You are on page 1of 22

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/316583808

Kesediaan Guru Matematik Sekolah Menengah


Dalam Melaksanakan Proses Pembelajaran dan
Pengajaran Abad ke-21

Article · April 2017

CITATIONS READS

0 942

1 author:

Abdul Halim Abdullah


Universiti Teknologi Malaysia
103 PUBLICATIONS 58 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Metacognitive Learning Using Geometric Dynamic Software to Increase Metacognitive Skills and
Geometry Thinking Level View project

Pedagogical Content Knowledge View project

All content following this page was uploaded by Abdul Halim Abdullah on 30 April 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Cetakan Pertama 2017 oleh Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia


81310 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Malaysia

ISBN 978-967-0194-68-4

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana isi kandungan
buku dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Dekan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Diterbitkan di Malaysia oleh:

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, Malaysia

http://educ.utm.my

Dicetak oleh:

JASAMAX ENTERPRISE,
55, Jalan Kebudayaan 4, Taman Universiti,
81300, Skudai, Johor.
SIDANG REDAKSI

Penasihat

Prof. Dr. Baharuddin Aris


Prof. Madya Dr. Muhammad Sukri Saud
Prof. Madya Dr. Azlina Mohd Kosnin

Ketua Editor

Dr. Abdul Halim Abdullah


Dr. Nurul Farhana Jumaat

Editor

Prof. Madya Dr. Johari Surif


Dr. Mahani Mokhtar
Dr. Norazrena Abu Samah
Dr. Nurbiha A Shukor
Dr. Noor Dayana Abd Halim
Dr. Zakiah Mohamad Ashari
Dr. Norulhuda Ismail
Dr. Nornazira Suhairom
Dr. Dayana Farzeeha Ali
Dr. Nor Hasniza Ibrahim
Dr. Nur Husna Abd. Wahid
Dr. Rafeizah Mohd Zulkifli
Puan Marlina Ali

Pereka Kulit Buku

Pn. Siti Noraini Mohd Zali


567

Kesediaan Guru Matematik Sekolah Menengah Dalam Melaksanakan


Proses Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21

1
Nooraini Binti Abdul Rahim, 2Abdul Halim Bin Abdullah
1,2
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
p-halim@utm.my
Abstrak

Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) abad ke-21 mula diperkenalkan dalam
Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 sejajar dengan
perkembangan pendidikan dalam abad ke-21. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk
mengenalpasti tahap kesediaan guru matematik dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dalam
bilik darjah. Tahap kesediaan guru dilihat dari aspek kognitif (pemahaman), tingkah laku
dan afektif (emosi). Kajian ini dijalankan ke atas 203 orang guru matematik dari 15 buah
sekolah menengah di sekitar Johor Bahru. Kajian dijalankan secara kuantitatif berbentuk
deskriptif dan inferensi. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Terdapat 14 item
soalan masing-masing bagi setiap aspek kognitif, tingkah laku dan afektif dalam bahagian B.
Data dari hasil kajian dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan skor median bagi setiap persoalan dan
ujian korelasi Spearman bagi melihat hubungan antara aspek yang dikaji. Secara
keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru adalah sederhana
bagi aspek kognitif, tingkah laku dan afektif dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dalam
bilik darjah. Selain itu, analisis menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang kuat antara
kesemua aspek yang dikaji. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru
dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dari aspek pengetahuan itu penting. Selain itu, guru
juga perlu mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dari aspek tingkah laku dan emosi dalam
memastikan pelaksanaan PdP abad ke-21 dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam bilik
darjah.

Kata kunci: kesediaan, pengajaran dan pembelajaran abad ke-21

1.0 Pengenalan

Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) abad ke-21 mula diperkenalkan dalam Pelan
Pembanggunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ia diperkenalkan sejajar dengan
perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM). Merujuk kepada gelombang pertama PPPM 2013-2025 iaitu mengubah
sistem dan meyokong guru dengan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama, perkara
pertama yang tercatat adalah meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru
secara khusus terutamanya dalam mata pelajaranteras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains). Matematik menjadi antara mata pelajaran fokus dalam gelombang
pertama ini di mana guru-guru matematik perlu diberi sokongan dalam melaksanakan proses
PdP yang berkesan. Dalam dunia globalisasi abad ke-21 ini, keperluan bagi mendidik
generasi kini supaya menjadi insan yang berkualiti tinggi adalah penting. Umumnya
kebanyakan negara menerima hakikat bahawa kurikulum kini perlu merangkumi semua aspek
kemahiran dan kompetensi yang terarah kepada keperluan pendidikan abad ke-21.
568

Merujuk pepada Buletin Anjakan Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia bil 4/2015,
terdapat tiga kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh murid dalam PdP abad ke-21 iaitu
kemahiran pembelajaran dan Inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi serta
kemahiran hidup dan kerjaya. Ciri-ciri bagi pembelajaran abad ke-21 pula terbahagi kepada
empat iaitu :
i. Komunikasi
ii. Pemikiran Kritis
iii. Kolaborasi
iv. Kreativiti

Namun begitu, merujuk kepada Faridah, Faiziah dan Amran (2016) dalam buku bertajuk
Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 pula, mereka mengkategorikan keempat-empat
perkara yang disenaraikan di atas dalam kemahiran pembelajaran abad ke-21. Kepentingan
memupuk kemahiran abad ke-21 kepada pelajar sememangnya penting dalam mencapai
matlamat dan hasrat yang tercatat dalam PPPM 2015 – 2025. Namun, sebagai nadi utama
mendidik pelajar, guru memainkan peranan penting dalam memupuk kemahiran tersebut.
Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai ciri-ciri tertentu sebagai pendidik abad ke-21.
Merujuk kepada Buletin Anjakan Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia bil 5/2015
terdapat enam ciri Guru Abad ke-21 iaitu:

i. Menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum


ii. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi
iii. Memahami perkembangan pelajar dan menyayangi mereka
iv. Memahami psikologi pembelajaran
v. Memiliki kemahiran kaunseling
vi. Menggunakan teknologi terkini

Dalam menguruskan PdP dalam bilik darjah, guru abad ke-21 perlu menguasai kepakaran
dalam ciri-ciri guru abad ke-21 seperti yang telah dinyatakan. Menguasai subjek atau
kandungan kurikulum merujuk kepada pengetahuan sedia ada guru serta kemahiran dan
pengalaman guru yang perlu digabungkan untuk membina satu PdP yang terbaik dalam
proses pembelajaran murid yang lebih berkesan. Penguasaan guru dalam pedagogi abad ke-
21 bermaksud guru mempunyai kemahiran mengintegrasikan teknologi maklumat dan media
di dalam PdP berserta guru boleh membuat penyesuaian dengan pedagogi serta konsep dan
teknik PdP abad ke-21. Selain itu, guru mempunyai kemahiran dalam membuat perancangan
program dalam menyokong dan membantu perkembangan pelajar seperti melalui strategi
sharply focused, Deep Dive, analisis data dan mempelbagaikan aktiviti pelajar untuk mencari
ilmu di luar kelas adalah antara ciri-ciri pendidik abad ke-21 (Buletin Anjakan Bil 5, 2015).

2.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:


i. Menentukan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan pembelajaran dan
pengajaran abad ke-21 dari aspek kognitif.
ii. Menentukan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan pembelajaran dan
pengajaran abad ke-21 dari aspek tingkah laku.
iii. Menentukan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan pembelajaran dan
pengajaran abad ke-21 dari aspek afektif.
569

iv. Mengkaji hubungan korelasi antara aspek kognitif dan tingkahlaku, aspek kognitif
dengan afektif dan aspek tingkah laku dengan afektif.
v. Mengenal pasti perbezaan antara demografi guru dari segi jantina, umur
dan tempoh pengalaman mengajar dalam melaksanakan pembelajaran dan
pengajaran abad ke-21.

