You are on page 1of 5

9.

Melaka

A. Bendera negeri Melaka

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan


warna-warna yang terdapat pada Bendera Persekutuan (Jalur
Gemilang) dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah
negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan
bintang pecah lima itu pula ialah tanda agama Islam, agama
negeri dan juga negara.

B. Jata negeri Melaka

Pelbagai warna (putih, kuning dan biru) yang terdapat pada


lambang negeri ini adalah warna-warna yang terdapat di
Malaysia. Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah sebahagian
dari Malaysia. Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5
orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan
berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan
Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang pecah lima yang
terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada
Islam sebagai agama rasmi.
Di samping itu, terdapat pokok Melaka, pohon dari mana
negeri itu mendapat namanya. 2 ekor pelanduk yang memegang
perisai ialah untuk memperingati riwayat tua bagaimana
Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu menceritakan bagaimana
Parameswara menyaksikan pergaduhan antara seekor pelanduk
dengan seekor anjing semasa baginda sedang berehat di
bawah pokok melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan
dan kebijaksanaan rusa yang kecil itu semasa berlawan dengan
seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk
mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya Melaka.
Pelanduk itulah yang telah menyebabkan Raja Melaka
mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan
membukanya.

C. Lagu Kebangsaan negeri Melaka - Melaka Maju Jaya

Melaka Negeri Bersejarah


Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa
Untuk maju dan jaya
Rakyat Melaka sudah bersatu padu
Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa
Melaka maju jaya.

D. Keistimewaan negeri Melaka

Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ‫ ;مالك‬juga dikenali sebagai


Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah). Pada
tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai
Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga
diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada
jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh
Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade
Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai
Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat


Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:
# Negeri Sembilan di utara;
#Johor di tenggara; danSelat Melaka di barat.

Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri


daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah
seperti berikut:

* Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11),


serta di Semenanjung Malaysia (tangga ke-9)
* Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13),
serta di Semenanjung (tangga ke-13)
* Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia serta di
Semenanjung.

Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri


pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak
mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh
seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.
Sektor pelancongan dan pembuatan adalah sektor utama
dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan
slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka
kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.
Melaka juga terkenal untuk makanan, terutamanya gaya
masakan Baba dan Nyonya yang terdirinya daripada gaya
masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah
pedas dan berempah. Sehingga hari kini, kebanyak adat-adat
kuno yang berasal daripada pendudukan Portugis masih
diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang
menandakan permulaan musim Lent, iaith musim puasa bagi
orang Katolik), "branyu" (sejenis tarian tradisional) dan "santa
cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan) Selain daripada
pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan
tempatan daripada makanan dan barangan konsumer kepada
barangan komponen-komponen senjata dan automotif
berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen
komputer. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan
perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang
Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan Singapura.
Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh
pesakit-pesakit sejauh Indonesia dan Singapura. Hospital
Straits, Hospital Putra (dulu dikenali sabagai Hospital
Southern), Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai
merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular.
Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf
dengan kebanyakan negara maju yang lain. Kerajaan Negeri
Melaka ialah pemegang saham utama Hospital Putra.

Inilah Rumah Baba-nyonya yang terdapat di Melaka.

Nama Melaka diperoleh sempena nama pokok Melaka.

Peta ini menunjukkan kedudukan negeri Melaka di Malaysia.

You might also like