You are on page 1of 7

Bab 5 - Sumber Kewangan

BAB 5

SUMBER KEWANGAN

Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan wang kepada semua sekolah


kerajaan dan bantuan kerajaan bagi mata-mata pelajaran Sains Teras dan Elektif (Kimia,
Fizik, Biologi, Sains Tambahan), sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling
Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 – Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG) Untuk Sekolah, KP.
1573/17/Jld. 14 (4) bertarikh 16 Oktober 2002.

5.1 Pemberian Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant, PCG)


Pemberian PCG adalah merupakan bantuan kewangan di bawah peruntukan belanja
mengurus Kementerian Pelajaran kepada setiap murid sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan (KPM, 2005). Pemberian PCG merangkumi PCG prasekolah,
PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran (sila rujuk Lampiran 5.1A
untuk Pengkelasan Bantuan Persekolahan).

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 menyatakan bahawa tuntutan atau
pemberian PCG ditetapkan sekali setahun berasaskan bilangan murid pada 1
Oktober tahun sebelumnya dan borang tuntutan hendaklah diserahkan oleh pihak
sekolah kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun
sebelumnya (sila rujuk Lampiran 5.1B untuk garis panduan pengurusan Bantuan
Persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia).

Walau bagaimanapun, sekolah boleh membuat tuntutan penyelarasan sekiranya


mengalami perubahan bilangan murid. Sekolah yang mengalami pertambahan
bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan
murid pada tarikh asas tuntutan boleh memohon peruntukan tambahan sekali sahaja
kepada bahagian kewangan melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing.

Tuntutan tambahan ini perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan sebelum


atau pada 30 Ogos tahun semasa dan permohonan yang dikemukakan selepas
tarikh tersebut tidak akan diberi pertimbangan (Pindaan Pertama Kepada Surat
Pekeliling Kewangan Bil. 5, 2002, bertarikh 11 Februari 2004). Sekolah yang
mengalami kekurangan bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang
murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan dikehendaki
mengembalikan peruntukan lebihan PCG kepada JPN sebelum atau pada 30 Ogos
tahun semasa.

5.2 Kadar Bantuan PCG Bagi Sekolah


Sumber kewangan bagi belanja mengurus bilik sains dan makmal sains boleh
diperolehi daripada PCG bagi Mata pelajaran Teras (MP Teras). PCG ini hendaklah
digunakan untuk membeli peralatan dan bahan sains bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Kadar PCG bagi mata Pelajaran Teras adalah seperti tersenarai
dalam Jadual 5.1, 5.2, 5.3 dan 5.4.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│51


Bab 5 - Sumber Kewangan

Jadual 5.1: Kadar Bantuan PCG Mata pelajaran Teras (MP Teras) Bagi Sekolah
Rendah Harian/ Sekolah Rendah Sukan Mengikut Surat Pekeliling
Kewangan Bil 5, 2006, bertarikh 31 Julai 2006.

JENIS KADAR PCG SETAHUN


BANTUAN 1001 murid dan
101- 150 murid 151 - 500 murid 501 – 1000 murid
ke atas
RM 2,900 + RM5,700 + RM 10, 700 +
RM 2,100 + RM16.00
PCG MP RM8.00 seorang RM10.00 seorang RM9.00 seorang
seorang murid
TERAS murid melebihi murid melebihi murid melebihi
melebihi 100 orang
150 orang 500 orang 1000 orang

Jadual 5.2: Kadar Bantuan PCG Mata pelajaran Teras Bagi Sekolah Rendah Kurang
Murid Mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil 5, 2006, bertarikh 31 Julai
2006.

KADAR PCG SETAHUN


JENIS BANTUAN
≤ 20 murid 21 - 50 murid 51 – 100 murid
RM1,600 + RM10.00 seorang
PCG MP TERAS RM 1,400 RM 1,600
murid melebihi 50 orang

Jadual 5.3: Kadar Bantuan PCG MP Teras dan MP Elektif Bagi Sekolah Menengah
Harian/ Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Sukan
Mengikut Pindaan Pertama Surat Pekeliling Kewangan Bil 5, 2002,
bertarikh 11 Februari 2004.

KADAR PCG SETAHUN


JENIS BANTUAN 100 murid dan ke 101 - 500 501 – 1000 1001 murid
bawah murid murid dan ke atas

RM2,500 + RM22,200 +
RM11,700 +
PCG MP TERAS RM23.00 RM19.00
RM21.00
SEKOLAH MENENGAH seorang seorang
RM2,500 seorang murid
RENDAH murid murid
melebihi 500
(T1 – T3) melebihi 100 melebihi 1000
orang
orang orang

RM4,000 + RM37,200 +
RM19,200 +
RM38.00 RM34.00
RM36.00
SAINS RM4,000 seorang seorang
seorang
TERAS murid murid
melebihi 500
melebihi 100 melebihi 1000
orang
PCG MP SEKOLAH orang orang
MENENGAH ATAS (T4 –
T5) Fizik : RM14.00 seorang murid setahun