3.0 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dijawab dalam kajian ini adalah:

i. Apakah tahap kesediaan guru dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran abad
ke -21 dari aspek kognitif?
ii. Apakah tahap kesediaan guru dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran abad
ke-21 abad ke-21 dari aspek tingkahlaku?
iii. Apakah tahap kesediaan guru dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran abad
ke-21 dari aspek afektif?
iv. Adakah terdapat hubungan korelasi antara aspek kognitif dan tingkahlaku, aspek
kognitif dengan afektif dan aspek tingkah laku dengan afektif?
v. Adakah terdapat perbezaan di antara guru lelaki dan guru perempuan terhadap
kesediaan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran abad ke-21?
vi. Adakah terdapat perbezaan di antara umur guru terhadap kesediaan melaksanakan
pembelajaran dan pengajaran abad ke-21?
vii. Adakah terdapat perbezaan di antara pengalaman guru terhadap kesediaan
melaksanakan pembelajaran dan pengajaran abad ke-21?

4.0 Kajian Literatur

Tugas dan cabaran guru kini berbeza jika dibandingkan dengan dahulu. Perubahan ini berlaku
selari dengan transformasi pendidikan yang kini berada dalam abad ke-21. Menurut
Norashikin (2011), dalam menggabungkan potensi dan bakat pelajar, guru perlulah terlebih
dahulu mempunyai kepimpinan dan dapat memainkan peranan yang baik dalam mendidik
generasi hari ini. Oleh itu, untuk mencapai hasrat negara seperti yang tercatat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) guru dalam era arus globalisasi ini perlulah mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi dan mampu mempersiapkan diri mereka dari aspek kognitif, tingkah
laku dan afektif. Kesediaan guru untuk melaksanakan proses PdP abad ke-21 khasnya guru
matematik sekolah menengah penting dalam memastikan tahap pemahaman dan pencapaian
matematik dalam kalangan pelajar menjadi lebih baik. Guru kini menggalas tanggungjawab
yang besar impak dari teknologi dunia tanpa sempadan. Pelajar kini telah terdedah dengan
pelbagai sumber dalam mendapatkan maklumat walau tanpa melalui guru dalam mempelajari
sesuatu perkara baru. Maka guru perlu mempersiapkan diri mereka dari tiga aspek yang telah
dinyatakan tadi iaitu aspek kognitif (pengetahuan), tingkah laku dan afektif (emosi) dalam
memastikan pelaksanaan proses PdP pada abad ke-21 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Abad ke-21 di Malaysia

Senario PdP abad ke-21 mula dilaksanakan secara rintis di Malaysia bermula pada tahun
2015. Sejajar dengan perkara yang tercatat dalam PPPM 2013 – 2025, Pelan Tindakan dalam
Pembentukan dan aplikasi kurikulum dan pentaksiran abad ke-21 dibincangkan dalam Bab 4
di bawah tajuk Pembelajaran Murid. Oleh itu, perlaksanaan PdP abad ke-21 di negara ini
telah bermula bercambah sedikit demi sedikit dan kajian berkaitan perlaksanaan PdP abad ke-
570

21 turut mula dijalankan semenjak tahun 2015. Kajian yang dilakukan oleh Halif dan Sakilah
(2015) berkaitan persepsi ibu bapa dan murid tahun 4 dan 5 di sebuah sekolah rendah di
daerah Batu Pahat berkaitan pembelajaran abad ke-21 mendapati kesemua ibu bapa
mengetahui tentang pembelajaran abad ke-21 dan menyokong proses pembelajaran ini sama
ada di sekolah atau di rumah. Murid-murid juga menyatakan perasaan seronok dengan
kaedah PdP abad ke-21 dan mengakui bahawa ibu bapa mereka memberi sokongan dan
membantu mereka dalam pembelajaran di sekolah dan di rumah.

Kajian oleh Azizah (2015) berkaitan tahap penguasaan kemahiran penaakulan


saintifik, kemahiran proses sains dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di Bachok, Kelantan mendapati penaakulan saintifik, kemahiran proses sains dan
kemahiran abad ke-21 dapat dipelajari dan dikuasai oleh pelajar melalui proses PdP yang
berkesan. Proses PdP memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan kepada semua
kemahiran yang patut ada pada mereka dan tidak hanya tertumpu kepada fakta dan teori
semata-mata. Ini menunjukkan pentingnya kemahiran abad ke-21 perlu diwujudkan dalam
diri murid dalam generasi hari ini untuk bersaing dalam era globalisasi.

PdP di sekolah pada abad ke-21 ini lebih menjerumus kepada berpusatkan pelajar.
Maka guru bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator kepada pelajar. Oleh yang
demikian, guru pastinya akan menjadi antara rujukan utama oleh pelajar-pelajar. Kemahiran
menggunakan komputer, teknologi dan ICT juga semestinya perlu ada pada guru-guru abad
ke-21. Merujuk kepada kajian oleh Ifran Naufal dan Mohamad Tarmizi (2013) berkaitan
dengan tahap kemahiran dan amalan ICT dalam kalangan guru-guru di Malaysia beserta
kesan kepada PdP mendapati guru-guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan internet
untuk tujuan pencarian atau berkongsi maklumat, mempunyai asas ICT yang baik dan
mempunyai kemahiran internet untuk berkomunikasi. Latihan yang secukupnya dan secara
berterusan perlu dijalankan dalam memastikan semua guru-guru cekap dalam menggunakan
ICT dalam melahirkan generasi pelajar yang juga mempunyai kemahiran dan kecekapan ICT
pada masa akan datang. Kajian ini selari dengan kajian oleh Fry dan Seely (2011) yang
mendapati penilaian formatif dalam PdP penting dan guru-guru perlu dilatih untuk bijak
mendapatkan maklumat dalam pelbagai sumber media supaya mereka boleh menggunakan
sumber digital sedia ada dalam meningkatkan penguasaan kandungan dan mendidik pelajar
mereka kemahiran abad ke-21.

Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Abad ke-21 di Luar Negara

Pendidikan abad ke-21 seringkali dikaitkan dengan penggunaan komputer dan ICT.
Kebanyakan kajian lepas melibatkan faktor ICT dalam rekabentuk kajian mereka.
Kebanyakan kajian lepas menyokong penggunaan komputer dan teknologi dalam PdP abad
ke-21. Contohnya seperti kajian oleh Judy dan Yi (2010) di Amerika Syarikat berkaitan
paradigma dalam persediaan teknologi oleh guru-guru pra-perkhidmatan di Midwestern
University, mendapati walaupun dalam jadual kursus yang agak padat, guru-guru pra-
perkhidmatan (pre-service) ini tidak mempunyai masalah dalam menggunakan komputer.
Mereka lebih mementingkan cara penggunaan teknologi dalam memperbaiki kaedah PdP dan
memahirkan diri dalam menggunakan teknologi dalam kelas. Aspek keberkesanan
penggunaan teknologi ini disokong oleh kajian oleh Pheeraphan (2013) di Thailand berkaitan
dengan pemantapan kemahiran abad ke-21 dalam pendidikan tinggi di Thailand dengan
mengintergrasikan penggunaan ICT dalam kelas. Kajian beliau yang mengadaptasikan
penggunaan ICT dalam kelas termasuklah aspek kolaborasi, komunikasi, literasi maklumat,
literasi media dan literasi ICT.
571

Selain aspek ICT, terdapat juga kaedah lain yang dikaji dan dibincangkan dalam pendidikan
abad ke-21. Contoh seperti kaedah pembelajaran berasaskan permainan dalam menjana
kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar. Kaedah ini telah mendapat banyak perhatian
dari golongan penyelidik dan pendidik. Terdapat banyak kajian yang menyokong kepada
keberkesanan permainan dalam pembelajaran dalam menerapkan kemahiran abad ke-21
dalam kalangan pelajar di sekolah. Hasil kajian meta-analisis terhadap 29 kajian lain yang
mensasarkan kemahiran abad ke-21 sebagai hasil pembelajaran yang dilakukan oleh Qian dan
Clark (2016) mencadangkan pendekatan pembelajaran berasaskan-permainan (game-based)
mungkin lebih efektif dalam membangunkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar.

