You are on page 1of 1

Ceitakan aktiviti yang kamu lakukan bersama keluarga pada musim cuti sekolah.

Cuti sekolah merupakan hari yang sangat menggembirakan bagi murid-murid. Terdapat
pelbagai aktiviti yang saya lakukan bersama keluarga pada musim cuti sekolah. Aktiviti ini dapat
mengeratkan lagi hubungan saya dan ahli keluarga.

Antara aktiviti yang saya lakukan ialah membantu ibu mengemas rumah. Kebiasaannya, pada
musim cuti sekolah, ibu akan meminta saya menyapu sampah dan mencuci pakaian.

Selain itu, ibu saya juga akan memasak masakan yang istimewa pada cuti sekolah. Antaranya
ialah laksa, nasi kerabu, nasi ayam, kek coklat dan bermacam-macam lagi. saya akan membantu ibu
menyediakan masakan tersebut. Masakan yang ibu sediakan sangat sedap.

Abang pula akan membantu ayah mencuci kereta. Mereka akan mencuci kereta bersama-
sama. Abang saya seorang yang ringan tulang. Dia akan mencuci kereta ayah supaya kelihatan bersih
dan berkilat.

You might also like