You are on page 1of 7

Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani Mosston &

Ashworth
Pengenalan.

Spektrum pengajaran adalah satu rangka kerja model pendidikan berdasarkan


guru dan murid (Mosston & Ashworth, 1994). Spektrum ini dirangka
berdasarkan dua keadaan iaitu :

a) Gaya A: Guru Sebagai pembuat keputusan utama

b) Gaya K : Murid Sebagai pembuat keputusan utama.

Di antara tambahan sembilan keadaan gaya pengajaran setiap satunya


dijelaskan berdasarkan siapakah yang membuat keputusan.

Mosston & Ashworth (1994) menyatakan bahawa keputusan transaksi


guru-murid boleh dikategorikan kepada 3 set

1. Pra-kesan

2. kesan semasa

3. pasca kesan

Kesan awal

Keputusan pada pra-kesan berhubung kait dengan satu episod


perancangan. Mc Cullick, B & Byna, M (2002) mengenal pasti situasi ini
sebagai Maksud pernyataan atau perancangan. Keputusan major
termasuk di dalam set kesan awal ialah seperti tugasan terperinci yang
akan diajar, objektif pengajaran, hasil pembelajaran dan alat
kelengkapan (ABM, BBM dan BBB)

Kesan Semasa

Keputusan kesan semasa berhubung kait dengan transaksi bersemuka


antara guru dan murid di dalam persekitaran belajar. Mosston &
Ashworth menggambarkan kesan semasa fasa membuat keputusan
sebagai meletakkan perancangan (keputusan kesan awal) kepada
tindakan. Terdapat 3 komponen dalam set keputusan kesan semasa :

a) Jangkaan peranan guru dan murid

b) Demonstrasi tugasan yang akan dilakukan atau pembentangan


penyelesaian masalah
c) Penerangan prosedur penggunaan alatan (kehendak tugasan,
masa keputusan, postur, kuantiti, jarak waktu, pakaian dan lokasi)
yang perlu dipatuhi semasa melakukan tugasan atau
menyelesaikan masalah.

Pasca Kesan

Fokus set kesan selepas ialah pentaksiran/ penilaian dan maklum balas
berkaitan prestasi murid dan menyediakan pentaksiran /penilaian
pengalaman guru-murid. Setiap gaya pengajaran di dalam spektrum
adalah berdasarkan peralihan keputusan yang sistematik (Pra-kesan,
Kesan dan pasca kesan) antara guru-murid (Goldberg dan Gerney,
1986). Spektrum dibahagikan kepada dua kelompok gaya pengajaran

Produktif kapasiti menghasilkan pengetahuan dan kemahiran baru

Reproduktif kapasiti menghasilkan semula ilmu dan kemahiran yang diketahui.

Kelompok reproduktif termasuklah arahan, latihan, tindak balas, tindak


balas dan pemasukan kaedah baru. Dalam gaya pengajaran reproduktif
pelbagai jangkaan guru-murid digambarkan. Isi yang spesifik diperlukan
menerusi bilangan pendekatan membuat keputusan, latihan kemahiran
spesifik dan maklum balas. Pengajaran behaviors merujuk kepada haya
pengajaran A, B, C, D dan E.

Kelompok produktif termasuklah penemuan terbimbing, penemuan


tertumpu, penumpuan mencapah, reka bentuk pembelajaran individu,
gaya pembelajaran kendiri dan daya usaha dan ia merujuk kepada F, G,
H, I, J dan K. Dalam gaya pembelajaran produktif murid diberi gambaran
satu masalah atau persoalan dan kemudian diberikan masa untuk
meneroka penyelesaian masalah. Semasa penemuan sama ada
menjurus atau mencapah, murid meneroka dan merentasi pengetahuan
dan menghasilkan ilmu baru. Proses kognitif merentasi memori dan
mencetuskan ingatan semula. Selalunya proses penemuan ini
menghasilkan motivasi intrinsik.