Kajian oleh Makaramani (2015) berkaitan dengan rekabentuk pembelajaran abad ke-
21 bagi projek telekolaborasi di antara pelajar dua buah universiti di Thailand mendapati
terdapat keberkesanan dalam empat kategori termasuklah aspek kolaborasi, pembinaan
pengetahuan, penggunaan ICT dalam pembelajaran dan inovasi dan penyelesaian masalah
dalam kehidupan sebenar. Maka, pembelajaran berasaskan projek banyak memberi kebaikan
dan kelebihan kepada pelajar dalam menghadapi dunia sebenar selepas tamat alam
persekolahan.

5.0 Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan berfokuskan kepada kaedah


kajian tinjauan deskriptif. Kajian ini dilaksanakan di 15 buah sekolah menengah dalam
daerah Johor Bahru. Menerusi kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah pensampelan rawak
mudah bagi menentukan responden yang terlibat dalam kajian. Berdasarkan jadual Krejcie
dan Morgan, kajian ini secara tidak langsung melibatkan seramai 203 orang guru matematik
sebagai responden kajian. Kajian ini telah menetapkan bahawa pemboleh ubah bersandar dan
difokuskan untuk diketahui kesannya adalah tahap kesediaan guru matematik sekolah
menengah dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 dari aspek
kognitif, tingkah laku dan afektif. Faktor demografi jantina, umur dantempoh pengalaman
guru mengajar subjek matematik pula dinyatakan sebagai pemboleh ubah tidak bersandar
kerana pengkaji ingin menyelidik sama ada faktor demografi ini mempunyai hubungan
terhadap tahap kesediaan guru matematik sekolah menengah dalam melaksanakan proses
pembelajaran dan pengajaran abad ke-21. Menerusi kajian tahap kesediaan guru matematik
sekolah menengah dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran abad ke-21,
instrumen utama yang digunakan adalah soal selidik yang berbentuk soalan tertutup dan
mengaplikasikan penggunaan skala Likert. Kajian ini mengaplikasikan analisis statistik
deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 16.0 dalam melaksanakan proses analisis data.

6.0 Dapatan Kajian

Tahap kesediaan guru dari aspekkognitif, tingkah laku dan afektif guru terhadap
pelaksanaan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah telah dianalisis dengan menggunakan statistik
deskriptif yang mana merujuk kepada nilai frekuensi, peratus dan median. Hubungan antara
setiap aspek dan perbezaan demografi responden terhadap pelaksanaan PdP abad ke-21 pula
dianalisis melalui statistik inferensi yang mengaplikasikan kaedah korelasi Spearman kerana
data yang digunakan adalah berbentuk ordinal. Ujian Non-parametrik Mann-Whitney
digunakan dalam mengenalpasti perbezaan jantina guru terhadap semua aspek kerana
mengadungi dua jenis pembolehubah manakala Ujian Kruskal-Wallis pula digunakan dalam
mengenalpasti perbezaan umur guru dan tempoh pengalaman guruterhadap semua aspek
572

dalam melaksanakan PdP abad ke-21.Semua item dalam bahagian B borang soal selidik iaitu
berkenaan tahap kognitif, tingkah laku dan afektif guru terhadap pelaksanaan PdP abad ke-21
dalam bilik darjah memberikan median keseluruhan yang sederhana dengan nilai 3.

Jadual 1: Analisis deskriptif tahap kesediaan guru matematik sekolah menengah


dari aspek kognitif (Pemahaman) dalam melaksanakan PdP abad ke-21

Bil Item STS TS S SS Median Tahap


f f f f Median
% % % %
1 Saya memahami peranan guru
dalam mengintegrasikan 4 142 57
- 3 Sederhana
pengetahuan dalam pelaksanaan 2 70 28.1
PdP abad ke-21.
2 Saya memahami peranan guru
dalam mengintegrasikan 9 153 41
- 3 Sederhana
kemahiran dalam pelaksanaan 4.4 75.4 20.2
PdP abad ke-21.
3 Saya memahami peranan guru
dalam mengintegrasikan 14 140 49
- 3 Sederhana
pengalaman dalam pelaksanaan 6.9 69 24.1
PdP abad ke-21.
4 Saya menyedari keperluan
menguasai kandungan kurikulum 5 122 76
- 3 Sederhana
bagi membina pengajaran yang 2.5 60.1 37.4
berkesan dalam PdP abad ke-21.
5 Saya memahami kelebihan dalam
menguasai pedagogi abad ke-21 13 136 54
- 3 Sederhana
untuk meningkatkan kemahiran 6.4 67 26.6
dalam PdP abad ke-21.
6 Saya memahami kepentingan
menggunakan teknologi 6 137 60
- 3 Sederhana
maklumat dan media dalam PdP 3 67.5 29.6
abad ke-21
7 Saya menyedari keperluan
merancang aktiviti yang sesuai 6 132 65
- 3 Sederhana
bagi menyokong perkembangan 3 65 32
pelajar dalam PdP abad ke-21.
8 Saya menyedari keperluan dalam
mempelbagaikan kaedah/aktiviti
5 143 55
pembelajaran di luar bilik darjah - 3 Sederhana
2.5 70.4 27.1
dalam pelaksanaan PdP abad ke-
21.
9 Saya memahami tingkah laku
16 159 28
pelajar dalam melaksanakan PdP - 3 Sederhana
7.9 78.3 13.8
abad ke-21.
10 Saya meninjau ciri-ciri
20 148 35
pertumbuhan dan perkembangan - 3 Sederhana
9.9 72.9 17.2
pelajar dalam PdP abad ke-21
11 Saya menyedari kepentingan
memahami tingkah laku berkaitan 10 148 45
- 3 Sederhana
psikologi pembelajaran dalam 4.9 72.9 22.2
PdP abad ke-21
573

12 Saya memahami kepentingan


memberi motivasi berkaitan 12 136 55
- 3 Sederhana
psikologi pembelajaran dalam 5.9 67 27.1
PdP abad ke-21
13 Saya faham keperluan
mempunyai kemahiran asas dalam
6 156 41
bidang kaunseling PdP abad ke-21 - 3 Sederhana
3 76.8 20.2
untuk meningkatkan potensi
pelajar.
14 Saya menyedari kepentingan
mendorong pelajar supaya lebih 5 129 69
- 3 Sederhana
yakin dengan keupayaan sendiri 2.5 63.5 34
dalam PdP abad ke-21.
Purata Median Keseluruhan 3 Sederhana

