela.
Segregasi Rela merujuk kepada keadaan golongan manusia yang memencilkan diri dengan
tujuan menentang asimilasi. Contohnya, seseorang individu tidak mahu dirinya terikat dengan
sesuatu adat resam dalam budayanya dan tidak mahu dikatakan kolot oleh segelintir
masyarakat dan akhirnya menentang asimilasi serta berubah menjadi seorang yang moden dan
secara tidak langsung telah tersasar dari titik garisan budaya yang selama ini diagung-
agungkan. (Zaid Ahmad, 2013). Malahan, bagi Segregasi Tidak rela pula, timbul kerana
paksaan daripada pihak yang berkuasa.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya segregasi di negara Malaysia adalah,


tempat tinggal, pekerjaan, pendidikan, ekonomi dan akhbar yang terdapat di dalam negara kita
dan secara tidak langsung ia memberi impak atau implikasi terhadap segregrasi antara kaum.
Pertama antara faktornya adalah pengasingan tempat tinggal. Sejarah telah membuktikan pada
tahun 1920an, misalnya waktu pola pendudukan negara ini. Bilangan majoriti orang Melayu

2
tinggal di kawasan desa atau di pinggir bandar, orang Cina ditempatkan di kawasan bandar
manakala orang India ditempatkan di kawasan ladang- ladang getah atau estet. Perpisahan itu
dilihat masih wujud di kawasan bandar contohnya, terdapat beberapa kawasan yang menjadi
tumpuan satu- satu golongan etnik. Misalnya, di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia
dimonopoli oleh orang Cina orang Cina tertumpu di kawasan Pudu, orang India tertumpu di
kawasan Brickfield dan orang Melayu tertumpu di kawasan Kampung Baru. Perpisahan fisikal
ini mewujudkan jurang di antara kaum.

Berbalik kepada pengasingan tempat tinggal tadi, pada zaman kolonial, dilihat kembali
orang Melayu tinggal di kawasan desa atau kampung dan bekerja sebagai petani dan buruh
biasa. Orang Cina bekerja di kawasan perlombongan bijih timah dan orang India pula bekerja
sebagai pekerja di ladang- ladang getah atau estet. Dasar pecah perintah sedikit sebanyak
membawa kepada kesan ke atas ketiga- tiga kaum sehingga zaman era globalisasi kini.Pada
abad ke 21 ini, kajian mendapati orang Melayu ada yang masih mengamalkan cara hidup
sebagai petani dan ada yang telah membuat transformasi dalam meningkatkan taraf hidup
dalam menceburkan diri dalam pekerjaan sektor kerajaan seperti guru, askar, pegawai polis
dan sebagainya. Orang Cina pula, dilihat ramai kaumnya menceburkan diri dalam bidang
perniagaan. Antaranya membuka kedai telefon, kedai kereta dan sebagainya bagi meneruskan
perniagaan nenek moyang mereka berabad lamanya. Tidak kurang pula orang India
pekerjaannya lebih tertumpu kepada buruh kasar amnya dan ada juga yang menceburkan diri
dalam bidang pengkeranian, kakitangan kerajaan sebagai pembantu hospital dan ada juga
dalam bidang perkhidmatan misalnya, di Jabatan kerja Raya (JKR) dan sebagainya.

Pengasingan pendidikan merupakan faktor menyebabkan berlakunya segregasi di


negara Malaysia. Pendidikan adalah satu aspek pembangunan sosial yang dianggap sangat
penting dan mampu mencetuskan perubahan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan bukan
sahaja boleh menyediakan masyarakat yang celik huruf dengan kebolehan menulis, membaca
dan mengira malah, dapat menyediakan masyarakat tentang ilmu pengetahuan dan boleh
dimanfaatkan untuk tujuan memajukan diri dan masyarakat. Namun, pada zaman pendidikan
kolonial pula sistem pendidikan yang telah diperkenalkan oleh penjajah Inggeris pada dua abad
yang lalu amat berlainan dengan kehendak masyarakat. British telah memperkenalkan empat
aliran pendidikan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah
Vernakular Tamil, Sekolah Vernakular Cina dan Sekolah Vernakular Inggeris. Sekolah
Vernakular Melayu, murid- murid Melayu diajar menulis, membaca dan mengira malahan

3
pelajaran menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Sekolah Vernakular Cina pula
hanya tertumpu kepada murid yang berbangsa Cina sahaja dan hanya menggunakan Bahasa
Cina (mandarin) sebagai bahasa pengantar, gurunya diimport dari negara China dan buku teks
serta sukatan pelajaran mengikut negara China atau sememangnya ia berkiblatka kepada negara
China. Tidak kurang juga Sekolah Vernakular Tamil juga ia lebih tertumpu kepada murid-
murid berbangsa india sahaja. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil iaitu bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakkan Sekolah Tamil terletak di kawasan
ladang dan pembiayaan pengajiannya dibiayai oleh syarikat- syarikat yang memiliki ladang-
ladang tersebut.

