You are on page 1of 24

TEKNOLOGI GRAFIK

Kualiti Grafik Digital

Jabatan Multimedia Pendidikan,


Fakulti Pendidikan, UTM
KUALITI GRAFIK DIGITAL : PENGENALAN

 Mengapa perlu tahu ? Kualiti vs saiz Fail ?

 Antara faktor utama yang mempengaruhi kualiti grafik


digital ialah......

 kedalaman warna dan resolusi imej

2
TEKNOLOGI GRAFIK

Kualiti Grafik Digital:


Kedalaman Warna

Jabatan Multimedia Pendidikan,


Fakulti Pendidikan, UTM
KEDALAMAN WARNA : PENGENALAN

 Kedalaman warna (color depth) merujuk kepada julat


warna yang wujud di dalam sesebuah piksel ataupun
berapa banyak warna yang berbeza wujud dalam
sesebuah imej.

 Sebuah imej dengan kedalaman warna yang minima


boleh mempunyai hanya 2 warna sahaja; contohnya
hitam dan putih.

 Imej dengan kedalaman 4 bit mampu memaparkan


sehingga 16 warna kerana terdapat 16 kombinasi
yang berbeza dalam 4 bit.
4
KEDALAMAN WARNA : PENGENALAN

 Manakala imej yang mempunyai kedalaman warna


yang tinggi mampu mencapai sehingga 16.7 juta
warna.

 Semakin tinggi kedalaman warna semakin cantik


paparan imej tetapi dalam masa yang sama akan
membentuk saiz fail yang semakin besar.

5
KEDALAMAN WARNA : PENGENALAN

Kedalaman Warna Bit bagi setiap Formula Julat warna


piksel
1 bit 1 21 2
2 bit 2 22 4
3 bit 3 23 8
4 bit 4 24 16
5 bit 5 25 32
6 bit 6 26 64
7 bit 7 27 128
8 bit 8 28 256
16 bit 16 216 65 536
24 bit 24 224 16 777 216

6
KEDALAMAN WARNA : DITHERING

 Dithering merupakan satu proses menukar kedalaman


warna sesebuah imej dari tinggi ke kedalaman warna
yang lebih rendah.

 Sebagai contoh, imej 8 bit dipinda menjadi imej 4 bit.

Imej 8 bit Imej 4 bit 7


KEDALAMAN WARNA : DITHERING

 Apabila sesebuah aplikasi/program melakukan proses


“dithering” terhadap sesebuah imej, ia akan menukar
warna yang tidak mampu untuk dipaparkan kepada
corak-corak (patterns) dua atau lebih warna yang
hampir menyerupai warna imej sebenar. Contohnya,
bagi gambar hitam putih yang berikut :

8
TEKNOLOGI GRAFIK

Kualiti Grafik Digital:


Resolusi

Jabatan Multimedia Pendidikan,


Fakulti Pendidikan, UTM
RESOLUSI : PENGENALAN

 Resolusi bagi sesebuah imej bitmap ditentukan oleh


dimensi imej tersebut dalam keadaan menegak dan
melintang (horizontal dan vertikal) dan ianya diukur di
dalam unit piksel.

 Contohnya, imej bitmap yang mempunyai resolusi 800


x 600 piksel akan memenuhi keseluruhan skrin
paparan SVGA yang normal.

10
RESOLUSI : PENGENALAN

 Resolusi sesebuah imej juga boleh merujuk kepada


jumlah titik (dot) bagi setiap inci (dot per inch: dpi)
yang terdapat pada imej tersebut.

 Contohnya, sesebuah imej boleh mempunyai resolusi


72 dpi, 100 dpi ataupun 1200 dpi.

11
RESOLUSI : FAKTOR

 Resolusi ditentukan oleh banyak faktor, antaranya


ialah perkakasan yang digunakan bagi menghasilkan
sesebuah imej digital (scanner, kamera digital
contohnya).

 Kad grafik atau kad video bagi tujuan paparan juga


turut mempengaruhi resolusi paparan imej yang
dipersembahkan.

 Bincangkan.....