Spektrum yang menggabung pelbagai kaedah umum yang mana guru dan
pelajar masing-masing akan memainkan peranan dan bertanggungjawab
dalam hasil pengajaran dan pembelajaran. Spektrum ini telah membahagikan
gaya dan kaedah pengajaran kepada dua aspek iaitu

Berpusatkan Guru

Berpusatkan Pelajar
Gaya Arahan (A)

Satu gaya tradisional di mana guru mengawal sepenuhnya pengajaran dan


pembelajaran. Guru menjadi tumpuan utama dari mula hingga akhir. Dalam erti
kata lain, guru akan membuat keputusan terhadap perjalanan P&P di dalam
kelas. Kaedah ini akan memberi peluang guru menggunakan kuasa autonomi
untuk memberikan arahan satu persatu, melakukan demonstrasi dan berhak
memberikan komen dan ulasan terhadap prestasi murid-murid. Oleh itu, murid
perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap arahan dan pengajaran
daripada guru. Murid akan meniru setiap perlakuan guru.

Kaedah ini sememangnya sesuai untuk satu aktiviti aras yang tinggi dan perlu
mengutamakan keselamatan. Keperluan gaya ini juga sesuai ketika masa P&P
adalah terhad dan tidak mencukupi masa. Oleh itu masa murid untuk
mempelajari sesuatu tajuk menjadi terhad. Ia juga sesuai untuk pembelajaran
pada peringkat awal bagi memudahkan murid memahami tajuk. Sebagai
contoh ialah pembelajaran pergerakan asas aktiviti roda kereta dan hambur
tangan. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti aras tinggi yang memerlukan arahan
daripada guru secara terus menerus. Dalam tunjang 2 pembelajaran lompat
tinggi juga merupakan satu aktiviti aras tinggi yang memerlukan arahan dan
perhatian lebih daripada guru.

Gaya Latihan (B)

Gaya pengajaran ini merupakan kesinambungan daripada gaya pengajaran


arahan yang mana guru bertanggungjawab terhadap semua keputusan dalam
P&P. Dalam pengajaran guru akan memberikan tunjuk ajar kepada murid dan
murid berpeluang melakukan latihan secara beransur maju dan berperingkat.
Guru akan memberikan penerangan berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan
atau pun guru akan melakukan demonstrasi untuk melakukan aktiviti. Guru juga
akan memberikan penjelasan dan menentukan tiap-tiap yang ingin di ajar. Guru
juga akan sentiasa memerhatikan murid dan akan memberikan maklum balas,
tunjuk ajar dan bersoal jawab dengan murid. Murid melakukan latihan yang
telah ditetapkan oleh guru.

Seperti gaya Arahan, gaya latihan juga sesuai untuk P&P yang mempunyai
masa yang terhad, pembelajaran peringkat awal tetapi gaya latihan
memberikan murid masa yang lebih untuk berlatih. Contohnya ialah
Pembelajaran kemahiran olahraga. Sekiranya dirujuk pada taburan
pembahagian masa pengajaran olahraga memiliki masa pengajaran yang
singkat untuk mengajarkan kemahiran asas. Oleh itu, murid harus diberikan
masa yang lebih untuk mereka berlatih sendiri agar mempercepatkan proses
pembelajaran.
Semak Bergandingan/Timbal Balik (C)

Gaya ini mengkehendaki murid untuk melakukan latihan secara berpasangan


namun demikian secara dasarnya kaedah ini masih menetapkan guru
menentukan apa yang akan dipelajari dan memberikan penerangan terhadap
aktiviti yang akan diajarkan kepada murid. Guru juga akan melakukan
demonstrasi lanjutan untuk menguji perlakuan murid. Dalam pengajaran aktiviti
secara berpasangan. Seorang murid akan menjadi pemerhati dan seorang lagi
akan melakukan sesuatu aktiviti. Penilaian terhadap pelajar adakan
berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan oleh guru.