Faktor berlakunya segregasi yang terakhir adalah perbezaan taraf hidup antara etnik.
Hal ini demikian kerana taraf hidup yang berbeza akan mencetuskan perasaan iri hati dan
prejudis dan keadaan ini akan memberi kesan kepada keharmoninan antara etnik. Menurut
kajian terhadap kadar kemiskinan di Malaysia, kebanyakan antara etnik Melayu dan etnik India
adalah berada dalam golongan berpendapat sederhana. Di sebaliknya, kajian telah menunjukan
bahawa etnik Cina merupakan antara etnik yang berada dalam golongan berpendapatan tinggi.
Walaubagaimanapun, keadaan perbezaan taraf hidup antara kaum ini sedikit sebanyak akan
memberi kesan kepada suasana hubungan antara etnik

Antara contoh akhbar yang menjadi pilihan orang Melayu adalah Berita harian, Harian
Metro, Kosmo, Sinar Harian, dan Utusan Malaysia. Bagi kaum Cina pula akhbar yang menjadi
pilihan adalah, Asia Times (Malaysia), China Press, Guang Ming, dan Nanyang Siang Pau.
Kaum India pula akhbar yang menjadi pilihan mereka adalah, Makkal Osai, Malaysia Nanban,
Tamil Nesan dan Vanakam Malaysia Akhbar diterbitkan dengan pelbagai jenis dan bahasa. Isi
kandungan setiap akhbar tersebut mencerminkan wujudnya dunia yang berasingan di negara
ini dalam erti kata bahawa sememangnya kemunculan akhbar- akhabr etnik di Malaysia
terutamanya pada awal perkembangan akhbar negara adalah untuk kepentingan tertumpu
kepada sesuatu etnik sahaja. Malahan ianya telah diasuh oleh penjajah British untuk
memperjuangkan kepentingan hak dan memberikan tumpuan kepada masalah kaum mereka
sendiri. Menurut John A. Lent (1977), beliau menyatakan bahawa akhbar etnik lebih menjurus
kepada pengukuhan hak serta penumpuan kepada masalah kaum mereka sahaja.

Beliau memberikan contoh akhbar- akhbar cina pada masa dahulu, hanya diwujudkan
untuk mempromosikan dan mempertahankan bahasa, adat dan budaya masyarakat cina dalam
lingkungan majoriti masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Begitu juga dengan kemunculan
4
akhbar akhbar etnik Melayu yang hanya mementingkan sentimen Melayu dalam setiap
laporan mereka. Lebih daripada itu, akhbar Cina lebih mengutamakan perkembangan di negeri
China dan akhbar Tamil mengandungi berita berita tentang negeri India. Dengan memberikan
laporan yang kemaskini tentang perkembangan di negara ibunda kaum- kaum yang berada di
negara ini ia menunjukkan sesuatu akhbar tersebut telah berjaya menjalinkan pertalian emosi
di antara penduduk bukan Melayu dengan negeri China atau India. Melihat sorotan tentang
Peristiwa berdarah yang telah melanda negara satu masa dahulu tentang Peristiwa 13 Mei 1969
juga telah memperlihatkan betapa peranan akhbar telah menyemarakkan perbalahan antara
kaum di negara ini dengan memainkan pelabagai isu perkauman dalam setiap laporan mereka.

B. Integrasi

Pada masa lampau kesan peninggalan kuasa kolonial British yang pernah menjajah
negara telah mewariskan kepada kita ilmu pengurusan bagi mentadbir negara dalam sistem
pendidikan dalam negara. Setelah negara mencecah 57 tahun Kemerdekaan, tidak banyak
perubahan yang dilakukan di dalam sistem pendidikan kita kecuali menokok tambah sistem
yang telah diperkenalkan oleh British sejak tahun 1819 dan sistem pendidikan sentiasa berlaku
transformasi. Contohnya, kerajaan telah memperkenalkan semula Bahasa Inggeris dalam
pembelajaran subjek Matematik dan subjek Sains serta kementerian pendidikan negara kita
telah menggunakan konsep west minister dalam sistem pendidikan.

Usaha usaha ini diteruskan dengan memperkenalkan konsep 1 Malaysia oleh


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan slogan Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan. Konsep ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih
bardaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. Pelbagai
usaha agensi kerajaan telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala usaha dan
perancangan kerajaan dalam menyatukan masyarakat pelbagai etnik di negara ini dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Melalui segregrasi maka tercetusnya pelbagai usaha tersebut
antaranya adalah, Penubuhan Jabatan Perpaduan negara dan Integrasi Nasional (Jpnin),
Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Dasar Ekonomi Baru, memperkenalkan
Strategi sistem pendidikan, strategi Peranan Media Massa dan sebagainya bagi membentuk
perpaduan di Malaysia.
5
Generasi kini, yang mewarisi konsep masyarakat majmuk sejak merdeka masih
menghadapi dilema akibat segregrasi antara kaum. Integrasi nasional penting kerana dapat
mengikis sentimen perkauman. Nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
harus dipertahankan agar keharmonian dapat dikekalkan. Seterusnya adalah, penubuhan Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan
antara kaum akibat implikasi daripada Peristiwa 13 Mei 1969. Di samping itu, kerajaan telah
menjadikan Rukun Negara sebagai tunjang kepercayaan dan kesetiaan rakyat berbilang kaum
terhadap kepimpinan negara pada 1 Julai 1969, MAGERAN telah mewujudkan Jabatan
Perpaduan Negara untuk menangani isu berhubung pembinaan semula perpaduan kaum di
negara ini.