12
RESOLUSI : KUALITI ?

 Rajah dibawah menunjukkan bagaimana jumlah


piksel yang ada pada sesebuah imej memberi kesan
pada kualiti sesebuah imej.

 Semakin tinggi resolusi, semakin tajam dan jelas


paparan imej....semakin besar saiz fail yang terbentuk.

13
RESOLUSI : KUALITI ?

 Imej digital yang dipersembahkan menerusi skrin


komputer biasanya menggunakan resolusi 72 dpi.

 Resolusi sebegini sudah memadai bagi tujuan


paparan elektronik tetapi ianya kurang sesuai bagi
tujuan cetakan.

 150 hingga 300 dpi merupakan nilai resolusi yang


biasa digunakan bagi tujuan cetakan yang biasa.

14
RESOLUSI : KESAN DAN PERUBAHAN

 Resolusi boleh dikurangkan tetapi biasanya ia akan


mengurangkan ketajaman atau ketepatan sesebuah
paparan imej.

 Resolusi sesebuah imej juga boleh ditingkatkan yang


mana komputer akan meramalkan data tambahan
bagi membentuk imej baru dengan resolusi yang
dipertingkatkan.

 Teknik ini dikenali sebagai “interpolation” .

15
RESOLUSI : KESAN DAN PERUBAHAN

 Resolusi cuma boleh dipertingkatkan dalam keadaan


sebenar dengan cara “redigitizing” (digitalkan
semula) sesuatu imej dengan resolusi yang lebih
tinggi.

 Contohnya; scan semula menggunakan scanner yang


mempunyai resolusi yang lebih tinggi

16
TEKNOLOGI GRAFIK

Saiz Imej dan Saiz Fail

Jabatan Multimedia Pendidikan,


Fakulti Pendidikan, UTM
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

 Saiz imej merujuk kepada tinggi dan lebar sesebuah


imej dan diukur dalam unit inci, sentimeter, dot, atau
unit pengukuran lain.

 Saiz imej kadang-kala agak mengelirukan


memandangkan saiz imej yang sama mungkin
mempunyai resolusi yang berbeza.

18
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

 Contohnya; tidak banyak maklumat yang dapat


diperkatakan apabila kita mengetahui sesebuah imej
itu mempunyai saiz 3 inci lebar dan 5 inci tinggi
sekiranya kita tidak mengetahui berapa banyak atau
jumlah dot per inci yang menghasilkan imej tersebut.

Imej dengan saiz sama tetapi kualiti berbeza


19
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

 Oleh yang demikian saiz imej diukur dalam dot atau


piksel.

 Dengan cara tersebut kita mudah untuk menentukan


kuantiti data bagi sesebuah imej kerana imej yang
bersaiz 300 pixel lebar dan 500 piksel tinggi
mengandungi 15 000 piksel walau sebesar mana pun
saiz imej tersebut dalam unit inci.

20
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

 Unit piksel juga sering digunakan bagi mewakili saiz


sesebuah imej digital kerana ianya membolehkan
seseorang menjangkakan saiz fail yang akan
terbentuk bagi mewakili imej tersebut.

 Saiz fail bagi sesebuah imej jenis bitmap boleh


ditentukan berdasarkan formula yang berikut :

 saiz imej (dalam unit piksel) x kedalaman warna


(dalam unit bit) / 8

21
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

 Contoh 1:

Imej saiz (dalam pixel) - 640 x 480


Color Depth - 8 bit

Saiz fail = (640 x 480) x 8 / 8


= 307 200 bytes
= 213 Kilobytes
= 0.2 Megabytes

22
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

 Contoh 2:

Imej saiz (dalam pixel) - 1024 x 768


Color Depth - 24 bit

Saiz fail = (1024 x 768) x 24 / 8


= 2359 296 bytes
= 1638.4 Kilobytes (Kb)
= 1.14 Megabytes (Mb)

 Kesimpulan yang boleh dibuat ?


 Saiz Fail vs Resolusi vs Kedalaman Warna ? 23
RUJUKAN

 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan


Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.

 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia:


Konsep & Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.

24

You might also like