You are on page 1of 22

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

TAJUK 1 PENGURUSAN MAKMAL SAINS

SINOPSIS

Pengurusan Makmal Sains yang baik akan mengambilkira pengurusan


jawatankuasa pengurusan makmal yang efisien dari segi peranan setiap
personel yang terlibat, pengurusan belanjawan, pembelian, penyimpanan dan
perekodan stok serta proses pelupusan bahan kimia.

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir tajuk ini, adalah diharapkan pelajar mendapat;

1. ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan makmal sains yang melibatkan


tugas setiap ahli dalam jawatankuasa pengurusan makmal sains
2. memahami prosedur belanjawan dan pembelian bahan dan alatan sains,
penyimpanan dan pelupusan bahan kimia
3. mereka bentuk makmal sains yang betul.

KERANGKA TAJUK

1
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

ISI KANDUNGAN

1.1 Struktur Organisasi Jawatan Kuasa Pengurusan Makmal Sains

Makmal Sains perlu diuruskan dengan cekap agar proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan. Pengurusan yang cekap
memerlukan komitmen daripada semua pihak bermula dari Pengetua/Guru
Besar sehingga ke Pembantu Am Pejabat. Rajah 1.1 menunjukkan carta
organisasi pengurusan makmal sains yang biasa diamalkan di sekolah ketika ini.

Rajah 1.1: ​Carta Organisasi Pengurusan Makmal Sains Sekolah


Menengah

2
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

Bagi sekolah rendah pula, bilik sains diuruskan oleh Ketua Panitia Sains dan
biasanya terdapat empat unit dibawah pengurusan bilik sains iaitu;
a. Unit Keceriaan Bilik Sains
b. Unit Penyimpanan Stok
c. Unit Keselamatan Bilik
d. Unit Penyimpanan Bahan Bantu Mengajar

Rajah 1.2 menunjukkan carta organisasi pengurusan bilik sains sekolah rendah.

Rajah 1.2​: Carta Organisasi Pengurusan Bilik Sains Sekolah Rendah.

Perbincangan

Bincangkan carta organisasi pengurusan makmal/bilik sains di sekolah


anda yang sedia ada dan bandingkan dengan maklumat di atas. Nyatakan
fungsi setiap personal dalam carta organisasi tersebut.

3
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

1.2 Peranan Dan Tanggung Jawab Kakitangan Makmal Sains

Semua anggota di bawah struktur organisasi dalam bidang Sains terlibat secara
langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah.
Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan
pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan
kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan,
penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin
kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal
dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan.
Ketua Bidang Sains dan Matematik dan Ketua Panitia Sains
bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan
pengurusan makmal dan bilik sains.

1.2.1 Fungsi Ketua Bidang Sains dan Matematik

1. Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal
sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.
2. Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik adalah;
a.​ Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem

bekalanelektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan


menepati ciri-ciri keselamatan.
b.​ M
​ erancang dan menyediakan :

i.​ Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan


ii.​ Peraturan keselamatan


iii.​ Latihan kecemasan dan kebakaran


4
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

iv.​ Kelengkapan
​ pencegahan kebakaran dan jadual
penyelenggaraan
v.​ Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh

penggunaannya
c.​ Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains

mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.


d.​ Merancang
​ serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja
kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja
tersebut dipatuhi.
e.​ Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat

sekurang-kurangnya enam bulan sekali.


f.​ Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains

dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.


g.​ M
​ erancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi

pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.


h.​ Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.

i.​ M
​ erancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti

perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.


j.​ Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan

supaya menepati ciri-ciri keselamatan.


k.​ Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke

semasa.

1.2.2 Fungsi Ketua Panitia Sains

1. Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta


Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan,
penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran

5
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

serta pengurusan makmal dan bilik sains sekolah.


2. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada
guru-guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti
Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

3. Ketua Panitia Sains bertanggungjawab;


a.​ Membantu
​ merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan
peralatan dan bahan sains.
b.​ Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi

keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.


c.​ Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk

tujuan hapus kira dan pelupusan.


d.​ Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan

manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.


e.​ M
​ enyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik

sains seperti berikut :


i.​
​ Pesanan peralatan dan bahan sains

ii.​
​ Stok makmal sains

iii.​
​ Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan

sains
iv.​
​ Kerosakan dan kehilangan

v.​
​ Penyelenggaraan dan pemeriksaan

vi.​
​ Kemalangan

vii.​
​ Rekod penggunaan makmal sains

6
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

f.​ Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.


g.​ M
​ emastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik,

air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati


ciri-ciri keselamatan.
h.​ Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi

dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan


bilik sains.
i.​ Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan

bilik sains.
j.​ Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan

selamat.
k.​ Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya

dan
kakitangan makmal dan bilik sains.
l.​ Membantu
​ merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi
panitianya.
m.​ M
​ enjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru

Besar dari
masa ke semasa.