Usaha ini telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek
pembangunan telah dirangka supaya, dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua
golongan rakyat yang menganggur. Selain itu, ia dapat menambah daya pengeluaran dan
pendapatan serta memodenkan kehidupan di luar bandar dan mangadakan suasana pekerjaan
yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. Wujudnya satu sistem persekolahan dari
peringkat pra sekolah hingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi dengan menggunakan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar dan menyeragamkan kurikulum dan kokurikulum di
sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah membuat pelbagai usaha bagi
memperkasakan sekolah kebangsaan dan menubuhkan Sekolah Wawasan bagi mengeratkan
perpaduan antara murid yang berbilang kaum. Contohnya dalam memperkasakan Sekolah
Kebangsaan adalah kerajaan tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing
masing dengan memperkenalkan pengajaran Bahasa Mandarin dan Tamil. Manakala, bagi
Sekolah Wawasan pula, ia merupakan salah satu pendekatan altenatif untuk memupuk nilai
perpaduan kaum dan integrasi nasional serta ia memberi peluang yang meluas kepada semua
murid dan guru bergaul mesra dan berinteraksi antara kaum dengan baik.

Penerbit majalah dan akhbar juga digalakkan memberi sumbangan kepada usaha bagi
memantapkan perpaduan negara berdasarkan etika kewartawanan. Mereka juga dinasihatkan
agar tidak melanggar Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak
mengugat ketenteraman keselamatan negara. Seharusnya media perlu memainkan peranan
yang penting contohnya membuat hebahan dan membuat iklan iklan tentang perpaduan
antara kaum bagi menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.

6
Pengertian Integrasi

Integrasi menurut Ahmad Haji Kambar (1987), merupakan suatu proses dalam mewujudkan
satu identiti nasional di kalangan masyarakat atau kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Integrasi dapat dibahagikan kepada beberapa unsur iaitu:

i. Integrasi Wilayah
bertujuan untuk mengurangkan perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara
wilayah yang maju atau mundur.Tumpuan integrasi wilayah di Malaysia adalah
diantara Malaysia Barat dan Malaysia Timur serta Pantai Timur Semenanjung
Malaysia dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

ii. Integrasi Ekonomi


usaha-usaha untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik

iii. Integrasi Kebudayaan


melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan seperti Dasar
Kebudayaan Kebangsaan yang diperkenalkan di Malaysia pada 1971.

iv. Integrasi Pendidikan


bertujuan mewujudkan satu Sistem Pendidikan yang bercorak kebangsaan dan
sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.

7
i. Integrasi Wilayah

Integrasi wilayah bermaksud penyatuan antara pembangunan ekonomi dan sosial


diantara wilayah yang mundur atau maju. Contohnya, jika Pekan A merupakan sebuah pekan
yang maju dari segi ekonomi manakal Pekan B merupakan sebuah pekan yang agak mundur
jadi usaha yang dapat dilakukan oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab disini ialah
mereka dapat menyatukan penduduk dari kedua-dua pecan untuk bergabung supaya kedua-
duanya dapat maju bersama secara adil.

ii. Integrasi Ekonomi

Secara lebih mendalam, integrasi ekonomi bermaksud penghapusan diskriminasi dan


penyatuan politik seperti norma dan peraturan. Melalui integrasi ekonomi ini akan terdapat:

Kerugian
kemungkinan berlakunya situasi kehilangan pekerjaan. Hilang pekerja juga membawa
kepada kehilangan tenaga kerja dimana secara tidak langsungnya berpotensi
menimbulkan pengangguran disesuatu negeri itu.
Kebaikan
contohnya, pemasaran yang meluas akan membawa kepada ekonomi yang stabil dan
juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada peningkatan efisiensi
perusahaan.

iii. Integrasi Kebudayaan

Integrasi kebudayaan membawa kepada penglibatan dalam usaha membentuk satu


kebudayaan kebangsaan seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang lahir daripada
gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan. Objektif dasar
ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayan serta memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan Islam.

8
iv. Integrasi Pendidikan

Pengertian tentang integrasi pendidikan ini ialah ia membawa erti tentang kesempurnaan
atau keseluruhan, perpaduan atau penyatuan. Integrasi pendidikan di Malaysia dapat dilihat
semenjak perlaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1957.