Jadual 2:Analisis deskriptif tahap kesediaan guru matematik sekolah menengah


dari aspek Tingkah Laku dalam melaksanakan PdP abad ke-21

Bil Item STS TS S SS Median Tahap


f f f f Median
% % % %
1 Saya mengintegrasikan
8 171 24
pengetahuan dalam pelaksanaan - 3 Sederhana
3.9 84.2 11.8
PdP abad ke-21.
2 Saya mengintegrasikan kemahiran
17 166 20
dalam pelaksanaan PdP abad ke- - 3 Sederhana
8.4 81.8 9.9
21.
3 Saya mengintegrasikan
17 164 22
pengalaman dalam pelaksanaan - 3 Sederhana
8.4 80.8 10.8
PdP abad ke-21.
4 Saya membina PdP berteraskan
2 57 135
abad ke-21 yang mantap dan lebih - 3 Sederhana
1.0 28.1 66.5
berkesan
5 Saya menguasai pedagogi abad ke-
45 149 9
21 dalam meningkatkan - 3 Sederhana
22.2 73.4 4.4
kemahiran dalam PdP abad ke-21.
6 Saya menggunakan teknologi
3 41 143 16
maklumat dan media dalam PdP 3 Sederhana
1.5 20.2 70.4 7.9
abad ke-21.
7 Saya merancang aktiviti yang
sesuai bagi menyokong 17 162 24
- 3 Sederhana
perkembangan pelajar dalam PdP 8.4 79.8 11.8
abad ke-21.
8 Saya mempelbagaikan
kaedah/aktiviti untuk pelajar
3 31 145 24
mencari ilmu di luar bilik darjah 3 Sederhana
1.5 15.3 71.4 11.8
dalam pelaksanaan PdP abad ke-
21.
9 Saya mengambil berat dalam
mengurus tingkah laku pelajar 1 5 158 39
3 Sederhana
dalam melaksanakan PdP abad ke- 0.5 2.5 77.8 19.2
21.
10 Saya mengambil peduli dalam 1 15 145 42
3 Sederhana
perkembangan pelajar dalam PdP 0.5 7.4 71.4 20.7
574

abad ke-21
11 Saya dapat meramal tingkah laku
pelajar yang berkaitan psikologi 2 46 137 18
3 Sederhana
pembelajaran dalam PdP abad ke- 1.0 22.7 67.5 8.9
21
12 Saya memberi motivasi berkaitan
1 13 163 26
psikologi pembelajaran dalam PdP 3 Sederhana
0.5 6.4 80.3 12.8
abad ke-21
13 Saya mengaplikasikan kemahiran
asas dalam bidang kaunseling PdP 7 23 156 17
3 Sederhana
abad ke-21 dalam meningkatkan 3.4 11.3 76.8 8.4
potensi pelajar.
14 Saya mendorong pelajar supaya
lebih yakin dengan keupayaan 1 13 157 32
3 Sederhana
sendiri dalam proses PdP abad ke- 0.5 6.4 77.3 15.8
21.
Purata Median Keseluruhan 3 Sederhana

Jadual 3: Analisis deskriptif tahap kesediaan guru matematik sekolah menengah


dari aspek Afektif dalam melaksanakan PdP abad ke-21

Bil Item STS TS S SS Median Tahap


f f f f Median
% % % %
1 Saya berasa seronok
mengintegrasikan pengetahuan 2 23 152 26
3 Sederhana
dalam melaksanakan PdP Abad 1.0 11.3 74.9 128
ke-21.
2 Saya berasa seronok
mengintegrasikan kemahiran 2 31 138 32
3 Sederhana
dalam melaksanakan PdP Abad 1.0 15.3 68 15.8
ke-21.
3 Saya berasa seronok
mengintegrasikan pengalaman 4 32 137 30
3 Sederhana
dalam melaksanakan PdP Abad 2.0 15.8 67.5 14.8
ke-21.
4 Saya suka merancang dan
2 32 136 33
membina PdP yang mantap dan 3 Sederhana
1.0 15.8 67.0 16.3
lebih berkesan.
5 Saya suka untuk menimba ilmu
baru dalam menguasai pedagogi 1 18 138 46
3 Sederhana
abad ke-21 demi meningkatkan 0.5 8.9 68.0 22.7
kemahiran dalam PdP Abad ke-21.
6 Saya seronok menggunakan
kemahiran saya dalam
2 32 149 20
mengaplikasikan penggunakan 3 Sederhana
1.0 15.8 73.4 9.9
teknologi maklumat dan media
dalam PdP Abad ke-21.
7 Saya suka merancang aktiviti yang
sesuai bagi menyokong 4 29 132 38
3 Sederhana
perkembangan pelajar dalam PdP 2.0 14.3 65.0 18.7
Abad ke-21.
8 Saya gemar mempelbagaikan 2 40 127 34
3 Sederhana
kaedah/aktiviti untuk pelajar 1.0 19.7 62.6 16.7
575

mencari ilmu di luar bilik darjah


dalam pelaksanaan PdP Abad ke-
21.
9 Saya berasa seronok dalam cuba
untuk lebih memahami tingkah 6 20 141 36
3 Sederhana
laku pelajar dalam melaksanakan 3.0 9.9 69.5 17.7
PdP Abad ke-21.
10 Saya teruja dalam memahami ciri-
ciri pertumbuhan dan 4 31 148 20
3 Sederhana
perkembangan pelajar dalam PdP 2.0 15.3 72.9 4.9
Abad ke-21
11 Saya seronok memerhati tingkah
laku pelajar berkaitan psikologi 2 23 153 25
3 Sederhana
pembelajaran dalam melaksanakan 1.0 11.3 75.4 12.3
PdP Abad ke-21.
12 Saya suka memberi motivasi
berkaitan psikologi pembelajaran 4 19 155 25
3 Sederhana
kepada pelajar dalam 2.0 9.4 76.4 12.3
melaksanakan PdP Abad ke-21.
13 Saya rasa teruja untuk mendalami
bidang kaunseling bagi menjana
6 34 140 23
kemahiran asas dalam 3 Sederhana
3.0 16.7 69.0 11.3
meningkatkan potensi pelajar
dalam PdP Abad ke-21
14 Saya suka mendorong pelajar
supaya lebih yakin dengan 4 26 129 44
3 Sederhana
keupayaan sendiri dalam proses 2.0 12.8 63.5 21.7
PdP Abad ke-21.
Purata Median Keseluruhan 3 Sederhana

Berdasarkan Jadual 4, didapati korelasi hubungan antara aspek kognitif dengan


tingkah laku guru adalah positif dan sederhana kuat serta signifikan (r = 0.53, p<0.05).
Merujuk kepada garis panduan kekuatan hubungan korelasi Guilford, tahap hubungan kedua-
dua aspek adalah sederhana dan mempunyai hubungan kuat. Ini menunjukkan terdapat
hubungan yang kuat antara aspek tingkah laku dan aspek afektif guru matematik dalam
kesediaan melaksanakan PdP abad ke-21 disekolah.

Jadual 4:Korelasi aspek kognitif dengan aspek tingkah laku dalam kesediaan guru
melaksanakan PdP abad ke-21.

Aspek Kognitif Aspek Tingkah Laku


Kognitif
Pekali Spearman 1 0.53
Sig (2-tailed) 0.00
N 203 203
Tingkah Laku
Pekali Spearman 0.53 1
Sig (2-tailed) 0.00
N 203 203
**Korelasi Signifikan pada aras 0.05 (2-tailed)
576

Begitu juga dapatan analisis kajian bagi aspek kognitif dan aspek afektif guru,
berdasarkan Jadual5 didapati korelasi hubungan antara aspek kognitif dengan tingkah laku
guru adalah positif dan sederhana kuat serta signifikan (r = 0.46, p<0.05).

Jadual 5: Korelasi aspek kognitif dengan aspek afektif dalam kesediaan guru
melaksanakan PdP abad ke-21

Aspek Kognitif Aspek Afektif


Kognitif
Pekali Spearman 1 0.46
Sig (2-tailed) 0.00
N 203 203
Afektif
Pekali Spearman 0.46 1
Sig (2-tailed) 0.00
N 203 203
**Korelasi Signifikan pada aras 0.05 (2-tailed)

Berdasarkan Jadual6, jelas turut menunjukkan korelasi hubungan antara aspek tingkah
laku dengan aspek afektif guru adalah positif dan sederhana kuat serta signifikan (r = 0.57,
p<0.05). Pekali kekuatan hubungan ini hampir sama dengan kekuatan hubungan diantara
aspek kognitif dengan aspek tingkah laku.

