You are on page 1of 6

Bahagian A

(75 markah)
Pilih tiga soalan sahaja

1 a) Jelaskan maksud barang dan perkhidmatan . (10 markah)

b) Terangkan perbezaan antara penjual dengan pembeli. (8 markah)

c) Gambar 1 menunjukkan suatu sektor penting yang dijalankan di dalam negara.

Gambar 1

Jelaskan sektor tersebut. (7 markah)

2 a) Rajah 1 menunjukkan aktiviti perniagaan yang dijalankan dalam negara.

Jenis Perniagaan

Aktiviti
berasaskan Q
barang

Rajah 1

Jelaskan Q. (7 markah)

1
b) Gambar 2 menunjukkan sejenis perniagaan dalam negeri.

Gambar 2

i) Jelaskan tiga ciri perniagaan di atas. (6 markah)

ii) Nyatakan lima kelebihan jenis perniagaan di 2b(i) di atas. (5 markah)

c) Gambar 3 menunjukkan aktiviti yang dijalankan di sebuah bahagian fungsian.

Gambar 3

Jelaskan empat fungsi yang dijalankan dalam bahagian ungsian tersebut. (7markah)

3 a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan gaya pengurusan? (5 markah)

ii) Jelaskan gaya pengurusan yang berikut :


2
a) Gaya pengurusan laissez-faire (3 markah)

b) Gaya peengurusan autokratik (3 markah)

c) Gaya pengurusan demokratik (3 markah)

b) i) Jelaskan maksud pasaran. (5 markah)

ii) Nyatakan dan terangkan tiga jenis pasaran. (6 markah)

4 a) Gambar 4 menunjukkan suatu jenis perniagaan.

Gambar 4

Jelaskan tiga kelebihan dan tiga kekurangan jenis perniagaan di atas.

(12 markah)

b) Gambar 5 menunjukkan suatu entiti perniagaan.

3
Jelaskan kelebihan empat entiti perniagaan di atas berbanding jenis milikan tunggal.

(13 markah)

5 a) Nyatakan dan jelaskan bahagian fungsian yang hanya terdapat di Kilang Perabot Zakaria
sahaja. (9 markah)

b) Jelaskan empat ciri francais mengikut Akta Francais 1998. (8 markah)

c) Bagaimanakah faktor luaran tersebut mempengaruhi sesebuah organisasi perniagaan?

i) Politik (4 markah)

ii) Undang-undang (4 markah)

4
Bahagian B
25 Markah
Soalan ini wajib dijawab.

6. En Aidil dan Cik Nurul Ain merupakan dua orang peniaga runcit yang menjalankan sebelah
menyebelah di Jalan Sentosa, Selayang. Berikut adalah maklumat tentang kedua-dua perniagaan.

Nama Perniagaan : Aienz Trading Nama Perniagaan : Kedai Kasut Aidil

Nama Pemilik : Nurul Ain Bt Zakaria Nama Pemilik : Aidil b Roslan

Alamat Perniagaan : No.16, Jalan Sentosa, Alamat Perniagaan : No.17, Jalan Sentosa,
Selayang Selayang

Jenis Perniagaan : Menjual pakaian Jenis Perniagaan : Menjual kasut

Bilangan Pekerja : 3 orang Bilangan Pekerja : 3 orang

Modal : RM50,000 Modal : RM60,000

Setelah berbincang En Aidil dan Cik Nurul Ain bersetuju untuk bergabung membentuk satu
perniagaan perkongsian yang diberi nama Aidil dan Ain Enterprise.Mereka bersetuju mengekalkan
pekerja sedia ada dan bertugas mengikut giliran iaitu tiga orang pekerja akan bertugas pada waktu
8.00 pagi hinggan 5.00 petang dan tiga orang lagi pekerja bertugas pada pukul 5.00 petang hingga
11.00 malam.

Hasil daripada gabungan tersebut, hasil jualan mereka meningkat dengan ketara kerana semakin
ramai pelanggan mengunjungi kedai mereka. Mereka menggunakan kepakaran mereka
masing-masing untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

5
Setelah setahun menjalankan perniagaan, En Aidil dan Cik Nurul Ain membuat keputusan untuk
menambah bahagian menjahit pakaian. Bahagian tersebut akan diletakkan di bahagian belakang
kedai mereka. Cik Nurul Ain akan menjahit sendiri pakaian mereka dan dibantu oleh dua orang
tukang jahit yang berkemahiran.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut.

a) Nyatakan jenis milikan perniagaan Aienz Trading dan Kedai Kasut Aidil. (1 markah)

b) Mengapakah En Aidil dan Cik Nurul menubuhkan Aidil dan Ain Enterprise?

Berikan empat alasan. (4 markah)

c) Adakah visi perniagaan Aienz Trading dan Kedai Kasut Aidil berubah dengan penubuhan
Aidil dan Ain Enterprise? Kemukakan empat alasan. (4 markah)

d) Pada pandangan anda, adakah menubuhkan bahagian menjahit merupakan satu tindakan yang
bijak? Nyatakan alasan anda. (5 markah)

e) Apakah bahagian fungsian yang perlu diwujudkan dengan penambahan bahagian menjahit
pakaian? (3 markah)

Soalan Tamat

You might also like