5. Konsep Perpaduan Dan Integrasi

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai
etnik dan kaum. Di samping itu, Malaysia juga telah menjadi salah satu negara yang maju
walaupun baru memecah separuh abad usia kemerdekaan. Malahan, kepelbagaian ini adalah
kekuatan yang mewarnai corak kepelbagaian etnik. Oleh itu, perpaduan dan integrasi adalah
satu keperluan yang amat penting bagi menjamin rakyatnya hidup dalam suasana aman damai.
Hubungan ini telah terbentuk sejak dahulu lagi dimana kita telah melihat bahawa kemerdekaan
berjaya dicapai dengan adanya perpaduan dan integrasi semua etnik. Antara konsep perpaduan
dan integrasi saling berkait tetapi merujuk kepada proses yang berbeza. Perpaduan merupakan
proses yang pertama, iaitu proses penyatuan dari semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi,
dan politik tetapi tidak termasuk biological. Selain itu, perpaduan boleh didefinisikan sebagai
satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari
segi kebudayaan, sosial, dan lokasi dalam sebuah politik. Manakala integrasi pula melibatkan
semua penyatuan di atas temasuk aspek biological dan satu proses yang abstrak, satu
penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi adalah proses yang menyatupadukan
pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti. Perpaduan dan integrasi penting
supaya tenaga negara dapat disalurkan untuk memajukan negara daripada digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian tersebut. Setiap kelompok etnik di
Malaysia mempunyai budaya, bahasa, dan kepercayaan masing-masing. Penonjolan kelompok
etnik juga boleh dikenal pasti kepada wilayah-wilayah tertentu iaitu;

a) Semenanjung Malaysia - (Cina, India, dan Melayu)


b) Sarawak - Dayak(Iban, Bidayuh, Dayak Ulu), Melayu, Melanau dan Cina.
c) Sabah - Dusun, Cina dan Melayu.

Integrasi ialah penyatuan antara kelompok yang berbeza tetapi hidup di bawah sistem
pemerintahan yang sama. Setiap kelompok hidup bersama secara aman tanpa mengira latar

9
belakang dan bebas mengamalkan budaya masing-masing. Integrasi boleh berlaku melalui
proses asimilasi, amalgamasi dan pluralisme. Asimilasi merujuk kepada satu proses
penggabungan kebudayaan masyarakat yang berbeza-beza untuk membentuk satu kebudayaan
serta identiti masyarakat yang baru. Selai itu, asimilasi boleh mendatangkan dua jenis kesan
yang berbeza. Pertama, kelompok masyarakat yang diasimilasikan akan berubah menjadi satu
kelompok yang baru dengan menghilangkan kebudayaan serta identiti asalnya. Proses ini ialah
asimilasi satu hala yang akan menghasilkan kelompok dengan satu budaya, satu bahasa, dan
satu agama. Kedua, kelompok yang diasimilasikan akan mengamalkan kebudayaan baru yang
dicipta hasil daripada percantuman budaya antara kelompok dengan kebudayaan asalnya.
Asimilasi dua hala pula ialah apabila kedua-dua kumpulan menerima sebahagian kebudayaan
antara satu dengan lain. Amalgamasi pula proses perpaduan yang melibatkan percantuman
biologi. Proses ini akan mewujudkan kelompok baru dengan budaya yang baru. Selain itu,
amalgamasi boleh dikaitkan dengan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Plurlisme
pula adalah proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang terlibat mengekalkan
budaya masing-masing disamping membentuk perpaduan. Antara proses tersebut merupakan
teori antropologi yang telah disatukan dan kejayaan satu-satu proses perpaduan itu sebenarnya
lebih dipengaruhi oleh usaha yang dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terbabit.

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ini telah ditubuhkan


pada 27 Oktober 1990 bertujuan untuk mengalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan
integrasi nasional. Selain itu,ia bertujuan untuk memberi bantuan khidmat kebajikan
masyarakat, membangun dan mengintegrasikan masyarakat orang asli. Bagi melaraska usaha
kementerian ini beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia,
Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.
Penubuhan jabatan ini penting untuk merealisasikan perlaksanaan perpaduan adalah Jabatan
Perpaduan Negara yang telah ditubuhkan pada tahun 1969. Di samping itu, jabatan ini telah
dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan serta mengukuhkan perpaduan rakyat dan
integrasi nasional.

Selain daripada Bahagian Perpaduan Negara, bahagian lain turut berperanan penting
adalah Bahagian Hubungan Kaum yang bertujuan untuk membantu pengurusan Jabatan dalam
menasihati kerajaan mengenai isu-isu perhubungan kaum yang ditemui melalui aktiviti-aktiviti

10
penggalakkan dan pencegahannya. Aktiviti ini bertujuan untuk memantapkan lagi tahap
perpaduan dan integrasi nasional di negara ini. Bahagian Integrasi Nasional bertanggungjawab
untuk melaksanakan program-program yang telah dilaksanakan untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat betapa pentingnya mengamalkan nilai-nilai murni kemanusian bagi
memperkukuhkan dan mempertingkatkan perpaduan kaum di negara ini. Integrasi antara kaum
dalam kalangan penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi mengkaji corak pergaulan dan
integrasi dalam kalangan pelajar supaya fahaman etnosentrik dan kelemahan yang dikesan
dapat di minimumkan manakala perpaduan sebenar dapat dipergiat dan diteruskan. Perpaduan
dan Integrasi Nasional adalah satu usaha dan proses penyempurnaan dgn menggunakan kaedah
tertentu bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang beridentiti nasional serta mengamalkan
norma-norma kehidupan bagi mengekalkan integrasi antara kaum dan etnik di Malaysia untuk
menjamin kesinambungan tamadun bangsa Malaysia.