Pada permulaan P&P guru akan bertanggungjawab sepenuhnya. Murid akan


melakukan aktiviti secara berpasangan. Guru akan menyediakan senarai
semak dan lampiran gambar kepada pelajar. Pelajar akan menjadi penilai yang
menilai perlakuan pasangan mereka. Sebagai contoh ialah dalam mengajar
kemahiran menghantar permainan bola jaring. Guru akan membekal kepada
pasangan murid senarai semak butir-butir lakuan menghantar bola. Selain itu
murid juga akan dibekalkan dengan gambar lakuan yang betul. Oleh itu, murid
yang bertindak sebagai penilai akan menilai dan menandakan senarai semak
lakuan yang betul. Kemudian murid ini akan bertukar peranan.

Gaya Semak Kendiri (D)

Gaya ini sesuai bagi perlakuan yang mudah. Apabila perlakuan yang mudah
dilakukan oleh murid, maka akan mudah bagi murid tersebut untuk mengenal
pasti seterusnya menilai sendiri akan kesilapan perlakuan yang dilakukannya.
Namun kelemahan kaedah pengajaran semak kendiri ini ialah ia menghadkan
perhubungan interaksi sosial guru dan murid.

Sama seperti gaya berpusatkan guru yang lain, gaya semak kendiri ini turut
tidak terkecuali. Guru akan menentukan apa yang dipelajari, memberikan
penerangan sebelum memulakan pengajaran. Namun murid akan
bertanggungjawab dalam menilai perlakuan diri. Misalnya, dalam melakukan
kemahiran menyangga bola tampar, murid akan dibekalkan dengan gambar
turutan kemahiran menyangga yang betul manakala murid pula akan
melakukan aksi tersebut dengan berdasarkan gambar setelah diberikan
penjelasan dan penerangan oleh guru.

Gaya Inklusif/ peningkatan (E)

Satu-satunya pengajaran yang berpusatkan guru yang memberikan peluang


kepada murid satu keistimewaan untuk memilih tahap pembelajaran mereka
mengikut tahap dan kemampuan mereka. Murid akan memilih sendiri tahap
dalam prestasi mereka sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti yang masih
ditentukan oleh guru kriteria pembelajarannya.
Kelebihan aktiviti ini ialah ia memberikan murid peluang untuk merasai
kepuasan dan kejayaan dalam Pendidikan Jasmani. Semua murid akan
berupaya untuk melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri.
Peningkatan kemahiran kendiri murid dan motivasinya. Misalnya, dalam
melakukan aksi kemahiran lompat tinggi, murid bebas untuk memilih ketinggian
palang lompat tinggi.

Penemuan terbimbing (F)

Kaedah yang juga dikenali sebagai kaedah limitasi juga merupakan satu
kaedah yang memberikan banyak peluang untuk meluahkan perasaan,
mencuba dan menjadi seseorang yang kreatif tetapi perlakuan yang terhad
akibat tugas-tugas daripada guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah, ia
membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran
dan mengambil kira perbezaan di kalangan murid serta mempunyai peluang
belajar mengikut tahapnya sendiri. Kaedah ini merupakan kaedah yang mana
guru akan menetapkan tugasan dengan menyediakan pelbagai soalan yang
hanya menjuruskan kepada satu jawapan sahaja. Kemudian, guru akan
memberikan peluang/ masa untuk murid berfikir mencari jawapan. Namun
sekiranya murid gagal untuk menjawab, guru akan menukar soalan kepada
soalan yang lain namun masih menjurus kepada jawapan yang sama. Pada
kaedah ini, guru akan merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun murid tetap terlibat dalam mencapai objektif. Guru bertindak sebagai
penyoal (questioning) kepada murid. Manakala murid akan bertindak sebagai
penemu atau pembuka (uncovering) terhadap persoalan yang dinyatakan
oleh guru. Dalam hal ini guru biasanya akan membantu murid sehingga murid
memahami dan jelas terhadap sesuatu tajuk atau perkara. Misalnya guru akan
berbincang dengan murid terhadap ciri-ciri keselamatan pada pakaian sukan
yang ada pada masa kini dan masa depan. Guru akan membimbing murid
sehingga mencapai objektif seperti dapat menghasilkan satu jenis pakaian
sukan yang memiliki ciri-ciri keselamatan berdasarkan sukan.