1.2.3 Fungsi Guru Sains


1. Seorang​ ​Guru sains merupakan ahli dalam Panitia Sains sekolah.
2. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah
seperti
berikut :
a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.
b. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan
keselamatan makmal dan bilik sains.
c. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan

7
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

selamat.
d. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan
digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku
pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.
e. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya
digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah
keselamatan.
f. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia
merekod, menyemak dan mengemas kini stok.
g. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
h. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan
Guru Besar dari masa ke semasa.

1.2.4 Fungsi Pembantu Makmal

1. Fungsi Pembantu Makmal adalah;


a.​ Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains

sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu


makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
b.​ Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa

dalam keadaan bersih.


c.​ Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.

d.​ Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh

guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.
e.​ Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum

kerja amali dijalankan.


f.​ Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan

untuk kerja amali.


g.​ Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan

8
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

peralatan dan bahan sains.


h.​ Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang

kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.


i.​ Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat

asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.


j.​ Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas

dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.


k.​ Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk

perabot, bekalan elektrik, air dan gas.


l.​ Membantu
​ guru sains, mengawas dan membantu murid
mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.
m.​ Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera

sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains,


Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.
n.​ Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti

mengemaskini stok dan sebagainya.


o.​ Mencuci peralatan sains yang kotor.

p.​ Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima


bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.


q.​ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari

masa ke semasa.

Latihan

9
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

1. Nyatakan tiga tugas utama Ketua Panitia Sains, Guru Sains dan
Pembantu Makmal Sains dalam pengurusan makmal sains.
2. Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pembantu makmal
semasa cuti sekolah.

​1.3 Belanjawan, Pesanan dan Pembayaran

10
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

1.3.1 Belanjawan

1. Belanjawan melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan


peralatan sains serta pejabat berdasarkan peruntukan. Ianya memerlukan
kebijaksanaan bagi memastikan pengggunaan yang optimum oleh sekolah.
2. Dua komponen yang perlu diambilkira sebelum anggaran perbelanjaan
dilakukan iaitu keperluan dan peruntukan. Keperluan dirancang
berdasarkan stok semasa dalam simpanan makmal dan sistem rekod yang
kemaskini sepanjang masa. Peruntukan pula dirancang berdasarkan
kedudukan peruntukan semasa yang kemaskini supaya perbelanjaan tidak
melebihi peruntukan.
3. Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini
membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat
pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains
dan gurru-gurukanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan
akhir dibuat oleh Pengetua/Guru Besar.
4. Semasa membuat belanjawan, perkara-perkara berikut perlu diambil kira;

a. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti


item-item dan;
● Tentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis.
● Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.
● Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.
● Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.
● Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.
b. Periksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik,
gas, perabot dan lain-lain.
c. Sediakan senarai keperluan tahunan.
d. Membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains.

11
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

e. Mendapat senarai harga dari pembekal.


f. Mendapatkan jumlah peruntukan PCG.
g. Membuat anggaran belanjawan dan senarai keutamaan.
h. Menyemak samada senarai keperluan ada dalam kontrak pusat.
5. Mesyuarat penyelarasan perlu dilaksanakan untuk menentukan apa yang
perlu dibeli berdasarkan peruntukan.

1.3.2 Pesanan dan Pembayaran

1. Pembelian keperluan makmal diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar.


2. Jika anggaran harga bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis melebihi
RM500,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian bagi
satu item/jenis atau satu kelas item/jenis antara RM50,000 hingga
RM500,000 pembelian adalah melalui sebut harga. Bagi pembelian bagi
satu item/jenis atau satu kelas item/jenis kurang daripada RM50,000,
pembelian terus (​Direct Award​) secara sebutharga (RM
500.00-RM50,000.00) atau ​petty cash​ (RM 500.00 kebawah).

3. Bekalan Pusat dibuat oleh Kementerian pelajaran Malaysia semasa sekolah


baru dibina, kurikulum baharu diperkenalkan, atau program peruntukan
khas diperuntukan oleh kerajaan. KPM akan menyelaras kontrak bekalan
pusat dari segi mengenalpasti, membeli, menghantar, memasang dan
menguji radas dalam satu jangka masa. Sekiranya peralatan atau bahan
sains ada dalam senarai kontrak pusat tetapi sekolah ingin membuat
pembelian dalam kuantiti yang minimum, makan pembelian secara terus
bolehlah dilakukan kepada syarikat yang lain.