6. Integrasi dalam perkembangan masyarakat majmuk.

Satu proses sosial yang hadir daripada pertembungan antara budaya dalam kehidupan
masyarakat yang sama atau berlainan terasnya adalah merujuk kepada istilah integrasi.
Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana seperti dalam konteks masyarakat majmuk yang
merujuk kepada sesuatu keadaan hidup berasingan meskipun dalam unit politik yang
sama.Dengan itu, proses integrasi dalam pertembungan budaya antara masyarakat sentiasa
berlaku dalam keadaan semasa dan akan datang yang melibatkan semua peringkatan generasi
dengan pelbagai latar belakang yang berlainan dan berbeza.

Ada empat jenis peranan masyarakat dalam konteks hubungan etnik. Empat jenis
peranan tersebut adalah rukun tetangga, rumah terbuka, penerimaan budaya dan program di
Institusi Pengajian Tinggi.

Peranan yang pertama adalah Rukun Tetangga yang diperkenalkan pada tahun 1975
berikutan penguatkuasaan peraturan-peraturan perlu mengenai Rukun Tetangga 1975. Rukun
tetangga ditubuhkan untuk membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman
masing-masing dengan mewajibkan masyarakat setempat berumur lapan belas hingga lima
puluh lima tahun menjalankan tugas rondaan pada waktu malam. Rukun tetangga mempunyai
visi dan misi iaitu memupuk persefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa
Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai identiti sendiri dengan motonya bersatu terus
maju. Objektifnya adalah untuk memelihara, meningkatkan dan mengukuhkan perpaduan

11
rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar pembangunan negara berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Dari aspek sosial, ahli Rukun Tetangga
melakukan amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan. Dari segi pendidikan,
mereka mengadakan sistem pendidikan tidak formal seperti kolokium jiran wanita, kursus
motivasi, kursus kepimpinan, tuisyen dan ceramah dalam pelbagai bidang. Selain itu, mereka
juga mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi seperti tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara
mendaki gunung dan khemah kerja. Jawatankuasa Rukun Tetangga juga menganjurkan
ceramah kesihatan berkaitan anti dadah, AIDS, kanser, kempen kebersihan, dan menjaga harta
awam. Ceramah dan forum berkaitan dengan keagamaan juga diadakan. Dalam aspek ekonomi
pula mereka mengadakan projek tanaman secara hidroponik, ternak ikan tawar dan membuat
air lada manakala dalam aspek keselamtan, mereka mengadakan rondaaan sukarela, mengesan
dan melaporkan isu hubungan etnik dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik. Hal
tersebut bertujuan untuk membolehkan pendudukan setempat berkenalan, bantu-membantu
dalam menghadapi masalah bersama. Di samping itu juga, masyarakat juga dapat berinteraksi
dan merapatkan hubungan di peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara
rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.

Peranan yang kedua pula adalah rumah terbuka. Rumah terbuka adalah diadakan
sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum di Malaysia. Ini bermaksud masyarakat yang
berlainan etnik akan berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka. Sebagai contoh, semasa
perayaan Hari Gawai, etnik Cina, India, Kadazan Dusun, Melayu dan pelbagai lagi akan
berkunjung ke rumah etnik Iban dan bergitulah sebaliknya apabila tiba hari perayaan etnik lain.
Dengan hal ini, akan terjalin hubungan etnik yang baik di antara etnik etnik yang lain dan
berlaku satu persefahaman antara etnik lain. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian
hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami keharmonian
budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan kesepaduan social dalam masyarakat berada
pada tahap yang tinggi walaupun mereka berlainan agama, etnik dan budaya.

Seterusnya, peranan yang ketiga adalah penerimaan budaya. Pada masa ini, masyarakat
bukan melayu seperti Cina dan India termasuk juga etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak
telah menerima budaya etnik Melayu dari segi pakaian dan makanan. Sebagai contoh, orang
bukan melayu seperti India, Cina dan Kadazan Dusun telah memakai baju kurung dan baju
melayu. Malah, dijadikan sesuatu trend berpakaian dan menikmati juadah makanan Melayu
sudah menjadi lumrah bagi etnik bukan Melayu. Bagi masyarakat Melayu pula, mereka mula

12
menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau
angpau yang terkenal dalam golongan orang Cina.

