You are on page 1of 5

1.

0 BIOGRAFI AL JAZARI

Al Jazari merupakan seorang ilmuwan Islam yang tersohor dalam bidang


kejuruteraan mekanikal dan robotik. Nama penuh beliau adalah Al Shaykh Rais Al
Amal Badi Al Zaman Abu Al Izz Ibn Ismail Ibn Al Razzaz Al Jazari. Al Jazari
dilahirkan pada tahun 1136 Masihi. Gelaran Al Jazari diambil sempena nama tempat
kelahiran beliau iaitu di Jazirah Ibnu Umar di Diyar Bakir, Turki. Al Jazari mendapat
gelaran Bapa Kejuruteraan Moden kerana kajiannya menjadi asas kepada perkembangan
teknologi industri. Ada juga sesetengah pihak memberi gelaran Bapa Robot kepada
beliau kerana penemuan dan penciptaan robot yang beliau hasilkan. Beliau meninggal
dunia pada tahun 1206 Masihi di Diyar Bakir, Tenggara Turki.

Hasil dari kajian dan penyelidikan secara terperinci, Al Jazari telah menulis dua
buah buku iaitu kitab Fi Marifatil Hiyal al Handasiyyah iaitu buku Perkakas
Mekanikal Pintar dan kitab al Hiyal Fil Jam Bainal ilm Wal Amal iaitu pertautan
antara ilmu dan amali menerangkan tentang ilmu mekanikal. Penulisan buku ini adalah
atas permintaan Sultan Nasir al Din Mahmud iaitu Sultan Dinasti Artuqid yang menaiki
takhta pada tahun 1200 Masihi. Buku ini dianggap sebagai manuskrip terkenal dunia
ditambah pula dengan ilustrasi yang mengagumkan di dalam buku tersebut. . Karya ini
juga telah mengagumkan banyak pihak sehingga seorang jurutera berbangsa Inggeris iaitu
Donald Hill telah menterjemahkan buku tersebut dalam bahasa Inggeris pada tahun 1974
dan diberi tajuk The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices.

2.0 SUMBANGAN AL JAZARI (BAPA KEJURUTERAAN MODEN)


2.1.1 SISTEM TALI AIR
Al Jazari adalah orang pertama yang berjaya mencipta dan menubuhkan satu sistem
bekalan air ke masjid dan hospital di Diyar Bakir, Anatolia Turki pada kurun ke 13 iaitu
dengan menggunakan gear ciptaan beliau untuk menggerakkan air. Jentera ciptaan beliau
terdiri daripada sebuah pemutar air, satu sistem pengepam air dan gear yang mengepam
air dari sumbernya iaitu sebuah bukit dengan menggunakan sistem paip. Bandar Diyar
Baki terletak di atas sebuah bukit. Tali air merupakan sistem yang canggih direka di
Diyar Bakir termasuk rangkaian paip yang luas dibina untuk mengalirkan air kekawasan
tempat ia diperlukan termasuk ladang pertanian.

2.1.2 RODA AIR BERGEAR

1
Alat ini menggunakan gear yang tegak untuk menukar kekuatan air daripada roda
air berputar untuk menggerakkan satu lagi gear yang dipasang secara melintang. Sistem
gear ini juga tidak hanya menyebabkan pergerakan air dapat dipindahkan malahan turut
mengubah pergerakan dari melintang kepada menegak. Gear ini penting dalam sistem
tali air Al Jazari yang kini dikenali sebagai pam penyedut hidroulik pertama. Gear
utama ini akan berpusing apabila roda air berputar dan sebuah tombol kecil dipasang
pada gear tegak untuk mengendalikan bahagian pam. Jadi apabila gear utama berpusing
ia menyebabkan pergerakan pam penyedut seperti piston mengepam air.

2.1.3 PAM PENYEDUT AIR


Al Jazari juga telah mencipta pam penyedut air. Pam tersebut merupakan sebuah
alat yang menggunakan kuasa hidrolik untuk mengepam air ke sistem tali air. Ringkasnya
sistem tali air Al Jazari telah menggunakan air sungai untuk menggerakkan sebuah
turbin yang seterusnya dengan kombinasi beberapa gear mengendalikan pam penyedut.
Dengan adanya pam penyedut itu, air boleh dibekalkan ke semua tempat walaupun di
tanah tinggi. Beliau telah menggunakan silinder dan penutup untuk menghasilkan kesan
hidroulik. Beliau menggunakan kuprum sebagai bahan utama mesinnya kerana kuprum
tahan karat dan tidak meracuni air dan kayu mulberry sebagai gearnya.