Kimia : RM14.00 seorang murid setahun


ELEKTIF
Biologi : RM14.00 seorang murid setahun
Sains Tambahan: RM14.00 seorang murid setahun

52│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 5 - Sumber Kewangan

KADAR PCG SETAHUN


JENIS BANTUAN 100 murid dan ke 101 - 500 501 – 1000 1001 murid
bawah murid murid dan ke atas

Fizik : RM 30.00 seorang murid setahun


PCG MP SEKOLAH
Kimia : RM 30.00 seorang murid setahun
MENENGAH ATAS (T6)
Biologi : RM 30.00 seorang murid setahun

Jadual 5.4: Kadar Bantuan PCG MP Teras dan MP Elektif Bagi Sekolah Menengah
Teknik Dan Vokasional Mengikut Pindaan Pertama Surat Pekeliling
Kewangan Bil 5, 2002, bertarikh 11 Februari 2004.

KADAR PCG SETAHUN


JENIS BANTUAN 100 murid dan 101 - 500 501 – 1000 1001 murid
ke bawah murid murid dan ke atas

RM 4, 000 + RM 19, 200 + RM 37, 200 +


SAINS RM 38.00 RM 36.00 RM12.00
TERAS RM 4, 000 seorang murid seorang murid seorang murid
melebihi 100 melebihi 500 melebihi 1000
PCG MP orang orang orang
SEKOLAH
MENENGAH
ATAS (T4 – T5) Fizik : RM 80.00 seorang murid setahun
ELEKTIF
Kimia : RM 80.00 seorang murid setahun

Biologi : RM 80.00 seorang murid setahun

Mengikut Tambahan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil 5, 2002,


pengiraan PCG bagi mata pelajaran Sains Teras adalah bergantung kepada enrolmen murid
di sesebuah sekolah. 60% daripada jumlah PCG Teras adalah diperuntukkan untuk mata
Pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Jumlah sebenar untuk Sains Teras
adalah 40% daripada 60% tersebut.

Ringkasan pengiraan PCG bagi mata pelajaran Sains Teras di sekolah menengah
dan rendah adalah seperti di bawah:

PCG Sains Teras = 40% x [60% x Jumlah PCG Mata Pelajaran Teras]

Bagi sekolah yang mempunyai murid yang mengambil mata pelajaran Sains Elektif
atau tingkatan enam, pengiraan PCG adalah mengikut bilangan murid yang mengambil
mata pelajaran tersebut. Maka, jumlah keseluruhan PCG bagi mata pelajaran Sains adalah
bersamaan dengan jumlah PCG Sains Teras, Sains Elektif (jika ada) dan Sains tingkatan
enam (jika ada).

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│53


Bab 5 - Sumber Kewangan

PCG Sains = PCG Sains Teras + PCG Sains Elektif + PCG Sains Ting.6
(jika ada) (jika ada)

Pihak sekolah boleh juga menambah sumber kewangan bagi membeli peralatan dan bahan
Sains dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang sesuai.

5.3 Pengiraan PCG Sains

Berikut adalah contoh-contoh pengiraan PCG Sains bagi Sekolah Rendah Harian
Biasa/ Sekolah Rendah Sukan, Sekolah Menengah Harian Biasa/ Sekolah Berasrama
Penuh/ Sekolah Menengah Sukan dan, Sekolah Menengah Teknik & Vokasional. Walau
bagaimanapun, contoh-contoh ini boleh dimanipulasi mengikut enrolmen murid dan mata
pelajaran yang diambil.

Contoh 1: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Rendah Harian Biasa/
Sekolah Rendah Sukan.

SK Taman Rasah Jaya mempunyai bilangan murid seramai 700 orang. Tuntutan
PCG bagi Mata Pelajaran Teras adalah seperti berikut:

Asas Pengiraan PCG Jumlah PCG MP Teras

500 murid pertama = RM5,700.00


RM7,700.00
200 murid berikutnya x RM10.00 = RM2,000.00

Jumlah Tuntutan PCG Sains = 40% x [60% x RM 7,700.00]


= RM 1,848.00

Contoh 2: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Menengah Harian


Biasa/Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Sukan.

SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj, mempunyai 452 orang murid menengah rendah,
279 orang murid menengah atas dan 70 orang pelajar tingkatan 6. 79 orang murid
menengah atas adalah terdiri daripada pelajar aliran sains tulen yang mengambil
mata pelajaran Kimia, Fizik dan Biologi. 50 orang pelajar tingkatan 6 adalah dari
aliran sains yang mengambil mata pelajaran Kimia dan Fizik.

a. PCG untuk Mata Pelajaran Teras


Jumlah PCG
Jenis PCG Asas Pengiraan PCG
M/P Teras
Menengah 100 murid pertama = RM2,500.00
RM10,596.00
Rendah 352 murid berikutnya, 352 x RM23.00 = RM8,096.00

54│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 5 - Sumber Kewangan

Menengah 100 murid pertama = RM 4,000.00


RM 7,800.00
Atas 100 murid berikutnya, 100 x RM 38.00 = RM 3,800.00

Jumlah RM 18,396.00

b. PCG untuk Sains Teras = 40% x [60% x RM 18,396.00]