Peranan masyarakat dalam konteks hubungan etnik yang terakhir adalah program di
institusi pengajian tinggi (IPT). Di IPT bahagian hal ehwal pelajar melalui persatuan dan kelab
telah menggalakan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan etnik dalam
kalangan mahasiswa. Contohnya, aktiviti pesta yang sepatutnya melibatkan mahasiswa Cina
dan India seperti pesta Tanglung turut disertai mahasiswa Melayu. Dalam aspek kepemimpinan
pelajar, ternyata tidak didominasikan oleh sesuatu etnik sahaja, malah dianggotai oleh pelbagai
etnik seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajaran. IPT juga menitikberatkan aspek pendidikan
yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik di kandungan kursus yang di tawarkan seperti
subjek Kenegaraaan, Tamadun Islam dan Asia. Begitu juga dengan nilai rohani dan budaya.
Hal ini dapat menguatkan peribadi dan sahsiah dalam keperibadian pelajar tersebut. IPT juga
menubuhkan atau mewujudkan Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara sebagai
menyemaikan kesedaran terhadap kepentingan perpaduan etnik dengan menggalakkan
mahasiswa menganggotai kelab berkenaan. Pelajar juga digalakkan mempergiatkan dan
mempertingkatkan aktiviti kokurikulum seperti dalam program sukan, kelab persatuan,
pameran dan ceramah. Aktiviti kokurikulum sedemikian merupakan bidang pembelajaran yang
menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan
efektif. Di luar sistem akademik pula, para mahasiswa dilibatkan dalam aktiviti pelbagai etnik
seperti menyertai program keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Para pelajar juga
perlu ditugaskan dalam projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat
dan mahasiswa balik kampong. Oleh demikian hal ini akan memberi pengalaman yang sangat
berharga dalam memahami kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai sifatnya. Aktiviti-aktiviti
berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan penting dalam menggalakkan dan
pengelaman bersama antara etnik. Dengan itu, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu
menyokong sepenuhnya aktiviti berkenaan. Para pensyarah juga perlu diterapkan dan
didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif. Mereka perlu mendapatkan
pendedahan tentang kursus seperti Hubungan Etnik untuk menerapkan nilai-nilai yang penting
dalam kalangan pelajar bagi memupuk keharmonian etnik. Para pensyarah dan mahasiswa
berperanan sebagai agen penyebar perpaduan dan keharmonian. Mereka merupakan agen

integrasi dan perpaduan yang memainkan peranan penting dalam menggalakan lebih banyak
interaksi melalui tugasan dan projek akademik.

13
7. Usaha-usaha kerajaan

Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara yang mempunyai berbagai-bagai etnik


yang berbeza dari segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Perbezaan inimenjadi peng haling
kepada para pemimpin untuk memajukan negara. Oleh sebab itu, usaha-usaha yang jitu and
relevan harus diambil untuk mengeratkan jurang antara kaum.Antara langkah yang paling
efektif telah diambil oleh kerajaan ialah dasar pendidikan Negara

Jika dilihat secara pada zaman penjajahan, sistem pendidikan di neagara kita telah
berkembang tanpa merangkumi keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan
dan perpaduan negara.Sistem pendidikan hanya bertumpu kepada Negara asal. Ini memberi
petualang kepada pembangunan masyarakat pada ketika itu. Bagi menggantikan sistem
pendidikan yang telah dibentuk oleh penjajah, satu Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal
yang bertujuan untuk memenuhi keperluan negara dan merancakkan pertumbuhan kebudayaan,
sosial, ekonomi dan politik.

1. Sistem persekolahan yang selaras

Laporan Razak telah mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang


menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis
umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris.Bahasa melayu
dianggap penting untuk memupuk perpaduan. Selaras degan laporan ini, dasar
pendidikan kerajaan telah dibentuk dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar
di semua peringkat sekolah.

2. Bahasa Kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar.


Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dapat menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum. Penggunaan satu bahasa perhubungan dapat mewujudkan
persefahaman dan mengelakkan pertelingkahan.Cara ini mewujudkan lagi perpaduan
dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

3. Peperiksaan yang seragam


Satu sistem peperiksaan yang seragam merupakan rancangan kerajaan untuk memupuk
perpaduan kaum. Di samping itu, para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa
berpindah sekolah dengan adanya sistem peperiksaan yang selaras. Langkah proaktif

14
ini boleh membantu proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum seterusnya
mewujudkan keperibadian yang sama.

Strategi Kebudayaan

Bagi membentuk jati diri,bangsa dan wilayah dan integrasi nasional kerajaan juga
berusaha mewujudkan kebudayaan nasional yang menjadi identity tersendiri rakyat negara ini.
Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan
Kebangsaan iaitu Kebudayaan Kebangsaan Malaysia berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini di samping unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar, diterima menjadi
unsur Kebudayaan Kebangsaan; dan juga Islam menjadi asas dalam pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan.

Kerajaan jugatidak berniat untuk mengabaikan kebudayaan sukuan dalam


pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Walaubagaimanapun,kebudayaan kaum yang
tidak terkandung daripada Kebudayaan Kebangsaan seperti ciri-ciri tertentu dalam kebudayaan
Melayu, Iban, Kadazan Dusun, Cina, India termasuk kebudayaan Barat bebas diamalkan selagi
tidak menjejaskan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan. Kepentingan diberi untuk nilai-nilai
masyarakat yang bersifat dalam Kebudayaan Kebangsaan kerana nilai- nilai tersebut adalah
nilai-nilai sejagat dan menjadi kepunyaan bersama pelbagai kaum dan keturunan di Malaysia.