4. Prosedur pembelian secara sebutharga adalah seperti berikut;


a. Mendapatkan sebut harga.

12
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal


meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang
diperlukan. Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat.
b. Pemilihan pembekal
Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama
ialah harga item yang berpatutan, kualiti barangan, status
pembekal, perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel
untuk diperiksa dahulu. Satu senarai peralatan dan bahan mengikut
syarikat yang telah dipilih perlu disediakan.
c. Mengisi Borang Pesanan dan menghantar kepada pembekal yang
berjaya.
Perlu kelulusan ketua jabatan.
d. Pesanan Tempatan (LO) kepada pembekal.
e. Surat/nota tanda terima.
Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.
f. Nota hantaran.
Pembekal menghantar nota hantaran, menyatakan tarikh dan masa
barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang
pesanan.
g. Penerimaan barangan.
Pembekal menghantar barangan.
Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota
hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah
ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh
sekolah.
h. Invois.
Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran
telah ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan
harga yang dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan

13
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

pembayaran.

5. Prosedur Pembelian Secara Terus

I) Secara sebutharga (​Direct Award​)

a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh


ketua bidang/panitia.
b. Pihak pentadbiran sekolah akan meminta ​coutation​ dari beberapa
syarikat.
c. Pemilihan dibuat dan syarikat yang berjaya dihubungi.
d. Pihak sekolah akan menghantar borang pesanan dan syarikat akan
menghantar peralatan/bahan bersama invois dan DO.
e. Pihak sekolah memeriksa alatan/bahan sebelum menandatangani pada
invois dan DO.

II) Secara ​Petty Cash

a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh


ketua bidang/panitia.
b. Pihak makmal boleh membeli dahulu dan mengemukakan resit pada
pihak pentadbir sekolah bagi mengeluarkan wang dari ​petty cash​.

14
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

Mengumpul Maklumat

1. Anda dikehendaki mengumpul maklumat berkenaan prosedur pembelian


dan pembayaran peralatan/bahan sains beserta contoh-contoh borang
pesanan, invois dan ​Delivery Order.

Latihan

1. Berikan takrif PCG (Per Capita Grant). Bagaimanakah kaedah pengiraan


PCG bagi pelajar sekolah rendah kerajaan ditentukan.
1.3.3 Penyimpanan Stok

1. Di makmal sekolah, peralatan sains biasanya disimpan di bahagian makmal


sains atau di bilik persediaan manakala bahan kimia pula disimpan dalam
stor kimia.
2. Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari,
kabinet,rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilahdilabel mengikut apa
yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang
sesuai supaya mudahmencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.

3. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia adalah seperti berikut;

a. Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah


dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia
yang beracun, mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.
b. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.
c. Gunakan stok yang lama dahulu.

d. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.

15
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

e. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.


4. Bagi bahan kimia tak organik pula, ianya haruslah diabel pada botol mengikut
nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di
dalam almari bertutup.
5. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.
6. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama
logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama
sebatian ammonium.
7. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan
yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.
8. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara adalah seperi asid
sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium
hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida,
kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat,
kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida,
natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink
klorida,zink nitrat.
9. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara seperti
ammoniumkarbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat
(II),magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat dan natrium sulfat.
10. Bahan kimia cecair yang mengkakis tidak boleh diletakkan di atas rak yang
tinggi.
11. Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan
udara hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak
dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam.
Jangan sentuh dengan tangan.
12. Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat aktif .
Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk.
13. Bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat dan asid
nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.

16
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

14. Bagi bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C (asid
askorbik) dan hidrogen peroksida, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk.
15. Bagi bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian arsenik dan
garam sianida. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan
kuantitinya.

1.4 Prosedur Pelupusan

1. Pelupusan di makmal sains boleh dibahagikan kepada pelupusan bahan


sisa pelupusan stok bahan kimia dan pelupusan aset alih kerajaan.

1.4.1 Pelupusan Bahan Sisa


1. Setelah menjalankan amali, anda perlu memastikan semua bahan buangan
dilupuskan dengan cara yang betul. Amalan membuang sisa ini ke dalam
sistem saliran atau longkang perlu dielakkan kerana berkemungkinan bahan
ini akan mengalir ke kawasan perumahan, tasik atau sungai.
2. Cara-cara pelupusan yang sesuai adalah;
a) Baha-bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus
ke dalam sistem saliran air yang banyak.
b) Bahan organik hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan.