Jadual 6: Korelasi aspek tingkah laku dengan aspek afektif dalam kesediaan guru
melaksanakan PdP abad ke-21

Aspek Tingkah Laku Aspek Afektif


Tingkah Laku
Pekali Spearman 1 0.57
Sig (2-tailed) 0.00
N 203 203
Afektif
Pekali Spearman 0.57 1
Sig (2-tailed) 0.00
N 203 203
**Korelasi Signifikan pada aras 0.05 (2-tailed)

Secara keseluruhan hasil ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat
bagi aspek kognitif dengan aspek tingkah laku guru, aspek kognitif dengan aspek afektif dan
aspek tingkah laku dengan aspek afektif guru. Namun dari hasil analisis inferensi yang
diperolehi, pengkaji mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesemua
aspek tersebut terhadap kesediaan guru matematik dalam melaksanakan PdP abad ke-21.
Seterusnya dalam melihat perbezaan latar belakang demografi responden terhadap kesediaan
melaksanakan PdP abad ke-21, faktor demografi yang diambil kira adalah dari sudut jantina,
umur dan tempoh pengalaman mengajar guru-guru matematik sekolah menengah. Hasil ujian
inferensi kajian yang diperolehi dalam ujian analisis non-parametrik Mann-Whitney dengan
perbandingan dilakukan antara tahap kesediaan guru lelaki dan perempuan dari aspek
kognitif, tingkah laku dan afektif menunjukkan aspek kognitif dan tingkah laku tidak
dipengaruhi oleh jantina responden. Namun begitu, tahap kesediaan guru dari aspek afektif
dipengaruhi oleh jantina guru. Ini merumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara guru lelaki dan guru perempuan terhadap kesediaan melaksanakan PdP abad
577

ke-21 dari aspek kognitif dan tingkah laku. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan
antara guru lelaki dan guru perempuan terhadap kesediaan melaksanakan PdP abad ke-21 dari
sudut emosi. Justeru itu, jantina guru lelaki dan perempuan tidak mempengaruhi kesediaan
guru dari aspek kognitif dan tingkah laku tetapi mempengaruhi aspek afektif guru.

Jadual 5: Perbezaan Jantina Terhadap Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan PdP Abad
ke-21.
Ujian Total kognitf Total Tingkah Laku Total Afektif
Mann-Whitney U 3147 3028.5 2648.5
Wilcoxon W 4275 4156.5 3776.5
Nilai Z -1.499 -1.832 -2.933
Nilai Sign 0.134 0.067 0.003
Aras Signifikan Pada 0.05

Berikutnya dalam mengkaji perbezaan umur guru dari semua aspek yang dikaji
terhadap pelaksanaan PdP abad ke-21, ujian non-parametrik Kruskal-Wallis dijalankan. Hasil
kajian yang diperolehi dalam ujian analisis Kruskal-Wallis dengan membuat perbandingan
antara umur guru dari aspek kognitif, tingkah laku dan afektif. Dari aspek tingkah laku dan
afektif tidak dipengaruhi oleh umur responden. Namun begitu, tahap kesediaan guru dari
aspek kognitif dipengaruhi oleh umur guru Oleh yang demikian, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara umur guru terhadap kesediaan melaksanakan PdP abad ke-21 dari
aspek tingkah laku dan afketif. Manakala bagi aspek kognitif dimana terdapat perbezaan yang
signifikan antara umur guru terhadap kesediaan melaksanakan PdP abad ke-21 dari sudut
pemahaman dan pengetahuan. Justeru itu, umur guru tidak mempengaruhi kesediaan guru
dari aspek tingkah laku dan afektif tetapi mempengaruhi aspek kognitif guru.

Jadual 6:Perbezaan Umur Terhadap Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan PdP Abad
ke-21.
Ujian Total kognitif Total Tingkah Laku Total Afektif
Chi-Square 19.855 2.594 5.066
df 3 3 3
Nilai Sign 0.000 0.458 0.167
Aras Signifikan Pada 0.05

Perbezaan demografi responden bagi tempoh pengalaman mengajar guru dari semua
aspek yang dikaji terhadap pelaksanaan PdP abad ke-21 juga menggunakan ujian non-
parametrik Kruskal-Wallis. Hasil kajian yang diperolehi dalam ujian Kruskal Wallis dengan
membuat perbandingan antara tahap pengalaman guru dari aspek kognitif, tingkah laku dan
afektif di mana nilai signifikan adalah lebih besar daripada 0.05. Oleh itu H0 diterima iaitu
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman guru terhadap kesediaan
melaksanakan PdP abad ke-21 dan H1 ditolak. Justeru itu, pengalaman mengajar tidak
mempengaruhi kesediaan guru dari aspek kognitif, tingkah laku dan afektif dalam
melaksanakan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah.
578

Jadual 7: Perbezaan Tempoh Pengalaman Mengajar Terhadap Kesediaan Guru Dalam


Melaksanakan PdP Abad ke-21.

Ujian Total kognitif Total Tingkah Laku Total Afektif


Chi-Square 2.956 3.130 4.273
df 3 3 3
Nilai Sign 0.398 0.372 0.233
Aras Signifikan Pada 0.05

7.0 Perbincangan

Hasil kajian terhadap 203 orang sampel guru di sekitar Johor Bahru ini menunjukkan
secara majoriti guru-guru matematik mempunyai tahap kesediaan yang sederhana dari aspek
kognitif dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah. Guru-guru dilihat telah
mempunyai pemahaman atau pengetahuan yang baik dan jelas tentang konsep dan tujuan
pelaksanaan PdP abad ke-21 ini yang telah mula diperkenalkan dalam Pelan Pembanggunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ia sekaligus sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah bermula sejak 2011 dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) yang akan bermula menjelang tahun 2017. Dapatan kajian ini
disokong oleh kajian Nurul Huda (2013) yang mendapati guru mempunyai tahap kesediaan
yang baik dari aspek pengetahuan terhadap pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan
Kompetensi (PBK) dan guru bersedia dan memahami konsep PBK yang digunakan serta guru
mempunyai maklumat dan boleh melaksanakannya dengan cara yang betul.

Pemahaman atau pengetahuan adalah satu kebolehan untuk mengingat semula atau
mengenal pasti elemen spesifik. Pengetahuan diperoleh melalui pengalaman, pemerhatian,
pembacaan atau pemberitahuan (Faridah, Faiziah & Amran, 2016). Pemahaman guru dalam
menyedari keperluan mereka untuk menguasai kandungan kurikulum bagi membina proses
PdP yang berkesan dalam PdP abad ke-21 memberikan nilai min tertinggi. Dapatan ini
disokong oleh Aznita (2014) dalam kajian beliau terhadap tahap kesediaan guru matematik
dalam melaksanakan kurikulum matematik standard sekolah rendah di daerah Johor Bahru
mendapati 94.4% sampel bersetuju bahawa mereka mengetahui akan pembentukan kurikulum
baru tersebut dan sebagai agen pelaksana sesuatu kurikulum, guru perlu mendalami dan
memahami isi kandungan kurikulum untuk menjayakan kurikulum tersebut.