= RM 4,415.04

c. PCG untuk Sains Elektif

Jenis PCG Asas Pengiraan PCG Jumlah PCG

Kimia 79 murid X RM 14.00 RM 1,106.00

Fizik 79 murid X RM 14.00 RM 1,106.00

Biologi 79 murid X RM 14.00 RM 1,106.00

Jumlah RM 3,318.00

d. PCG untuk Tingkatan 6

Jenis PCG Asas Pengiraan PCG Jumlah PCG

Kimia 50 murid X RM 30.00 RM 1,500.00

Fizik 50 murid X RM 30.00 RM 1,500.00

Biologi - -

Jumlah RM 3,000.00

e. Jumlah Tuntutan PCG Sains = RM4,415.04 + RM3,318.00 + RM 3,000


= RM 10,733.04

Contoh 3: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Menengah Teknik &
Vokasional

SMT Kuala Klawang mempunyai 650 orang murid di mana 300 orang murid adalah
aliran teknik yang mengambil mata pelajaran Kimia dan Fizik manakala 350 orang
adalah murid aliran vokasional yang mengambil mata pelajaran Sains Teras.

a. PCG untuk Mata Pelajaran Teras

Jenis PCG Asas Pengiraan PCG Jumlah PCG

Aliran 100 murid pertama = RM4,000.00


RM13,500.00
Vokasional 250 murid berikutnya, 250 x RM38.00 = RM9,500.00

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│55


Bab 5 - Sumber Kewangan

b. PCG untuk Sains Teras = 40% x [60% x RM 13,500.00]


= RM 3,240.00

c. PCG untuk Sains Elektif:

Jenis PCG Asas Pengiraan PCG Jumlah PCG

Kimia 300 murid X RM 80.00 RM 24,000.00

Fizik 300 murid X RM 80.00 RM 24,000.00

Biologi - -

Jumlah RM 48,000.00

d. Jumlah Tuntutan PCG Sains = RM3,240.00 + RM48,000.00


= RM 51,240.00

5.4 Perbelanjaan Yang Dibenarkan Menggunakan Bantuan PCG

Anggaran perbelanjaan untuk pembelian peralatan dan bahan Sains hendaklah


disediakan pada bulan Oktober setiap tahun. Ini memberi masa yang cukup untuk
membuat pertimbangan awal ke atas anggaran ini dengan mengurangkan atau
menambahkan jenis dan bilangan peralatan dan bahan Sains yang hendak dibeli.
Anggaran perbelanjaan ini hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengetua dan
Guru Besar. Ketua Bidang Sains dan Matematik perlu mengetahui jumlah PCG
Sains yang diperolehi bagi tahun berkenaan termasuk baki pada tahun lepas supaya
agihan perbelanjaan dapat dirancang. Pengagihan ini hendaklah berdasarkan
keutamaan berikut:

a. Membeli peralatan dan bahan Sains untuk penilaian amali.

b. Mengganti peralatan dan bahan Sains yang rosak, pecah atau hilang.

c. Menambah bilangan peralatan dan bahan Sains.

d. Membeli peralatan baru termasuk bahan bantu mengajar.

e. Memperbaiki dan menyelenggara peralatan.

Selain itu, PCG juga boleh digunakan untuk perbelanjaan berikut:

a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk kertas Braille) bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran.

b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang
bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

c. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan lain-
lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan
pembelajaran.

56│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 5 - Sumber Kewangan

d. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberikan pengukuhan kepada


proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau
hari persekolahan.
e. Perolehan harta modal (Sila Rujuk Bab 6).

5.5 Penutup

Pemberian bantuan PCG haruslah diurus dan diguna secara berhemah dan mengikut
peraturan yang telah ditetapkan. Keutamaan pengunaan adalah untuk proses pengajaran
dan pembelajaran berkesan. Keperluan bilik dan makmal Sains yang lengkap dan
mencukupi serta keadaan yang selamat akan membolehkan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar.

5.6 Cadangan

 Pemberian Bantuan PCG bagi mata pelajaran elektif antara Sekolah Menengah
Harian Biasa/ Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Sukan dan
Sekolah Menengah Teknik & Vokasional haruslah selaras. PCG bagi mata
pelajaran elektif (Kimia, Fizik dan Biologi) bagi sekolah harian biasa adalah jauh
lebih rendah (RM14.00 bagi setiap murid) berbanding Sekolah Teknik &
Vokasional (RM80.00 bagi setiap murid).

 Pemberian Bantuan PCG mata pelajaran Teras bagi Sekolah Rendah Harian/
Sekolah Rendah Sukan perlu ditambah memandangkan PCG sedia ada terlalu
sedikit untuk dibahagikan kepada setiap mata pelajaran. Ini menyebabkan
sekolah tidak mempunyai wang yang cukup untuk melengkapkan bilik sains
dengan peralatan yang diperlukan untuk P&P berkesan.

5.7 Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Tatacara Pengurusan Kewangan dan


Kumpulan Wang Sekolah.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│57

You might also like