17
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

c) Bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10​-4 ​molar dan
kemudian dineutralkan. Selepas itu barulah boleh dibuang ke saliran air
yang banyak.
d) Garam-garam logam seperti merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan
terlebih dahulu sebelum dibuang.
e) Bahan-bahan pepejal yang merbahaya boleh dibuang terus ke dalam tong
sampah. Walau bagaimanapun kaca dan bahan-bahan logam hendaklah
dibungkus dan dibuang.
f) Najis, bangkai haiwan dan sisa tumbuhan bolehlah ditanam.

1.4.2 Pelupusan Stok Bahan Kimia

1. Pelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan apabila
bahan kimia tersebut telah sampai tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor
atau tidak digunakan lagi.

3. Sekolah perlu mengisi Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19
dan mendapat tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari
Guru/Pensyarah Kimia/Biologi/Sains atau pembantu makmal. Pelupusan ini
hendaklah mendapat kelulusan pengetua/Guru Besar.
4. Maklumat kemudiannya perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus
beserta dokumen berikut untuk mendapatkan kelulusan pelupusan;
a) Borang KEW PS-19
b) Surat dari Jabatan Alam Sekitar
c) Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.
5. Pelupusan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan mengikut kaedah-
kaedah yang telah ditentukan seperti buang, tanam atau bakar.

1.4.3 Pelupusan Aset Alih Kerajaan

18
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

1. Bahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu
dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007
(Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 05 Tahun 2009.
2. Pelupusan aset alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari
milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang
ditetapkan.
3. Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik
dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan
disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan.
4. Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan
Perakuan Pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16 (jika perlu).
Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan Borang Laporan Lembaga
Pemeriksa KEW PA-17 dan menghantar maklumat ke urusetia pelupusan
untuk di hantar ke Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut
nilai aset tersebut.
5. Setelah keputusan diterima dari pelulus, maka pelupusan perlu
dilaksanakan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA-19
dan hantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu
dikemaskini di borang KEW PA-2 atau KEW PA-3.

Latihan

1. Anda telah selesai menjalankan amali melibatkan beberapa bahan


seperti;

19
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

● Larutan asid hidroklorik cair


● Larutan Natrium hidrksida cair
● Hablur sulfur
Terangkan kaedah pelupusan bagi bahan sisa tersebut.

2. Nyatakan proses pelupusan bagi asid nitrik pekat yang telah tamat
tempoh penggunaannya.

1.5 Reka Bentuk Makmal Sains

Rak/almari radas Rak Bahan Kimia

Bilik Persediaan Stor Kimia

Meja
Staf

20
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

Pintu Bilik
Persediaan Pintu
Masuk
Meja Guru

− − − −
Meja
Pelajar
Sinki
− − − −

− − − −

− − − −

− − − −

− − − −

− − − −
​Pintu
Kebuk Keluar
Wasap

Almari
1. Makmal Sains yang lengkap haruslah mempunyai sebuah bilik untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, sebuah bilik persediaan dan stor bahan
kimia.
2. Meja makmal sains biasanya tetap pada kedudukannya dan dilengkapi
dengan sinki dan paip gas. Bagi bilik sains pula, susunan meja boleh
diubahsuai bagi tujuan aktiviti seperti main peranan, simulasi dan
penyiasatan sains.
3. Bilik Persediaan biasanya menyimpan peralatan sains dan menempatkan

21
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

seorang atau lebih pembantu makmal sains. Fail pengurusan makmal sains
dan fail meja pegawai biasanya diletakkan disini.
4. Stor bahan kimia pula dilengkapi dengan rak untuk menyimpan bahan kimia
samada dalam bentuk pepejal atau cecair dengan mengikut kaedah
penyimpanan yang betul.
5. Bahan kimia yang mudah meruap, menghakis, berbau dan berbahaya
biasanya dikendalikan dalam kebuk wasap.

Tutorial

1. Bincangkan perbezaan antara makmal sains dan bilik sains sekolah dari
segi fungsi, susun atur dan kemudahan.

Layari Internet

1. Sila layari internet dan mencari contoh reka bentuk makmal sains di
beberapa sekolah dan bandingkan dari segi reka bentuknya.

Rujukan:
Beng, D.C. & Yahya, M.K. (1982). ​Panduan makmal sains​. Kuala Lumpur:
Dewan Bahan dan Pustaka.

Nasir, J. & Zakaria, N. (2001).​ Panduan makmal sains sekolah​. Online 28.10.
2012 ​http://makmal.8m.com/index.htm

Poh, S. H. (2001). ​Pedagogi sains 4: Pengurusan makmal dan sumber sains​.


Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

22

You might also like