Selain itu, guru turut menyedari dan memahami akan kepentingan mendorong pelajar
supaya lebih berkeyakinan dengan keupayaan sendiri dalam proses pembelajaran mereka. Ini
sejajar dengan kajian oleh Rohaiza Akma (2014) yang menyarankan guru-guru supaya
membantu pelajar membina keyakinan diri dalam mempelajari apa sahaja. Pelajar perlu
sentiasa diberi sokongan dan motivasi supaya mereka lebih yakin dengan kemampuan diri
mereka dan tidak mudah berputus asa. Ini jelas menunjukkan guru secara amnya telah
memahami kepentingan menguasai kurikulum dalam PdP abad ke-21 dan seterusnya
kepentingan untuk sentiasa membina keyakinan dan memberikan motivasi kepada pelajar
dalam melakasanakan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru-guru matematik di


daerah Johor Bahru dari aspek pemahaman dalam melaksanakan PdP abad ke-21 ini berada
pada tahap yang sederhana. Secara purata guru memahami dengan baik konsep pelaksanaan
PdP ini serta hasrat dan matlamat yang cuba dicapai oleh pihak Kementerian Pendidikan
579

Malaysia (KPM) ini. Namun begitu, tahap pemahaman guru yang sederhana ini masih belum
menjamin guru dapat melaksanakan PdP abad ke-21 dengan baik berdasarkan analisis respon
terbuka yang dinyatakan di mana kebanyakkan guru mengatakan mereka bersetuju dan
menyokong kepada pelaksanaan ini namun meletakkan beberapa syarat yang lain.

Dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji terhadap guru-guru matematik di 15 buah
sekolah ini, pengkaji mendapati secara purata guru mempunyai tahap kesediaan yang
sederhana dari aspek tingkah laku terhadap pelaksanaan PdP abad ke-21 ini dalam bilik
darjah. Daripada 14 item yang diberikan, lapan item menunjukkan nilai peratusan setuju yang
tinggi dan enam item menunjukkan nilai peratusan setuju yang sederhana. Walaupun lapan
item mencatatkan nilai persetujuan pada tahap yang tinggi, namun nilai median yang
diperolehi masih berada pada tahap sederhana. Oleh itu, hasil analisis median keseluruhan
masih menunjukkan nilai median adalah 3 dan berada pada tahap yang sederhana sahaja.
Kajian oleh Aznita (2014) terhadap tahap kesediaan guru matematik dalam
mengimplementasikan kurikulum matematik standard sekolah rendah mendapati secara
majoriti sampel kajian mempunyai tahap kesediaan dari aspek sikap yang sederhana tinggi
untuk mengimplementasikan KSSR. Dapatan kajian ini turut disokong oleh kajian Nurul
Huda (2013) yang mendapati tahap kesediaan guru dari aspek sikap terhadap pelaksanaan
PBK berada pada tahap yang sederhana sahaja dan guru bersedia serta mempunyai sikap
yang positif dalam melaksanakannya. Sikap dan pandangan positif ini juga sejajar dengan
dapatan kajian ini di mana majoriti responden memberikan pendapat dari sudut yang positif
dalam pelaksanaan PdP abad ke-21 ini dalam bilik darjah berdasarkan analisis yang telah
pengkaji jalankankan dalam item soalan respon terbuka.

Peratusan persetujuan tertinggi merujuk kepada tingkah laku guru dalam mengambil
berat mengurus tingkah laku pelajar dan sering mengambil peduli dalam perkembangan
pelajar dalam PdP abad ke-21. Tingkah laku guru yang menunjukkan peratusan persetujuan
terendah iaitu berada pada tahap sederhana merujuk kepada sikap guru yang membina PdP
berteraskan abad ke-21 dalam bilik darjah. Guru menunjukkan sikap yang rendah dalam
membina PdP abad ke-21 kerana disebabkan kekangan masa. Merujuk kepada analisis soalan
respon terbuka, ramai guru merasakan banyak masa perlu diperuntukkan dalam membina dan
melaksanakan PdP abad ke-21. Ini akan menyebabkan sukatan pelajaran sukar dihabiskan
mengikut ketetapan masa yang telah dirancang. Pelaksanaan yang menyebabkan banyak
masa digunakan untuk membantu pelajar secara individu atau kumpulan kecil serta
peruntukan masa perlu difokuskan untuk mentafsir keupayaan pelajar menyebabkan guru
merasa terbeban dengan tempoh pelaksanaan tersebut yang panjang di samping perlu
menyelesaikan bebanan tugas tambahan yang lain (Nurul Huda, 2013).

Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru-guru matematik di


daerah Johor Bahru dari aspek sikap atau tingkah laku dalam melaksanakan PdP abad ke-21
ini berada pada tahap yang sederhana sahaja. Secara purata guru mempunyai sikap yang
positif bagi pelaksanaan PdP abad ke-21 ini namun dari aspek kesediaan guru dari sudut
tingkah laku masih berada pada tahap yang sederhana. Ini turut disokong oleh kajian oleh
Najua Syuhada (2013), dalam kajian beliau berkaitan tahap kesediaan guru dalam
melaksanakan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), beliau turut mendapati guru-guru
matematik mempunyai tahap kesediaan yang sederhana dari aspek tingkah laku dalam
pelaksanaan tersebut. Merujuk kepada analisis respon terbuka juga, pengkaji mendapati guru
menyatakan masalah bebanan tugas-tugas lain menyebabkan guru-guru tidak dapat
melaksanakan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah dengan baik. Faktor kekangan masa dilihat
adalah aspek yang paling sering dinyatakan oleh guru-guru tersebut. Namun begitu, pengkaji
580

merasakan kesediaan guru dari aspek tingkah laku penting dalam menjayakan proses PdP ini
supaya hasrat murni oleh KPM dapat tercapai dengan jayanya.

Hasil kajian juga mendapati guru-guru matematik mempunyai tahap kesediaan yang
juga sederhana dari aspek afektif atau emosi. Afektif merujuk kepada sikap, keinginan, minat,
perasaan, nilai dan tolak ansur yang memberi fokus kepada semangat (Suppiah, Ramlah &
Abdul Aziz, 2008). Analisis kajian menunjukkan secara keseluruhan semua item memberikan
nilai median yang sederhana dan selebihnya hanya lima item sahaja menunjukkan nilai
peratusan setuju yang tinggi. Namun begitu, semua item yang menunjukkan peratusan
persetujuan yang tinggi tidaklah begitu ketara berbeza. Maka secara puratanya dapat dilihat,
tahap kesediaan guru dari aspek afektif ini terhadap pelaksanaan PdP abad ke-21 ini berada
pada tahap yang sederhana sahaja.

Guru-guru matematik dilihat suka untuk menimba ilmu yang baru dalam menguasai
pedagogi abad ke-21 ini demi untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam proses PdP.
Ini sejajar dengan kajian Norwati (2012) yang mendapati 87.4% guru sanggup meluangkan
lebih masa untuk meningkatkan dan menambah pengetahuan mereka. Selain itu, kajian beliau
juga mendapati guru mempunyai sikap dan usaha yang tinggi untuk mendalami corak PdP
yang baru yang disarankan oleh mana-mana pihak. Selain itu, perasaan guru yang suka
memberikan dorongan kepada pelajar supaya mereka lebih yakin dengan keupayaan mereka
dalam proses PdP juga mencatatkan nilai min yang tinggi dalam kajian ini. Selari dengan
naluri untuk memberikan ilmu dan mendidik dalam diri seseorang guru itu sendiri, maka
sudah pastilah guru di sekolah-sekolah kebanyakkannya sentiasa memberikan dorongan dan
motivasi kepada pelajar-pelajar supaya mereka tidak mudah berputus asa dan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri sendiri.

