Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan
warna-warna yang terdapat pada Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda agama Islam, agama negeri dan juga negara.
B. Jata negeri Melaka
Pelbagai warna (putih, kuning dan biru) yang terdapat pada
lambang negeri ini adalah warna-warna yang terdapat di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah sebahagian dari Malaysia. Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang pecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama rasmi. Di samping itu, terdapat pokok Melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. 2 ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua bagaimana Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu menceritakan bagaimana Parameswara menyaksikan pergaduhan antara seekor pelanduk dengan seekor anjing semasa baginda sedang berehat di bawah pokok melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan rusa yang kecil itu semasa berlawan dengan seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya Melaka. Pelanduk itulah yang telah menyebabkan Raja Melaka mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
C. Lagu Kebangsaan negeri Melaka - Melaka Maju Jaya
Melaka Negeri Bersejarah
Tempat tumpah darah kita Dijunjung dengan sepenuh jiwa Untuk maju dan jaya Rakyat Melaka sudah bersatu padu Berikrar taat setia Jujur berkhidmat setiap masa Melaka maju jaya.
D. Keistimewaan negeri Melaka
Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ;مالكjuga dikenali sebagai
Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat
Semenanjung Malaysia dan bersempadankan: # Negeri Sembilan di utara; #Johor di tenggara; danSelat Melaka di barat.
Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri
daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
* Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11),
serta di Semenanjung Malaysia (tangga ke-9) * Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13), serta di Semenanjung (tangga ke-13) * Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri
pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri. Sektor pelancongan dan pembuatan adalah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Melaka juga terkenal untuk makanan, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdirinya daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah. Sehingga hari kini, kebanyak adat-adat kuno yang berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musim Lent, iaith musim puasa bagi orang Katolik), "branyu" (sejenis tarian tradisional) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan) Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan dan barangan konsumer kepada barangan komponen-komponen senjata dan automotif berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen komputer. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan Singapura. Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh pesakit-pesakit sejauh Indonesia dan Singapura. Hospital Straits, Hospital Putra (dulu dikenali sabagai Hospital Southern), Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf dengan kebanyakan negara maju yang lain. Kerajaan Negeri Melaka ialah pemegang saham utama Hospital Putra.
Inilah Rumah Baba-nyonya yang terdapat di Melaka.
Nama Melaka diperoleh sempena nama pokok Melaka.
Peta ini menunjukkan kedudukan negeri Melaka di Malaysia.
Salah Satu Dari Faktor Utama Pelabuhan Melaka Sempat Maju Dalam Kegiatan Perdagangannya Ialah Disebabkan Oleh Kejayaan Pentadbiran Dan Kerajaan Melaka Menegakkan Syiar Islam Di Rantau Melayu Nusantara