Jabatan Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara yang telah ditubuhkan pada tahun 1969 berusaha untuk
menyatupadukan rakyat Malaysia. Jabatan ini menganjurkan kelas-kelas perpaduan, yang kini
dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara dengan mengajar bahasa
Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik.

Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatan-kegiatan


yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan,
rondaan keselamatan dan kelas kejiranan. Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan
khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-
sifat kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan.

15
8. Memupuk integrasi di Malaysia

Negara Malaysia merupakan satu-satunya negara yang terdiri daripada masyarakat


pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang kepelbagaian.
Memandangkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik,
penerapan perpaduan dalam kalangan masyarakat merupakan satu cabaran. Perpaduan boleh
dikatakan sebagai suatu proses atau sistem hidup yang menyatukan seluruh anggota masyarakat
dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama dalam kalangan mereka.

Bagi memupuk integrasi di Malaysia, beberapa usaha penting harus diambil bagi
memastikan perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat. Oleh itu satu agensi yang
memainkan peranan penting ilaha pihak kerajaan. Antara usaha-usaha yang telah diambil oleh
pihak kerajaan dapat dilihat dalam rajah 1.

Dasar Ekonomi
Baru (DEB)

Dasar
Pembanugnan
Negara (DPN)

Wawasan 2020

PLKN

Rajah 1: Usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan.

16
a) Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul razak Dato Hussein telah mengenalkan
DEB sebagai satu program sosioekonomi di Malaysia. Tujuan program ini diperkenalkan ialah
bagi tujuan pencapaian perpaduan negara dan integrasi nasional. Penggubalan telah berlaku
dalam konteks strategi serampang dua mata bagi tujuan-tujuan berikut:

1. Mengurangkan dan membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan.


2. Penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
3. Mempercepatkan proses penyususan semula masyarakat Malaysia bagi
menyimbangkan ekonomi bagi tujuan penghapusan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi.

Statistik di rajah 2 menunjukkan keberkesanan DEB. Ini kerana perpaduan dan kerjasama
antara semua etnik kaum telah memberikan hasil yang memuaskan.

Tahun

Peratus

Rajah 2: Statistik keberkesanan DEB.

17
b) Dasar Pembangunan Negara (DPN)

Matlamat DPN adalah bagi memenuhi sesuatu objektif seperti yang berikut:

Pembangunan dan pengajian sumber-sumber ekonomi


Menyediakan perkhidmatan awam
Memupuk kestabilan politik
Ekonomi, mengawal keselamatan negara bagi memelihara kebajikan rakyat

Dengan mencapai matlamat-matlamat yang dicatat, integrasi antara kaum boleh berlaku
kerana perkongisan semua maanfaat tanpa kira jenis kaum.

c) Wawasan 2020

Misi Wawasan 2020 telah dilancarkan oleh Dato Seri Dr Mahathir Mohamed di beliau
konsep Malaysia; The Way Forward ditegaskan. Matlamat Wawasan 2020 adalah
memastikan Malaysia menjadi sesbuah negara mahu pada 2020 berdasarkan perkembangan
ekonomi, sosial dan politik. Untuk mencapai misi ini adalah sukar tapi tidak mustahil. Jadi
sembilan cabaran harus dihadapi oleh rakyat seperti berikut:

1) Pembentukan negara bangsa yang besatu padu.


2) Melahirkan masyarakat yang bebas, teguh dan bersyukur.
3) Pembentukan dan perkembangan masyarakat demokratik dan berfikiran matang.
4) Masyarakat yang mempunyai ciri-ciri moral dan etika tinggi.
5) Pembentukan masyarakat dengan sifat saintifik.
6) Masyarakat yang berbudi bahasa serta berbudaya.
7) Tiada jurang ekonomi antara masyarakat sajagat

Selain itu, lima cabaran harus dihadapi oleh kerajaan bagi merealisasikan Wawasan 2020.
Cabaran-cabaran tersebut adalah seperti berikut:

1. Negara Perindustrian
2. Moral dan Etika
3. Keadilan Ekonomi dan Sosial
4. Pembangunan Masyarakat

18
d) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Program ini telah dilaksanakan pada tahun 2004 sebagai kursus wajib untuk tempoh
tiga (3) di Kem Latihan bagi remaja lepasan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia). Aktiviti-aktiviti
yang disediakan mengandungi beberapa modul yang diselaraskan dengan Rukun Negara.
Antaranya:

Modul Fizikal
Modul Kenegaraan
Modul Pembinaan Karektor
Modul Khidmat Komuniti

Tiga (3) objektif utama PLKN adalah seperti berikut:

