You are on page 1of 5

Taqi ad Din

Nama Penuh : Taqi ad-Din Muhammad ibn Ma'ruf ash-Shami


al-Asadi

Tahun Lahir : 1521

Tempat Lahir : Damascus , Syria

Tahun Wafat : 1585

Pendidikan Awal : Kairo , Mesir

Bidang ILmu : Penyelidikan(Scientist), Astronomi, Astrologi,


Kejuruteraan, Pembuatan, Fizik, Matematik, Botanik,
Zoologi, Farmasi, Falsafah

Kepakaran : Bidang Kejuruteraan, Astronomi, Penyelidikan,


Pembuatan, Fizik, Matematik, Zoologi, Falsafah, Astrologi,
Botanik.
PENCAPAIAN:
Menulis lebih dari 90 buah buku dalam bidang
Astronomi, Kejuruteraan, Matematik, Mekanik,
Optik dan Falsafah.
Pada tahun 1574, Sultan Ottoman Murad III
mengarahkan Taqid ad Din membina Istanbul
Observatory yang merupakan Observatory dalam
bidang astronomi yang terbasar dalam dunia Islam
tetapi telah di robohkan pada tahun 1580.
Mencipta jam mekanikal pertama di dunia
Mencipta jam pertama yang megira dalam minit
Mencipta jam pertama yang mengira dalam minit
dan saat
Ahli matematik pertama yang mendapatkan nilai
Sin 1.
Menerangkan penggunaan alat megepam air
menggunakan roda berskoop dalam kitab
tulisannya.
RINGKASAN SEJARAH HIDUP TAQI AD DIN

Taqi Ad din Muhamad Ibnu Maruf ash-Shami al-Asadi


lahir pada tahun 1521 di Damascus Syria. Beliau telah
menghasilkan lebih daripada 90 buah buku dalam bidang
astronomi, pembuatan jam, kejuruteraan, matematik, mekanik,
optik dan falsafah.
Dalam bidang kejuruteraan awam, beliau boleh di
anggap sebagai antara tokoh yang terulung kerana kejayaan
beliau dalam membina sebuah Istanbul Observatory pada
zaman pemerintahan Sultan Murad III pada tahun 1574. Ianya
di anggap sebagai Observatory terunggul dan terbesar pada
zaman itu. Selain itu, beliau juga ada menerangkan tentang
teori penggunaan alat mengepam air menggunakan roda
berskoop dalam kitab tulisannya dan ianya sama seperti
prinsip hydraulik dan hydrologi dalam bidang kejuruteraan
awam.

NOTA KAKI :
1. Salomon Schweigger, Ein newe Reyssbeschreibung auss Teutschland nach Constantinopel
und Jerusalem (Graz, 1964), 901
2. Soucek, Svat (1994). "Piri Reis and Ottoman Discovery of the Great Discoveries".
Studia Islamica 79: 135.

ULASAN:

MOHAMAD SALLEHUDDIN BIN ABD RAHIM

CF 140169

Taqi ad Din merupakan seorang ilmuan yang boleh di


jadikan contoh anak-anak muda pada zaman ini. Dapat kita
lihat ketekunan beliau dalam menuntut ilmu walaupun kita tahu
betapa susahnya mencari ilmu pada zaman beliau kerana
terpaksa berjalan merentasi Negara dan benua hanya untuk
mencari seorang guru yang benar-benar berkredibiliti tidak
seperti zaman sekarang di mana mudah untuk mendapatkan
ilmu kerana dunia ibarat sudah berada di hujung jari.

Dalam bidang kejuruteraan, khususnya dalam bidang


kejuruteraan awam beliau boleh di anggap sebagai idola kerana
tanpa kelengkapan yang canggih dan modern dan tanpa
perisian yang seperti autocad dan sebagainya beliau mampu
mencipta Istanbul Observatory yang merupakan observatory
terhebat pada zaman beliau. Kita juga dapat lihat kehebatan
beliau dalam bidang mekanikal dan pembuatan di mana rekaan
jam yang beliau hasilkan menunjukkan umat islam lebih hebat
daripada orang barat.

Kesimpulannya, Taqi ad Din merupakan seorang ilmuan


islam dan juga tokoh golongan berpendidikan tinggi yang perlu
di sanjung dan di kenang serta karya-karya beliau perlu di
manfaatkan agar umat islam zaman ini boleh bersaing dengan
agama lain.

You might also like