Selain itu, emosi guru dalam mendalami bidang kaunseling bagi menjana kemahiran
asas dalam meningkatkan potensi pelajar serta memahami ciri-ciri pertumbuhan dan
perkembangan pelajar memberikan nilai min paling terendah bagi aspek afektif ini. Ciri-ciri
pertumbuhan dan perkembangan pelajar mungkin sukar difahami oleh guru-guru akedamik.
Faktor ini dilihat juga lebih berfokus kepada bidang kerja guru kaunseling. Ini memberi
gambaran bahawa guru kurang berminat mendalami bidang kaunseling untuk menjana
kemahiran asas mereka, sebaliknya mungin mereka lebih mengutamakan sikap lebih gemar
mendalami pedagogi atau kandungan kurikulum dalam melaksanakan PdP ini dimana ini
sejajar dengan dapatan yang tercatat dalam tahap kesediaan guru dari aspek kognitif yang
telah dibincangkan tadi. Oleh itu, guru-guru kurang berasa teruja dengan memahami ciri-ciri
pertumbuhan dan perkembangan pelajar dalam PdP abad ke-21 ini dan hanya menyerahkan
tugas tersebut kepada kaunselor untuk menilainya. Namun begitu masih tidak dapat dinafikan
bahawa kesemua item yang dinyatakan adalah penting dalam menentukan keberkesanan
pelaksanaan ini terutamanya dari aspek emosi guru terhadap prestasi dan pencapaian pelajar-
pelajar.

Dalam kajian aspek korelasi hubungan antara aspek kognitif, tingkah laku dan afektif
mendapati kesemua aspek mempunyai hubungan yang positif dan berada diantara nilai 0.40
hingga 0.70. Merujuk kepada garis panduan kekuatan hubungan korelasi Guilford, tahap
hubungan kedua-dua aspek adalah sederhana dan mempunyai hubungan kuat. Nilai signifikan
yang diperoleh adalah 0.000 kurang dari 0.05 menunjukkan ketiga-tiga aspek yang dikaji
tidak mempunyai perbezaan yang signifikan antara satu sama lain. Merujuk kepada kajian
oleh Garnefski et.al (2005) menyatakan bahawa ketiga-tiga aspek tersebut iaitu kognitif,
tingkah laku dan afektif mempunyai perhubungan atau perkaitan dalam melaksanakan suatu
581

tugasan. Ini disebabkan oleh pemikiran kognitif seseorang individu boleh memengaruhi
tingkah laku dan seterusnya akan mempamerkan sikap atau emosi individu tersebut dalam
sesuatu keadaan itu. Sejajar dengan pelaksanaan PdP abad ke-21 yang giat diwar-warkan dan
disarankan untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara kita ini khususya kepada
guru-guru matematik di sekolah menengah. Sekiranya kurangnya pemahaman guru terhadap
pelaksanaan PdP abad ke-21 ini, maka ini sekaligus akan memberi kesan kepada tingkah laku
atau sikap guru untuk melaksanakan proses PdP ini dengan baik dan berkesan. Seterusnya
pastilah akan menyebabkan emosi guru akan tertekan dan boleh mendatangkan kesan-kesan
negatif yang lain.

Selain itu, hasil kajian yang diperoleh dari pengkaji mendapati hubungan ketiga-tiga
aspek adalah kuat. Guru yang bersedia dari aspek kognitif sekaligus turut bersedia dari aspek
tingkah laku dan afektif serta sebaliknya. Ketiga-tiga aspek tersebut ini memainkan peranan
yang penting dalam memastikan guru-guru matematik benar-benar bersedia dalam
melaksanakan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah supaya sejajar dengan hasrat yang cuba
dicapai dalam PPPM 2013-2025. Perkara ini berlaku kerana guru-guru merasakan kesemua
aspek tersebut penting dalam pelaksanaan PdP abad ke-21. Selain itu, pihak berwajib
dirasakan perlu memandang serius isu kekangan yang dihadapi oleh guru dalam
melaksanakan PdP abad ke-21 ini dengan baik dalam bilik darjah kerana mereka terikat
dengan kekangan masa untuk mengahabiskan sukatan pelajaran, bilangan pelajar yang terlalu
ramai di dalam bilik darjah, kelengkapan atau kemudahan bahan bantu mengajar yang
terbatas dan bebanan tugas-tugas yang lain. Kenyataan ini disokong oleh Noriati et.al (2010)
dalam hasil penulisan mereka bertajuk Guru dan Cabaran Semasa berkaitan tekanan emosi
yang dialami oleh guru disebabkan oleh kerana guru berhadapan dengan pelbagai
tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas
harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Maka hal ini dilihat membawa kepada
hubungan yang kuat antara aspek kognitif dengan tingkah laku, aspek kognitif dengan afektif
dan aspek tingkah laku dengan afektif kerana hasil analisis dapatan kajian telah membuktikan
bahawa semua guru hanya mempunyai tahap kesediaan yang sederhana sahaja secara
keseluruhannya dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji.

Hasil kajian oleh pengkaji terhadap sampel guru matematik di sekitar Johor Bahru
bagi tahap kesediaan guru melaksanakan PdP abad ke-21 merentas jantina mendapati tahap
kesediaan guru lelaki dan perempuan dari aspek kognitif, tingkah laku dan afektif
menunjukkan aspek kognitif dan tingkah laku guru tidak dipengaruhi oleh jantina responden.
Namun begitu, tahap kesediaan guru dari aspek afektif dipengaruhi oleh jantina guru. selain
itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan guru perempuan terhadap
kesediaan melaksanakan PdP abad ke-21 dari aspek kognitif dan tingkah laku. Manakala bagi
aspek afektif pula terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan guru perempuan
terhadap kesediaan melaksanakan PdP abad ke-21 dari sudut emosi. Justeru itu, jantina guru
lelaki dan perempuan tidak mempengaruhi kesediaan guru dari aspek kognitif dan tingkah
laku tetapi mempengaruhi aspek afektif guru.

Dapatan ini disokong oleh kajian Aznita (2014) yang turut mendapati guru lelaki
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam mengimplementasikan KSSR ini kerana guru
lelaki kurang mengaitkan elemen emosi dalam tugas seharian mereka. Selain itu, beliau
mencadangkan agar semua guru-guru dalam era globalisasi ini haruskan sentiasa bersedia
untuk berubah dan berdepan dengan gelombang inovasi yang sentiasa melanda. Namun
begitu, dapatan dalam kajian ini menunjukkan min pangkatan guru perempuan secara
keseluruhannya lebih baik dari guru lelaki dari ketiga-tiga aspek yang dikaji.
582

Tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PdP abad ke-21 ini dari segi umur pula
bagi ketiga-tiga aspek memperlihatkan bahawa dari aspek tingkah laku dan afektif tidak
dipengaruhi oleh umur responden. Namun begitu, tahap kesediaan guru dari aspek kognitif
dipengaruhi oleh umur guru. Justeru itu, umur guru tidak mempengaruhi kesediaan guru dari
aspek tingkah laku dan afektif tetapi mempengaruhi aspek kognitif guru. Secara puratanya
guru-guru baru iaitu yang berumur lingkungan 50 tahun keatas mencatatkan min pangkatan
yang tinggi. Lingkungan umur 50 tahun keatas iaitu guru-guru senior mempuyai kesediaan
yang tinggi bagi aspek kognitif. Ini menunjukkan guru-guru yang telah lama mengajar dan
memunyai pengalaman yang banyak mempunyai kesediaan yang tinggi dari aspek
pengetahuan dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah. Ini dikuti oleh min
pangkatan oleh peringkat umur guru diantara 30 – 39 tahun dan guru yang berumur 20 – 29
tahun. Guru-guru berumur dalam lingkungan ini boleh dikategorikan sebagai guru-guru baru
dan boleh dikatakan baru menjalani latihan mengajar. Sejajar dengan dapatan dalam kajian
oleh Halimah (2006) berkaitan minat, motivasi dan kemahiran guru pelatih, beliau mendapati
guru pelatih sememangnya mempunyai sikap yang positif dan berminat dengan kerjaya
mereka. Mereka juga bermotivasi tinggi untuk mancapai kejayaan dalam kerjaya serta
menunjukkan prestasi yang sangat baik. Namun tidak dinafikan semua golongan guru kini
telah mempunyai pengetahuan yang baik tentang pedekatan pelaksanaan PdP abad ke-21. Ini
kerana pendedahan mengenai PdP abad ke-21 kian giat diwar-warkan dan disarankan oleh
pihak kementerian supaya dilaksanakan dalam bilik darjah sejajar dengan arus perubahan
dunia pendidikan kini.