Menanamkan semangat patriotism


Memupuk perpaduan kaum
Membentuk perwatakan positif

19
9. Usaha-Usaha NGO Memupuk Integrasi

NGO (Non-government organization) adalah satu badan yang bukan kerajaan dan
ditubuhkan untuk memperjuangkan hak-hak awam tidak kira bangsa ataupun kaum. Menurut
artikel dari berita harian, PERTUBUHAN bukan kerajaan atau NGO adalah organisasi yang
ditubuhkan untuk memperjuangkan suatu kepentingan awam dan bukannya individu atau
komersial. Ia sinonim dengan istilah NGO ialah CSO (Civil Society Organization) dan
organisasi sukarela. Penubuhan NGO dapat memudahakan lagi proses hubungan etnik.
Contohnya, dari segi aspek kepimpinan, pemimpin persatuan (Majlis Belia Malaysia, MBM)
yang terdiri daripada pelbagai etnik yang bertanggungjawab memperjuangkan dan membantu
orang-orang awam tidak mengira kaum ataupun bangsa. Disamping itu, ia menjadi wakil untuk
megemukakan pendapat ataupun hak-hak awam kepada kerajaan atau badan-badan berkanun
tentang isu-isu berkaitan dengan kegiatan belia. Ini sedikit sebanyak memupuk kesefahaman
dikalangan pemimpin dari pelbagai etnik dalam usaha untuk menyatupadukan masyarakat yang
berbilang kaum.

Selain itu, usaha-usaha memupuk integrasi yang dilakukan oleh NGO apabila
mengadakan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan dan jalan
penyelesaian yang dibincangkan antara pertubuhan-pertubuhan yang terdiri daripada
manoetnik seperti Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Cina
dan Dewan Perniagaan India Malaysia. Secara tidak langsung, usaha dilakukan dapat
memupuk hubungan antara etnik melalui dialog dan seminar tersebut.

Disamping itu, pemberian dana dan geran juga diberi oleh pihak swasta dan penubuhan
intitusi tertentu dapat membangunkan ekonomi negara dan seterusnya membuka peluang
pekerjaan yang meluas kepada golongan dari pelbagai etnik. Contohnya, pemberian dana dari
penubuhan intitusi seperti Koridor Raya Multimedia, MSC memainkan peranan utama dalam
membangunkan ekonomi negara dalam bidang sains dan teknologi dimana ia merupakan aset
dalam pembangunan ekonomi negara. Apabila ekonomi negara berkembang pesat, kestabilan
politik dapat dicapai dan kesannya menarik minat lebih ramai pelabur sama ada dari dalam dan
luar negara dan seterusnya dapat memacu dalam pembangunan ekonomi negara. Keadaan
seperti ini akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat daripada pelbagai

20
etnik. Kesan seperti ini akan meningkat taraf hidup rakyat dan seterusnya akan merapatkan
jurang pendapatan antara etnik dan akhirnya akan wujud keharmonian rakyat di Malaysia.

Aktiviti dan program yang lebih bersifat kemasyarakatan juga adalah salah satu usaha
yang sedang dilakukan oleh pihak NGO. Contohnya Syarikat- syarikat yang termasuk dalam
multinational Corporation (MNC) turut memainkan peranan dalam memupuk kesejahteraan
dan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Contohnya
seperti YTL cooperation, LION Group, Maxis dan Berjaya group sering menaja dan
menganjurkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masyarakat daripada pelbagai etnik seperti,
penajaan dalam bidang akademik (Biasiswa), penjagaan alam sekitar, dan aktiviti-aktiviti
riadah seperti hari keluarga. Dengan cara ini, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik
berpeluang untuk mengenali satu sama lain dan sikap hormat-menghormati timbul dalam
kalangan masyarakat tidak kira bangsa dan agama.

Antara contoh usaha NGO memupuk integrasi di Malaysia ialah

21
10. Kesimpulan

Usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan pelbagai


pihak dan tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata. Pelbagai dasar
yang dibuat oleh pihak kerajaan seharusnya disokong oleh masyarakat, NGO ataupun pihak
swasta bagi memastikan hubungan etnik sentiasa berada di dalam keadaan harmoni. Setiap
golongan etnik di Malaysia mempunyai jati dirinya sendiri dan diamalkan mengikut etnik
masing-masing. Kepelbagaian jati diri ini merupakan satu keunikan yang tidak sewajarnya
dicerobohi. Penglibatan semua pihak mampu menjayakan usaha ke arah mengeratkan
hubungan tersebut.

Selain itu, hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat
Malaysia yang bersifat majmuk dan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling
bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah
dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi
memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-
usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan.
Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala
usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.

Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah


perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam
memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum
ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang 2020.

Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu
diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan
makmur.

22
11. Rujukan

1. Mardina Nordin
Pengajian Malaysia IPTS/Mardiana, Hasnah.
2. HamidahAbdulRahman2009_Konsep-konsepAsasHubunganEtnik.
3. https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-
masyarakat-majmuk-di-malaysia/
4. DR. JESSICA ONG HAI LIAW
Pensyarah Kanan, Universiti PertahananNasional Malaysia
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140204/re_06/Perpaduankesep
aduan-dan-penyatupaduan
5. laman sesawang
6. Selanjutnya di: http://www.bharian.com.my/node/15982
7. http://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-2011-hubungan-etnik-ke-
arah-masyarakat-berintegrasi
8. https://www.ukessays.com/essays/religion/pendahuluan.php
9. https://en.wikipedia.org/wiki/Multinational_corporation

23

You might also like