You are on page 1of 2

Piramid Nombor

Piramid Nombor ialah rajah yang menunjukkan bilangan organisma pada setiap peringkat rantai
makanan.

Bahagian paling bawah adalah pengeluar. Keluasan tapak di bahagian bawah menunjukkan bilangan
yang paling banyak. Diikuti dengan yang kedua dan ketiga.

Manakala bahagian paling atas adalah bahagian yang paling kecil. Ini menunjukkan bilangan pengguna
tertier adalah sedikit jika dibandingkan dengan yang lain.

Jika diperhatikan juga, saiz badan haiwan juga semakin meningkat daripada pengeluar ke pengguna
tertier.

Aliran Tenaga Dalam Siratan Makanan

Dalam siratan makanan, cahaya matahari merupakan sumber tenaga yang utama. Cahaya matahari
ditukar kepada tenaga kimia melalui proses fotosintesis.
Tenaga kimia ini berpindah apabila, pengguna primer memakan pengeluar. Tetapi tidak semua tenaga
kimia dipindahkan. Ini kerana proses kehilangan tenaga boleh berlaku dalam bentuk respirasi,
pembiakan, pertumbuhan, pergerakan dan perkumuhan.

Ini juga bermakna, semakin tinggi


kedudukan sesuatu organisma dalam siratan makanan, maka semakin kuranglah tenaga yang
dipindahkan daripada pengguna sebelumnya.

You might also like