Kesediaan guru dalam melaksanakan PdP abad ke-21 ini merentas tempoh
pengalaman mengajar pula merekodkan pengalaman mengajar guru matematik sekolah
menengah tidak memberikan perbezaan terhadap kesemua aspek yang dikaji. Justeru itu,
pengalaman mengajar tidak mempengaruhi kesediaan guru dari aspek kognitif, tingkah laku
dan afektif dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah. Dapatan kajian pengkaji
disokong oleh kajian oleh Nurul Huda (2013). Beliau mendapati tidak terdapat perbezaan
kesediaan pengetahuan dengan pengalaman mengajar terhadap kesediaan guru dari aspek
pengetahuan, namun dari aspek kemahiran dan sikap terdapat perbezaan dengan tempoh
pengalaman mengajar guru. Kebanyakan guru yang mempunyai pengalaman mengajar
melebihi 10 tahun mempunyai tahap kesediaan yang sama dengan guru yang berpengalaman
mengajar kurang dari 10 tahun. Maka disini jelas menunjukkan tempoh pengalaman mengajar
bagi guru-guru tidak mempengaruhi kesediaan guru dalam melaksanakana PdP abad ke-21
dari aspek kognitif, tingkah laku dan afektif guru dalam bilik darjah.

Namun dari analisis min pangkatan menunjukkan guru baru iaitu guru yang hanya
berpengalaman mengajar selama lingkungan 1 – 5 tahun mempunyai tahap kesediaan yang
secara puratanya tinggi dari kesemua aspek yang dikaji iaitu kognitif, tingkah laku dan
afektif. Ini mungkin disebabkan guru-guru dalam lingkungan ini masih lagi baru menceburi
bidang pendidikan dan masih teruja dan akur dengan kaedah serta teknik baru yang
diperkenalkan atau disarankan oleh pihak kementerian. Berbanding dengan lingkungan
tempoh mengajar yang lain itu 6 – 10 tahun, 11 – 15 tahun dan lebih dari 15 tahun.

8.0 Kesimpulan

Kajian yang dijalankan ini secara umumnya adalah bertujuan untuk melihat
sejauhmanakah tahap kesediaan guru matematik dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dalam
bilik darjah dari aspek kognitif (pemahaman), tingkah laku dan afektif (emosi). Hasil kajian
menunjukkan tahap kesediaan guru matematik dari aspek kognitif, aspek tingkah laku dan
583

aspek afektif berada pada tahap yang sederhana. Tambahan lagi, hubungan korelasi antara
aspek kognitif dengan tingkah laku, aspek kognitif dengan afektif dan aspek tingkah laku
dengan afektif dalam pelaksanaan PdP abad ke-21 ini menunjukkan terdapatnya hubungan
yang kuat antara satu sama lain.

PdP abad ke-21 adalah satu kaedah PdP yang mula diperkenalkan dalam PPPM 2013-
2025 selaras dengan pelaksanaan kurikulum baru iaitu KSSR yang bermula dari tahun 2011
dan KSSM yang akan bermula padat tahun 2017. Menurut Faridah et.al (2016), pendidikan
abad ke-21 marupakan satu trasformasi yang dilakukan dalam memperbaharui taraf
pendidikan sedia ada supaya sistem pendidikan menjadi lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan
lebih kompleks. Oleh yang demikian, dalam mencapai pembentukan pendidikan abad ke-21
yang benar-benar berkesan, guru sebagai tonggak utama dalam bilik darjah perlulah
seharusnya mempunyai tahap kesediaan yang tinggi. Apabila guru-guru matematik
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dari aspek kognitif, tingkah laku dan afektif maka
guru-guru akan termotivasi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka (Najua
Syuhada, 2013).

Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru


adalah sederhana bagi aspek kognitif, tingkah laku dan afektif dalam melaksanakan PdP abad
ke-21 dalam bilik darjah. Selain itu, analisis menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang
kuat antara kesemua aspek yang dikaji. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa tahap
kesediaan guru dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dari aspek pengetahuan itu penting.
Selain itu, guru juga perlu mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dari aspek tingkah laku
dan emosi dalam memastikan pelaksanaan PdP abad ke-21 dapat dilaksanakan dengan
jayanya dalam bilik darjah.

Rujukan

Azizah Mat Ail. (2015). Analisis Penguasaan Kemahiran Penaakulan Saintifik, Kemahiran
Proses Sains dan Kemahiran Abad ke-21 dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah di
Jajahan Bachok, Kelantan. Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Aznita Johan. (2014). Kesediaan Guru Matematik dalam Mengimplemantasi Kurikulum
Matematik Standard Sekolah Rendah di Daerah Johor Bahru.Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
Buletin Anjakan. (April, 2015). Ciri-Ciri Pembelajaran Abad ke-21. Pelan Pembanggunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, p. 2.
Buletin Anjakan. (Mei, 2015). Ciri-Ciri Guru Abad 21. Pelan Pembanggunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025, p. 2.
Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin dan Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran
Abad 21. Bangi: Sasbadi Sdn.Bhd.
Fry, S. and Seely, S. (2011). Enhancing Preservice Elementary Teachers’ 21st-Century
Infromation and Media Literacy Skills. Action in Teacher Education. 33(2), 206 – 218.
Garnefski, N., Kraaij, V., and van Etten, M. (2005). Specificity of Relation Between
Adolescents’ Cognitive Emotion Regulation Strategies and Internalizing and Externalizing
Psycopathology. Journal of Adolescence. 28(5), 619-631.
Halif Md Saleh dan Sakilah Mohamad Lawi. (2015). Persepsi Ibu Bapa dan Murid Tahun 4
dan 6 Terhadap Pembelajaran Abad ke 21: Satu Kajian Kes. Tanjong Malim, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
584

Halimah Harun. (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal
Pendidikan. 31 (2006), 83 – 96.
Irfan Naufal Umar dan Mohamad Tarmizi Mohd. Yusuff. (2014). A study on Malaysian
teachers’ level of ICT skills and practices,and its impact on teaching and learning. 5th World
Conference on Educational Sciences -WCES 2013 (pp. 979-984). Penang: Procedia - Social
and Behavioral Sciences 116.
Judy Lambert and Yi Gong. (2010). 21st Century Paradigms for Pre-Service Teacher Kamus
Makaramani R. (2015). 21st Century Learning Design for Telecollaboration Project. Procedia
- Social and Behavioral Sciences. 191 (2015), 622 – 627.
Najua Syuhada Alhassora. (2013). Kesediaan Guru Matematik dari Aspek Kognitif, Tingkah
Laku dan Afektif dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Norashikin Karim .(2011). Curriculum Development Model towards Nation Building of
Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A.Majid.
(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Norwati Shaidin. (2012). Tahap Kesediaan Kognitif dan Afektif Pelaksanaan KSSR.Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Nurul Huda Mohd Sukri. (2013). Tahap Kesediaan Guru Terhadap Perlaksanaan
Pembelajaran Berasaskan Kompetensi di Kolej Vokasional . Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Pheeraphan N. (2013). Enchancement of the 21st Century Skills for Thai Higher Education by
Integration of ICT in Classroom. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 103 (2013), 365
– 373.
Qian, M. and Clark, K.R. (2016). Game-based Learning and 21st century skills : A review of
recent research. Computer in Human Behavior. 63 (2016), 50 – 58.
Rohaiza Akma Zahary. (2014). Hubungan Motivasi dengan Pencapaian Pelajar dalam Mata
Pelajaran Bahasa Melayu.Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi
Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

View publication stats

You might also like