Gaya pengajaran berpusat (G)

Guru akan merancang pembelajaran ini dengan menetapkan beberapa


persoalan dan tugasan. Murid pula akan bertindak untuk mencari jawapan yang
paling hampir. Guru akan bertindak sebagai pemandu arah. Murid pula
bertindak sebagai pencari jalan keluar. Contoh aktiviti ialah murid melakukan
perbincangan berkenaan dengan sejarah beberapa jenis sukan di Malaysia.
Guru akan membantu murid dengan memberikan klu-klu atau maklumat yang
hampir berkaitan.

Gaya Penemuan Bercapah (H)

Dalam gaya ini, guru akan menetapkan satu tugasan yang mempunyai
pelbagai jawapan. Tugasan ini mempunyai banyak pilihan jalan
penyelesaiannya. Kemudian, guru akan mendorong dan menggalakkan murid
untuk menilai setiap jalan penyelesaian tersebut dan membuat perbandingan
antara jawapan tersebut. Perbandingan antara jawapan ini adalah satu cara
untuk seseorang murid tersebut menilai keberkesanan jawapan yang diberikan.

Kaedah ini sesuai bagi aktiviti yang berbentuk pembangunan satu pasukan.
Kelebihan kaedah ini ialah menggalakkan murid berfikir dan memupuk sikap
kerjasama antara mereka. Misalnya, guru menetapkan tugasan murid adalah
mencari teknik yang sesuai bagi kemahiran olahraga acara padang lompat jauh.
Tugasan yang satu, tetapi mempunyai banyak pilihan jawapannya, antaranya
ialah kayuh, layar dan melayang. Murid akan mencari mana-mana jawapan
dengan melakukan semua gaya tersebut seterusnya menilai keberkesanannya
dari segi jarak lompatan.

Gaya program individu reka bentuk pelajar. (I)

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang
memahami tugasan, masalah dan muri juga perlu berfikir secara logik dan
sistematik. murid akan menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya
mengikut kebolehan individu.

Guru akan membantu murid sebagai penasihat. Murid akan merancang


program atau aktiviti pembelajaran seterusnya murid sendiri yang akan
menyelesaikan masalah. Contohnya merancang satu pergerakan kreatif bagi
membentuk persembahan. Pergerakan kreatif tersebut akan dibantu oleh guru
dengan memurnikan lagi persembahan kreatif mereka.

Gaya Pembelajaran terdorong (J)

Guru akan memantau proses pembelajaran manakala murid pula akan menjadi
perancang program atau aktiviti pembelajaran. Pelajar berusaha sendiri untuk
menetapkan tugasan mereka serta memilih gaya pembelajaran kendiri. Gaya
ini seolah-olah memberikan murid autonomi untuk mengambil alih tugasan
guru dengan mengawal kelas, merancang program dan aktiviti pembelajaran.
Sebagai contoh murid akan mengaplikasikan kemahiran olahraga dan perlu
mengaplikasikan satu sesi pengajaran PJ.

Pembelajaran Kendiri (K)

Guru akan bertindak sebagai pemerhati sahaja. Murid akan bertindak


mengambil alih tugas seorang guru. Murid akan menetapkan sendiri apa yang
akan dipelajari dan menetapkan pendekatan sendiri untuk mencapai objektif
pembelajaran mereka. Murid diberikan hak untuk membuat keputusan sendiri.
Contoh aktiviti yang sesuai ialah melakukan kemahiran servis bola tampar yang
pelbagai. Murid akan menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam
melakukan servis yang pelbagai. Misalnya murid ingin melakukan 2 daripada 3
kemahiran servis bola tampar dengan betul.
p/s : untuk gaya A-E ia merupakan strategi berpusatkan guru manakala F-K
adalah berpusatkan murid.

You might also like