2.1.4 JAM GAJAH


Antara ciptaan lain Al Jazari yang popular ialah jam gajah iaitu sebuah jam
automatik pertama yang digerakan dengan menggunakan kuasa air. Jam tersebut telah
menunjukkan waktu dengan tepat dengan mengambil kira masa yang tidak sama bagi
setiap hari dalam setahun. Jam tersebut mempunyai lembaga seperti robot yang memukul
simbal serta juga burung buatan yang berbunyi setiap kali masuk waktu tertentu.

2.1.5 MESIN BASUH TANGAN AUTOMATIK & MESIN PANCUR


BURUNG MERAK

Mesin basuh tangan automatik ini berbentuk seorang wanita yang berdiri dengan
sebuah besen yang berisi air. Mesin ini dicipta untuk membasuh tangan. Prinsip kerja alat
ini ialah apabila seorang pengguna menahan tuas, air akan mengering dan robot wanita itu
akan mengisi semula basin dengan air. Mekanisme yang dikembangkan oleh Al Jazari
dalam sistem ini, kini digunakan dalam sistem kerja tandas moden. Selain itu, di istana,
Al Jazari turut menghasilkan mesin pancut burung merak yang hampir sama fungsinya
dengan mesin basuh tangan automatik. Robot burung merak ini berfungsi sebagai

2
pengganti pembantu atau pelayan. Mesin ini digunakan untuk memudahkan orang ramai
yang berkunjung ke istana membersihkan tangan, kerana robot burung merak itu
disertakan sabun dan tuala dan ia akan menawarkan kepada pengguna secara automatik.

2.1.6 SAMPAN MUZIK


Alat ini berbentuk sebuah sampan terapung di sebuah tasik yang mempunnyai empat
robot pemain muzik; dua pemukul drum, satu pemetik harp, dan satu lagi peniup seruling.
Robot ini dicipta untuk menghiburkan para tetamu kerajaan dalam suatu acara jamuan
minuman. Robot robot tersebut digerakkan dengan menggunakan tenaga air (sistem
hidraulik).

3.0 KESIMPULAN
Selain daripada sumbangan peralatan peralatan yang telah dihuraikan di atas,
sebenarnya banyak lagi alat alat ciptaan Al Jazari yang telah menyumbang kepada
perkembangan teknologi dan tamadun Islam pada masa itu dan sehingga ke hari ini,
kebanyakan system yang diguna pakai oleh Al Jazari telah dikembangkan dan
digunakan secara meluas dalam dunia industri moden hari ini. Al Jazari telah berjaya
mencipta lebih daripada 50 peralatan dan kesemua ciptaan dan penemuan beliau telah
beliau rangkumkan dalam kitab beliau yang cukup terkenal iaitu Al Jami Bain al Ilm
Wal Aml al Nafi Fi Sinat at al Hiyal (The Book of Knowledge of Ingenious
Mechanical Devices) pada 10 Januari 1206. Karya besar Al Jazari ini telah
disempurnakan oleh Muhammad ibn Yusuf ibn `Uthman al Haskafiat pada akhir
Syaaban 602H/10 April 1206. Dari catatan Haskapi, pada ketika itu Al Jazari sudah
tiada. Dari catatan itulah, Al Jazari dikatakan meninggal dunia pada 602 H/1206 M iaitu
beberapa bulan setelah beliau menyelesaikan karyanya.

3
4.0 LAMPIRAN

Gambar 1: Ilustrasi Al Jazari gambar 2: Sistem Tali Air

Gambar 3: Roda Air Bergear Gambar 4: Pam Peneyedut Air

Gambar 5: Jam Gajah Gambar 6: Mesin Basuh Tangan

4
Gambar 7: Mesin Burung Merak Gambar 8: Sampan Muzik

(sumber gambar dari: www.muslimheritage.com)

5.0 RUJUKAN

Aidit bin Hj. Ghazali. 1994. Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia dalam Ilmu dan

Kecemerlangan dari Perspektif Islam. Penyunting Ismail Hj. Ibrahim & Mohd. Shahri

Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Azam Bin Hamzah, Zulekha Yussof. 1990. Tamadun Islam Konsep dan Pencapaiannya.

Shah Alam: Penerbitan Hizbi.

Ibnu Ismail Al Jazari. Retrieved from http://irfanirsyad.wordpress.com/2011/03/07/ibnu-


ismail-al-jazari-jurutera-mekanikal-islam/ (5/8/2017)

Raghib As Sirjani. 2011. Sumbangan Peradaban Islam pada Dunia. Jakarta Timur:
Pustaka Al- Kautsar.

Retrieved from http://www.muslimheritage.com/article/al-jazari-mechanical-genius


(5/8/2017)

You might also like